Followers

Wednesday, February 27, 2013

ResultSPM: Aku Takut!!



بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku.
Permudahkanlah setiap urusanku.
Leraikanlah kekakuan pada lidahku.
Moga Moga mereka memahami kata kataku.
اللهم صلى على محمد

Dengan nama Allah yang telah menciptakan kita dengan sebaik baik ciptaan.
Apabila angin angin berita keputusan SPM bertiup dengan kencangnya di mana mana. Aku yakin dan bertambah percaya. Jika anda calon SPM[Sijil Paling Mudah]. Maka. Seharusnya. Perkataan cuak menjadi PERASAAN yang menguasai minda.
Aku tidak terlepas daripada itu semua. Maka. Aku tenangkan sukma dan minda dengan sesi koreksi diri. 
Siapa tak mahu. Slip keputusan berderet deret A+. Jujurnya. Aku sangatlah mahu. Perjuangan dua tahun kot. Berlelah lelah memerah keringat. Mama ayah pun berhabisan wang.tenaga.masa demi anak dia [akulah] hantar sekolah jauh jauh. TAKUT TAKUT. dan TAKUT kot! 
Tarik nafas.
Mulakan.
  • Dapat straight A+ untuk apa kau Fatin? 
  • Dapat straight A+ untuk membanggakan diri?
  • Dapat straight A+ untuk menunjuknunjuk yang kau keluaran KISAS kah?
  • Dapat straight A+ untuk kau fly oversea?
  • Dapat straight A+ untuk kau masuk tv?
  • Dan.....[terlalu banyak soalan yang menampar diri]
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|
Usaha dah sepenuh jiwa. 
Doa setiap masa.
Maka.
Boleh tak kau serahkan semua kat Allah. Kau kena lah yakin yang Allah sentiasa ada untuk hamba hambanya. Apa yang kau bakal dapat. Semua tu Allah yang bagi. Cuba kau letakkan pergantungan kau SEPENUHNYA pada Allah!
Apa kau ingat 11A+ tu nikmat saja.
Ujian gak tu. Ujian untuk menilai sekadar mana kita mampu jadi orang yang bersyukur. Takabburkah kita selepas tu? Mutabaah amal kita bagaimana kemudiaannya? Walaweh.11A+ itu gah di mata aku dan manusia. Tapi bukan tiket utama masuk syurga pun ;P Najmil Faiz dahulu pun [Pelajar terbaik Asia] pernah gagal SPM. Tak caya? klik sini :)
Jaga-jaga!!
Bila berdoa. Seharusnya. Kita akan minta nak keputusan cemerlang lagi terbilang bukan? Tapi. Apa kata. Kita doa minta Allah bagi perasaan redha terhadap apa yang kita dapat. Redha tu kunci syukur kot. Nak jadi hamba yang bersyukur macam mana kalau tak redha. Redha tak bermakna tak perlu usaha. Maksudnya, setelah berhabis tenaga berusaha. Redha dengan apa yang dapat. Sebab. Itu semua urusan Allah untuk uji kita..
"Aku tak kisah result aku apa. Tapi mak bapak aku lah pandai. Diorang macam mana?. Tinggi melangit harapan diorang kat aku. Kau ape tahu?!"
Ahha. Ini fenomena biasa. Aku pun selalu ja laluinya. Setiap kali keputusan aku sejak kat Kolej Islam yang jatuh walaupun aku cuba berusaha segigihnya. Aku akan fikir soal mama ayah. Aku nangis kalau result teruk bukan sebab aku frust dengan result aku. Tapi, sebab aku fikir macam mana mama ayah nak terima ini semua. Allahu| Allahumma solli a'la muhammad. Err. Cuba. Kita muhasabah balik. Hati manusia, siapa yang pegang?! Allah lah yang pegang hati hambaNya kesemuanya tanpa ada yang tertinggal. Maka. Doalah moga moga Allahberi mama ayah redha dengan apa yang kita dapat.
Ya Allah..Sekiranya 11A+ itu menjadikan aku dekat dgnMu.
Kurniakanlah 11A+ itu padaku.Jika tidak.Kurniakanlah apa jua keputusan yang menjadikan aku dekat denganMU dan ibu bapaku, guru-guruku dan aku redha dengan keputusan SPMku..Amiiin.



Apabila mama ayah asyik sebut soal keputusan aku. Aku cuak juga.
Untuk itu. Aku print gambar kat atas beserta doanya. Lalu kutampal di muka pintu bilikku.
Maka. Tahulah mama ayah apa yang ada di hatiku.

Dan yang terakhirnya.,
“Sesungguhnya Allāh mencintai orang-orang yang bertawakal.” (QS. Ali ‘Imran: 159).
“Barangsiapa bertawakal kepada Allāh niscaya Dia cukup baginya.” (QS. at-Thalaq: 3).
Tawakal satu ibadah hati paling utama dan akhlak iman paling agung. Seorang ulama menyatakan tawakal ialah percaya kepada Allah dan hanya kepada Dialah kita mengharapkan segala sesuatu, bukan kepada siapa pun. Imam al-Ghazali menyatakan tawakal satu manzilah (keberadaan) bagi orang beriman, bahkan tawakal darjat muqarrabin atau orang yang dekat dengan Allah. 

Ali al Qari pula menyebut tawakal adalah mengetahui dan yakin tidak ada yang mampu berbuat dalam alam ini kecuali atas kehendak Allah. 

Abu Ali Ad-Daqqaq berkata, tawakal itu ada tiga tingkatan. Tawakal itu sendiri, kata Abu Ali Ad-Daqqaq: Berserah diri, kemudian pasrah. Orang bertawakal berasa tenang kerana ada janji daripada Allah, orang berserah diri cukup dengan pengetahuan mengenai Allah dan orang pasrah reda terhadap hikmah Allah. Tawakal adalah permulaan, berserah diri adalah pertengahan dan pasrah adalah penghabisan.
Dan Allah lebih mengetahui daripada seluruh makhluknya tahu.
#memaksimumkan pergantungan hingga infiniti kepada Allah
fatiniismadi
270213
1135

Tuesday, February 26, 2013

Budak KISAS


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku.
Permudahkanlah setiap urusanku.
Leraikanlah kekakuan pada lidahku.
Moga Moga mereka memahami kata kataku.
اللهم صلى على محمد
Gambaran Bumi Tarbiyah. Sejujurnya. Aku memang terkenangkenang zaman menjadi penuntut tarbiyah :'(


Dup.Dap.Dup.Dap.
Dah lama nak buat entry nih. 
Tak ada kekuatan rasanya.

Setelah sekian lama.
Ada pula seorang sahabat mengadu kat aku pasal budak KISAS yang sorang nih.
Alahaii. Aku malu sebentar mengaku yang aku lepasan bumi tarbiyah Kolej Islam Malaya[nama lama].

Allahu| Allahumma solli a'la muhammad..
Lalu. Aku terfikir dan teringat semula pada perumpamaan perumpamaan yang pernah aku tahu tentang budak kisas nih.
  1. Subur di dalam[KISAS]. Subur di luar[KISAS] 
  2. Subur di dalam. Layu di luar.
  3. Layu di dalam. Subur di luar
  4. Layu di dalam. Layu di luar.

Nak jadi yang mana satu?

Semua terpulang pada diri masing masing. Selalunya. Bila manusia manusia yang tahu apa itu Kolej Islam Klang [atau nama nama lain yang membawa maksud tempat yang sama]. Mereka akan jadi teruja dengan anda. Maka. Bersedialah dengan berbagai bagai persepsi mereka yang terlampau awesome terhadap anda.

Jadi. Seharusnya. Saat itu anda akan mulai gusar.gusar. dan gusar dengan impression mereka terhadap anda.
Oh. Aku kata sebab aku dah laluinya.
Sampaikan ada seorang sahabat aku yang ketika pertama kali kenal kata:

tapi akhirnya aku tukar pendapatan aku mengenai budak KISAS..
::hello..depa pun manusia jugak..lahir ada mak bapak..mcmna pijak semut boleh x mati..melainkan yg depa pijak tu bukan semut tetapi.........ape2 je la..n depa bukan malaikat nak selawat sepanjang waktu smpai tak boleh senyum langsung..hehe..

Tengok. Siapa pun anda di Bumi Kolej Islam. Tak kisah lah ketua batch ka. ketua pelajar. exco badar. pembimbing rakan sebaya. majlis tertinggi rumah kehidupan. kometri. quarter master atau apa saja jawatan yang tak tersebut[taip sebenarnya]. Once, anda bawa title Kolej Islam. Maka. Anda tidak dapat lari daripada satu hakikat. Walau perit macam mana pun.
Hakikatnya. Anda pernah ditarbiyah!
Ya. Ya. Aku tahu. Background budak budak KISAS. Bukan sama semuanya. Datang daripada bermacam latar belakang. Ada yang daripada SMKA kelas atasan. Maahad yang biahnya lebih baik daripada KISAS. SMK biasa yang ada KAA[Kelas Aliran Agama]. Tak kurang juga daripada maahad tahfiz pelbagai negeri.Walaweh. Memang benarlah kata Allah dalam firmannya:
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu.[Surah al Hujurat ayat 13]
Oh. Motif aku menghabiskan masa aku menaip.memerah idea.
Dan korang pun membaca. Terhabis jugak masa rasanya.

Ahha. Sebagai insan yang bawa imej Islam hakikatnya. Tak kisahlah siapa pun anda. Sila jadikan apa sahaja yang anda lakukan melambangkan imej Muslim Mukmin.
Ya. Aku kecewa dan terasa pedih. Pada saat seorang sahabat aku cerita perihal seorang lepasan Bumi Tarbiyah yang pabila bertazkirah. Wah. Wow. Bapak lebat lagi hebat. Penuh dengan dalil Al Quran dan al Hadis. Tapi amalan pada zahirnya. Ikhtilat entah ke mana. Muwasofat Tarbiyah juga cacamarba.
Aku risau.takut.bimbang.gusar.khuatir[semua perkataan yang seangkatan dengannya] kalau kalau fenomena lepasan Kolej Islam yang terlalu minoriti ini menjadi pembawaan identiti Kolej Islam keseluruhannya. Allahu| Nau'zubillah!
Ya. Aku juga masih cacamarba. Entry ini aku tujukan sebagai peringatan dan amaran keras kepada diri aku sebelum korang. Aku mengaku yang aku sememangnya tidaklah sesempurna mana. Maka. Layaknya. Entry ini menjadi ibrah dan pedoman untuk aku menjadi contoh [qudwah hasanah]. Bukan sebagai pelajar Kolej Islam tetapi sebagai seorang Muslim.
Budak KISAS?
Mereka juga insan biasa. Sama seperti anda dan anda. Tiada bezanya. Jangan menghukum mereka jika ada cacamarba di sini sana. Oh ya. Mereka lepasan Kolej Islam yang sudah menjadi helang. [Erk?]. Sememangnya. Bukan dengan sebab mereka lepasan Kolej Islam. Tetapi mereka helang kerana mereka menjadikan tarbiyah di Kolej Islam sebagai bekalan untuk menjadi insan yang hebat dunia dan hebat juga akhirat [Inshaa Allah].


Anologi aku mudah:
Masuk Kolej Islam macam masuk gudang emas. Masuk gudang emas. Tapi kalau tengok ja. Tak ambil pun emas emas tu jadi bekalan sebelum keluar. Maka sia sia lah.
credit: gudang emas


Dan akhirnya.
Muhasabahlah duhai diri. Apa yang engkau sumbang setelah engkau terima tarbiyah kelas pertama? Berubahkah diri engkau selepas engkau tinggalkan bumi itu. Berbanggakah ibu bapa engkau punya anak seperti engkau.
Dan layaknya. Dikira sebagai satu pencapaian jika ibu bapa orang lain pabila melihatkan anda. Tergerak  di hati mereka untuk meletakkan anak anak mereka di bumi Kolej Islam seperti anda.
Berlumba lumba menjadi helang setelah keluarnya kita dari KISAS bukan bermakna satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Lihat semuala KPI[Key Perfomance Index] ISTIQAMAH kita bagaimana. 
"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu' [Al Hujurat ayat 13]
Sekian.

#yangberkatapastidiuji
fatiniismadi
2035
2601213



Monday, February 25, 2013

AllahMahaTahu: macamimpi!!


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد


Dedicated to:
Barisan fasilitator Nadwah Khaira Ummah.[tak terkecuali para peserta]
Adik kakak The Duraluminors yang tercinta
Batch 57 Sekolah Nombor 1 Terbaik Malaysia SPM. STPM. [In shaa Allah]
Tertulisnya coretan ini kerana hati ini terlalu derita merindu. Rindu itu mengajar aku erti syukur untuk setiap takdir KITA 
"Allah TAHU apa yang kita MAMPU. Allah aturkan apa yang kita PERLU. Bukan apa yang kita MAHU"
Setelah berlama lama rindu pada adik adik dan kakak kakak Dura (Cerita: sila klik) (Cerita lagi: di sini).
Setelah tidak tertanggung lagi kerinduan pada Bumi Waqaf itu.
Setelah terlalu cemburu pada mereka yang berprogram ke sana ke mari.
Err. Dan setelah berlelah lelah merancang untuk menamatkan riwayat kerjaya di PustakaAman.
Bahasa Mudahnya: berhenti kerja
[pastinya ada yang sedang tersenyum mengenang saatnya aku telefon pak cik tauke. ;D ]

Maka.
Saat ini. Aku yakin apa yang terjadi tiada istilah kebetulan. Kerana sememangnya.

وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [Qaff : 16]
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ
Dan Kami lebih dekat kepadanya dari kamu. [Al-Waqi’ah : 85]
Alkisah bermula:
Bila buka muka buku. Di sini sana. Ramai pula yang menyatakan rindu pada Bumi KISAS terchenta.
Ya! Sememangnya. Aku tak tipu. Aku di sini juga derita merindu pada adik-kakak[teman Berdura yang setia]

Oh ya. Berdura itu apa?
Definisi aku:
Membasahkan hati dengan ilmu duniawi dan ukhrawi dalam pelbagai cara. Tak kira di mana mana sahaja.

Mereka ini sedang berdura!

Hatta di bawah pokok atas padang ini pun. mereka masih tetap ingin berdura :)
Saya rindu mereka. Moga mereka dalam dakapan kasih sayang Allah.
TERMASUK ANDA!! Amiin 

Yang penting dengan penuh KASIH SAYANG! :)
Oh. syurga dunia pabila berdura untuk meraih cintaNya.

Kisahnya:
Sahabat sebelah meja aku di 501 [bekas pelajar SMKA Perempuan Kangar] mengajak aku terlibat sama dalam satu program tarbawi asrama. Oh. Malu tidak terkata. Aku bukanlah siapa siapa. Err. Malu kot nak berkolaborasi dengan mereka yang tak pernah aku jumpa. Setelah tidak terlalu lama, aku berfikir mencari keputusan. Tanpa silu atau segan. Aku menerima ajakan.
Koff. Koff. Terbatuk..
Perbincangan [Satu] berlangsung dengan jayanya. Tiga orang fasilitator berkampung di masjid sebelah sekolah. [Kedudukan SMKAP-sekolah Manal sama seperti Kolej Islam dengan Msjid Sultan Sulaiman. Dan SMKAP juga tanah waqaf! Sama seperti kita (:] 
Aku terpinga pinga. Mashaa Allah. Cuma tiga sahaja?! Sudahlah Hajar [fasi-kawan Najihah] diamnya dia! Sedang aku pembuatbisingtaktahusegan.. Ehhe. Tamat.

Sedang aku bekerja di PustakaAman[senyum]. Err. Ada pula konferens riang ketiga. Yang kedua punya. Aku demam tak berdaya. Kali ini. Terhimpunlah barisan fasilitator kesemuanya.
Ahha! Kisah ukhwah bermula. Fasilitator kakmira [sebaya sebenarnya] seperti tak selesa dengan aku yang terlalu gemar bermain main sepanjang konferens. Err. Astaghfirullah. Mungkin itu tarbiyah untuk aku berubah.

Dan. Tidak lama kemudiannya.
Hari Jumaat 21/2/2013. Tercipta sejarah buat pertama kalinya aku menyertai mereka.
Kem Nadwah Khaira Ummah SMKA (P) Kangar.
Diberi tugasan untuk menjadi kakaksipenunjukjalan.

Di situlah memori tercipta.
Terkenang saat ugutan denda 'Basuh Pinggan dengan makcik DM (dewan makan)' yang sengaja aku cipta buat adik adik SMKAP dengan harapan supaya diamnya DM SEMEKAP mengalahkan DM Kolej Islam. Alhadulillah. Berjaya. Tersentap K.Shiffa' pabila DM mereka senyap tanpa suara. Mereka bersuara. Lalu kukata. "Dendanya basuh pinggan dengan makcik DM" maka diamlah mereka. Walaweh.. Kasihan mereka
Oh di situ. Di bumi waqaf SEMEKAP.
Aku jumpa ramai betul mereka yang hampir sama mukanya dengan sahabat sahabat di Kolej Islam. Sungguh aku teruja. Malah seperi Kak HusnaNajihah pun ada. Err. Tak habis habis Kak Salwani teruja juga pabila kakanis dia kata muka hampir sama dengan AmalJAKSA.
Yang pastinya. Sepanjang program Nadwah Khaira Ummah. Hatiku dibawa bersama bayang bayang KISAS.
Dan tamatnya program, aku serius terus BERHENTI KERJA. Err. Sebabnya. Dah lama aku terfikir. Tapi bila kakmira and the gang beria-ia ajak aku ke program tarbawi esoknya. Maka. Setelah beristikharah dan beristisyarah. Dan mungkin mengikut kata hati. Maka berhentilah aku. Sungguh tak percaya!

Dan yang pasti.
Biar kali pertama aku bersua mereka. Mereka sepertinya menerima aku seadanya. Maka. Sungguh UKHWAH ITU TIADA WAYAR. Fikrah mereka sama sahaja seperti fikrah sahabat bumi waqaf klang. Mungkin aku rasa. Mereka telah bersama dalam gerabak tarbiyah dan disumbat.dihadam.dilumat dengan bahan bahan dakwah sekian lama. Maka aku percaya. Mereka juga mampu cipta fenomena. Aku teruja bila berjumpa. Seharusnya, bertemu mesra dengan kakmuni yang sempurna muwasofat tarbiyah yang kelapan: Tersusun urusannya [sistematik]. Sedang aku pula masih cacamarba. Aku perlu mengubahnya! Allahu. Moga Allah redha (:



Biar baru bersua. Sungguh aku tak percaya. Bagai mimpi gamaknya.
Err. Sedang aku asyik mention  "ayam golek". Kakmira buat kejutan yang buat aku segan.
Dapat makan ayam golek percuma. Bau bauan kasih sayang jelas terhidu pada ayam. (:

Ayamgolekalaarab yang penuh dengan kasih sayang(:



Allahu|Allahumma solli a'la muhammad.

Sememangnya. Nabi صلى الله عليه وسلم  pun bina dahulu ikatan hati sebelum kerja kerja jamaah untuk dakwah bermula. Tak ingatkah aku pada kisah Nabi صلى الله عليه وسلم yang sangat super duper awesome dalam berukhwah. Bagaimana akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم dengan ahli suffah.Akhlak Baginda صلى الله عليه وسلم yang sanggup bermanis muka dan berlapang dada. Malah memberi dan menyuapkan makanan pula pada pengemis Yahudi yang buta. Pengemis yang seringkali menghina Baginda. Sehingga saatnya Nabi صلى الله عليه وسلم wafat. Abu Bakar As Siddiq mengganti tempat Baginda untuk menyuap si pengemis. Maka berkatalah si pengemis yang selalu menghina Baginda صلى الله عليه وسلم : "Tidak sama orang yang menyuap aku hari ini. Yang selalu menyuap aku biasanya akan menghaluskan makanan makanan yang aku makan". Abu Bakar: " Yang menyuapkan engkau makan itu ialah Muhammad صلى الله عليه وسلم yang sering engkau hina. Sedang ketika ini, dia sudah tiada". Si pengemis Yahudi itu tanpa ragu lagi terus bersyahadah mengaku Allah Tuhanku dan Muhammad pesuruh Allah.
Mashaa Allah.
Tersentap aku. Bila baca sirah.
Maka dalam berukhwah. Bila bersahabat kerana Allah. Pastinya. Kita mahu sentiasa berjamaah dengan sahabat menuju Allah. Biar penuh sampai melimpah gerabak tarbiyah. Biar biah [suasana] seluruhnya bertukar biah yang cukup solihah [baik]. Biar. Biar. Tumbang kuffar.fasiq dan munafiq! Biar. Biar yang ada seluruhnya berjiwa kental ke arah kesempurnaan muwasofat tarbiyah [10 Ciri Peribadi Muslim]


Maka yang terakhirnya.
Siapa pun anda. Walau di mana pun jua.
Jazakumullah buat semua kakaksipenunjukjalan.
Maafgambarnadwah tiada untuk paparan :)

#mogaallahredha
fatiniismadi
1344
250213




Monday, February 18, 2013

Abdullah ibnu Abbas

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد

Kenal sama Abdullah bin Abbas?  Kalau tak kenal. Pernah dengar doa yang kat bawah tuh?


اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. 
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama.”
Ya. Ya. Aku faham. Memang korang dah lama amalkan dah pun.
Ni ada lah sedikit asal usul Abdullah bin Abbas-insan bertuah yang didoakan oleh Rasulullah SAW dengan doa di atas. :)

Tarik nafas. Sumpah panjang. Tapi. Memandangkan dah lama korang tak mengadap buku melainkan muka buku (Pelajar UPM. UTP dan DQ.Bukan anda yang saya kata! HEHE). Sila baca. Ini cerita manyak menarik. Betul. In shaa Allah tak tipu.

Dan. Sebelum itu. Terima kasih. Jazakumullah buat Norshahira bt Ismail kerana mengilhamkan idea untuk berkongsi kisah ini. Moga saham kita bersambung sambung hingga di akhirat yang kekal abadi. Ya. Semestinya. In shaa Allah.

Alkisah yang benar.
:)

“Wahai pemuada, mahukah kamu mendengar beberapa kalimat yang sangat berguna?” tanya Rasulullah suatu ketika pada seorang pemuda.

“Jagalah (ajaran-ajaran) Allah, nescaya Allah selalu menjagamu. Jagalah (larangan-larangan) Allah maka engkau akan mendapati Allah selalu dekat di hadapanmu.

Ustaz Ismail selalu ingatkan kita kan? Korang konfem ingat kuliyah malam rabu? ;)


Pemuda itu terdiam di hadapan Rasulullah. Dia cuba memahami perkataan perkataan yang Rasulullah ucapkan.

“Kenalilah Allah dalam sukamu, maka Allah akan mengenalimu dalam duka. Bila engkau meminta, mintalah pada Allah. Jika engkau perlukan pertolongan, mohonlah pada Allah."

Semua perkara yang diberitahu oleh Baginda Habiburrahman dicatat oleh pemuda itu.

Pemuda yang beruntung itu ialah Abdullah bin Abbas.

Ibnu Abbas, sangat akrab dengan Habiburrahman Muhammad SAW. Dalam sehari Abdullah bin Abbas menerima terlalu banyak ilmu  terus daripada Rasulullah. Pelajaran aqidah, ilmu, dan amal diterima dalam sekali pertemuan! Keakrabannya dengan Rasulullah sejak kecil membuatkan Ibnu Abbas menjadi seorang lelaki berkeperibadian luar biasa! Mashaa Allah. :)

Keikhlasannya seluas padang pasir tempatnya tinggal. Keberanian dan hamasah (baca: bersemangat) jihadnya sepanas sinar matahari gurun. Kasihnya seperti oasis di tengah sahara. Hidup bersama dengan Rasulullah benar-benar telah membentuk watak dan sifat peribadinya.

Sebuah kisah menarik menggambarkan bagaimana Ibnu Abbas ingin selalu dekat dengan dan belajar daripada Rasulullah:
Suatu ketika, mindanya dipenuhi rasa ingin tahu yang membara tentang bagaimana cara Rasulullah solat. Malam itu, sengaja Abdullah bin Abbas menginap di rumah ibu saudaranya, Maimunah binti Alharits, isteri Rasulullah. Sepanjang malam dia berjaga, sehingga mendengar Rasulullah bangun untuk menunaikan solat. Segera dia mengambil air untuk bekal wudhu Rasulullah. Di tengah malam buta itu, betapa terkejutnya Rasulullah apabila bertemu dengan Abdullah bin Abbas yang masih terjaga dan menyediakan air wudhuk untuk Baginda. Rasa bangga dan kagum dalam hati Rasulullah. Baginda menghampiri Ibnu Abbas, dan dengan lembut diusapnya ubun-ubun pemuda bertuah itu-Abdullah ibnu Abbas. 
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. 
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama.”
Demikian doaa Rasulullah pada malam itu. Setelah berwudhuk. Rasulullah kembali masuk ke rumah untuk menunaikan solat malam bersama isterinya.
Lantas mengambil peluang. Ibnu Abbas turut menjadi makmum Baginda SAW. Awalnya Abdullah ibnu Abbas berdiri sedikit di belakang Rasulullah, kemudian tangan Rasulullah menariknya untuk menghampiri Baginda. Tetapi kemudiannya Abdullah ibnu Abbas beranjak ke belakang, kembali ke tempatnya semula. Selesai solat, Rasulullah bertanya pada Ibnu Abbas, kenapa kamu melakukan sebegitu.
“Wahai kekasih Allah dan manusia, tak sepadan rasanya jika aku berdiri hampir dengan utusan Allah,” jawab Abdullah ibnu Abbas. 
Rasulullah tidaklah marah atau menunjukkan raut muka tidak suka. Baginda tersenyum ramah [menyejukkan hati siapa saja yang melihatnya.] Bahkan. Baginda mengulangi sekali lagi doa yang dipanjatkan saat Ibnu Abbas membawa air untuk berwudhuk tadi. Abdullah bin Abbas lahir tiga tahun sebelum Rasulullah berhijrah. 
Ketika Rasulullah wafat,Abdullah ibnu Abbas masih muda. 13 tahun umurnya. Semasa hayat Rasulullah. Baginda sangat akrab dengan mereka yang hampir seusia dengan Abdullah bin Abbas. Contohnya. Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Haritsah, dan sahabat-sahabat  lainnya.
Kerap kali Rasulullah meluangkan masa dan bermesra bersama mereka. Dan lebih kerap juga  Rasulullah menasihati mereka. Ketika Rasulullah wafat, Ibnu Abbas benar-benar merasai kehilangan Baginda. Insan yang dicintai. Kini. Sudah tiada lagi!
 Siapa lagi yang bisa menanam semangat saat jiwa layu dan hati lusuh tertutup debu. 
Siapa lagi yang menghiburkanmalam dingin dan gelap dengan senyum dan doa yang tiada tara. 

Tapi keadaan seperti itu tidaklah lama.. Ibnu Abbas segera bangkit dari kesedihannya. Iman tidak boleh dibiarkan terus menjadi layu. Meski Rasulullah telah pergi. Semangat jihad tak boleh berkurang walau sedikit pun !

Maka Ibnu Abbas pun mulai melakukan sesuatu. Untuk terus menjadi penuntut ilmu yang sentiasa maju.. Ibnu Abbas bertemu dengan sahabat-sahabat untuk bertanya tentang apa saja yang dirasakan perlu untuk diketahui

Tidak cukup dengan itu. Ibnu Abbas juga mengajak sahabat-sahabat lain yang seusianya untuk belajar bersama. Tapi sayang, tidak ramai yang mengikuti jejak Ibnu Abbas. Sahabat-sahabat Ibnu Abbas berasa tidak yakin. Mereka sering berfikiran.
Apakah sahabat-sahabat Baginda menghiraukan mereka yang masih remaja ini. Walau apa yang terjadi pada ketika. Ibnu Abbas tidak patah semangat. Apa saja yang menurutnya belum difahami, dia tanyakan kepada sahabat-sahabat yang lebih tahu.Ibnu Abbas sanggup mengetuk satu pintu dan berpindah ke satu pintu rumah sahabat-sahabat Rasulullah SAW.Sekiranya perlu. Ibnu Abbas akan tidur di luar pintu rumah para sahabat. Sedang para sahabat sedang berehat di dalamnya. Demi menuntut ilmu!
Betapa terkejutnya mereka tatkala menemui Ibnu Abbas sedang tidur di hadapan pintu rumah mereka. 
“Wahai remaja teman setia Rasulullah, kenapa tidak kami saja yang menemui kamu,” kata para sahabat apabila melihat Ibnu Abbas tertidur di depan pintu rumah mereka beralaskan selembar baju yang dibawa. 
“Tidak, akulah yang mesti bertemu dengan kamu,” kata Ibnu Abbas tegas. 
Begitulah kehidupan Ibnu Abbas. Benar-benar menjadi seorang pemuda dengan ilmu dan pengetahuan yang Maha Luas. Ilmu yang dimilki tidak seimbang dengan usianya. 
Ada yang bertanya tentangnya.
 “Bagaimana kamu mendapatkan ilmu ini wahai Ibnu Abbas?”
 “Dengan lidah dan gemar bertanya, dengan akal yang suka berfikir,” 
Demikian jawabnya. Kerana ketinggian ilmunya itulah Ibnu Abbas kerap menjadi kawan dan lawan untuk  berbincang dengan para sahabat yang lain. Umar bin Khattab misalnya, selalu memanggil Ibnu Abbas untuk duduk bersama dalam sebuah musyawarah.

Pendapat-pendapatnya selalu didengar karena keilmuannya. Sehinggakan Amirul Mukminin kedua itu memberikan gelaran kepada Ibnu Abbas sebagai “pemuda tua”. Doa Rasulullah yang meminta kepada Allah agar menjadikan Ibnu Abbas sebagai seorang yang memahami perkara agama telah terlaksana dengan jayanya. Mashaa Allah!.


 Ibnu Abbas adalah tempat bertanya karena kegemarannya juga bertanya. Ibnu Abbas tempat mencari ilmu karena kesukaannya juga mencari ilmu.
Salah seorang sahabat utama, Sa’ad bin Abi Waqas pernah memberikan pendapatnya tentang Ibnu Abbas.
“Tak seorang pun yang kutemui lebih cepat mengerti dan lebih tajam berfikirnya seperti Ibnu Abbas. Dialah orang yang banyak menyerap ilmu dan terlalu luas sifat sopannya. Sungguh telah kulihat, Umar telah memanggil Ibnu Abbas saat menghadapi masalah-masalah yang luar biasa. Padahal ketika itu. Di sekelilingnya masih banyak sahabat yang terlibat dalam Perang Badar.
Apabila Ibnu Abbas menyampaikan pendapatnya. Umar tidak akan melakukan melebihi apa yang dikatakan oleh Ibnu Abbas.”

Pada masa Khalifah Usman, Ibnu Abbas ditugaskan untuk  berjihad ke Afrika Utara. Bersama pasukan dalam pimpinan Abdullah bin Abi Sarh,Ibnu Abbas berangkat sebagai mujahid dan pendakwah.

Di era kepemimpinan Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas menawarkan diri sebagai utusan yang akan berdialog dengan kaum khawarij dan berdakwah kepada mereka. Sehinggakan pada ketika itu. Lebih dari 15.000 orang memenuhi seruan Allah untuk kembali pada jalan yang benar.

Pada usia yang ke 71 tahun, Jibril telah menjemput Ibnu Abbas kembali bertemu Ilahi. Saat itu umat Islam benar-benar kehilangan seorang yang berkemampuan dan berpengetahuan yang sungguh luar biasa|
|Allahu| Allahuhumma solli a'la muhammad

“Hari ini telah pergi seorang ulama umat,” kata Abu Hurairah menggambarkan rasa kehilangannya.
Tamat.

Moga kisah ini memberikan aku dan kita seinfiniti nikmat dan rasa kuat untuk menjadi orang yang berilmu kerana Allah janjikan untuk meninggikan darjat orang yang berilmu. Tak caya?!

Pergi semak Surah al Mujadalah ayat 11!!
SEKARANG..

mogaallahredha.
dan. terimakasihsha..jazakumullah khairal jaza'

fatiniismadi
2324
190213


Adikku Kaki Ketawa ;D


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد

Sebetulnya. Jarang sekali aku nukilkan perihal keluarga darah aku dalam mana mana entry aku di sini. Yang sering aku rekodkan di sini cumalah perihal keluarga aqidah. Bukan keluarga darah aku sengaja aku lupakan. Bahkan. Merekalah sumber inspirasi aku menjadi aku saat ini. الحمد الله. Tanpa mereka. Siapalah aku di sini.

Ringkasnya. Aku punya seorang adik. Yang pada aku. Satu dalam seribu. Adikku punya peribadi mulia-menyantuni dan sangat memuliakan aku sebagai kakaknya. Sungguh. Sila percaya! :) Sebut sahaja apa saja perintahnya. Jika dari aku. Semestinya adik akan tunaikan saja. Mungkin, jarak jauh umur kami. Enam tahun bezanya. Buat aku dan adik tidaklah seperti rakan akrab. Perbezaan umur buatkan aku jadi seperti Hitler yang memerintah negara. Namun. Benarlah. Anak-anak kecil punya hati sebersih bersihnya. Sukar sekali mereka menyimpan dendam atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa.

Alkisah.

Sebagai kakak. Sering sahaja aku menjadi bos besar di rumah. Memerintah dan mengarah. Maka, bersusah susahlah si adik mengerjakan perintah. Walaweh. Kejam sungguh. Disuruhnya adik seusia sebelas tahun enam bulan menghadap buku buku ilmiah. Mengemas rumah. Solat jemaah. Malah, sehingga mutabaah amal pun disuruh si adik yang tak tahu definisi tarbiyah itu ganda gandakan. Allahu| Hitler pun tidak sekejam itu. Aku. Kakaknya sudah terbiasa dengan tarbiyah berdos melampau. Maka. Kasihan si adik terpaksa mengikut sama.

Setelah berlama lama si kakak di rumah. Maka berbagai-bagai jenis tarbiyah dzatiyah dan fardhiyah sengaja dikerah si adik untuk mengikut perintah. Sebagai natijah. Si adik yang dahulunya mula suka akan cerita Korea. K-Pop bagai. Mulai meminati bacaan ilmiah kakaknya. Majalah Jom pelbagai edisi. Novel Sinergi kadangkala dibaca secara curi. Si kakak yang keras hati sering saja memarahi si adik. Walaupun begitu, perubahan itu aku syukuri. Moga si adik jadi lebih baik daripada kakaknya. Dan yang lebih aku kagumi. Tika aku di dunia batu kaca. Selalu sahaja adik bertanya. "Bila kakak mahu balik?" Walaweh. Aku bukanlah kakak yang terbaik buat si adik. Dalam mentarbiyah adik. Sering sahaja aku gunakan kuasa veto yang ada. Memerintah sesuka hati. Mengarah itu dan ini. Allahu| Yang lebih mengharukan. Tika aku terasa hati atas satu peristiwa. Adiklah yang menjadi pemujuk setia. Sedang aku tidaklah pernah bermanja manja dengannya. Kata adik pada mama.
"Mama. Kakak tu merajuk tak lama. Kejap lagi. Baiklah dia"
Allahu. Meski banyak dosa aku pada adik. Sering saja dia berbaik sangka terhadapku. Malah, setiap perkataan aku diraikan. Seingat aku. Tak pernah aku bergurau senda atau bermanja dengan si adik. Namun apabila mood aku tengah baik (baca: bukan mood memerintah tak tentu arah) setiap perkataan aku seperti hiburan buat adik. Tak henti henti dia ketawa. Allahu| Mulianya hati si adik. Biarlah seteruk mana kakak mengarah. Memerintah. Marah. Tak pernah si adik jadikan semua itu dendam. |Allahu|
Benarlah. Air yang dicincang takkan pernah putus!
Moga si adik membesarnya. Bakal pemandu gerabak tarbiyah. Yang jauh lebih qowiy daripada kakaknya. Akan aku hasut Bos Besar dan Puan Besar menghumbankan si adik ke mana mana maahad tahfiz. Biar si adik didoktrin dengan tarbiyyah kelas pertama di sana. Biar kakak terus teruja. Terus mensyukuri punya adik yang mulia hatinya.

Semoga si adik jadi pemandu gerabak tarbiyah. Doakan dia!


Dan seharusnya. Adik aku takkan baca entry ni dalam masa terdekat ini.
Suatu hari nanti saat tiga puluh juzuk Al-Quran dalam hati adik. Akak aku tunjukkan dia entry ini.
Dan aku-kakak perlu ganda ganda mutabaah amal. Supaya aku menjadi orang yang mengerjakan perkataan perkataan aku terhadap adik.

Kata Allah dalam firmanNya Yang Maha Agung.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[Surah As Sof : Ayat 2]

Moga Allah redha setiap amal dan perbuatan.
Siapalah kata kalau Allah jauhkan kita daripada redhanya?
 "Ya Allah. Jadikan keluarga kami keluarga yang Kau redhai dan Kau berikan kasih sayangMu agar kami sekeluarga sentiasa berada di jalanMu"

Moga keluarga ini jadi keluarga yang Allah redha. Amiin.
#Gambar tigabelas tahun lampau. Zaman adik masih tiada di dunia :)
Al Fatihah buat nenek yang telah tiada. Nenekku telah pergi saat 17 Ramadhan.
Tika itu aku di Tingkatan Satu.

syukurmasihpunyakeluarga.
ALHAMDULILLAH
0008
180213
fatiniismadi

Sunday, February 17, 2013

Yang Pergi Itu Memori! :)


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد


Allahu. Teringat. Terkenang semula memori dulu dulu. Entah atas sebab apa. Bila aku semak wall sendiri di muka buku. Cerita masa lalu. Cerita zaman separa jahiliyah separa dunia tarbiyah. |Allahu| Karat karat jahiliyah. Terkenang aku pada satu memori yang selamanya terpahat di hati. In shaa Allah :)
Memori tercampaknya aku di dunia SMK Agama Arau. Dipertemukan dengan ramai sahabat. Tapi aku khususkan dengan seorang sahabat. Moga sampai syurga ukhwah ini. Amiin.
#MogaAllahRedha.

Betul kata Inche Gabbana .
" Dan sesetengah tu, terpaksa bergaduh dan berbaik semula, sebelum dapat menjalinkan persahabatan mesra."

Oh. Zaman jahiliyah itu. Zaman muda mudi. Terlalu banyak kenangan yang menjadi memori. Aku tak sangka. Aku teruja. Dan sebetulnya. Aku bersyukur pada Yang Maha Esa. Kerana Allah izinkan untuk aku mendapat nikmat betapa bertuahnya punya seorang sahabat yang memudahkan urusan aku di dunia. Mudah mudahan di akhirat juga. Inshaa Allah :)

Pertamanya. Bukan aku sengaja lupa. Siapa yang sering sahaja siapkan kerja kerja kursus aku. Belikan aku perkakas sekolah. Kongsikan kredit saat akaun kering. Buatkan aku kek sekali sekala aku balik bercuti setelah berlama lama di dunia-batu-kaca. Oh indahnya! Ya. Bukan aku tak jumpa mereka yang baik akhlaknya di dunia batu kaca itu. Tapi ternyata. Apa yang aku rasa dalam berukhwah denganmu menyebabkab aku mula memahami.
"People will forget what u said. But they will remember what u made them feel"
|Allahu|
Andai Ashabul Kahfi bisa menjadi pemuda yang mengasingkan diri saat jahiliyah mula mencengkam dan meyelubungi seantero negeri. Aku perlu lafazakan kalimah   الحمد لله. Aku serius kagum melihatkan evolusi fikrah sahabat aku yang seorang ini. Bermula dengan evolusi menjadi muslimah yang mulai cakna dengan definisi عورة. Jujur, aku teruja sendiri.

Bila melihatkan status status muka buku sahabatku yang buat aku juga teringatkan الله ربي. Oh. Dia juga menerima tarbiyah tahap tinggi. Tak perlu jejak kaki ke dunia sekolah berprestasi tinggi. Mashaa Allah. Aku jujurnya menyantuni peribadimu sahabat yang mampu berlapang dada dengan semua sahabatmu. Bukan aku tidak ingat. Tika kita di bumi Agama Arau. Selalu sahaja aku luahkan kemarahan aku pada orang lain kepadamu sahabat. Ternyata, jawapanmu sering sahaja sama.
"Sudah sudahlah, Tin"
Entah. Aku tidak pasti sama ada kau ingat atau tidak. Namun, kalimah-kalimah nasihatmu yang sering aku terima tatkala aku gagal mengawal emosi. Merungut tidak puas hati. Tiba-tiba kembali menghantui memori.
Aku akui. Memori di dunia batu kaca aku selama dua tahun kerap sahaja berlegar-legar di wall muka buku. Sedang memori di bumi Agama Arau tak pula aku imbas kembali.Tapi. Saat aku menulis. Memori kita mula aku bayangi.

Sahabat.
Aku menyanjungi cara kau menghargai semua sahabatmu. Mentarbiyah mereka. Mengajak mereka menjadi muslimah sejati. Jasad aku memang di dunia batu kaca. Tapi hakikatnya bila aku melihatkan perubahan perubahanmu dan sahabatku yang lain. Aku jadi teruja. Fuhh. Mashaa Allah.

Kadangkala.
Tika di dunia batu kaca. Sering saja aku terkenang kondisi kamu sahabat. Nak ke public phone. Bukan seorang yang bergayut. Beorang-orang beratur menghitung waktu. Jadi kubatalkan niatku untuk menghubungimu. Aku bukan lupa. Cuma kiriman doa yang mampu jadi pengganti.
Ukhwah kan Wireless :)
Sahabat.
Biar siapa pun aku di sukmamu. Ketahuilah. Aku bersyukur mengenalimu. Kerana banyak hikmah telah kupelajari darimu. Aku tersentap. Tatkala membelek-belek mushaf suci kalamullah.
"Sahabat-sahabat baik pada hari itu (pada hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa" . Surah az Zukhruf ayat 67.
Maka. Ayuh sahabat. Kita perbaiki taqwa dalam diri. Moga di akhirat nanti. Kita takkan sesali terhadap pekerjaan kita di bumi. Dan untuk semuanya. Entah untuk kali yang keberapa. Terima kasih untuk segalanya. Sahabat sampai syurga Inshaa Allah ! ;D

Pastinya! Inshaa Allah. Err. Walau kek ini bukan rezeki kita. ;)


Moga Allah saja yang membalas setiap budi dan jasa.
Kita asalnya dari  syurga. Juga akan kembali ke syurga. Kita perlu jadi 'high class' di dunia. 'High class' dalam akhlak. Pergaulan. Hubungan dengan Tuhan. Moga mujahadah untuk jadi 'high class' di mata Allah, akhirnya menjadi syurga Firdaus untuk kita. In shaa Allah
Akhir kalam.
Nabi Muhammad SAW nyata tidak keseorangan dalam perjuangan. Dikirimnya Allah buat Nabi sahabat sesetia Abu Bakar As Siddiq. Maka. Benarlah. Bersahabat cara nabi. Jaminan syurga itu pasti.

kenangan PMR 2010. :)

#darihatimogasampaikehati
170213
0022
fatiniismadi


Monday, February 4, 2013

Kerana Akhowat Juga Insan !


بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على سيدنا محمد

Menulis. Menterjemah sebuah hakikat. :)
Mungkin ini, entry sambungan daripada In A Relationship ..

Baik.
Tarik nafas. Aku mulakan sebuah cereka kebenaran.

Anda kenal anggota gerabak tarbiyyah yang begitu hamasah (baca: bersemangat) memperjuangkan rantaian dakwah Islamiyyah? Yang sanggup mengorbankan seluruh jasadiah dan ruhiyyah di jalan Allah. Yang sanggup berjuang dalam meletakkan kalimah لا اله الا الله di tempat tertinggi !

Err. Bahasa yang terlalu tinggi. Mungkin.. ;D Tidak sampai imaginasi tahap ini.
Maaf. Sandiwara tamat !

Akhowat yang aku maksudkan ialah:
Pimpinan tertinggi dalam apa-apa organisasi sama ada Badan Dakwah dan Rohani. Mungkin Ketua Pelajar. Dan mungkin juga penggerak usrah tunjang tarbiyyah. Atau sesiapa sahaja yang terlibat dalam gerabak tarbiyyah sama ada: Makcik Cleaner, Pak Cik Posmen, Encik Doktor ataupun Pak Menteri (baca: yang bebas korup.) Yang sanggup berkhidmat dan bermajikan Allah A'zza Wajalla.

Mungkin ini akhowat yang mungkin terbayang dalam fikiran :)

Bila anda mendengar akhowat ini bersuara. Masha Allah. Terpegun. Ternganga ! Hati terasa basah dengan ingatan kepada Allah. Bila akhowat ini berbulatan gembira dengan anda. Bermesra dan bergembira bersama-sama anda. Anda rasakan seperti dialah hamba Allah yang terpilih untuk membawa anda daripada kegelapan kepada cahaya. Oh, bahagia. Tidak terkata. Bila bersama dengan akhawat speseis ini..
Namun tahukah anda?

Di sebalik terserlahnya imej daie beribawa oleh akhowat yang tampak sungguh gagah bermujahadah mentazkiyatun nafs (baca: menyucikan jiwa). Mereka secara hakikat insan biasa ! Sungguh aku tak tipu.
Betul ! Mereka juga tidak maksum. Cuma yang lebihnya mereka. Mereka berjuang menyucikan diri dan menahan diri walau kerap juga mereka teruji. Kadang-kala. Anda rasa mereka (akhowat) sungguh sempurna. Namun hakikat, mereka juga seperti anda. Kan kita dalam satu gerabak tarbiyah. Menuju cinta Allah. ;D

Perjalanan gerabak kita penuh mehnah !
credit



ke mana destinasi gerabak? credit



Anekdot:

# Kisah itu mungkin rekaan. Nama watak juga cuma samaran. Tiada kaitannya dengan siapa-siapa. Sila jangan terasa ;) Sekiranya ada. Itu takdir Allah, Tuhan sekalian alam. Senyum :)

Oh. Buat pertama kalinya. Fauzah terperangkap ke dalam perangkap tarbiyah. Mengena sasaran si pemerangkap.
Dahulunya, Fauzah seorang anak remaja yang hidup dengan penuh indahnya dunia. Seorang anak gadis yang cukup pintar. Err, mungkin genius gelaran yang paling tepat buat Fauzah. Manakan tidak, ketika di sekolah rendah. Pernah dinobat pelajar terbaik UPSR Malaysia. Kembang kempis hidung tatkala diumumkan nama. Diiktiraf TV3. Lebih gah lagi, Fauzah seorang yang punya ketokohan beribawa. Mampu menjadi pemidato bertaraf negara. Namun sayang, hidupnya cuma Muslim pada nama. Fauzah punya cita-cita menjadi ahli korporat negara. Maka, sudah tentu Fauzah mahu ke sekolah aliran elit yang hebat pada nama. SSP, Cyberjaya jadi pilihannya. Masa terus pantas berlari. Allah telah takdirkan. Bahawa Fauzah Faizah binti Izuandi tercampak ke sebuah sekolah agama. Memberontak tidak suka. Hati meronta mahu membawa jiwa yang lara.
"Sekolah Agama ?! Sudah habiskah sekolah di Malaysia :P Aku kata TAK MAHU. TAK MAHULAH" 
Namun, itu semua cuma terluah dalam hati semata-mata. Salah Fauzah juga-tidak mengisi apa-apa borang sekolah elit seusai pengumuman keputusan UPSR. Dek kerana itu, mahu tidak mahu, ke sekolah agama lah dia.

..~~~~~..

Itu kisah lama.
Setelah didoktrin oleh tarbiyah di Tingkatan Dua sebaik mulai menjadi penghuni asrama. Diresapi dengan pelbagai nasihat berbaur dari-hati-ke-hati. Berbulatan gembira. Bertazkiyatun nafs bersama. Semua dilakukan dengan panduan akhowat yang telah masak dengan sistem gerabak tarbiyah di asrama sekolahnya. Bermulalah cerita. Fauzah yang dahulunya pernah juga membabitkan dirinya dalam gejala kapel. Err, tak keterlaluan jika dikatakan. Ikhtilat pada Fauzah tak terjaga. Apa tidaknya. Dating ?! Oh, itu perkara biasa baginya. Berchatting. Ber'calling'..Oh, itu zaman jahiliyah tahap tinggi. Syukur. Tidak sampai ke tahap yang lebih menggusarkan.

Akhirnya.
Cara fikir telah disucibersihkan. Pemikiran Islamiyyah diserap. Digaul. Diperap hingga sebati. Maka, jadilah diri Fauzah yang baru. Berkat sabarnya, akhowat yang men'doktrin' dengan fenomena tarbiyah kelas pertama. Bermula dengan mutabaah amal yang diganda ganda. Fauzah mulai bebas jahiliyah. Watak daie mulai jadi dirinya yang sejati. Oh. Fauzah bebas ! Bebas daripada budaya kapel lagi. Fauzah mulai jadi pemandu gerabak tarbiyah setelah didoktrin dengan berbagai-bagai bentuk tarbiyah. Hingga. Semua yang berada di sekelilingnya terlupa siapa Fauzah dahulunya.

..~~~~..

Kini.
Fauzah di tempat baru. Dunia-batu-kaca. Dunia yang semua manusia baik-baik belaka. Oh. Lupa pula. Fauzah dipindahkan ke tempat yang lebih baik daripada Sekolah Agama setelah tamat Tingkatan Tiga. Fauzah masih Fauzah yang sama. Tiada yang berbeza. Tanpa diminta. Fauzah menjadi akhowat-pemandu gerabak tarbiyah di tempat barunya. Cabaran bermula. Fauzah mula hamasah melunaskan amanah yang bermajikankan Allah 'Azza Wajalla. Satu demi satu mehnah dan tribulasi perlu didepani. Fauzah yang punya soft skill (baca: kemahiran insaniah) kurniaan Allah sering sahaja membawa sahabat-sahabatnya ke dunia tarbiyah dalam pidato berbentuk tazkirah. Meskipun, kata-kata Fauzah tampak sempurna. Amalannya. Perasaannya masih juga cacamarba. Fauzah: seorang akhowat masih belajar dan bermujahadah dengan gelora perasaan dan emosi sebagai insan. Hatinya mula jadi tak keruan bila ada ikhwah yang punya soft skill yang sama sepertinya. Oh, rasa seperti ada perasaan yang tidak kena datang menyapa. Lebih-lebih lagi bila ikhwah itu bersuara di mana-mana pentas utama. Bahaya. Memang bahaya. Sudah sekian lama Fauzah bemujahadah. Tidaklah dia mahu bermain dengan perasaan kerana dunia jahiliyah sudah lama dia tinggalkan. Ditambah dengan usikan sahabat seperjuangan. Dia jadi tidak tertahan. Kerana dia juga insan..

..~~~~..
Maka.
Fahamlah Fauzah kenapa dalam gerabak tarbiyah ada akhowat dan ikhwan yang tersangkut lalu terbinalah baitul muslim. Dunia tarbiyah penuh cabaran. Perlukan mereka yang sefikiran. Sehati dan seperasaan untuk duduk dan membentuk perjuangan.

credit


sempurnakan yang ini sebelum berbaitul muslim
credit

Kerana Akhowat Juga Insan :)

Again: Cereka ini ialah sebuah hakikat yang mungkin rekaan. Sebarang persamaa diharap tiadalah yang menanyakan soalan. Moga ibrah untuk menjadi pedoman.

040213
0104
#jihadmengurusnafsu
fatiniismadi






Friday, February 1, 2013

Oh. Sungguh tidak terduga !

Selesai segala urusan.   
 (: !!الحمد لله
 Titik.

Allah beri apa yang kita perlu. Bukan. Apa yang kita mahu.
Allah tahu apa yang kita mampu.

Sungguh.
Kadangkala kita rasa seperti kita tak mampu. Tapi, rupa-rupanya memang rezeki di situ.

Anekdot:

Dalam menjayakan misi untuk berprogram. Mentarbiyah diri dan mentazkiyatun nafs. Maka, banyaklah undangan-undangan ke sana ke mari aku cuba penuhi. Mencuba untuk jadi seperti Sultan Muhammad Al Fatih. Yang mahir duniawi. Terbilang ukhrawi. Biar, tidak mampu menjadi persis seperti Muhammad Al Fatih. Biarlah tempias, besarnya jiwa Muhammad Al Fatih mengenai diri ini.

Dalam rangka program yang kedua. Aku bertemu dengan seorang super senior. Err, sejak akhir-akhir ini, suka benar aku berkongsi cerita senior :) #cerita senior satu

Kakak itu bercerita:
Akak masuk KISAS waktu Form 4. Bulan Julai, akak balik SMKAA.
"Kenapa akak balik?"
"Err. Bukan rezeki akak untuk terus kat sana". sambil  tersenyum.
Dipendekkan cerita: Akak tu skor straight A dalam SPM. Zaman tu, memang batch legend lah kat Agama Arau. Berterbangan mereka ke seluruh pelosok bumi Allah. (:
Tapi ditakdirkan, sedang orang lain punya tawaran ke merata-rata IPTA ternama baik dalam atau luar negara. Namun. Allah tahu apa yang hambaNya perlu. Kakak super senior aku tuh ditakdirkan untuk dapat sesuatu yang tidak seperti yang diimpikan. Senang cerita. Kalau UPU tu boleh isi lapan pilihan. sikakakmanis tu dapat pilihan ke-7. Got it?

Penjernihan:
Kadangkala, kita mohon matahari.
Allah bagi kita hujan yang tidak berhenti.

Matahari: 11A+ / Trial SPM yang gempak.
Hujan yang tak berhenti: Kita dapat result teruk. Di sini, Allah uji tahap keimanan kita. Di mana pergantungan kita kepada Allah dan apakah kita masih bersangka baik dengan Allah?

Rupanya, seusai hujan, Allah beri kita pelangi yang indah.

Pelangi: Peluang belajar ke tempat yang lebih baik daripada yang diimpikan. Contohnya. Walaupun waktu trial sangatlah biasa. Tetapi. Tak terduga dengan tawaran biasiswa. Ternyata, rezeki Allah di mana-mana sahaja (:

 Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
mereka sedang mereka cipta model bangunan (:

Insha Allah (:


Sekian.
syukursepenuhhati
:) fatiniismadi
1208
010213