Followers

Monday, January 28, 2013

In A Relationship


Menjadi seorang remaja muslim saat dunia hari ini memang cukup mencabar. Berbagai-bagai mehnah dan tribulasi perlu dihadapi. Mana nak  kejar akademik tahap tinggi. Mana nak jaga peribadi lebih-lebih lagi dalam soal menjaga hati dan perasaan yang terlalu mudah goyah ini.

Mengharap diri disayangi itu perkara biasa. Namun, kebiasaan ini sangat perlu dikawal dengan iman dalam diri. Andai terbabas, maka masuklah kita kembali ke alam jahililyah. Sokongan dan perhatian sahabat-sahabat sekeliling sangatlah diperlukan buat remaja yang sedang meniti puncak usia remaja.

Anekdot:

Khazinah menjadi pujaan jejaka sebaya dengannya zaman berzaman. Sejak di bangku Tingkata Satu hinggalah menjejak kaki ke pusat pengajian tinggi. Mungkin, disebabkan Khazinah punya wajah kurniaan Ilahi yang tak dapat dinafi. Memang cukup cantik !مشاء الله سبحان الله   Dalam gurauan, salah seorang sahabat Khazinah terlepas cakap,
 “Khazinah kalau petik jari sekali, sepuluh mari’. 
For sure lah, korang boleh bayangkan betapa segaknya Khazinah tu. Dengan kecantikan semula jadi yang ada pada diri. Ditambah dengan memiliki ciri-ciri muslimah solehah, Khazinah sering dihubungi oleh ramai remaja lelaki. Berkat didikan agama yang teguh serta bimbingan kakak dan sahabat-sahabatnya, Khazinah tidak betah dengan ujian ini. Namun, langit yang disangka cerah hingga ke petang. Mendung pula di tengah hari. Kehadiran seorang kawan lelaki yang menjadikan alasan indahnya persahabatan menyebabkan Khazinah mulai menerima kewujudan ajnabi dalam kehidupan seharian yang selama ini terpelihara dengan cukup baik. Diam tak diam, ramai teman Khazinah mulai meragui kredibilitinya sebagai muslimah sejati. Menjadi seorang yang punya ramai stalker, Khazinah mula disiasat secara terang-terangan dan secara rahsia. Masakan tidak, dahulunya Khazinah pernah menjawat jawatan pimpinan di sekolah. Maka banyaklah insan yang telah ditarbiyah dan mengikut segala perkembangan Khazinah. Kantoi sudah ! Rupanya jejaka yang sering menekan button 'like' di akaun laman buku milik Khazinah. Yang selalu meninggalkan 'post' ukhwah fillah' kononnya mula saling berhubungan dengan Khazinah.

Sahabat-sahabat yang prihatin dan menyedari perubahan pada Khazinah. Yang dahulunya bijak mengawal emosi. Namun, sekarang. Seperti angau sendiri. Mereka mula mencari mekanisme terbaik untuk menasihati. Namun, masing-masing tidak punya kekuatan, kerana Khazinah dahulunya telah membimbing mereka keluar dari kejahilan kepada cahaya.

Akhirnya, setelah cerita cinta-anta-anti antara Khazinah ini mulai menjuarai carta universiti. Maka, seorang sahabat-ukhwah-fillah Khazinah cuba menjadi berani. Dia minta penjelasan daripada Khazinah mengenai 'in a relationship' ini. Maka, sudahnya. Khazinah mengakui betapa dia dan jejaka itu cuma sahabat seperti sahabat-sahabatnya yang lain.

Luluh. Hancur. Berkecai hati sahabat yang mengetahui keadaan ini.. Bukankah dahulu, Khazinah yang telah membawanya untuk mengatakan :
Sayonara Jahiliyah dan Selamat datang Mak Cik Hidayah.
Jahiliyah dan islam itu bezanya seperti tembikai dan durian. Berbeza bukan? :)


Dan inilah lumrah alam yang perlu diterima. Yang jahil takkan selamanya dalam kejahilan. Ada masanya, yang jahil terima cahaya. Lalu dia bawa kita ke lembah cahaya yang penuh dengan sinar keimanan.



Korang bayangkan.

Khazinah = muslimat
Jejaka tu for sure lah muslimin kan

Selamanya takkan sama berukhwah dengan berlainan jantina.
Allah Itu Maha Adil.

Kerana yang berlainan jantina itu akhirnya akan bersama di syurga hanya dengan satu ikatan yang sah. NIKAH ! Titik!!

Maka, sungguh aku lah sahabat itu. Serius, aku jeles bila mana Khazinah menyatakan persahabatan aku dengan Khazinah sama seperti persahabatan Khazinah dengan si jejaka.

AKAN menjadi satu fitnah. Apabila status dlm persahabatan antara lelaki dan perempuan kita samakan.
Mana mungkin berukhwah dengan akhowat SAMA dengan ikhwan ?!
Apabila dirimu kamu katakan high class. perkara remeh ini sangat perlu untuk diberi perhatian..
Err. kalau berukhwah sesama akhowat boleh bermesej hingga dua tiga pagi. bergurau. bertepuk dan bertampar.. Pastinya dengan ikhwan, kita takkan pernah mungkin boleh menjadi sebegitu, selagi belum ada ikatan.

Takda syak lagi. Persahabatan itu memang indah kalau kerana Allah..
Tapi. Bila dah XX dengan XY maka bukan persahabatan lagi yang dinilai Allah melainkan dengan ikatan..

Jaga dirimu dan diriku
Juga hatiku dan hatimu
Teguhlah bersama keredhaan

Dan
Aku bukanlah yang sempurna untuk berbicara lagi.

Surah anNur ayat 30 dan 31
"Katakanlah kepada lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan yang beriman agar menundukkan pandangan"

Maka inilah cabaran.
Berpegangan tangan menyedarkan orang yang pernah membawa kita bertemu dengan Mak Cik Hidayah yang kini sedang diuji.
Bukan dia yang pinta untuk diuji.
Bukan hanya dia sahaja yang diuji.
tetapi
Allah uji sahabat-sahabatnya juga.
Apakah sahabat-sahabat yang dahulunya dia pimpin keluar dari zaman jahiliyah, mahu memimpinnya saat dia mulai rebah
Bila begini.
Jangan hukum Khazinah.
Dia juga INSAN.
Yang punya perasaan, nafsu dan iman.

Maka.
Kuatlah hatiku.
Jangan pernah aku tinggalkan dia, sedang dia asyik dengan kefuturan.
Allah ujiku, apakah aku tegar membawa Khazinah pulang seperti dia telah lakukan padaku beberapa tahun lampau.


credit


fatiniismadi
jihadmengurusnafsu
2040
280113

Wallahua'lam 



Monday, January 21, 2013

UIA: Universiti Islam Antarabangsa

Tajuk:
Bauan Usrah Seharum Tarbiyah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله ثم شكر لله

Err. mungkin tajuk nih betul betul kontroversi. Dan. Mungkin korang (yang mengenali) aku akan bermonolog sendiri. "Eh dia nih. Kejap nak ke sini. Kejap nak ke sana. Tak tetap pendirian langsung !"

Eh, korang tak cakap cam tu pun kan. Aku yang perasan sorang sorang. Ahha :D
_________________________________________________________________________________

Baru-baru nih. lanjutan daripada berprogram dengan alumni SMKAA tiga hari dua malam.
Perkenalan singkat dan pertemuan yang menghimpunkan batch SPM 2011 dan aku batch 2012, rupanya tak terhenti di situ sahaja.

Senang cerita. Aku dah terbau bauan usrah pada sorang ukht. Alaa, ukht yang asyik aku cerita kat sini, sejak aku jatuh hati pada course dia sebelum ni :)

>RASULULLAH CONTOH IKUTAN TERBAIK<
"Lestarikan kecintaan kita kepada Rasulullah, banyakkan berselawat dan ikut sunnah Baginda
Salam sahabat yang dirindui..
Apa habaq iman
Jom teruskan Al Mathurat pagi dan petang. Solat jemaah setiap waktu. Qiyamullail. Hadiri kuliah kuliah agama di tempat masing masing.
Manfaatkan cuti antum sebaiknya.
LA TAHZAN . INNALLAHA MAA'NA 
Itulah mesej yang berbau usrah seharum tarbiyah yang aku terima daripada ukht UIA tuh.
Jadi maksudnya, dekat UIA tu ada usrah (baca: tunjang tarbiyah) yang sangat menarik pada hemat aku setelah aku korek rahsia usrah dekat UIA.

Err, dekat sana pun ada Ma'thurat pagi dan petang lah. Jangan nak perasan kat tempat kau je bace Ma'thurat, pandai..:D Manusia yang ditarbiyah daripada usrah nih biasanya, bau-bau tarbiyah melekat kot kat dia. Kalau korang penah join usrah, yang korang rasa korang menerima tarbiyah daripadanya, for sure lah korang faham kan?

#Blog nih memang bahan bacaan dia berat sangat kah? ~..SOALAN

_________________________________________________________________________________

Aku mudahkan lah. Korang kenal Wardina Safiyyah? Irma Hasmie?
Sejak bila aku minat dia haa?

Macam suka pulak gambar nih :P

Mereka itu rupanya model terbaik untuk aku katakan. Menerima tarbiyah daripada usrah yang menjadi 'turning point' untuk mereka berubah identiti seperti sekarang. Hidayah tu hak milik Allah. Allah berhak nak beri pada siapa siapa yang Dia telah takdirkan. Jadi yang rasa diri tu dalam limpahan rahmah dan hidayah Allah. maka berdoalah moga moga hidayah itu kekal milik kita hingga hujung nyawa (Jangan baca: Setia Hujung Nyawa..Ahha)

_________________________________________________________________________________

Berbalik kepada cerita asal:

Pernah tak anda terbau bauan tarbiyah yang begitu kuat kepada mana mana kenalan anda?
Aku, serius pernah!
Orang yang dah terlekat bau-bau usrah seharum tarbiyah ni, semestinya perkataan dan perbuatannya penuh hikmah yang sangat mententeramkan anda bukan?

Melihatkan speseis manusia yang berbau seperti itu menyebabkan anda rasa dekat dengan Allah.
Jika Kau Rebah
Jika Kau Kalah
Jangan Jangan Kita Lupa Ujian Lumrahnya Dunia
Err. ni kes menaip sambil melayan radio :D

Berbalik: Manusia daripada speseis itu biasanya membuatkan anda rasa seperti terlalu disayangi. Sebabnya, mereka selalu sahaja mengingatkan anda bila terlupa. Menyediakan bahu di saat anda perlukan pautan. Mengajak anda berlari pantas di saat AJK Jawatankuasa Solat Awal berdiri di muka pintu musolla untuk mengambil nama dan...Err. Mungkin mengejutkan anda subuh walaupun anda terlalu liat untuk bangun.

Sekian.
Nak berhenti sampai di sini sahaja.

Err, tajuk bukan untuk tujuan promosi.
Kbai
Wallahua'lam.
:)










Tiada Arah ?! Maka kembalilah pada Allah :)

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله ثم شكر لله
Puji-pujian yang selayaknya kepada Ilahi Ya Rabbi dan Syukur atas segala nikmat yang masih diberi

Selawat dan salam ke atas kekasihNya Muhammad SAW
اللهم صلى على سيدنا محمد

Hari ini.
Aku bernafas lagi. Berkira-kira mahu ke sekolah tarbiyah pertama. Alhamdulillah. Sampai juga akhirnya. Sekali lagi ditawarkan menjadi kakaksipenunjukjalan (baca: fasilitator) untuk adik-adik Majlis Pimpinan Asrama. Mashaa Allah, tawaran yang tergolek-golek datang menanti. Siapa sangka, rupanya Allah Mahu Tahu segala apa yang aku tak tahu. Setelah berprogram untuk adik-adik muda Tingkatan Satu (Bina Sahsiah dan Fardhu Ain). Sekali lagi, untuk adik-adik tua pimpinan asrama.

Ya. Memang aku hamasah dalam berprogram seperti ini, kerana aku juga dahulunya bekas pelajar asrama yang proses awal-awal aku mula membebaskan diri daripada jahiliyah yang maha dahsyat ketika di asrama.

Kehidupan asrama adalah hidupnya insan dalam jamaah
Banyak kekuatan-kekuatan rahsia tersembunyi di situ.
Aku pernah mengalaminya.
Sungguh, aku percaya dan yakin pada kata-kata Baginda Muhammad SAW
يد الله مع الجماعة
Pertolongan Allah itu dalam jamaah.

_________________________________________________________________________________

Setelah begitu banyak mehnah dan tribulasi yang dilalui. Akhirnya, inilah hikmah yang aku temui. Kenapa Allah letakkan aku bukan di Darul Quran, Kuala Kubu Bharu untuk Pensijilan. Memang, tempat itu menjadi dambaan aku pun. Serius, tak tipu!

Darul Quran. Temmpat aku ditemu duga duludulu :)

Tapi, Allah berikan aku terlalu banyak rezeki yang lebih baik aku kira dalam keadaan sekarang. Allah izinkan aku untuk bekerja di-dunia-penuh-buku. Berprogram menjulang tarbiyah Islamiyah. Mengasah communication and leadership skills yang memang cukup indah untuk diterjemah. Allah beri aku peluanhg untuk bergerak dalam jamaah dakwah yang berjuang menghidupkan tarbiyah dan biah solihah di bumi Tarbiah Agama Arau. 

Ya, mulanya. Memang perit untuk menerima hakikat, jalan dakwah tidak mudah.
Tetapi bila memujuk diri dengan janji-janji Ilahi Ya Rabbi. Masha Allah.
Ali Imran ayat 110: Kamu adalah umat yang terbaik dikeluarkan bagi manusia, dengan menyuruh yang baik, dan melarang yang mungkar, dan kamu percayai Allah. Sekiranya ahli Kitab percaya, tentulah itu yang lebih baik bagi mereka; antara mereka orang-.orang mukmin, tetapi kebanyakan mereka adalah orang-orang fasiq.

Dan bila mana. Anda dan aku meyakini bahawa kita punya iman di hati. Maka ini berita gembira untuk anda:

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim).
:) 
_________________________________________________________________________________

Er, semalam aku pergi hantar ahli keluarga aku balik UIA
(Yang dah baca entry terdahulu: Kakak yang aku cerita ambil Arabic International Comm.Alaa yang dah influence aku tu lah.:P)

Bercerita bab keluarga, manakan sama dengan keluarga aqidah.
Sebelum lebih panjang. Aku jelaskan.

Keluarga Darah:
Family korang lah yang kalau buat DNA test inshaa Allah sama. Err, dengan syarat, tak tertukar time kat hospital dulu lah..;D

Keluarga Aqidah:
Semua kita adalah bersaudara. 
Bukti yang paling nyata:
إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ }الحجرات10
 Sesungguhnya mukmin itu bersaudara.


_________________________________________________________________________________

Menjadi aktivis program ni, andai tidak punya lesen penuh (seperti aku) maka sukarlah untuk bermobiliti ke sana ke mari. Mengharapkan ihsan keluarga darah untuk bermobiliti. Sudah pasti, mereka rasa terbeban dengan itu dan ini.

Maka. Inshaa Allah, bila dah berlesen penuh nanti. Aku bertekad untuk lebih menginfakkan seluruh masa senggangku untuk jalan tarbiyah ini.

MogaAllahRedha.
Kbai ;)
Wallahua'lam
 

Friday, January 18, 2013

Keliru. Haru. Biru. Rindu :)



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم
الحمد لله ثم شكر لله

Puji-pujian yang selayaknya kepada Ilahi Ya Rabbi dan Syukur atas segala nikmat yang masih diberi

اللهم صلى على سيدنا محمد


Oh. Aku keliru menjadi bisu. 
Menjadi lepasan SPM yang menunggu dan menghitung waktu keputusan memunculkan wajahnya. Rupanya, perit juga. Keliru. Rindu. Sendu. Sentap lah sikitsikit bila terfikir detikdetik yang bersisa sebelum harinya tiba. 

Allahurabbi !

Ingatkan, bila dah habis SPM tu, boleh lah bersuka ria.
Walaupun dah dapat kerja. Serius, moment-moment yang berlalu tu, ibaratnya bagaikan berlalu meninggalkan kita dengan memori syahdu. 

Terimbau saat saat di situ.
Adess.
Sentap lagi.

Bukan itu nawaitu menulis.
Tapi merasakan. Memang hebat ciptaan Allah. Menciptakan manusia dengan emosi. Hati yang tidak pernah tetap. Tak percaya ? 
Pernah tak anda suka pada sapa sapa?
Oh, tidak pernah.
Subhanallah. Mashaa Allah. Anda speseis baharukah di muka bumi. Err, speseis manusia yang tidak punya rasa sesama manusia.

Ahha..sebelum 'repek'an bertambah tambah panjang.
Boleh jadi hari ini anda suka 'dia' semaksimumnya.
Dan. Esok pula. Eh, dah mulai benci 'dia'

Hebatkan Allah ?


Boleh jadikan semua tu. Yalah
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109)
Dan lagi.
Kenapalah ada masanya kita cenderung untuk sesuatu dan ada waktunya kita dah tak suka pada sesuatu.
Aneh bukan?

Korang mesti penah tertanya tanya jugak kan?
Err. Sama lah kita.

Semua tu daripada Allah juga kan? (:

Akhirnya, kenapa Allah yang jadikan semua nih.

Jawapannya:  
Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ 
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [Qaff : 16]
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ
Dan Kami lebih dekat kepadanya dari kamu. [Al-Waqi’ah : 85]
Oh. Terlintas di minda mahu meluahkan rasa apabila aku terfikir apahal lah pendirian aku untuk masa depan aku kerap berubah-ubah. Kejap mahu KYUEM (A-level) Kejap berangan nakkan KMB (IB) Kemudian berubah pula inginkan course macam Kak Mira (Arabic International Communication) Tak lama kemudian mahu pula course Psychology dengan tajaan.

Oh. Hati ini. 
Yang perlu aku amalkan selalu.
"Ya Allah jika sebelas A plus itu mendekatkan aku denganMu aku mohon berikanlah padaku. Sekiranya tidak, takdirkanlah apa jua keputusan yang terbaik untukku sentiasa dekat denganMu dan semua yang berada denganku redha dengan apa yang Kau beri padaku. Amiin"

Kbai.
Wallahua'lam.

Nak Kurus. titik!

"I'm sorry miss. May I know, do you have any halal certificate for your shop"
"Oh, wait miss."
Tak lama kemudian.
"Our business is a really new business. We've applied the certificate and it is in progress. But don't worry miss our product is pork free", muncul seorang mamat ala-ala Korea (aku rasa anak tauke kedai tu). Dengan muka cuak tapi macam cuba buat buat cool
"Alcohol free?", aku membalas tegas.
"Yes, of course" 
Kisah bermula.
Ketika bermulanya masa rehat hari aku bekerja semalam.
Berjalan-jalan aku melewati Kota Cina di Kangar (bukan bandar DiRaja.)

Aku singgah di sebuah kedai yang baru dibuka.



Biasalah. Setelah dua tahun tidak bermanja manja di negeri sendiri. Jakun pulak tengok kedai baru. Masa rehat pun sangat panjang. Er, satu jam sahaja sebenarnya. (:

Dipendekkan cerita. Aku singgah dan order Fresh Milk Chocolate Latte kat situ. Mahal tak mahal. Lebih kurang RM 6.00 juga lah yang terbang. Dah kena tunggu lama. Tapi servis kat situ memang tersangatlah tip top ! Dengan kedai baru lagi, sapa tak teruja. Dahlah, jarang sangat kat negeri sebesar Perlis ni ada macam tu. 

Sambil tunggu, aku habiskan Novel terbaru Ramlee Awang Murshid. 
Tiba-tiba. Terlintas di kepala. Mana lah dia sijil halal kedai nih. Order dah order dah. Duit pun dah terbang. Terus aku bertanya kepada amoi kat kaunter. Mulanya, nak tanya dekat pekerja Melayu yang ada. Tapi ntah macam mana, amoi anak tauke tu juga yang jadi mangsa.

Aku fikir kedai tu memang dah ada sijil halal. Jadi, pertanyaan aku sekadar untuk meyakinkan aku untuk minum benda alah tu ja. Tapi lain pulak yang jadi.



Cuak anak tauke tuh. Yalah, dengan bahasa Inggeris aku yang berterabur selama nih, tetiba ja ada kekuatan untuk tanya macam tu. Alhamdulillah, dah ada keyakinan untuk speaking walaupun 'not good enough'. Serius, selama ni tak pernah aku berani untuk berbahasa Inggeris dengan sesiapa walau di mana mana jua.

Sambung:
"You're from which organisation miss", anak tauke itu membalas jawapan aku.
"Err. I'm from PERKIM stand for Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia", ahha, terpaksa menipu. Terkeluar PERKIM sebab pejabat Perkim tuh letaknya selang dua buah daripada tempat aku bekerja. Ahha.
Bertambah cuak dia. Padahal aku takda pun tunjuk kad identiti ke apa.
"So for the sake of your business. I suggest you to show the customers the halal certificate"
"Thanks miss for the suggestion. Yes. I'll try my best for that'.
Then,apa yang jadi ialah:

Oh. Terkejut aku. Ahha. Sentap weh. Sambut ke tidak. Alhamdulillah, sisa sisa iman dan tarbiyah ada terlekat di hati. Senyum. Ambil minuman yang aku order dan blah..

Tapi, bukan itu persoalannya.
Yang aku nak bangkitkan. Ramai customers kedai tuh Muslim dan kedai tu pula tiada sijil haram.

Kalau yakin. It's alright. Teruskan. Kalau tak yakin. It's not alright. Takyah lah singgah.
Aku hari tuh, serius syubhah.

SYUBHAH
Dalam satu hadis sohih:
Rasulullah membuat perumpamaan perkara yang syubhah ibarat kambing yang dibiar meragut rumput di dua padang yang berbeza tanpa ada pemisah. 
Jadi, memang ada kemungkinan lah kan, kambing tu akan meragut rumput di padang yang bukan milik tuan dia. See ! Kalau dah syubhah tu, untuk menjaga kesucian hati, rohani dan iman. Lebih baik tinggalkan.

Dan, Fresh milk chocolate latte yang aku order tu masih tersimpan di peti ais tempat kerja tanpa ada yang mengusiknya.

Err. Tajuk entry tak ada kena mengena dengan cerita. Kbai.
Wallahua'lam..(;










Tuesday, January 15, 2013

Koleksi Hadis Tentang Ukhwah



“Seorang mukmin terhadap mukmin (lainnya) bagaikan satu bangunan, satu sama lain saling menguatkan.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

“Perumpamaan orang-orang beriman dalam hal saling mencintai, mengasihi, dan saling berempati bagaikan satu tubuh. Jika salah satu anggotanya merasakan sakit maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan berjaga dan merasakan demam.” (HR. Muslim)

Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahm”. (HR. Bukhari)

Dari Hudzaifah Bin Yaman ra. berkata, Rasulullah saw. bersabda, ”Siapa yang tidak ihtimam (peduli) terhadap urusan umat Islam, maka bukan termasuk golongan mereka.” (HR. At Tabrani)
“Apabila seseorang mencintai saudaranya, hendaklah dia mengatakan cinta kepadanya.” (HR. Abu Dawud dan Tirmidzi)

Dari Anas ra. mengatakan bahwa seseorang berada di sisi Rasulullah saw, lalu salah seorang sahabat melewatinya. Orang yang berada di sisi Rasulullah saw tersebut mengatakan, “Aku mencintai dia, ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah saw bersabda, “Apakah kamu sudah memberitahukan dia?” Orang itu menjawab, “Belum.” Kemudian Rasulullah saw bersabda, “Beritahukan kepadanya.” Lalu orang tersebut memberitahukannya dan berkata, “Sesungguhnya aku mencintaimu karena Allah.” Kemudian orang yang dicintai itu menjawab, “Semoga Allah mencintaimu karena engkau mencintaiku karena-Nya.” (HR. Abu Dawud)

“Janganlah kamu meremehkan kebaikan apapun, walaupun sekadar bertemu saudaramu dengan wajah ceria.” (HR. Muslim)

“Tidak ada dua orang muslim yang berjumpa lalu berjabat tangan melainkan keduanya diampuni dosanya sebelum berpisah.” (HR. Abu Dawud)

Nabi Muhammad saw bersabda, “Allah swt. berfirman, ‘Pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang mencintai karena Aku, keduanya saling berkunjung karena Aku, dan saling memberi karena Aku’.” (HR. Imam Malik dalam Al-Muwaththa’)

Dari Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.” (HR. Thabrani)
Dari Anas bahwa, “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, karena hadiah itu dapat mewariskan rasa cinta dan menghilangkan kekotoran hati.” (Thabrani)

Dari Thabrani meriwayatkan, dari Aisyah ra. bahwa, “Biasakanlah kamu saling memberi hadiah, niscaya kamu akan saling mencintai.”Rasulullah saw bersabda, “Siapa yang melepaskan kesusahan seorang mukmin di dunia niscaya Allah akan melepaskan kesusahannya di akhirat. Siapa yang memudahkan orang yang kesusahan, niscaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhirat. Siapa yang menutupi (aib) seorang muslim, niscaya Allah akan menutupi (aibnya) di dunia dan di akhirat. Dan Allah selalu menolong hamba-Nya jika hamba tersebut menolong saudaranya.” (HR. Muslim)

“Maukah kalian aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan diakhirat? Memberi maaf orang yang mendzalimimu, memberi orang yang menghalangimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu” (HR. Baihaqi)

“Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (H.R. Bukhari-Muslim)

“Maukah kalian aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada salat dan saum?” Sahabat menjawab, “Tentu saja!” Rasulullah pun kemudian menjelaskan, “Engkau damaikan yang bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menjembatani berbagai kelompok dalam Islam, dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, (semua itu) adalah amal saleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (H.R. Bukhari-Muslim)

“Sesungguhnya Rahmat itu tidak diturunkan kepada kaum yang di dalamnya ada seorang pemutus keluarga.” (HR. Bukhari)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).” (HR. Bukhari)

“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.” (HR. Bukhari dan Muslim)

Monolog Sendiri~..



بسم الله الرحمن الرحيم

السلام عليكم

اللهم صلى على سيدنا محمد

Syukur.
Dari hati atau dari jari ?!

Kadangkadang lidah mudah mengungkap syukur namun pembuktian daripada amalan.
اسثغفر الله العظيم
سبحانك السميع العليم

Mutabaah amal entah ke mana. 
Menjadi hamba yang sentiasa mengharap redha juga kadangkadang terlepas pandang dari mati hati
Sibuk dengan duniawi.
Belum dimuhasabah status hati bersama Ilahi Ya Rabbi

اسثغفر الله العظيم

Sungguh, aku hina sebagai hambaNya yang terlalu banyak nikmat yang Allah beri pada aku

Aku tak kata pada sapasapa atau menuding jari pada manamana pihak. 
Aku menulis lagi. 
Aku merasai bila mana kita merancang sesuatu untuk kita.

Perancangan Allah juga sudah tersedia di Lauh Mahfuz sana.
Dan semestinya perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan aku.

Tiada syak lagi !
Sesuatu takdir itu cuma dapat diubah dengan cuma satu senjata iaitu DOA.
Apabila doa tidak dimakbulkan. Bukan bermakna Dia kita lupakan. Cuma sesuatu yang lebih baik sememangnya tersedia buat kita (:

Kata Nabi MuhammadSAW:

اللهم صلى على محمد

"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)



Dan aku hari ini..

Baru dua hari pulang dari menjadi kakaksipenunjukjalan untuk adik adik agama arau.
Sepanjang kem tiga hari.
Di sekolah lama.
Berasa Allah yang aturkan untuk aku atas semua yang terjadi.

Pertamanya.
Sepanjang Disember. Setelah Allah takdirkan bukan itu tempat aku. Oh, tidak mengapa. Ada jalan yang terbaik untuk aku. Kemudian, aku diuji kalau kalau aku berminat menggunakan laluan pintas ke situ. Oh, aku tidak mahu. Bukan kerana tempat itu tidak baik. Tergiur aku mendengar tawaran itu. Namun. Aku risau tiada manisnya hidup dalam keberkatan lagi

Kemudian,
Hati ini tidak mampu tertahan lagi. Sebak. Sayu. Sendu. 
Sudah ramai sahabat di menara gading, sedang aku masih di sini bersama sebuah penantian.
Surat cinta daripadaNya terus aku selak helai demi helai. Berusaha mencari titik penyelesaian masalah hati ini. Allahurabbi. Diri ini terlalu lemah jika nak dibandingkan dengan Fatimah binti Muhammad, puteri Habiburrahman. Jauh sekali nak dibanding dengan Rabiatul Adawiyah mahupun Saidatina Khadijah.

Ya!

Semestinya, tidak mungkin sama sekali.

Lemah. Hina. Alpa !

Namun aku pernah tahu betapa:
 Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (QS. 95:4)
Bersambung kepada kisah tiga hari bermalam-malam di kem.
Aku sebenarnya menginginkan (terlalu menginginkan)  suasana tempat itu menjadi persis seperti seindah bumi waqafan.

Namun, sebenarnya aku terlupa. Bukan persoalan itu sebenarnya yang perlu aku fikirkan.
Bukan aku tidak tahu. Ketika mula ke situ. Hati aku juga memberontak tak mahu. Aduhai, sekolah berasrama penuh Sekolah Seri Puteri menjadi impian sejak dari dahulu.

Itulah. Sepanjang perbincangan bersama fasilitator yang lain. Aku mahu adik-adik Tingkatan 1 merasai tarbiyah kelas satu. Oh, mereka baru di 'stage beginner'. Jangan dek salah tingkah, mereka langsung benci pada tarbiyah. Aku lupa lagi. Proses aku menerima tarbiyah tidak cukup dengan kem tiga hari dua malam seperti mereka. Alhamdulillah, aku menjadi kakak murshidah kumpulan شهمه . Lantas, teringat aku proses aku ditarbiyah cukup lama. Sehingga saat ini, proses itu takkan pernah selesai.

Meski aku tak mampu, menjadikan adik adik seperti mereka yang berada di tempat (err. bekas tempat aku. tempat yang takkan aku kembali padanya sebagia pelajar lagi. Insha Allah). Namun, aku perlu sujud menyukuri. Betapa adik adik itu akhirnya Allah takdirkan untuk menjadi insan penerima tarbiyah di jalan Allah.

Seperkara lagi.
Di situ.





Sungguh. Aku tidak sangka ! Ukhwah sesama barisan alumni fasilitator bagai kalam dengan tinta. Allahurabbi. Mashaa Allah. Indahnya. Maqam (kedudukannya) bagai berukhwah dua tahun di bumi waqafan.

Sebelum menjadi fasilitator, kami tidak pernah saling menganali meskipun berbeza batch setahun dua samata-mata. 

Allah takdirkan.

Pertemuan atas dasar iman.
Berapat-rapatan dalam liqa' almulk bersama-sama.
Berkejar-kejaran ke kedai membeli keperluan kem bersama-sama.
Hingga kereta panduan ukhti bersama aku sebagai penumpangnya terhenti di simpang tiga. Cuak tak terkata. Berukhwah keranaNya. Saat genting, cuak seperti itu pun terakam sebagai memori indah-indah sahaja.

Saatnya, program di'postmortem' bersama fasilitator muslimin yang terlalu suka memanjangkan cerita hingga saat tiga pagi lamanya, kami semua masih berkonferens mencari solusi atas segala perkara. Ngantuk tak terkata. Biasalah, kem namanya!

Allahurabbi..

Jarak setahun memisahkan aku dengan senior SPM 2011 menyebabkan kami tidak serapat mana malah tak pernah bertegur sapa.Jauh sekali berkongsi cerita. Namun, berprogram bersama menyebabkan kami punya masa berkongsi cerita. Mentarbiyah hati juga rohani dan mentazkiyatun nafs bersama-sama.

Kagum aku pada seorang fasilitator-kakak sejawat dengan aku. Biarpun, malam sudah terlalu tua. Sebaik pulang dari perbincangan 'post mortem', masih mampu mengulang hafaz kitab mulia. Bukti, tekadnya kakakmanis sebagai penjaga kalamNya.

Kemudian, ukht itu bercerita pula perihal kursusnya di menara gading (Seolah macam mahu memikat aku untuk minat kursus dia.hehe) Bercerita.Bercerita dan bercerita hingga sungguh hati ini mula mencipta kerangka. Andai Plan A gagal. Kita beralih ke Plan B. Andai Plan B juga tidak menjadi mungkin perlu prihatin dengan Plan C. Sebanyak mana pun perancangan kita. Bukankah semua daripada Allah. Jujur aku kata. Aku mula jatuh hati dengan cerita Ukht Amira Syafiqah M. Zin(K.Mira). Mula menyimpan niat untun mengambil jurusan seperti sikakakmanis (memang betulbetul manis) . 

Inilah cerita K.Mira
Coarse baru di UIA yang sangat super duper menarik. No exam besarbesar. Ada exam tpi takde stress pun [Course: Arabic International Communication]
1 tahun di IIUM PJ
2 tahun di Gombak
2 tahun di Pagoh
6 bulan makan, belajar dan praktikal percuma di JORDAN
Peluang kerjaya: Penterjemah dan AMBASSADOR !!
Ikut cerita pengalaman kakakmanis itu, beliau pilih UIA kursus ilmu wahyu dan warisan islam pilihan ke7. Yelah, rezeki beliau sape tahu :)
Err. akhirnya aku mahu ubah lagi pilihan di borang UPU. Oh, tiada pula jurusan yang K.Mira cerita. Ikut cerita kursus ini tak perlu 'apply'. Pilihan pihak universiti kepada mana mana insan bertuah. Sebelum K.Mira bercerita pun, pilihan ke-7 aku memang macam K.Mira..Ahha. Apakan ada rezekiku sepertinya?.
Namun, seperti biasa KYUEM tetap di hati. Mudah mudahan Allah bantu aku dan korang dalam semua dan setiap urusan mahupun apa jua niat di hati kita. Namun sekarang, aku jadi celaru.keliru. Mencari arah semula. Moga Allah beri kemudahan dan Dialah yang pegang hati hamba hambaNya.

Selesai monolog sendiri.

Keseluruhannya.
Bila mana kita sucikan niat kita pada jalan Allah. Maka Allah lah yang berkuasa memberi kemudahan dan rahmahNya pada kta.

Tapi.
Bila mana kita mulai was-was dengan Allah. Maka apa yang kita dapat adalah seperti yang terlintas dalam fikiran kita.
Marilah
Segeralah kembali mentaati Allah 'Azza Wajalla
Surah adDzariyat ayat 50
“Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.

Yang terakhirnya


Firman Allah SWT :

وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا

"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).

Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.

Firman Allah SWT:

وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).

Berhentilah aku di sini. Moga Allah redha dengan segala tingkahku jua tingkahmu. Inshaa Allah (:
Wallahua'lam

Sunday, January 13, 2013

Cereka Hidup

TAJUK: JUBAH UNTUK IBU!--

"Apa nak jadi dengan kau ni Along? Bergaduh! Bergaduh! Bergaduh! Kenapa kau degil sangat ni? Tak boleh ke kau buat sesuatu yang baik, yang tak menyusahkan aku?”, marah ibu. Along hanya membungkam. Tidak menjawab sepatah apapun. “Kau tu dah besar Along. Masuk kali ni dah dua kali kau ulang ambil SPM, tapi kau asyik buat hal di sekolah. Cuba la kau ikut macam Angah dengan Alang tu.. Kenapa kau susah sangat nak dengar nasihat orang hah?”, leter ibu lagi. Suaranya kali ini sedikit sebak bercampur marah. Along terus membatukan diri. Tiada sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya. Seketika dia melihat si ibu berlalu pergi dan kembali semula dengan rotan di tangannya. Kali ini darah Along mula menderau. Dia berdoa dalam hati agar ibu tidak memukulnya lagi seperti selalu. “Sekarang kau cakap, kenapa kau bergaduh tadi? Kenapa kau pukul anak pengetua tu? Cakap Along, cakap!” Jerkah ibu. Along semakin berdebar-debar namun dia tidak dapat berkata-kata. Suaranya bagai tersekat di kerongkong. Malah, dia juga tidak tahu bagaimana hendak menceritakan hal sebenar. Si ibu semakin bengang. “ Jadi betul la kau yang mulakan pergaduhan ye!? Nanti kau, suka sangat cari penyakitkan, sekarang nah, rasakan!” Si ibu merotan Along berkali-kali dan berkali-kali jugaklah Along menjerit kesakitan. “Sakit bu…sakit….maafkan Along bu, Along janji tak buat lagi….Bu, jangan pukul bu…sakit bu…” Along meraung meminta belas si ibu agar tidak merotannya lagi. “Tau sakit ye, kau bergaduh kat sekolah tak rasa sakit?” Balas ibu lagi. Kali ini semakin kuat pukulan si ibu menyirat tubuh Along yang kurus itu. “Bu…ampunkan Along bu…bukan Along yang mulakan…bukan Along….bu, sakit bu..!!”, rayu Along dengan suara yang tersekat-sekat menahan pedih. Along memaut kaki si ibu. Berkali-kali dia memohon maaf daripada ibunya namun siratan rotan tetap mengenai tubuhnya. Along hanya mampu berdoa. Dia tidak berdaya lagi menahan tangisnya. Tangis bukan kerana sakitnya dirotan, tapi kerana memikirkan tidak jemukah si ibu merotannya setiap hari. Setelah hatinya puas, si ibu mula berhenti merotan Along. Tangan Along yang masih memaut kakinya itu di tepis kasar. Along menatap mata ibu. Ada manik-manik kaca yang bersinar di kelopak mata si ibu. Along memandang dengan sayu. Hatinya sedih kerana telah membuatkan ibunya menangis lagi kerananya. Malam itu, Along berjaga sepanjang malam. Entah mengapa matanya tidak dapat dilelapkan. Dia asyik teringatkan peristiwa dirotan ibu petang tadi. Begitulah yang berlaku apabila ibu marahkannya. Tapi kali ini marah ibu sangat memuncak. Mungkin kerana dia menumbuk anak pengetua sewaktu di sekolah tadi menyebabkan pengetua hilang sabar dan memanggil ibunya ke sekolah untuk membuat aduan kesekian kalinya. Sewaktu di bilik pengetua, Along sempat menjeling ibu di sebelah. Namun, dia tidak diberi kesempatan untuk bersuara. Malah, semua kesalahan itu di dilemparkan kepadanya seorang. Si Malik anak pengetua itu bebas seolah-olah sedikit pun tidak bersalah dalam hal ini. Along mengesat sisa-sisa air mata yang masih bertakung di kelopak matanya. Dia berlalu ke meja tulis mencapai minyak sapu lalu disapukan pada bekas luka yang berbirat di tubuhnya dek rotanan ibu tadi. Perlahan-lahan dia menyapu ubat namun masih tetap terasa pedihnya. Walaupun sudah biasa dirotan, namun tidak seteruk kali ini. Along merebahkan badannya. Dia cuba memejamkan mata namun masih tidak mahu lelap. Seketika wajah ibu menjelma diruang ingatannya. Wajah ibu suatu ketika dahulu sangat mendamaikan pada pandangan matanya. Tetapi, sejak dia gagal dalam SPM, kedamaian itu semakin pudar dan hanya kelihatan biasa dan kebencian di wajah tua itu. Apa yang dibuat serba tidak kena pada mata ibu. Along sedar, dia telah mengecewakan hati ibu dahulu kerana mendapat keputusan yang corot dalam SPM. Tetapi Along tidak pernah ambil hati dengan sikap ibu walau adakalanya kata-kata orang tua itu menyakiti hatinya. Along sayang pada ibu. Dialah satu-satunya ibu yang Along ada walaupun kasih ibu tidak semekar dahulu lagi. Along mahu meminta maaf. Dia tidak mahu menjadi anak derhaka. Fikirannya terlalu cacamarba, dan perasaannya pula semakin resah gelisah. Akhirnya, dalam kelelahan melayani perasaan, Along terlelap juga. Seminggu selepas peristiwa itu, si ibu masih tidak mahu bercakap dengannya. Jika ditanya, hanya sepatah dijawab ibu. Itupun acuh tidak acuh sahaja. Pulang dari sekolah, Along terus menuju ke dapur. Dia mencangak mencari ibu kalau-kalau orang kesayangannya itu ada di situ. Along tersenyum memandang ibu yang terbongkok-bongkok mengambil sudu di bawah para dan kemudian mencacap makanan yang sedang dimasak itu. Dia nekad mahu menolong. Mudah-mudahan usahanya kali ini berjaya mengambil hati ibu. Namun, belum sempat dia melangkah ke dapur, adik perempuannya yang baru pulang daripada mengaji terus meluru ke arah ibu. Along terperanjat dan cuba berselindung di sebalik pintu sambil memerhatikan mereka. “ Ibu...ibu masak apa ni? Banyaknya lauk, ibu nak buat kenduri ye!?” Tanya Atih kehairanan. Dia tidak pernah melihat ibunya memasak makanan yang pelbagai jenis seperti itu. Semuanya enak-enak belaka. Si ibu yang lincah menghiris sayur hanya tersenyum melihat keletah anak bongsunya itu. Sementara Along disebalik pintu terus memerhatikan mereka sambil memasang telinganya. “Ibu, Atih nak rasa ayam ni satu boleh?” “ Eh jangan, nanti dulu... Ibu tau Atih lapar, tapi tunggulah Kak Ngah dengan Alang balik dulu. Nanti kita makan sekali. Pergi naik atas mandi dan tukar baju dulu ye!”, si ibu bersuara lembut. Along menarik nafas panjang dan melepaskannya perlahan. ‘anak-anak kesayangan ibu nak balik rupanya…’ bisik hati kecil Along. “Kak Ngah dengan Alang nak balik ke ibu?”, soalnya lagi masih belum berganjak dari dapur. Si ibu mengangguk sambil tersenyum. Di wajahnya jelas menampakkan kebahagiaan. “Oooo patutlah ibu masak lauk banyak-banyak. Mmm bu, tapi Atih pelik la. Kenapa bila Along balik, ibu tak masak macam ni pun?”. Along terkejut mendengar soalan Atih. Namun dia ingin sekali tahu apa jawapan dari ibunya. “Along kan hari-hari balik rumah? Kak Ngah dengan Alang lain, diorang kan duduk asrama, balik pun sebulan sekali ja!”, terang si ibu. “Tapi, ibu tak penah masak lauk macam ni dekat Along pun..”, soal Atih lagi. Dahinya sedikit berkerut dek kehairanan. Along mula terasa sebak. Dia mengakui kebenaran kata-kata adiknya itu namun dia tidak mahu ada perasaan dendam atau marah walau secalit pun pada ibu yang sangat disayanginya. “Dah tu, pergi mandi cepat. Kejap lagi kita pergi ambil Kak Ngah dengan Alang dekat stesen bas.” , arah ibu. Dia tidak mahu Atih mengganggu kerja-kerjanya di dapur dengan menyoal yang bukan-bukan. Malah ibu juga tidak senang jika Atih terus bercakap tentang Along. Pada ibu, Along anak yang derhaka yang selalu menyakiti hatinya. Apa yang dikata tidak pernah didengarnya. Selalu pula membuat hal di sekolah mahupun di rumah. Disebabkan itulah ibu semakin hilang perhatian pada Along dek kerana marah dan kecewanya. Selepas ibu dan Atih keluar, Along juga turut keluar. Dia menuju ke Pusat Bandar sambil jalan-jalan buat menghilangkan tekanannya. Tiba di satu kedai, kakinya tiba-tiba berhenti melangkah. Matanya terpaku pada sepasang jubah putih berbunga ungu yang di lengkapi dengan tudung bermanik. ‘Cantiknya, kalau ibu pakai mesti lawa ni….’ Dia bermonolog sendiri. Along melangkah masuk ke dalam kedai itu. Sedang dia membelek-belek jubah itu, bahunya tiba-tiba disentuh seseorang. Dia segera menoleh. Rupa-rupanya itu Fariz, sahabatnya. “La…kau ke, apa kau buat kat sini?”, tanya Along ingin tahu sambil bersalaman dengan Fariz. “Aku tolong jaga butik kakak aku. Kau pulak buat apa kat sini?”, soalnya pula. “Aku tak de buat apa-apa, cuma nak tengok-tengok baju ni. Aku ingat nak kasi mak aku!”, jelas Along jujur. “waa…bagus la kau ni Azam. Kalau kau nak beli aku bagi less 50%. Macammana?” Terlopong mulut Along mendengar tawaran Fariz itu.. “Betul ke ni Riz? Nanti marah kakak kau!”, Along meminta kepastian. “Untuk kawan baik aku, kakak aku mesti bagi punya!”, balas Fariz meyakinkannya. “Tapi aku kena beli minggu depan la.. Aku tak cukup duit sekarang ni.” Cerita Along agak keseganan. Fariz hanya menepuk mahunya sambil tersenyum. “Kau ambik dulu, lepas tu kau bayar sikit-sikit.” Kata Fariz . Along hanya menggelengkan kepala tanda tidak setuju. Dia tidak mahu berhutang begitu. Jika ibunya tahu, mesti dia dimarahi silap-silap dipukul lagi. “Dekat kau ada berapa ringgit sekarang ni?”, soal Fariz yang benar-benar ingin membantu sahabatnya itu. Along menyeluk saku seluarnya dan mengeluarkan dompet berwarna hitam yang semakin lusuh itu. “Tak sampai sepuluh ringgit pun Riz, tak pe lah, aku datang beli minggu depan. Kau jangan jual dulu baju ni tau!”, pesan Along bersungguh-sungguh. Fariz hanya mengangguk senyum. Hari semakin lewat. Jarum pendek sudah melangkaui nombor tujuh. Setelah tiba, kelihatan Angah dan Alang sudah berada di dalam rumah. Mereka sedang rancak berbual dengan ibu di ruang tamu. Dia menoleh ke arah mereka seketika kemudian menuju ke dapur. Perutnya terasa lapar sekali kerana sejak pulang dari sekolah petang tadi dia belum makan lagi. Penutup makanan diselak. Syukur masih ada sisa lauk-pauk yang ibu masak tadi bersama sepinggan nasi di atas meja. Tanpa berlengah dia terus makan sambil ditemani Si Tomei, kucing kesayangan arwah ayahnya. “Baru nak balik waktu ni? Buat hal apa lagi kat luar tu?”, soalan ibu yang bernada sindir itu tiba-tiba membantutkannya daripada menghabiskan sisa makanan di dalam pinggan. “Kenapa tak makan kat luar ja? Tau pulak, bila lapar nak balik rumah!”, leter ibu lagi. Along hanya diam.. Dia terus berusaha mengukir senyum dan membuat muka selamber seperti tidak ada apa-apa yang berlaku. Tiba-tiba Angah dan Alang menghampirinya di meja makan. Mereka berdiri di sisi ibu yang masih memandang ke arahnya seperti tidak berpuas hati. “Along ni teruk tau. Suka buat ibu susah hati. Kerana Along, ibu kena marah dengan pengetua tu.” Marah Angah, adik perempuannya yang sedang belajar di MRSM. Along mendiamkan diri. Diikutkan hati, mahu saja dia menjawab kata-kata adiknya itu tetapi melihat kelibat ibu yang masih di situ, dia mengambil jalan untuk membisu sahaja. “Along! Kalau tak suka belajar, berhenti je la. Buat je kerja lain yang berfaedah daripada menghabiskan duit ibu", sampuk Alang, adik lelakinya yang menuntut di sekolah berasrama penuh. Kali ini kesabarannya benar-benar tercabar. Hatinya semakin terluka melihat sikap mereka semua. Dia tahu, pasti ibu mengadu pada mereka. Along mengangkat mukanya memandang wajah ibu. Wajah tua si ibu masam mencuka. Along tidak tahan lagi. Dia segera mencuci tangan dan meluru ke biliknya. Perasaannya jadi kacau. Fikirannya bercelaru. Hatinya pula jadi tidak keruan memikirkan kata-kata mereka. Along sedar, kalau dia menjawab, pasti ibu akan semakin membencinya. Along nekad, esok pagi-pagi, dia akan tinggalkan rumah. Dia akan mencari kerja di Bandar. Kebetulan cuti sekolah selama seminggu bermula esok. Seperti yang dinekadkan, pagi itu selesai solat subuh, Along terus bersiap-siap dengan membawa beg sekolah berisi pakaian, Along keluar daripada rumah tanpa ucapan selamat. Dia sekadar menyelitkan nota buat si ibu menyatakan bahawa dia mengikuti program sekolah berkhemah di hutan selama seminggu. Niatnya sekadar mahu mencari ketenangan selama beberapa hari justeru dia terpaksa berbohong agar ibu tidak bimbang dengan tindakannya itu. Along menunggang motorsikalnya terus ke Pusat Bandar untuk mencari pekerjaan. Nasib menyebelahinya, tengah hari itu, dia diterima bekerja dengan Abang Joe sebagai pembantu di bengkel membaiki motorsikal dengan upah lima belas ringgit sehari, dia sudah rasa bersyukur dan gembira. Gembira kerana tidak lama lagi, dia dapat membeli jubah untuk ibu. Hari ini hari ke empat Along keluar daripada rumah. Si ibu sedikit gelisah memikirkan apa yang dilakukan Along di luar. Dia juga berasa agak rindu dengan Along. Entah mengapa hati keibuannya agak tersentuh setiap kali terpandang bilik Along. Tetapi kerinduan dan kerisauan itu terubat apabila melihat gurau senda anak-anaknya yang lain. Seperti selalu, Along bekerja keras membantu Abang Joe di bengkelnya. Sikap Abang Joe yang baik dan kelakar itu sedikit sebanyak mengubat hatinya yang luka. Abang Joe baik. Dia banyak membantu Along antaranya menumpangkan Along di rumahnya dengan percuma. “Azam, kalau aku tanya kau jangan marah k!”, soal Abang Joe tiba-tiba sewaktu mereka menikmati nasi bungkus tengah hari itu. “Macam serius jer bunyinya Abang Joe?” Along kehairanan. “Sebenarnya, kau lari dari rumah kan ?” Along tersedak mendengar soalan itu. Nasi yang disuap ke dalam mulut tersembur keluar. Matanya juga kemerah-merahan menahan sedakan. Melihat keadaan Along itu, Abang Joe segera menghulurkan air. “Kenapa lari dari rumah? Bergaduh dengan parents?” Tanya Abang Joe lagi cuba menduga. Soalan Abang Joe itu benar-benar membuatkan hati Along sebak. Along mendiamkan diri. Dia terus menyuap nasi ke dalam mulut dan mengunyah perlahan. Dia cuba menundukkan mukanya cuba menahan perasaan sedih. “Azam, kau ada cita-cita tak…ataupun impian ker…?” Abang Joe mengubah topik setelah melihat reaksi Along yang kurang selesa dengan soalannya tadi. “ Ada ” jawab Along pendek. “Kau nak jadi apa besar nanti? Jurutera? Doktor? Cikgu? Pemain bola? Mekanik macam aku…atau….” Along menggeleng-gelengka n kepala. “semua tak…Cuma satu je, saya nak mati dalam pangkuan ibu saya.” Jawab Along disusuli ketawanya. Abang Joe melemparkan tulang ayam ke arah Along yang tidak serius menjawab soalannya itu. “ Ala , gurau ja la Abang Joe. Sebenarnya….saya nak bawa ibu saya ke Mekah dan…saya….saya nak jadi anak yang soleh!”. Perlahan sahaja suaranya namun masih jelas didengari telinga Abang Joe. Abang Joe tersenyum mendengar jawapannya. Dia bersyukur di dalam hati kerana mengenali seorang anak yang begitu baik. Dia sendiri sudah bertahun-tahun membuka bengkel itu namun belum pernah ada cita-cita mahu menghantar ibu ke Mekah.. Setelah tamat waktu rehat, mereka menyambung kerja masing-masing. Tidak seperti selalu, petang itu Along kelihatan banyak berfikir. Mungkin terkesan dengan soalan Abang Joe sewaktu makan tadi. “Abang Joe, hari ni, saya nak balik rumah ...terima kasih banyak kerana jaga saya beberapa hari ni”, ucap Along sewaktu selesai menutup pintu bengkel. Abang Joe yang sedang mencuci tangannya hanya mengangguk. Hatinya gembira kerana akhirnya anak muda itu mahu pulang ke pangkuan keluarga. Sebelum berlalu, Along memeluk lelaki bertubuh sasa itu. Ini menyebabkan Abang Joe terasa agak sebak. “Abang Joe, jaga diri baik-baik. Barang-barang yang saya tinggal kat rumah Abang Joe tu, saya hadiahkan untuk Abang Joe.” Kata Along lagi. “Tapi, kau kan boleh datang bila-bila yang kau suka ke rumah aku!?”, soal Abang Joe. Dia risau kalau-kalau Along menyalah anggap tentang soalannya tadi. Along hanya senyum memandangnya. “Tak apa, saya bagi kat Abang Joe. Abang Joe, terima kasih banyak ye! Saya rasa tak mampu nak balas budi baik abang.. Tapi, saya doakan perniagaan abang ni semakin maju.” Balasnya dengan tenang. Sekali lagi Abang Joe memeluknya bagai seorang abang memeluk adiknya yang akan pergi jauh. Berbekalkan upahnya, Along segera menuju ke butik kakak Fariz untuk membeli jubah yang diidamkannya itu. Setibanya di sana , tanpa berlengah dia terus ke tempat di mana baju itu disangkut. “ Hey Azam, mana kau pergi? Hari tu mak kau ada tanya aku pasal kau. Kau lari dari rumah ke?”, soal Fariz setelah menyedari kedatangan sahabatnya itu. Along hanya tersengeh menampakkan giginya. “Zam, mak kau marah kau lagi ke? Kenapa kau tak bagitau hal sebenar pasal kes kau tumbuk si Malik tu?” “Tak pe lah, perkara dah berlalu….lagipun, aku tak nak ibu aku terasa hati kalau dia dengar tentang perkara ni", terang Along dengan tenang. “Kau jadi mangsa. Tengok, kalau kau tak bagitau, mak kau ingat kau yang salah", kata Fariz lagi. “Tak apa lah Riz, aku tak nak ibu aku sedih. Lagipun aku tak kisah.” “Zam..kau ni…..” “Aku ok, lagipun aku sayang dekat ibu aku. Aku tak nak dia sedih dan ingat kisah lama tu.” Jelas Along memotong kata-kata si sahabat yang masih tidak berpuas hati itu. “Aku nak beli jubah ni Riz. Kau tolong balutkan ek, jangan lupa lekat kad ni sekali, k!”, pinta Along sambil menyerahkan sekeping kad berwarna merah jambu. “No problem…tapi, mana kau dapat duit? Kau kerja ke?” , soal Fariz ingin tahu. “Aku kerja kat bengkel Abang Joe. Jadi pembantu dia", terang Along. “Abang Joe mana ni?” “Yang buka bengkel motor kat Jalan Selasih sebelah kedai makan pakcik kantin kita tu!”, jelas Along dengan panjang lebar. Fariz mengangguk . “Azam, kau nak bagi hadiah ni kat mak kau bila?” “Hari ni la…” balas Along. “Ooo hari lahir ibu kau hari ni ek?” “Bukan, minggu depan…” “Habis?. Kenapa kau tak tunggu minggu depan je?”, soal Fariz lagi. “Aku rasa hari ni je yang yang sempat untuk aku bagi hadiah ni. Lagipun, aku harap lepas ni ibu aku tak marah aku lagi.” Jawabnya sambil mengukir senyum. Along keluar daripada kedai. Kelihatan hujan mulai turun. Namun Along tidak sabar menunggu untuk segera menyerahkan hadiah itu untuk ibu. Sambil menunggang, Along membayangkan wajah ibu yang sedang tersenyum menerima hadiahnya itu. Motosikalnya sudah membelok ke Jalan Nuri II. Tiba di simpang hadapan lorong masuk ke rumahnya, sebuah kereta wira yang cuba mengelak daripada melanggar seekor kucing hilang kawalan dan terus merempuh Along dari depan yang tidak sempat mengelak. Akibat perlanggaran yang kuat itu, Along terpelanting ke tengah jalan dan mengalami hentakan yang kuat di kepala dan belakangnya. Topi keledar yang dipakai mengalami retakan dan tercabut daripada kepalanya, Along membuka matanya perlahan-lahan dan terus mencari hadiah untuk si ibu dan dengan sisa kudrat yang ada, dia cuba mencapai hadiah yang tercampak berhampirannya itu. Dia menggenggam kuat cebisan kain dan kad yang terburai dari kotak itu. Darah semakin membuak-buak keluar dari hidungnya. Kepalanya juga terasa sangat berat, pandangannya berpinar-pinar dan nafasnya semakin tersekat-sekat. Dalam keparahan itu, Along melihat kelibat orang–orang yang sangat dikenalinya sedang berlari ke arahnya. Serta merta tubuhnya terus dirangkul seorang wanita. Dia tahu, wanita itu adalah ibunya. Terasa bahagia sekali apabila dahinya dikucup saat itu. Along gembira. Itu kucupan daripada ibunya. Dia juga dapat mendengar suara Angah, Alang dan Atih memanggil-manggil namanya. Namun tiada suara yang keluar dari kerongkongnya saat itu. Along semakin lemah. Namun, dia kuatkan semangat dan cuba menghulurkan jubah dan kad yang masih digenggamannya itu. “Ha..hadiah….untuk….ibu………” ucapnya sambil berusaha mengukir senyuman. Senyuman terakhir buat ibu yang sangat dicintainya. Si ibu begitu sebak dan sedih. Si anak dipeluknya sambil dicium berkali-kali. Air matanya merembes keluar bagai tidak dapat ditahan lagi. Pandangan Along semakin kelam. Sebelum matanya tertutup rapat, terasa ada air hangat yang menitik ke wajahnya. Akhirnya, Along terkulai dalam pangkuan ibu dan dia pergi untuk selama-lamanya. Selesai upacara pengebumian, si ibu terus duduk di sisi kubur Along bersama Angah, Alang dan Atih. Dengan lemah, wanita itu mengeluarkan bungkusan yang hampir relai dari beg tangannya. Sekeping kad berwarna merah jambu bertompok darah yang kering dibukanya lalu dibaca. Buat ibu yang sangat dikasihi, Ampunkanlah salah silap along selama ini. Andai along melukakan hati ibu, along pinta sejuta kemaafan. Terimalah maaf along bu.. Along janji tak kan membuatkan ibu marah lagi. Ibu, Along sayang ibu selama-lamanya. Selamat hari lahir ibu… dan terimalah hadiah ini… UNTUKMU IBU! Kad itu dilipat dan dicium. Air mata yang bermanik mula berjurai membasahi pipi. Begitu juga perasaan yang dirasai Angah, Alang dan Atih. Masing-masing berasa pilu dan sedih dengan pemergian seorang abang yang selama ini disisihkan. Sedang melayani perasaan masing-masing, Fariz tiba-tiba muncul. Dia terus mendekati wanita tua itu lalu mencurahkan segala apa yang dipendamnya selama ini. “Makcik, ampunkan segala kesalahan Azam. Azam tak bersalah langsung dalam kes pergaduhan tu makcik. Sebenarnya, waktu Azam dan saya sibuk menyiapkan lukisan, Malik datang dekat kami. Dia sengaja cari pasal dengan Azam dengan menumpahkan warna air dekat lukisan Azam. Lepas tu, dia ejek-ejek Azam. Dia cakap Azam anak pembunuh. Bapa Azam seorang pembunuh dan … dia jugak cakap, ibunya seorang perempuan gila…” cerita Fariz dengan nada sebak. Si ibu terkejut mendengarnya. Terbayang di ruang matanya pada ketika dia merotan Along kerana kesalahan menumbuk Malik. “Tapi, kenapa arwah tidak ceritakan pada makcik Fariz?” Soalnya dengan sedu sedan. “Sebab…..dia tak mahu makcik sedih dan teringat kembali peristiwa dulu. Dia cakap, dia tak nak makcik jatuh sakit lagi, dia tak nak mengambil semua ketenangan yang makcik ada sekarang…walaupun dia disalahkan, dia terima. Tapi dia tak sanggup tengok makcik dimasukkan ke hospital sakit jiwa semula....” Terang Fariz lagi. Dia berasa puas kerana dapat menyatakan kebenaran bagi pihak sahabatnya itu. Si ibu terdiam mendengar penjelasan Fariz. Terasa seluruh anggota badannya menjadi Lemah. Berbagai perasaan mencengkam hatinya. Sungguh hatinya terasa sangat pilu dan terharu dengan pengorbanan si anak yang selama ini dianggap derhaka.

Thursday, January 10, 2013

Menarik Di Dunia Penuh Buku :)

"Saya mau itu kamus"
"Kamus apa 'you' mau?
"Nak kamu bahasa arab"
"'You' belajar bahasa arab ka? Manyak bagus" 
Perbualan aku dengan seorang remaja berbangsa Cina awal awall pagi tadi seawal 9.28 minit pagi !


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
اللهم صلى على سيدنا محمد


Again: Cerita di kedai buku sepanjang hari nih...err, sepanjang satu minggu yang dah pun dapat gaji. Alhamdulillah. (:

Sebelum diteruskan lagi. Sekarang (waktu menulis) malam Jumaat.
Daripada satu hadis sohih, diriwayatkan bahawa:
"Setiap satu pertiga malam, Allah akan menurunkan rahmahNya kepada hambaNya dan pada malam Jumaat rahmah Allah lebih cepat diturunkan. Maka kita dituntut untuk banyakkan berselawat ke atas Baginda"
حبيب الرحمن محمد صلى الله عليه وسلم
اللهم صلى على سيدنا محمد

Bersambung cerita perbualan di atas:
(:
Pagi tadi serius aku tergamam bila mamat ala ala korea masuk kedai (Cina sebenarnya) minta Kamus Arab. Subhanallah. Tengok! Bangsa Cina pun belajar Arab. Serius, aku kagum!
Yelah. sekarang ni. Anak-anak Melayu Islam dah semakin tak minat belajar Arab. Apa taknya. Seramai 32 orang daripada SMKA ________(identiti menjadi tanda tanya.tapi for sure lah korang boleh teka kan) telah gagal Arab untuk PMR 2012!

_________________________________________________________________________________

"Adik, tolong carikan buku Add Mate form 5"
"Buku ni bagus makcik", sambil aku menghulurkan senaskhah buku keluaran Cerdik
"Eh. Mana tahu bagus?"
"Saya ambil SPM tahun lepas makcik" 
 "Paper Add Mate senang kan adik? Kesian budak Perlis tak dapat kertas graph waktu Exam. Adik sekolah mana?"
Error!
(Perbualan tak dapat direkod lagi untuk bahan bacaan) 
Aku: senyum sumbing. Tak jawab lah aku senang kat makcik bertudung labuh pink tuh ! 
Dalam hati aku jawab.
Makcik. Soalan susah macam mana pun tapi Allah mudahkan, senang juga nak jawab.
Sebenarnya. Aku sendiri dah tak ingat senang ka susah soalan Add Mate waktu SPM. Seingat aku, perasaan aku sepanjang panjang Sijil Pelajaran Malaysia ialah seperti perasaan orang yang dilepaskan ke angkasa tak kisah ke naik payung terjun ke (korang bayangkan lah). dilepaskan dari helikopter ke atau apa. Tapi, macam tu lah perasaan aku semasa peperiksaan SPM. Dan for sure lah, controller aku, untuk aku sampai ke destinasi mana, ialah Dia Yang Maha Kuasa. Hingga sekarang, destinasi yang telah Allah tetapkan masih lagi jadi tanda tanya untuk aku dan korang. Kan? Cuak tak cakap pasal result. Apa lagi? Pergi lah gantung harapan kita kat Allah. Ya. Ikat tali dekatnya kita dengan Allah tu kuatkuat. (Err. Dah Al Mulk? Ma'thurat? Kahfi.kan Jumaat malam ni?[: )

_________________________________________________________________________________

"Tauke, buku ini bagus ka?"
"Tanya sama dia. Dia dulu Kolej Islam Klang"sambil tangan menuding ke arah aku.
Allahurabbi!
Nak tahu inilah ujian paling besar bila kat dunia-penuh-buku tuh. Sebab aku budak kolej Islam. Buku yang aku tolong pilih dan cari tu dinilai based on that. Allah. Mashaa Allah. Ketar tangan aku, pilih buku. Risau. Tak paham budak yang guna buku tuh. Saham tempias kat aku.

Yang Uncle Aziz Rahman(tauke kedai) tu promote aku tu, bengang lah gak mula mula.
Tapi. lepas nilai semua sisi, memang lah bukan untuk dibanggakan pun jadi budak KIK (Orang Perlis kenal KIK ja !). Sekurang-kurangnya every of my action, macam ada yang duduk bisik kat telinga.
"Eh, tunjuklah qudwah. Letak gula sikit pada muka kat costumer (senyum lah). Guna perkataan yang paling sopan. Jangan merungut. Eh. tarbiyah ko dapat campak mana?"
Yang langsung tak menarik, bila ada pasangan (kononnya kapel sweet lah kan.) pergi beli buku sama sama. Allah.
استغفر الله

Error!
Geli tulang belulang nak cerita lagi :(

استغفر الله

Renungan tajam tepat kat diorang sampai segan mampu aku bagi. Nak tegur. Risau. Blah tak beli pulak buku.

Ya Allah. Kembangkanlah lembayung rahmatMu untuk sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.
Amiin.
_________________________________________________________________________________

Sebelum akhir:

Antara tarbiyah yang sangat 'awesome' aku rasa sepanjang di Kolej Islam ialah semua kita diajarkan untuk sentiasa



Dan lagi satu. Sejak berkenalan dengan makcik pekerja kantin dekat Saji Warisan (kantin KISAS). Aku belajar sesuatu. Walau sepenat mana pun anda. Sebagai pekerja. Layanlah pengunjung kedai anda dengan senyuman yang paling ikhlas (cuba lah paksa bibir dan hati,[mungkin]). Terima kasih makcik makcik ! Ahha: Kisasians, sila bayangkan makcik makcik kantin tengah isi makanan dalam pinggan dengan barisan yang penuh sesak. (mesti ade yang senyum senyum nih)
_________________________________________________________________________________

Dan yang paling menarik !
Semua kanak kanak sekolah termasuk yang STPM (19 tahun) 'call me' Kakak.
Ahha :]

Menarik bukan kerja di kedai buku. Tak perlu prmote atau panggil orang datang. Semua datang sendiri. Sebab. semua nak pandai. Alhamdulillah.

Anda!
Dah berjaya nanti, jangan lupakan jasa pekedai buku anda.
Bayangkan, mereka yang bekerja di kedai buku itulah yang beresdung resdung (maaf: perkataan ni belum pernah wujud lagi.)
Maksudnya: bayangkan kedai buku tu berhabuk tahap tinggi. Kena pulak, pekerja tu ada resdung serius. Pergi cari buku anda. Tak ka terbersin bersin dia. Gatal mata. Err. semualah simptom resdung.

Untuk anda!

Ya. Untuk anda!
Bayangkan: Untuk mencari cuma sebuah buku yang anda minta!

Sungguh. Azab yang tak tercapai dek akal!



Maka lepas berjaya. Tembak tembaklah doa anda untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan 'journey of success' anda :)

Maka sebelum pulang dari tempat kerja.
Terjumpa sebuah buku hadis

Tertakdir untuk tahu satu hadis daripada
Ibnu Abbas:


Sesiapa yang membuatkan manusia di dunia gembira. Allah ciptakan malaikat yang menolak bala untuknya. Apabila tiba hari Kiamat. muncul seseorang menjadi temannya yang apabila dia takut, teman itu aku berkata, "janganlah engkau takut" lalu ditanya, "Siapa engkau" "Aku ialah kegembiraan yang telah engkau berikan di hati manusia ketika di dunia.
Hadis riwayat Ibnu Abbas :)
Yang terakhir:

Tempat aku mendapat wang mingguan. Nak jumpa aku, Silalah datang setiap hari kecuali Jumaat dan hari hari yang aku rsa nak cuti. 9.00-6.00 petang :)

Maka.
Isilah nikmat masa lapangmu dengan seindah indah perkara.
:)
Wallahua'lam.

Tuesday, January 8, 2013

Biasiswa II



بسم لله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Pujian yang tertinggi dan palinh mulia hanya untuk Allah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia lagi bercahaya رسول الله صلى الله عليه وسلم . Mogamoga, kita bakal memperoleh syafaat Baginda رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Memandangkan ada uraura dari sumber yang sohih, keputusan Sijil Paling Mudah atau SPM bakal diumumkan tak lama lagi, maka sukalah aku untuk berkongsi lagi dengan korang tentang

BIASISWA, PINJAMAN, PINJAMAN BOLAH UBAH DAN DERMASISWA

Apakah perbezaan di antara biasiswa, pinjaman, pinjaman boleh ubah dan dermasiswa?

#Aku copypaste jelah daripada 'email' yang secret admire aku(sila jangan percaya! hehe ) hantar barubaru nih

CopyPaste:

Baiklah,

Di dalam email kali ini, kami akan memberikan sedikit maklumat berkaitan perbandingan antara biasiswa serta pinjaman yang mungkin tidak diketahui oleh Fatini. Informasi tentang terma ini adalah seperti di bawah:

Biasiswa :

Biasiswa merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada bantuan penuh yang diberikan oleh sesebuah organisasi penaja kepada individu yang ditaja. Kebanyakan biasiswa memerlukan individu yang menerimanya bekerja dengan pihak penaja sejurus selepas tamat pengajian. Namun ada juga penaja biasiswa yang tidak mengadakan sebarang ikatan terhadap individu yang mereka taja selepas individu ini tamat alam pengajian.

Pinjaman Pelajaran :

Pinjaman pelajaran merupakan pinjaman yang diberikan oleh organisasi tertentu kepada individu yang memohon. Kebanyakan pinjaman di Malaysia memerlukan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman sejajar dengan syarat undang-undang yang ditetapkan. Terdapat juga penaja yang mengenakan kadar faedah kepada peminjam.

Jika Fatini ingin mengetahui tentang jenis penaja yang memberikan pinjaman atau biasiswa, dapatkan versi penuh Kit Biasiswa hari ini juga kerana di dalammnya terdapat banyak informasi tentang perkara ini.

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah :

Pinjaman jenis ini merupakan pinjaman yang nampak sama dengan pinjaman pelajaran, tetapi sebenarnya berbeza dari sudut sistemnya. Pinjaman boleh ubah ini pada asalnya adalah pinjaman, namun sekiranya Fatini memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, pinjaman ini akan berubah menjadi biasiswa. Pinjaman ini juga hanya mengenakan pembayaran balik yang lebih kecil daripada jumlah pinjaman kerana tiada faedah dikenakan. Organisasi yang mengamalkan konsep ini ada di sebut di dalam Kit Biasiswa versi penuh.

Dermasiswa :

Dermasiswa atau dalam bahasa Inggerisnya 'Bursary' merupakan sumbangan wang yang diberikan oleh sesebuah organisasi kepada individu yang layak. Kelayakan untuk mendapat derma siswa ini selalunya tidak bergantung kepada pencapaian akademik pelajar terbabit, sebaliknya dinilai dari sudut kewangan ahli keluarganya. Selalunya, pelajar yang memperoleh dermasiswa ini datangnya daripada individu yang berlatarbelakangkan keluarga miskin.


Monday, January 7, 2013

Insaf Sama Sama (:

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم

Syukur padaNya kerana masih lagi aku punya ruang untuk berkongsi sama-sama
Selawat dan salam ke atas junjungan besar kekasih Allah محمد صلى الله عليه وسلم   kerana kita Alhamdulillah seorang muslim dan mukmin.

Setelah sekian lama. (serius lama) tak berkumpul rapat rapat lutut untuk tazkirah Asar via Kolej Kampung Jawa. 

Jom layan kisah untuk membuatkan hati bertambah basah dengan zikrullah :)

Kisah Orang Bertakwa


Kisah Pertama :

Abdullah bin Dinar menceritakan: “Suatu hari aku pergi ke Mekah dengan Umar al-Khattab. Dalam perjalanan kami kehabisan bekalan makanan, lalu bertemu dengan seorang pemuda pengembala kambing. Umar meminta kepada pemuda itu agar dijualkan seorang kambing kepada kami. Pemuda itu memberitahu dia hanyalah seorang hamba yang ditugaskan memelihara kambing tersebut, tidak berhak untuk menjualnya.

Umar mengujinya dengan berkata: “Kamu beritahulah kambing kamu telah dibaham serigala.” Jawab pemuda itu: “Allah melihat perbuatan saya.” Umar menangis mendengar jawapan pemuda pengembala kambing tersebut yang takut kepada Allah. Dia tidak sanggup melanggar larangan Allah dengan menjual kambing yang bukan miliknya, walaupun ditawarkan dengan ganjaran dunia di saat dia sangat memerlukannya. Akhirnya pemuda itu dibeli lalu dibebaskan oleh Umar al-Khattab.”

Kisah Kedua :

Kisah seorang ibu dengan anak gadisnya penjual susu. Ibunya mahu mencampurkan air ke dalam susu agar mereka mendapat keuntungan yang lebih. Si ibu menyebut bahawa tiada siapa yang tahu perbuatan mereka termasuk khalifah Umar. Jawab si anak gadis: “Walaupun Umar tidak nampak, tetapi tuhan Umar nampak perbuatan kita.” Anak gadis ini tidak mahu mengambil jalan mudah mengaut keuntungan dengan melakukan penipuan. Walaupun tiada siapa yang melihat perbuatannya, tetapi keyakinan kepada Allah telah mencegahnya daripada perbuatan dosa.

Kedua-dua kisah di zaman Saidina Umar ini memberikan gambaran pemuda dan pemudi yang beriman dan bertakwa yang telah berjaya dilahirkan pada zaman baginda. 

Mereka memiliki peribadi, akhlak dan keimanan yang tinggi. Bagaimana pula dengan generasi muda-mudi di zaman kita sekarang?

#Pipit sedang transform jadi helang.:)

MakaBerlarilahAku Dengan Kudrat Yang Ada Sekencangnya Menuju Allah.

Err. Ma'thurat apa cter?

Ehhe :D ketawaserius
Yang Berkata KadangKala Lebih Dahsyat Fi'il Daripada Yang Menerima
Wallahua'lam.

Anekdot :)

"Ibuuu..nak buku Boboboi. Adik nak baca!"
"Eh. Kan dah banyak buku kat rumah. Lagipun, adik bukannya pandai baca lagi"
"Nak jugak. Nak jugak. Nak jugak ! Kalau ibu taknak beli kat adik, hari Sabtu nanti adik nak kerja macam kakak tu (sambil jarinya menunjuk ke arah aku yang sedang menyusun stok buku baru). Adik guna duit adik lah ibu"
Dan si ibu itu terus berhenti memilih majalah
Mungkin tak menyangka perkataan seperti itu yang terkeluar petah di bibir anaknya :)
Melihat anaknya. Tersenyum dia (:

Aku juga terpana. Terfikir seribu makna. Anak kecil seusia tiga tahun setengah pada hemat aku, beriya-iya benar untuk punya buku sendiri. Err. yang lebih penting: Si anak kecil mahu punya buku dengan usaha sendiri.

Teringat aku zaman aku muda kanak-kanak dulu. Takdanya nak terfikir cam budak comel tu fikir untuk dapatkan sesuatu. Cuba kita 'flash back' zaman kita seusia dengan anak kecil itu. Mahunya berguling-guling di atas lantai pabila kehendak untuk membeli dan mendapatkan sesuatu tak dipenuhi. Menangis tak belagu menjerit mahukan itu dan ini di pasar raya besar. Sehinggakan ibu kita terpaksa mengikut kemahuan anak yang inginkan apa sahaja. Malu ibu kita punya anak yang suka berguling-guling di lantai pasar raya.
Gayanya bagai rumah tak berlantai pula. Habis lantai pasar raya jadi mangsa !

credit: muqadimah sebelum get ready berguling !







credit


Err..

Korang tak penah buat?
Even, zaman kanak-kanak dulu?
Serius hebat korang !

Begitulah. Anak-anak kecil sudah ada zaman transformer.
Dulu-dulu zaman aku. Mentaliti anak-anak. Maka beruntunglah negara kita.

Terimbas pulak sepotong hadis pada dinding blok A zaman aku sekolah rendah
Hendaklah kamu ajar anak anak kamu untuk satu zaman yang bukan zaman kamu kerana mereka dilahirkan untuk satu zaman yang bukan zaman kamu 

_________________________________________________________________________________

Bercakap soal ZAMAN, PERUBAHAN, TRANSFORMER, REFORMASI dan perkataan perkataan yang sewaktu dengannya.

Seperkara yang buat aku terdiam, ligat memikirkannya apabila ramai orang di sekeliling aku yang 'transform' diri mereka untuk jadi mereka yang benar-benar terima hidayah Allah.

Err. macam mana ya nak dijelaskan?

Macam mana, benarlah hidayah hak milik Allah SWT.
Aku 'observe' ramai (terlalu ramai sebenarnya) yang sebelum ni punya gaya hidup ala ala mat saleh gitu (aku yang over judge sebenarnya (: maaf). Kini, mereka sudah terpusing tepat 360 darjah. Susah sangat nak bayang? Cuba 'imagine'

credit: dia setelah terima hidayah Allah (:


Cenggitu lah mereka mereka dan mereka sekeliling aku mulai berubah. Tiga puluh minit aku bersama mereka. Terasa seperti berada dalam Dewan Ulul Albab mendengar kuliyah Jumaat. Mashaa Allah.
Maka benarlah,

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
 
Hidayah atau petunjuk tu kan hak milik Allah.
Maka.
Berlarilah kita bersama sama menuju Allah
:)

Wallahua'lam