Followers

Wednesday, March 14, 2012

~..Terpana~..

Dengan nama Allah Yang Menciptakan



Aku bersyukur apabila masih ada yang sudi menegur salah silap aku..
Yeah, aku tak tipu.. Bila mula-mula kena tegur.. Hati yang kotor ini, sukar menerima.. tapi hakikat IMAN akan sentiasa memujuk keegoan hati yang dipacu kuda liar..

Apabila IMAN berjaya memujuk maka aku berasa diriku cukup bertuah kerana Allah gerakkan hati sahbatku untuk menegur aku....

"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANLAH bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat menyampaikan DAKWAH apabila dia sempurna,...nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. ...Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan." - Imam Hasan al-Basr

Eh..apa kaitannya tajuk dengan entry aku..
:)

Macam ni..
Aku terpana bila terbaca dua tulisan daripada insan biasa tapi cukup luar biasa maknanya..


  • Jangan tertipu dengan tudung labuhku kerana itu bukan pengukur iman seseorang. Jangan tertipu dengan tudung labuhku, aku hanyalah seorang muslimah yang masih lagi dalam proses mencari kemilau cahaya Islam sebenar, berusaha menjadi muslimah solehah, tapi bukan bermaksud aku adalah manusia sempurna. Tapi dengan tudung labuhku, aku berusaha mencari redha Allah :)InsyaAllah. 
  •  hensem bkan modal msuk syurga . 

Dan hari ini..
Ada sahabat juga yang mengingatkan dirinya juga diriku yang membaca statusnya..
Trial SPM is just 5 months more...

Ahh!!
Takut......

Dan hari ini..
Mama n ayah ajak aku belajar addmath..
Alhamdulillah..masih ada yang sayang!!hehe.:)


Dan..
Aku yang perlu mengubah diri aku menjadi lebih rajin..
kerana Allah berfirman.." Sesungguhnya, kami tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka yang mengubahnya" _Surah arRa'du ayat 11

Sekian..
SalamSampaiSyurga
Wallahua'lam...
:).senyum.

Tuesday, March 13, 2012

~..Bumi Itu..Alhamdulillah!!~..

Dengan nama Allah Yang Maha Menciptakan

Hari ini..
Alhamdulillah..
Aku masih diberi nikmat kesihatan..Moga-moga nikmat ini tidak melalaikan aku, amiin..

Dan.

Hari ini berapa kali kah anda dan aku dah berselawat..

Maka.. 
Ringankanlah lidahku juga lidahmu untuk berselawat
klik untuk tumbesaran..tiada paksaan..hehe


Hari ini, aku teringat lagi..
Teringat pada bumi itu..
Bumi yang cukup asing itu..
Bumi yang cukup berjasa menjadikan aku seorang yang sensitif..


Hari itu,
Aku berjalan-jalan di bumi itu..





Aku terbaca pada meja sahabatku 
Sahabat itu menulis di atas mejanya..
"Ya Allah Ya Tuhan Ampunkan dosa kedua ibu bapa yang menjaga aku dari kecil hinnga dewasa"

Keanehan menerpa ke hati ini dengan tiba-tiba..
Perasaan sukar digambarkan dengan kalam biasa.. 
Entah, sejak bila aku jadi cukup sensitif bila bercerita soal ibu bapa..

Oh, mungkin..
Sejak ramai sahabatku di jalan Allah dikejutkan dengan pemergian ibu ayah mereka dalam keadaan tak terduga menyebabkan hati kecil aku turut terkena tempiasnya!!  
Alhamdulillah,
Itu anugerah.. Aku percaya sahabat-sahabat pun sama sensitifnya seperti aku ja bukan??

Mungkin, 
Tazkirah, halaqah atau mungkin kuliyah daripada ustazah selama mana aku berada di Bumi Bertuah ini membuatkan hati aku banyak berubah............. 

Tiada apa mampu aku lafazkan melainkan aku mengharap doa-doa daripada insan sekeliling, moga-moga kita terus istiqamah..Amiin..

Dan..
Bercakap soal sahabat..

Aku juga jadi sensitif..
Di bumi itu..
Aku belajar menghargai, menyayangi, menjaga hati dan memahami erti sebuah persahabatan atas dasar iman..

"Pengajaran dan pembelajaran ini bukan datang begitu sahaja tetapi pengorbanan dan dugaan besar menjadi sebahagian penghuni Bumi Waqafan menjadi galang gantinya.."

Kata sahabatku waktu inpection_KetuaDorm tercinta!!..

  • "Untuk mendapatkan sesuatu..kita perlu mengorbankan sesuatu"





Dan hari ini..
Aku dan sahabat-sahabat dilatih untuk menjadi cukup sensitif dengan pelbagai isu semasa..
Diajar dan disuruh praktik untuk memandang masalah muda mudi dari kaca mata dakwah..
Contoh cukup mudah:

  • Persoalan LGBT..keruntuhan akhlak yang berlaku hari ini, kami diajak berfikir apa perlu kami buat untuk pastikan diri sendiri terlebih dahulu selamat dengan asas aqidah yang betul. Kemudian orang lain cuba kami selamat..Dapat tak??


Namun, aku juga cukup sensitif bila ayah tercinta cakap..
"Hari ni kakak, akhlak budak sekolah agama semakin teruk ..Bersyukur dan beruntunglah kakak dapat belajar di tempat yang bebas dari suasana tu"

Aku ingin bawa mereka ke tempatku..
Belajar ilmu yang tidak ada di mana-mana..
Ilmu kehidupan!!

Mungkin aku lah panah daripada panah-panah yang perlu menyebarkan panahan Islam itu
dan anda juga!!

Maka..
Doakan kita KUATkan diri sendiri sebelum mampu membantu orang menjadi kuat..

Saat ini, aku tidak sabar untuk kembali lagi ke bumi itu kerana aku sedar masa aku di situ cuma bersisa tidak lama.......

Masa berlalu bagaikan berlari..

Sekian..
SelamanyaDiriIniHamba
Wallahua'lam