Followers

Wednesday, December 21, 2011

Tak Perlu Kata Apa-Apa

Salam ukhwah..

Err..
Selama aku hidup..
Aku tertanya-tanya apa sumbangan aku untuk famili aku..sekolah..saudara-saudara seaqidah aku..
Bila dihitung-hitung..terkelu aku bila memikirkan sumbangan terhadap agama KITA..

dan


ANDA PULA BAGAIMANA??

Dan seperti biasa..
Hari ini // saat ini aku nak berkongsi satu sketsa kehidupan..

BALUT atau TUTUP AURAT..




*perkongsian dari Remaja Islam ke remaa islam yg lain

Korang TUTUP aurat ke BUNGKUS aurat?Beza BUNGKUS dengan TUTUP adalah amat besar.

Situasi 1:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku tgh BUNGKUS ape?
Ahmad: Alaaa, nasi lemak.
Aisyah: Aik? Mne ko tau?
Ahmad: Aku nmpk nasi tkluar sikit tu. Lgpun aku tau ko mmg jual nasi lemak.
Aisyah: Ok2. Cbe teka nasi lemak ni byk ke sikit?
Ahmad: Alaaa lg sng. Byk la.
Aisyah: Ha? Cmne ko tau ni?
Ahmad: Tgok bntuk & saiz laa. BUNGKUSan bsar, byk. BUNGKUSan kcik, sikit. Haha kantoi.
Aisyah: Pandainye ko ni.
Ahmad: Bkn aku yg pndai, ko yg xpndai. Haha.
Aisyah: Ceh. Malas la soal.

Situasi 2:
Aisyah: Ahmad, cbe teka aku TUTUP ape dgn tudung saji ni?
Ahmad: Hmmm. Ikan goreng?
Aisyah: Salah.
Ahmad: Telur dadar?
Aisyah: Salah lg.
Ahmad: Karipap?
Aisyah: Salah jugak.
Ahmad: Fail MQA?
Aisyah: Ish. Lg la salah.
Ahmad: Abis tu ape? Mne la aku nk tau ape yg ko TUTUP tu.
Aisyah: Nasi lemak laa. Cbe teka byk ke sikit?
Ahmad: Ceh. Mne aku nk tau. Malas la jwb.

Maka pilihlah TUTUP. :-)
#shared from someone awesome.. XD







Oh sahabat-sahabat..
Mu pahe dop ape aku kabo nih..

Maksudnya..
Berhati-hatilah dalam berfesyen..

Sabarlah..
Biar kita tidak dipandang..

kerana

Saiyidatina Aisyah RA berkata:

"Wanita yang baik ialah wanita yang tidak memandang dan tidak juga DIPANDANG"

Postscript: Aku dah semakin jarang update blog nih..tapi selagi ada mesej yang berguna dikongsi..InsyaAllah semak 'dashboard' anda..

Sekian..
SalamSampaiSyurga
dan
BersamaMeraihRedha

Wallahua'lam..

Friday, December 16, 2011

Dan..~

Dengan nama Allah Yang Menciptakan..
Alhamdulillah..kita masih diberi peluang untuk menjadi seorang yang berjaya dalam SPM 11 A+ dengan usaha kita..

Janganlah terus-terusan dengan kesedihan Exam Final Year!!~ :) Senyum sikit..

Firman Allah dalam Surah Ali Imran ayat 139
''Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula bersedih hati padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya jika kamu beriman


Selawat dan salam ke atas junjungan habibur rahman SAW kerana atas perjuangan Baginda dan para sahabat..hari ini..esok dan selamanya kita bergelar seorang muslim yang insyaAllah mukmin dan akhirnya kita perlu berlumba-lumba ke arah status muttaqin..

Firman Allah dalam Surah Al-Hujurat ayat 13..
"Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah orang yang bertaqwa"



Ok..
Apa khabar warga KI..(rindu x tazkirah)??
Aku??~serius rindu

Apa khabar readers??(pengikut aku yang setia walaupun cuma silent follower)
Xpa..

Berbalik kepada tajuk..

Dan..~

Dan sekarang..
Kita hampir meninggalkan 2012..

Terlaksanakah sudah persoalan pokok azam-azam tahun ini..??
(Fikir dan nilai diri kita)

Dan bagi warga Kolej Islam..
Masing-masing akan ada kedudukan masing-masing

Mampukah ana//Antunna dan KITA menjadi seorang yang amanah pada kedudukan masing-masing..??
(analisa siapa kita)

Dan..
Apakah kedudukan kita dalam sesuatu organisasi(..tak kisah lah organisasi apa saja..)..mampu beri sumbangan kepada orang lain dan agama..

Dan..
Aku hampir menangis apabila tahu satu kisah

Kisahnya..
Seseorang yang aku namakan 'bintang' apabila menerima sesuatu kedudukan dalam sesuatu organisasi..Berusaha keras untuk melaksanakan amanah dalam kedudukannya tetapi sayang seribu kali sayang apabila sahabatnya yang pernah tidur sekatil merasai 'bintang' seolah-olah tidak sedikit pun membantu sahabatnya untuk menuju ke arah kebaikan.
Ibaratnya.. anak di rumah dibiarkan kera di hutan disusukan..
Akhirnya..yang dikejar tak dapat..yang dikendong berciciran..

Faham x..
Apa maksud aku//ana
Maksudnya: Siapa pun kita dan di tahap mana sekalipun kedudukan kita dalam sesuatu organisasi..Jadilah seorang yang dekat di hati manusia lain..kerana itu satu bonus buat kita..

Di samping mendapat kebahagiaan di dunia..mana lah tahu..orang-orang sekeliling kita mendoakan kebaikan dan kejayaan kita di dunia dan akhirat...

Aku//ana tidak berniat untuk menjatuhkan semangat korang//antunna//hampa suma yang berkobar-kobar untuk melaksanakan amanah dan tanggungjawab masing-masing tahun depan..

tapi....

Contohilah dakwah dan kepimpinan kekasih Allah..
Yang tidak membeza-bezakan layanan terhadap umat..walau siapa dan di taraf mana umatnya..

Dan~..
Apabila ada sahabat kita yang tiada berkedudukan..
Jangan sesekali kita menghukum sahabat itu tidak sempurna-punya macam kelemahan..

Dan~..
..Akhirnya..sahabat kita punya hati yang indah daripada kita
..yang sentiasa berusaha meraih redhaNya

Dan~..
..Pada ketika itu..
Di mana pula kedudukan kita di mata Allah??..



Dan~..
diri ini juga punya se'infinity' macam keburukan dan kelemahan..
tetapi..
hati ini masih ingin mengajak hati-hati di sana supaya memahami erti sebuah kehidupan yang disulami dengan keredhaan Allah..







Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman
Ad Dzariyat ayat 55..

Sekian..
Aku minta maaf sekiranya post ini tidaklah seperti apa yang di'expect' kan..
kerana aku punya kelemahan..
YangBaik Datangnya dari ALLAH SWT dan YangLemah Itu Datangnya Dari Diri Ini tetapi disandarankan dengan izin Allah..

KitaSelamanya HAMBA
BersamaMeraihRedha
Wallahua'lam..

Wednesday, December 14, 2011

Aku..Dia dan Kita..Tarbiah?!~..5 Syarat Pergaulan

Salam ukhwah..
Selamat bermujahadah..

Dan
Kepada semua calon Sijil Pelajaran Malaysia 2012..
Persiapkan diri anda menuju kejayaan hakiki dunia dan akhirat..



Tinggalkan sekejap soal hati kepada yang belum pasti..
Bagaimana??

Fokus lah kat pelajaran..
Aku // ana  rasa korang // antum dah tahu cara untuk berjaya..

Soal Hati..
Jagalah!! 
Teguhkan iman dalam diri..~

Dan yang paling penting TINGGALKAN HIBURAN (lagu) LAGHA..
X mampu??
Xpa..aku paham..
"Selagi dinamakan Manusia Nafsu Itu Ada"

Surah al Fajr ayat 28-30
Wahai   jiwa yang tenang
Kembalilah kepada TuhanMu dengan hati yang puas lagi diredhaiNya
Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku
Dan masuklah ke syurgaku

Yang paling penting untuk kita yakin dalam diri masing-masing..
Allah x pandang HASIL tetapi USAHA..

Maka berusahalah mencari redhaNya..


Baru Muqaddimah..
dan apa yang aku nak sampaikan ialah pada episod kali berkaitan TARBIAH (seperti tajuk dia atas) ialah:

5 SYARAT PERGAULAN LELAKI DAN PEREMPUAN..


Ramai yang tertanya-tanya macam mana nak berurusan dengan lelaki // muslimin menurut syariat Islam..
Ramai yang dah tahu.
Ramai yang dah tahu tapi malas nak aplikasi..
Ramai yang buat-buat tak tahu..

Ketika Saiyidatina Aishah RA meyampaikan hadis kepada para sahabat..Sayidatina Aishah dah tunjuk qudwah dalam pergaulan menurut syariat Allah..

dan..

Tanggapan sekular yang cakap budak perempuan alim 'sekat terus' pergaulan dengan lelaki adalah salah sama sekali noo..

Ada cara-cara yang insyaAllah bertepatan dengan Islam (sebagai ad-Din yang lengkap)

1. Tunduk pandangan..
Dalil: Surah anNur ayat 30-31


Maksudnya..kalau ada urusan yang melibatkan lelaki dan perempuan..jaga pandangan KITA..jangan sampai memberi kesan kepada nafsu..

2.jaga ikhtilat


Jangan lah kalau ada urusan dengan lelaki//muslimin..Hampa//Antunna//Korang pergi jumpa 2 orang ja..Ajak lah orang teman..jumpa lah kat tempat yang ada ramai orang dan tak timbul fitnah..

Khalifah Umar al-Khattab
"Sesiapa yang pergi ke tempat yang menyebabkan orang bersangka buruk kepadanya..maka janganlah menyesal kalau orang berburuk sangka kepadanya"













3.sopan

Jaga adab..
Xperlulah meninggi suara//bertekak dengan lelaki (bagi perempuan begitulah juga sebaliknya)
Akhlak Islamiah anda..Tunjukkan dengan betul keranaNya

4.tutup aurat


Menurut Imam Syafie..
Bagaimana aurat ketika solat begitulah aurat kita di mana sahaja..
So what??
Pakai lah stokin..dan *stongan..di samping pakaian yang melambangkan akhlak Islamiyyah anda
*turut dikenali dengan nama handsock
Xperlu tunjuk ke'kurus'an anda dalam berpakaian..
Dan..
X bermaksud xboleh pakai cantik-cantik
Allah sukakan kecantikan..
Cuma..TUTUPLAH AURAT..

5.Jangan buat aksi 'comel'



Paham dak?
Jangan buat aksi yang membangkitkan nafsu ajnabi..HARAM menurut Buku Fiqh al Mar'ah karangan seorang pensyarah Universiti Al Azhar
Sabda Rasulullah:
"Antara orang yang duduk di neraka ialah wanita yang buka aurat  dan yang melakukan aksi ghairah sehingga golongan lelaki terangsang..Mereka itu tidak akan masuk syurga"

Sumber: daripada Ustaz Muhammad Ariff Izhar bin Muhd Kashim

Akhir kata:
Apa pendapat  korang// antum // hampa
Kalau seorang muslimin call muslimat bukan atas urusan kerja..tapi, atas urusan bertanya khabar??
Konfius aku..

Leave comment anda kalau rajin n nak berkongsi ilmu..

Sekian
SelamanyaKitaHamba
Wallahua'lam...~.







Sunday, December 11, 2011

Yeah..selagi dinamakan manusia nafsu itu ada..~

Salam ukhwah..
:)

Selamat meneruskan amal jika anda niatkan baca blog nih kerana Allah..
Jika belum..
Betulkan NIAT untuk meraih redhaNya
dan..
Selamat Membaca..



Kisahnya..
Apabila cuti sekolah bermula maka ramailah yang bersuka..
Am i right??

Tapi itu bukan point nya..

Aku?? dan anda yang tengah membaca mungkin..

Merupakan seorang pelajar Kolej Islam Sultan Sultan Alam Shah aka Bumi Waqafan yang insyaAllah pernah barokah..

Sebelum itu....
Perlu diingatkan..tidak tergamak di hati aku untuk menyanjung-nyanjung atau menjulang tinggi tempat aku ditarbiah itu..Hanya untuk dijadikan pengajaran..Insya-Allah..


Di Kolej Islam..
Aku // ana :) yakin dan percaya..anda boleh membilang dengan jari berapa kali anda TINGGAL SOLAT BERJEMAAH..terlalu sukar untuk solat bersendirian melainkan solat sunat lah kan..

Subhanallah..

Bacaan Ma'thurat..sehari dua kali..


Tazkirah..hampir setiap masa Allah izinkan kita kat KI dapat nasihat menuju redhaNya..

Subhanallah!!

Ana yakin dan percaya..


"Walau sekeras hati mana dan setidak suka mana pun anda terhadap kehidupan di KI ..anda pasti akan terasa percikan tarbiah bila cuti yang panjang selagi mana anda dinamakan HAMBA.."

Dan pointnya ialah..

Baru-baru ni sahabat aku ada tegur aku
"jaga diri Fatin..
camane pun ko tetap seorang perempuan.."

Perghh..

Sahabat yang menegur tu seorang yang biasa-biasa sahaja..Sama seperti kita..
Tetapi yang menakjubkan teguran itu masuk dalam hati aku..
Dan yang penting..anda tidak perlu tahu atas alasan apa aku ditegur..
Kita ambil ibrah..
Teguran itu kalau takde izin Allah..jadi tak?

Tak kiralah siapa anda..
Mungkin..
Bakal seorang KR (Ketua Rumah)
Bakal seorang PH (Presiden Hawa)
Bakal seorang TKU (Timb Ketua Umum)

Postscript: Aku letak nama panjang dalam ( ) sebab aku nak semua readers paham.. :)

dan siapa pun anda termasuk yang menulis ini.. 

Selagi Dinamakan Manusia Nafsu Itu Ada..

Bagaimana mengawal nafsu itu bermula bagaimana kita menjaga mata..kerana penglihatan membawa kepada zina hati..

Contoh semata-mata:

"Perghh..hensemnya abang die..x sangka die ade abang camtuh"

(Jumpa gambar abang sahabat di muka buku..) 

dan di rumah..
Kita perlu sedar satu hakikat yang apabila kita selesa..Nafsu Dimanjakan..

Contoh lagi:
Di  KI solat subuh awal waktu..bila di rumah Wallahua'lam (bukan semua..:)..sila jangan terasa jika anda tidak melakukannya)

dan di rumah

Contoh terakhir:
Liqa' Al-Mulk sebelum tidur..apakah mampu dilaksanakan tanpa hadirnya sahabat-sahabat..
Ohh..aku bersangka baik..liqa' bersama keluarga..
Tapi..jika hakikatnya tidak.........

Tidak mengapa..
Allah pandang pada usaha bukan pada hasilnya..

Dan akhir sekali..
Maaf!!

Jika entry aku tidak cukup Islamik atau apa..tapi jika masuk ke dalam hati anda..itu semua daripada Allah kerana aku selamnya seorang HAMBA..

Petikan Surah al-Ahzab ayat 35 (boleh hafal dan boleh jadi pengajaran + masuk dalam karangan BA)

Sesungguhnya..
lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang muslim..mu'min..yang tetap dalam ketaatannya..yang benar..yang sabar..yang khusyuk..yang bersedekah..yang berpuasa..yang memelihara kehormatan..yang banyak menyebut Allah..
Allah menyediakan keampunan kepada mereka dan pahala yang besar..

Wallahua'lam..
SalamSayangSeindahAlam..

Pesanan terakhir..
tengok bawah



Saturday, December 10, 2011

Ombak Rindu~..

Salam Ukhwah..

Err..selamat solat sunat gerhana memerli mereka yang tidak mengerjakannya jika mampu..Maaf!!:)


Maaf lagi sekali..
Bukan sengaja nak mencapub atau apa..
tapi..
seperti biasa..
nak bercerita..

Hmm..Faktanya, aku merupakan salah seorang pembaca novel Ombak Rindu..Peeewit..0k2..Jangan suuz zhon dengan aku..baca dulu sampai habis..





Waktu, aku form 1 dulu..adalah seorang kawan aku yang dirahsiakan namanya bagi aku baca novel nih..dah nama pun form 1..tak tahu maksud tarbiah n xda pun tsaqafah islamiyah..

Mengisi masa lapang..

Aku baca novel tuh sebagai novel pertama aku..
Bagi aku?
Hakikatnya..x sbesuai untuk dibaca oleh mereka yang berfantasi tinggi..ehem2..paham jelah..

Ok..
baru-baru nih..seorang sahabat aku ajak aku tengok wayang cerita yang khabarnya dah mencecah RM 5.5 juta kutipannya..ramai betul yang sanggup buang duit tambah saham itu dosa..
Aku terkering (speechless) sesaat dua...walaupun dalam hati teringin lah jugak..:(

Sebabnya..

Seumur hidup aku..tak pernah aku jejak kaki ke tempat sebegitu..bukannya nak highlight aku nih suci + alim ke apa ..tapi..aku memang xminat tengok benda kotak cakap sendiri..hehe..

dan..

Aku paham..
Ada syarat kalau seorang muslim nak tengok wayang,,yang tu lah sebenarnya aku nak sampaikan post kali nih

1. menjaga waktu solat..
2. pergi bersama orang yang betul (tiada ajnabi)
3. cerita yang nak ditonton tu xda unsur lagha..

Ombak Rindu tu cmana eh??

Hehe..tepuk dada tanya iman..

Hmm..lagi satu kalau lah ditakdirkan korang // antunna dah ikut semua syarat yang aku list tuh..

Adakah korang // antunna yakin tempat aka (pawagam) tuh xda orang yang melakukan maksiat..

Meh sini..

Aku nak cerita sikit..

"Sebelum Rasulullah SAW diangkat menjadi rasul.. 
Allah telah menjaga baginda daripada perkara-perkara yang lagha.. 
Ketika Baginda SAW remaja..
terdetik di hati baginda SAW untuk pergi menyertai belia-belia lain berhibur di pesta keramaian 
(mungkin konsert kalau zaman sekarang..Wallahua'lam)..
Namun..
Allah menjaga peribadi baginda sebagai manusia terbaik sepanjang zaman..
Apabila..Baginda SAW ditidurkan..(x jadi pergi lah)
Perkara nih terjadi beberapa ke atas Baginda SAW...

Sahabat-Sahabat..all the readers..

Bukankah..
"Sesungguhnya..pada diri Rasulullah itu ada suri teladan yang baik bagi orang yang mengharap rahmat Allah dan kedatangan hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah.."
Al-Ahzab ayat 21

Hmm..
Manusia ni hakikatnya iman sentiasa turun dan naik..
Aku?!
Manusia yang selamanya hamba juga..
Takut juga..kalau-kalau aku tertewas dengan pujukan nafsu..

Kalau lah aku jadi pergi..iman meronta-ronta kata xnak..tapi hati aka nafsu kata ya..
Ni lah butirannya supaya ada yang menghalang aku..InsyaAllah..mungkin aku jua Allah halang seperti kekasihNya..Amiiin


Tempat: Jitra Mall
Masa: Wallahua'lam..
Tarikh: Sabtu minggu depan (16 hb)

Khalifah Ali Karamallahu Wajhah pernah berkata:
"Siapa yang tidak menjaga matanya..
maka 
tidak ada harga bagi hatinya"

Surah an Nur ayat 30 dan 31..
Allah berfirman supaya lelaki dan perempuan yang beriman supaya menjaga pandangan..

Sekian..
Wallahua'lam
SalamSampaiSyurga
HariIniEsokDanSelamnyaKitaAdalahHamba



Thursday, December 8, 2011

Terpulang Mahu Percaya Atau Tidak.....Hakikatnya~..

Salam ukhwah.
Maaf..

Kali nih aku mahu bercakap soal politik..
kerana
aku mahu 
kita sama-sama sedar..
KITA kan generasi penghidup biah solihah 
dan 
penyambung tarbiah...
Insya Allah
:)

Cuba Teka Siapakah Pemimpin Ini...? Wajib Baca Dan Teka, Anda Tentu Terkejut !!!


Ada seorang pemimpin yang hebat telah muncul pada satu masa lalu. Berikut adalah
perkara-perkata yang menggambarkan pemimpin tersebut:

1.Dia pernah menulis buku tentang perkauman.

2.Negaranya miskin sebelum dia menukarkannya menjadi negara industri.

3.Dia mempromosi dan menjayakan pengeluaran kereta nasional pertama negara.

4.Dia gigih membina kemajuan sains dan teknologi negaranya.

5.Dia pastikan negaranya menjadi host kepada sukan-sukan hebat bertaraf dunia.

6.Stadium dan prasarana sukan yang hebat dibina bagi menjayakan hasratnya itu.

7.Dia terpaksa menghadapi serangan matawang yang teruk semasa memimpin negaranya.

8.Dia sentiasa menuduh masalah negaranya adalah hasil dari konspirasi yahudi, kuasa asing dan kuasa jahat dari luar.

9.Dia sentiasa mengkritik kebanyakan kuasa besar dunia.

10. Kebanyakan dari negara luar mengkritiknya namun banyak juga yang memujinya.

11.Dia menekan kekuatan pembangkang ke tahap paling rendah dan hampir semua media dikuasainya.

12.Dia mempunyai orang nombor dua yang berusaha kepada perubahan dan reformasi yang mencetuskan dengki dan irihati di kalangan pimpinan tertinggi sesama parti.

13.Orang no. 2 itu bersama dengannya dalam tempoh lebih kurang 17 tahun dan akhirnya disingkirkan atas tuduhan belot dan juga homoseks.
Siapakah agaknya pemimpin yang dimaksudkan di atas. Tentu ramai yang rasa dia kenal siapa yang dimaksudkan berdasarkan semua gambaran yang telah diberikan.

Pemimpin yang dimaksudkan di atas adalah Adolf Hitler, Pemimpin Nazi dari Jerman. Tentu anda terkejut dengan jawapan tersebut kerana ia ada persamaan dengan orang yang kita amat kenal. Apakah pemimpin yang seorang lagi itu mengikuti jejak langkah pemimpin yang sebelum itu dalam mengatur semua strateginya?

Korang// Antum tahu x..
Klu: Bapa Pemodenan..

Ya Allah ..
Tunjukkanlah kepada kami yang benar itu kebenaran
Berilah kekuatan untuk mendekatinya..
Dan
Yang batil itu kebatilan..
Berilah kekuatan untuk kami menjauhinya..
Amiiiin..


Monday, December 5, 2011

Ceeritaa Akuu??!!~..



Salam ukhwah fillah..
Errr..Kepada warga KI..holiday package apekabo??

Haha
Aku tahu snsitif punya soalan..

Lek-lek sudaa..
Aku pun......err....xyah lah tahu.
korang dah boleh agak jawapannya bukan??

Hmm...
Aku ada satu cerita...eh, dua / 3 cerita sebenarnya..

Kisahnya....

Postscript: ni memang cerita aku..aku cerita nih untuk dihayati bersama..Doakan aku dijauhkan daripada riyak..ujub..takabbur n semua penyakit hati.:D

Bermula...
Waktu bulan puasa 1432 Hijrah yang lalu..
Waktu pertengahan bulan puasa..

Tempat: Kolej Islam SAS..

Aku cuma ada RM 2...Sebabnya..aku xcall ayah tercinta untuk bank in..
Pastuh..aku kena print hand out untuk tazkirah Maza Ya'ni..(budak2 KI confirm tersengih bila mengenangkan gelagat KITA time Maza Ya'ni..Hehe)

Kepada yang tak tahu tazkirah Maza Ya'ni tu ala-ala kuliyah ramai-ramai ikut rumah sukan menggunakan Buku Karangan Fathi Yakan MENGAPA AKU MENGANUT ISLAM?? yang diadakan 3 kali seminggu..penceramah terdiri daripada sahabat-sahabat mengikut giliran... Sesi Maza Ya'ni sangat menguji iman kami..sebabnya..time tuh menghampiri waktu tidur iaitu selepas prep aka kelas persediaan..



Paham dak?? Antum dah faham aka jelas??

Berbalik pada cerita aku..
Disebabkan time tuh giliran aku bagi Maza' Ya'ni..so, aku bertanggungjawab untuk bayar hand out tuh untuk edarkan kat budak-budak Omarians..plus..aku beli gula-gula..sebab fitrahnya, aku akan mengantuk bila dengar Maza Ya'ni..Hmm..orang lain pun mungkin mengantuk jugak kan??hehe..xyah mengaku..Aku paham..

Dipendekkan cerita..waktu nak bayar kat KSK (tempat aku print hand out tuh)..aku tertinggal duit RM 2 tuh..so, aku menebalkan muka pinjam dekat seorang muslimat  nih (Budak Khalid..takyah tau nama..tpi dia KAYA..orang yang kata..hehe..KAYA + Pemurah..Mudah2an dimurahkan rezeki baginya)..

Memandangkan tu duit aku pinjam aku pun turun ar nak bayar malam tuh..
Nak tau apa jadi..??

Muslimat tu halalkan je..
Subhanallah..
Yang lagi mensyahdukan..
Sepanjang aku berjalan dari dorm aku ke floor KHALID tuh..
rezeki aku melimpah ruah..Aku dapat free..........

2 ketul setengah kot..




Cupcake..
n ada lah jajan yang sangat sedap............

Jadi..teringat aku kepada firman Allah SWT dlm Surah Al Zazalah 
Perbuatan yang baik @ buruk walau sebesar zarah akan diberi ganjaran.........

Sekian..
Sori cerita kurang zupp..
Semoga dihayati..
Selamat beramal sebagai hamba..

SalamSampaiSyurga :D










Friday, December 2, 2011

Saya dan Roda..atau KITA dan roda??!!~..

Salam Ukhwah..
Selamat beribadah..~

Aku??!!..

Cumalah insan biasa yang bercerita.. Aku sangat suka bercerita dalam hati.. Macam pelik saja.. Maksudnya..aku suka bermonolog dalam hati dengan melihat sesuatu dari sudut yang sangat berbeza..
Contoh??

Hmm..

Terlalu abstrak untuk aku explain dan bukan itu point nya..aku menulis...:)

Ok.. sebelum aku ke laut aku melalut panjang lagi.. Aku nak mengaku yang aku pendiam..Hehe..(xde kena mengena dengan entry pun sebenarnya..:D)

 


Hampa nampak gambaq ayaq dalam gelas kat atas nuh?? // Korang nampak x air dalam gelas kat atas??

Apa jawapan korang//hampa??

Kalau hampa // korang // antunna kata air setengah @ separuh gelas..........
Bersyukurlah..kita insyaAllah orang yang positif pemikirannya.

Tapi..kalau pertama kali kita tengok..kita cakap lagi separuh nak habis air tuh..
Mugkin kita boleh analisa yang pemikiran kita selama nih lebih cenderung ke arah negatif...

Ok2..
Aku bukan nak buat kenyataan suka hati ka apa..tapi kalau tak mau terima pun xpa..


Bercerita bab SAYA DAN RODA seperti tajuk..
Kisahnyaa...........
just huraian mungkin...

Ada kalanya..kita berusaha keras untuk menyayangi tapi kita dibenci..Sabarlah..kerana setiap perbuatan kita (baik atau jahat) walau sebesar zarah..ADA BALASANNYA..

Bukan aku yang kata tapi Firman Allah dalam Surah Al- Zalzalah..surah tu pendek ja..pergi lah tengok kawan..Bila lagi nak topup pahala n upgrade iman....

Aku menulis entry nih sebab tadi waktu aku tengok Majalah Sekolah tau nama manjanya Al-Misykat..tengok baju sekolah aku waktu kat Agama Arau dulu..Aku teringat nak mengarang entry.. Hmm.. Sebenarnya.. point yang aku nak sampaikan ada..InsyaAllah..cuma majaz sedikit...

Biasalah..
Saya dan roda..sekarang aku Allah izinkan untuk rasa duduk kat bawah sebab dah terlalu lama berada dekat atas..

Dan..
Aku bersyukur sebab ada sahabat-sahabat yakni saudara seaqidah yang support aku untuk terus berjaya n beramal soleh.....



إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ سَيَجْعَلُ لَهُمُ الرَّحْمَٰنُ وُدًّا
"Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh kelak Allah Yang Maha Pemurah akan menanamkan dalam hati mereka kasih sayang.
[QS Maryam, 19:96]

Doakan aku bertemu cinta dan keredhaanNya...