Followers

Saturday, May 25, 2013

Aku terima lamarannya.

Bismillah.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad.

Hidup ini benar-benar satu perjuangan. Perjuangan yang memerlukan aku, kamu dan KITA sentiasa membuat pilihan. Pilihan kita kadangkala akan mengorbankan perkara-perkara yang kita suka. Pilihan kadangkala perlukan kita meminjam masa dan berurus niaga dengan Sang Pencipta.

Untuk setiap pilihan. Kita perlukan Allah untuk mencampuri setiap URUSAN kita. Bila mana Allah di hati. Rasul disanjungi. Perjuangan mengejar redha Ilahi difahami. Maka. Sememangnya. Kita dengan izin Allah. Tidak akan tersilap untuk membuat keputusan.

Kepada yang aku sanjung tinggi:
Bakal penerus legasi dakwah dan tarbiyah di bumi Waqaf nan bertuah.

Andai masa boleh diputar semula.
Pasti ramai mahu putar untuk kembali ke bumi sama.

Andai masa boleh kuundur seketika.
Aku pilih saja untuk merasai sesaat dua di bumi sama..

Andai bisa memilih.
Untuk kembali ke bumi sama.
Atau bermutasi ke tempat jauh merentasi benua.

Kuyakin dan percaya.
Hanya yang benar-benar cekal dan tabah Allah pilih dan memilih untuk pulang menabur jasa.

Aku tak tahu lagi.
Apakah kan kutemui sahabat semulia dan seistimewa kalian.
Yang sudah lali hidup bersama dalam perjuangan,

Aku tidak tahu.
Apakah kerinduan yang datang bertandang,
Mampu aku usir atau aku buang.

Oh.
Benar.
Bumi itu istimewa bukan kerna buminya.

Tapi.
Kerna PENGHUNI-PENGHUNI yang cukup ISTIMEWA.
Yang masing-masing punya aura dan kelebihan yang saling melengkapi.



Oh,
Bumi itu,,

Mohon kita selalu mendoakan agar TARBIYAH dan BIAH SOLEHAH di sana terus kekal subur selalu hingga ke akhirnya.

Untuk setiap sesuatu.
Moga Allah redha.

Err. Tajuk ada berkaitan untuk mereka yang memahami. Tapi kalau untuk yang tak paham. Anggap je INI RETORIk. :)

Tuesday, May 21, 2013

MARA Bukan Segalanya

Post aku yang mendapat sambutan di group fb SBP. Aku mengabdikan karangan pendek atau tazkirah ringkas ini di blog sendiri. Moga bermanfaat untuk ummah keseluruhannya. In shaa Allah. :)

:: MARA bukan SEGALANYA.

Bismillahi | Allahuakbar.
Allahumma solli a'la muhammad.

:)

Tergerak untuk menulis.
Bila mana.
Dalam situasi Maraisme yang melanda.

Dalam saat-saat sebegini.
Ada yang sedang bergumbira.
Ada juga yang berduka lara.
Ada yang rasa bagai dunia dia yang punya.

Ok.
Pendekkan. [takyah bersastera]

Kita ada mungkin yang terasa `sedikit muram durja.'
Bila mana rezeki masing-masing tak sama.
Kan?

Ada yang bakal fly.
Ada yang stay bumi sama.
Ada yang ke IPT. IPTS mahupun IPTA.

Hakikatnya.
Memang kita sebagai insan biasa akan berasa sesuatu dengan apa yang tidak kita dapat ..

Allah lebih tahu.
Allah ada aturkan keADILan.

Meh sini nak cerita satu kisah keADILan yang Allah aturkan untuk setiap insan.

Bismillah.

Nabi Musa AS pernah bertanya Allah.
"Apa itu keadilan"

Lalu.
Allah arahkan Baginda untuk berdiri di atas sebuah bukit.
Yang dari situ. Nabi Musa AS dapat melihat keadaan di bawahnya.

Baginda ternampak ada sebatang sungai yang mengalir.
Datang seorang lelaki berkuda untuk berwudhuk lalu solat di atas batu.
Ketika beredar. Lelaki itu tertinggal satu bungkusan di situ.

Tak lama selepas lelaki berkuda itu beredar. Datang pula SEORANG ANAK KECIL MENGAMBIL BUNGKUSAN yang lelaki berkuda itu tinggalkan.

Selepas itu. Datang pula seorang lelaki buta untuk solat di atas batu. Ketika lelaki pertama berkuda yang tertinggal bungkusannya sedar akan ketiadaan bungkusan itu. Dia berpatah balik ke sungai itu dan bertanya kepada si buta tentang bungkusan yang dia tinggalkan.

"Apakah kau mengambil bungkusanku yang terisi di dalamnya SERIBU DINAR"

Tahulah Nabi Musa AS. Di dalam bungkusan itu terisi seribu dinar.

Lelaki BUTA itu menafikannya.
Lalu. lelaki berkuda yang datang bersolat itu tadi MEMBUNUH si BUTA itu.

The End.

Di manakah keADILan yang cuba Allah tunjukkan?!

Bukan sekadar kita yang tertanya,
Bahkan Nabi Musa AS pun tertanya-tanya juga.

Allah menjelaskan.

Sebenarnya.
BUDAK LELAKI yg mengambil hak lelaki berkuda itu rupa-rupanya anak pekerja lelaki berkuda yang tidak DIBAYAR GAJI bernilai SERIBU DINAR.

LELAKI BUTA YANG DIBUNUH OLEH LELAKI BERKUDA itu sebenarnya tidak buta sebelumnya dan DIA YANG MEMBUNUH AYAH BUDAK KECIL YANG MENGAMBIL HAK LELAKI BERKUDA ITU.

Jadi.
Nampak tak keADILan Allah SWT..

Kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak ADIL.
Ada yang dapat LEBIH.
Sedangkan kita biasa-biasa saja.

Allah telah mengaturkan keADILAN yang TERBAIK untuk kita sebenarnya.
Dan yang pasti MARA bukan segalanya.

Moga Allah redha

Update 1 [2 bakal menyusul] : Helang [ al- Banna Batch 57]

Bismillah| Allahumma solli a'la muhammad.
:)

Dengan bersemangat dan riang gumbiranya. Alhamdulillah. Sangatlah semangat untuk buat post nih. Post yang paling lama dalam sejarah aku menulis blog dek keterlamaan ahli Batch yang kucinta kerana Allah untuk respons. Ada yang tunggu MARA. JPA. Ada yang mampu ke mana-mana dengan biaya sendiri. Ada yang sambung ke Tingkatan Enam STPM.
Ke mana-mana pun kita bertebaran di dunia. Waima ke dunia-batu-kaca semula. Berbaju sekolah untuk ke tingkatan enam. Bahkan ke Negara Kerajaan Bersatu [Baca: United Kingdom]. Hakikatnya, bukan ini pengakhiran kita. Masih jauh perjalanan dan perjuangan. Tiada apa yang perlu untuk kita bermuram durja atau berduka lara. Mahupun bergundah-gulana. Cuma yang perlu. Yakin pada Allah betapa rezeki kita di tangan Allah. Apa yang Allah beri itu untuk disyukuri bukan ditangisi. Sengaja. Allah aturkan laluan rezeki kita tidaklah sama. Kita mungkin rasa 'down' dengan apa yang kita ada dan dapat. Kita rasa lemah tak terdaya. Menjawab soalan-soalan orang sekeliling kita. Kerna mungkin apa yang kita dapat dan ada tidaklah segah sahabat-sahabat yang lain. Tapi ketahuilah. Untuk segala sesuatu, Allah izinkan untuk menguji kita. Sama ada menjadi syukur. Atau kufur. Apa guna pada NIKMAT YANG BANYAK, kita kufur. Dan ada yang berSYUKUR dengan nikmat yang sedikit?!
Cuba tengok dulu. Sahabat-sahabat Nabi SAW pun Allah berikan kelebihan yang heterogen [baca:pelbagai kelebihan]. Ada yang hebat menghafal wahyu. Ada yang bijak berbicara. Ada yang merdu pada suara. Ada yang hebat berniaga. Tapi mereka bertunjangkan matlamat hidup yang sama. Kerna mereka hidup untuk kehidupan yang seterusnya iaitu di akhirat yang pasti :) Memanglah, yang berkata macam aku ni mudah. Hakikat yang menghadapi itulah yang sukar. Siapa kata aku hidupnya indah-indah belaka. Zaman kejatuhan aku sama seperti anda semua. Hidup kita ibarat roda. Itu sunnatullah! Tak selamanya kita di bawah. Juga tak selamanya kita di atas.
Selesai muqaddimah.
Nah. Ini dia!.
"Ikut hati nak letak nombor fon sekali. Tapi. Lupa lak yang blog ini BLOG UMUM."
Hehe.

Bismillah.
:)

Darul Quran
Pensijilan:
1. Nur Ainaa Madihah binti Azamuddin [509]
2. Mizan Izzati binti Mat Zin [509]
3. Nur Athirah binti Nordin [509]
4. Afiqah binti Rahmatullah Khan [506]
5. Nur Ain Shahirin binti Abdul Aziz [508]
6. Nurul Fitri binti Mustapa [502]
Diploma:
1. Syakirah binti Rahiman [506]
2. Zirwatulamal binti Mohamad Idrus [501]
3. Nur Hazira binti Sharifuddin [509]
4. Nurul Eiffah binti Marzuki [510]
5. Nor Amirah binti Yahya [505]
6. Rabiatul Aliah binti Abdul Aziz [503]

BNM [Bank Negara Malaysia] Pre U Scholarship Grant
[UNITED KINGDOM]
Course: Law
1. Nur Alia Hazwa binti Mohd Azhar [501]


Program Ijazah Dalam dan Luar Negara Majlis Amanah Rakyat [MARA]
Jordan:
1. Nur Aiza Sophia binti Mohd Annis [506] Medic
2. Athirah Sahira binti Mhd Soffe [506] Shariah
3. Nik Zainab Aliya binti Nik Mustaffa Shapri [503] Ekonomi

Ireland
1. Qurratul Ain Najwa binti Roosli [501]  Medic
2. Wan Nur Asyihah binti Wan Ahmad Hazim [505] Medic
Beijing Foreign Studies University 
1. Husna binti Abdul Rahman [507] Tindikan Bahasa Mandarin
2. Norshahira binti Ismail [501] Tindikan Bahasa Mandarin
3. Fatin Fatini binti Ismadi  [503] Tindikan Bahasa Mandarin

United Kingdom
1. Khairah Mahfuzah binti Rushdi [501] Seni bina
Australia
1. Siti Sarah binti Nor Alshurdin [510] Perakaunan 

Farmasi/Medic/Dental
1. Fatimah binti Dolah [502] Farmasi/CUCMS
2. Nurul Syahirah binti Zainol Badri [508] Farmasi / Nottingham
3. Nurul Farihah binti Jumat [504] Medik/ CUCMS
4. Siti Nur Syafiqah binti Razi [506] Dental/Unikl mestech

Zakat Selangor MESIR
1. Nur Hanizah binti Mihat [504] Shariah 
Universiti Teknologi Petronas
Ambilan Januari 

1. Nor Zafirah binti Badian [509]
Petroleum Engineering Foundation
2. Nurul Atiqah binti Asram [509]
Civil Engineering Foundation
3. Nur Eliya Fariha binti Rusli [502]
ICT Foundation
Ambilan Mei
4. Nurul Fatihah binti Mohd Fauzi [501]
Civil Engineering

Universiti Putra Malaysia
Laluan Pantas Dengan Keputusan Percubaan SPM
1. Fatin Farhana binti Rosdi [501]
2. Nurul Izzaty binti Ramli [509]
3. Nur Hanna Farahin binti Muhammad Adzhaa [501]
 Asasi Sains Pertanian
1. Nur Syuhada binti Fauzi [507]
2. Nur Amila Najwa binti Idrus Saidiy [503]
3. Aisyah Zafirah binti Rahman Talib [503]


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Asasi Bahasa Arab
1. Norkhairiza binti Azmi [511]
2. Nurul Mas Khairunnisa binti Mohamad Azahar [511]
3. Nur Atiqah binti Mohd Razin [504]
4. Munirah binti Rahim [510]
Asasi Sains Bersekutu
1. Salwani binti Ahmad [508]
2. Wan Nurul Islamiah binti Wan Ahmad [503]
Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
3. Nurul Liyana binti Adnan [512]
4. Nurul Ikhlas binti Abdul Ghani [511]
Asasi Farmasi
4. Ummi Syahirah binti Norazmi

Universiti Malaya
Asasi Sains dan Pengajian islam
1. Nur Azmina binti Azlin [509]

Universiti Sains Islam Malaysia [USIM]
Asasi Pergigian
1. Nurul Farhani binti Fauzi02
Asasi Sains dan Tenologi
1. Farhana Athirah binti Amran [504]

Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS]
Asasi Sains Hayat
1. Fatimah binti Azizi [507]
2. Nur Humaira binti Khalil [502]

Universiti Institut Teknologi Mara [UiTM]
Diploma Undang-Undang
1. Maisarah binti Mohamad [508]
Kampus Shah Alam
2. Nur Qystina Sofea binti Rozaimi [509]
Kampus Kuantan
3. Ira Nadhirah binti Aris  [503]
Kampus Shah Alam
Diploma / Asasi Sains
1. Nasehah binti Akriah
2. Nurul Najihah binti Mohd Fadzil
3. Nur Hazwani binti Hasni
Diploma Teknologi Makanan
1.Madihah binti Jamaluddin [509]
Diploma Pengurusan Perniagaan
1.Nurin Husna binti Abdul Rahman
Diploma Kimia dan Perindustrian
 1. Nurul Izzaty binti Ramly aka abe merangkap PKB ;) [508]


Secara kesimpulan mudah. Di mana-mana kita tercampak kemudiannya. Kita perlu berpegang kepada satu benda. Bekal untuk hidup pada kehidupan seterusnya perlu selalu ada.  Ke mana-mana kita menuntut ilmu Allah. Ke ceruk desa kembali berbaju sekolah atau ke negara atas angin sekalipun. Tiada yang dapat memutuskan ukhwah yang terjalin. Bertemu-berpisah kerana Allah. In sha Allah.
Suburkan ISLAM dalam dirimu. nescaya ISLAM subur di tempatmu. :) 

Monday, May 13, 2013

Update Batch Al-Banna!! [Muslimat saja]


Update #1: HELANG


Bismillahi | Allahu Akbar
Allahumma solli a'la muhammad.

Untuk yang akan ditemuduga IPG.
Semoga Allah mudahkan setiap langkah dan urusan entunna. ;)
Cc: AzminaAlia | Khaleeda | Hazwani | Anis | Amni | Faizreen | dan semua yang betul-betul pegi IV [Maaf andai ada yg terlepas pandang. Biasalah bila manusia punyabekerja]

Untuk yang dah berada di bumi Darul Quran.
12 orang kesemuanya. [ Diploma dan Sijil]
Kami tumpang bahagia. ;D
Moga tiap perjalanan tersulam bersama RAHMAH dan REDHA-Nya.
Cc: Syakirah | Nur Amirah | Nur Hazirah | Zirwatulamal | Rabiatul Aliah

Untuk yang masih bertahan di UPM dan UTP kesemuanya.
Kami bangga punya sahabat seperti korang.
Teruslah berjuang dengan ilmu.

Moga entunna juga sentiasa dalam dakapan redha dan kasih Ilahi.
In sha Allah..

Untuk yang bakal ke negara Kerajaan Bersatu dengan tajaan BN [Sumpah kontroversi..haha].
Moga terus jadi helang yang hebat dunia.
Gempak akhirat..

Ok .
Update untuk MARA, UPU, STAYERS [ yang ni mengundang pertanyaan ramai] Lain-Lain BIASISWA in shaa Allah akan menyusul tiba.

#Jenuh juga nak stalk sorang-sorang ahli batch sebenarnya.
Dahtu, janganlah segan untuk PM ana untuk setiap berita bahagia ;)
;D

Moga untuk setiap amalan kita. Allah redha..
Sumpah. Ana sayang entunna cuma kerana DIA. Allahu. Allah.

Friday, May 10, 2013

~..Sampai Bila Aku Perlu Lupa?..~

Bismillahi | Allahuakbar
Allahumma solli a'la muhammad.

:)

Memandangkan sebagai manusia. Kita takkan pernah terlepas daripada masalah  terlupa. Melupai. Melupakan. Dilupakan. Sebenarnya, masalah LUPA ini bukanlah virus atau wabak yang tiada penawar. Haa. LUPA sebenarnya satu fitrah yang ada pada setiap manusia. Dek kerana kita manusia. Dalam arabnya.  Berasal dari kalimah atau perkataan نسي yang bermaksud lupa.

Gambar tiada kaitan.. ;)

"Aku lupa lah letak mana kunci rumah tadi. Alamak, macam mana nak bukak pintu"
"Alahai. Nasi lupa tekan. Diorang dah balik nak makan. Bila tahun nak masak"
" Eh semalam ada latihan memandu eh? Mak aii lupa nak pegi"
"Asal kau tak pegi interview JPA semalam? Eh, aku lupa lah"
Dan bermacam jenis lagi diolog yang bertemakan LUPA.
Semua dialog ni. Sebenarnya bukanlah menjadi makhluk asing dalam kehidupan. Malah ada yang merasakan hidup hilang keserian. Tiada hala tujuan. Sehingga sering sahaja LUPA kita menjadi faktor kesedihan dalam kehidupan. Tidak kurang punca kemarahan orang terhadap kita.
Dahtu. Tolong lah selesaikan masalah aku!!
Err. Aku pun manusia biasa yang tak terlepas dari masalah tuh. Bahkan untuk short-term-memory. Masalah ini sering menghantui kehidupan aku satu masa dahulu. Hah! Lupa letak buku. Bawa buku. Letak merata-rata. Ampai baju kat ampaian, lupa kat mana. Dah kata, ampaian besar dabak. Macam tu lah jadinya. Selepas terlalu lama hidup dalam gundah gulana berduka lara. Aku cuba membaiki diri dengan bermacam cara. Alhamdulillah [Pujian dikembalikan kepada Allah dengan sebenar-benar puji]. Aku ada beberapa tips yang mungkin in sha allah menjadi dalam mengatasi masalah ini.

Bismillah.
:)

  • Kalau jenis yang lupa letak barang. Seperti kunci, sikat rambut, buku nota dan sebagainya. Sila wujudkan satu tempat khusus untuk semua benda. Paksa diri untuk letak di tempat yang sama setiap kali menggunakannya. Pada awalnya, kita akan rasa cukup sukar! Tapi. Bila dah terbiasa. Kita akan rasa hidup kita teratur dan sistematik. Bersistem lagi. Haa. Benda yang kita buat nih tidaklah sia-sia. Bahkan akan melengkapkan ciri peribadi muslim kita [sistematik dalam urusan]

Untuk permulaan. Kita kena kenal pasti. Apa benda yang sering menjadi keLUPAan kita. Dan mulakan sistem anda sendiri!
  • Jenis yang lupa pada perbuatan. Contoh, lupa tutup tudung periuk nasi. Lupa kunci pintu. Lupa angkat baju. Lupa yang melibatkan perbuatan lah senang cerita.. Yang jenis ni. Kita kena bersandarkan pada hadis: Mukmin itu tak akan jatuh pada lubang yang sama untuk kali kedua. Nampak tak? Yang lupa untuk perbuatan. Sila kenal pasti apa perbuatan yang menjadi keLUPAan. Catat pada minda. Kertas pun ok. Berazam untuk tak mengulanginya. Contoh: Kalau kita pernah lupa tak kunci pintu bila keluar rumah. Jadi, setiap kali keluar rumah. Sila jadikan kesalahan kita sabagai pengajaran untuk kita tidak mengulanginya.
Yang lupa pada perbuatan nih. Biasanya, akan ada AKIBAT. Err, macam kena marah ke. Rumah kena pecah ke. Dan sebagainya [ikut pengalaman sendiri lah]
  • Tips yang terakhir mungkin. Sebagai hamba. Selalu lah doa agar diberikan ingatan yang kuat. Amalkan makanan yang sihat dan sunnah. Jauhkan daripada melihat benda-benda maksiat. Kerana itu melemahkan minda. Mungkin boleh guna bantuan aplikasi pada gajet canggih masing-masing untuk jadi reminder kita.
Kadang-kadang kita tertanya. Kenapa aku asyik lupa? Itulah ujian Allah pada kita. Untuk Allah uji kita.
Bagaimanakah cara untuk kita mengatasiNya. Atau mungkin Allah nak kita lebih dekat denganNya. Sentiasa berbaik sangka dan mencari cara untuk mengatasi masalah ini.

Ini bukan masalah anda seorang sahaja. Bahkan kadangkala dek sikap yang cacamarba. Ini masalah dunia. Bayangkan apa akan jadi. Jika seorang pemimpin negara lupa mengangkat sumpah jawatan sesudah pilihanraya. Maka. Ketua pembangkah lah yang mengambil kuasa. 

Camtuhaa..

Ok. Itu selingan sahaja.

Untuk setiap amalan kita. 
Kejayaan kita.
Masalah kita.
Kelebihan kita.
Kekurangan kita.
Mari bersama-sama kita nilai.

Di mana ALLAH di hati kita?!

Untuk semua amalan kita. Moga Allah hitung dan REDHA.
:)

:)


Wednesday, May 8, 2013

Minda Menentukan Siapa Anda :)

Bismillahi| Allahuakbar|
Allahumma solli a'la muhammad.

#Tajuk yang sumpah sekular. Sepatutnya "Minda Menentukan Siapa Anda Dengan Izin Allah"
:)

الحمد لله 
الحمد لله 
الحمد لله 
الحمد لله 

Setiap manusia punya sejarah. Sejarah yang kita cipta. Sudah pasti. Tiada siapa pun yang dapat mengubahnya. Contoh: Siapa dapat ubah DS Najib Razak sebagai PM ke-5 Malaysia. Macam tu lah diri kita. Tiada siapa-siapa pun yang boleh ubah sejarah kita. Bahkan setiap amal kita yang kita buat saat ini akan dipertontonkan semula di Padang Mahsyar kelak. Haa. Tak ke seram kalau kita ingat yang setiap amalan ada balasan. For sure lah, takda orang yang sanggup buat kemungkaran. Ini bukan soal seram atau tidak. Tapi soal Allah janjikan dalam Surah al Zalzalah ayat 5 dan 6.
"Setiap amal yang baik atau yang buruk walau sebesar zarah akan diberi balasan" [Al Zalzalah: 5-6]
Aku tidak suka bercerita soal sejarah diri sendiri atau apa. Kerna kata orang: Past is past. And dont judge me by my past. Tapi. Bila aku mengenangkan sejarah aku beberapa tahun lampau menjadikan aku siapa diri aku hari ini. # ---> Pertama sekali. Amat perlu untuk aku ingatkan pada diri dan hati sendiri supaya tidak mencambahkan bibit penyakit hati kat dalam hati yang disakiti. Cuma mungkin apa yang akan aku bawa korang ke dalam dunia sejarah aku boleh dijadikan ibrah atau at least, ada lah sumthing yang boleh dijadikan ilmu tambahan.

Tergerak menulis post ini lagi. Bila dapat tahu seorang ahli batch aku dah mulakan perniagaan beliau sendiri. Malahan, beliau bercita-cita untuk jadi jutawan dalam usia paling muda. Ma shaa Allah. Mengharum dan menyubur Islam. :)

Dan lagi.
Apabila aku mengajak semua sahabat merancang cita-cita dalam rangka mengejar redha yang UTAMA. Maka post ini ditulis atas kesedaran beberapa perkara yang aku nyatakan di atas tadi.

Zaman UPSR dulu-dulu, aku pernah bercita-cita untuk Malaysian's Number One UPSR Top Student 2007. Masha Allah. Bila adik aku menunjukkan semula buku-buku lama aku yang penuh dengan cita-cita. Aku jadi tidak percaya. Besarnya jiwa dan cita-cita aku masa itu. Alhamdulillah. Betul lah kata motivator lepasan sama bumi tarbiyah, Kg Jawa Osman Affan. Kita perlu menulis cita-cita kita di atas kertas. Kerna, di situ ada kuasa minda yang terhasil daripada pandangan pertama terhadap cita-cita. Dengan izin Allah, pada tahun itu, hampir sahaja aku mencapai cita-cita. Pelajar Ketujuh Terbaik Negara dan Kedua Terbaik Perlis. Di sebalik, kejayaan yang tercipta. Aku imbau apa adanya. 
Setiap hari. Ketika melangkah kaki ke sekolah mulai tahun 2006 [Darjah Lima].
Aku membayangkan. Akulah pelajar terbaik negara. Walaweh. Ya. Setiap hari!! Apabila berada dalam kelas. Aku akan merasakan aku mampu skor markah penuh untuk setiap latih tubi, soalan ujian atau apa sahaja. Hingga kuasa minda aku berjaya menjadikan aku skor 100% untuk semua subjek ketika Ujian Pertengahan Tahun 6. Sungguh, bila aku mengenangkan aku jadi tak percaya juga.
Dalam bidang pengucapan awam pula.
Dengan izin Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Allah beri aku satu nikmat. Aku tak tahu apakah nikmat ini ujian atau sebaliknya. Sejak di Tahun Dua, aku diberi peluang untuk mewakili Sekolah Tengku Budriah, Arau, Perlis dalam bidang pengucapan awam. Dari pertandingan bercereka kanak-kanak, kisah-kisah Nabi hinggalah Pidato Piala DiRaja. Aku sapu kesemuanya. Aku ingat lagi. Betapa hakim pertandingan bercerita sekolah sengaja memberi markah kalah untuk aku dek muka yang sama dalam setiap acara. Dan akhirnya, disebabkan tiada calon yang sanggup berusaha seperti aku. Maka, aku dinobat sebagai wakil sekolah ke peringkat daerah.
Zaman itu. Aku sangat mengagumi Dato' Seri Paduka Rafidah Aziz. Ustazah Siti Norbahyah Mahmood. Dan. Errr. Nu Amalina Che Bakri.[Sekarang, Nur Amalina menjadikan aku semakin berkobar-kobar untuk tsabat di jalanan tarbiyah ini] Kerana obses yang keterlaluan. Aku sanggup tak tidur tak makan. Kalau ada acara yang melibatkan mereka. Segala gaya penyampaian mereka aku rakam dalam minda. Cuba aku tiru. Hehe. Zaman tahun akhir sekolah rendah. Dengan bakat yang tak seberapa. Allah izin untuk aku mengembara ke seluruh pelosok Malaysia. Mengembara dengan sebab mewakili negeri ke berbagai-bagai pertandingan peringkat negara. Sehinggakan aku juga pernah bertemu dengan seorang tokoh Kolej Kampung Jawa di pertandingan Pidato Piala DiRaja. Panjang jodoh rupanya. Dek kuasa minda yang sentiasa bermaharajalela tanpa dikawal sesiapa. Tahun 2007. Buat pertama kalinya. Negeri BiruKuning Perlis mencipta nama di pentas akhir Pidato Piala DiRaja. Kemarau bertahun-tahun lamanya, untuk negeri aku merasakan beraksi di hadapan Yang Dipertuan Agong. Alhamdulillah tercapai! Dinobat sebagai pemidato tempat ketiga bagi seluruh negara pada masa itu.
Yang kiri sekali. Sekarang beliau kat Ireland dlm jurusan Medik.



Zaman-zaman kejatuhan. 
Disangka langit panas hingga ke petang. Mendung di waktu dhuha. Ahha! Peribahasa baharu. Dengan pencapaian apa adanya semasa sekolah rendah. Aku bercita-cita untuk ke SSP, Cyberjaya. Tanpa izin Allah. 
Taraa.

Oh, malang sekali dia gagal memenuhi harapannya buat kali pertama dalam hidupnya

Kemudian, dia dengan terpaksa tercampak di sebuah sekolah agama.
Oh, dia memberontak setahun lamanya

Dan, tanpa usaha sering sahaja dia jadi yang terbilang di sekolahnya.. Mungkin mudahnya dia belajar untuk PMR sebagai galang ganti tidak ke SSP, CYberjya

Sekali lagi, dia bercita-cita ke sebuah sekolah ternama..
Alhamdulillah, dengan mudahnya dia berjaya ke situ..

Namun, belajarnya dia situ tidak semudah yang dia sangka
Mungkin, itulah harga yang perlu dia bayar untuk ke sekolah ternama.

Zaman di Bumi Agama Arau. Aku skip cerita. Dalam entry-entry terdahulu mungkin ada, tapi dah delete..hehe. 

Rupanya. Harga kegagalan menjadi Batch Ambigas, telah Allah bayar dengan menjadi Batch al-Banna. Alhamdulillah.
Di sebalik slip SPM 
Tamat sudah ceritera aku di zaman persekolahan. Dengan deretan abjad di slip SPM. Barulah. Aku mengerti di sebalik semua yang terjadi. Terjumpa hikmah yang paling besar. Meski hikmah ini bukan mudah untuk diterima jika tiada panduan daripada iman di jiwa.
Yang aku sedar. Allah memberikan aku peluang untuk merasai saat-saat berada di bawah. Saat-saat kejatuhan setelah sekian lama selesa. Biarpun. Dulu aku tiadalah seberapa dalam berusaha. Namun kurniaan yang Allah berikan cukup besar buat aku. Mungkin aku kufur dalam erti kata untuk syukur.
Di sebalik itu. Minda aku yang seringkali menidakkan kemampuan aku untuk SPM mungkin jadi punca utama di sebalik slip SPM. Dulu untuk UPSR, aku bangkit awal. Dua tahun. Aku menyediakan minda aku untuk bersedia! Sedang ketika aku tika berada di Kolej Kampung Jiwa, minda aku cuma bangkit dua bulan sebelum periksa. Haa .. Tengok!! Ditambah dengan rasa lemah jiwa dan rendah diri berada di kelompok mereka-mereka yang hebat. Itu semua buat kuasa minda kian lemah.
Dan yang paling utama dalam setiap penceritaan aku. Ibrahnya cuma satu:

Surah al Hadid:"Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". [57:22]

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." [57:23]

Dah sedar mana lemahnya kita. Apa lagi. Jom kembali membina diri.



Untuk semua cita-cita kita. Moga Allah izin dan redha.
In shaa Allah :)


Sunday, May 5, 2013

Sakit rindu bertandang. Manakan bisa gajah ditutup dek lalang!

Bismillahi | Allahuakbar.
Allahumma solli a'la muhammad.

Bismillah.

Dalam masa-masa menunggu keputusan PRU 13 yang entah apa keputusannya. Badai gelombang perubahan di mana-mana. Sedang di rumah ada dua parti berbeza.-mamaayah. Namun. Kupunya fahaman yang mudah saja. Sementara umur masih muda. Parti-Politik-Mama-Ayah. Harus  kuambil kira. Menjaga hati mereka tiap masa dan ketika.  Ada kala dan selalu saja. Fikrah kami berbeza. Namun. Anak perlu taat setia pada mama juga bapanya. Ahhah. Kadangkala, tewas juga aku dengan percaturan parti mama-ayah ini.
:'(

Ini Kalilah!
Sakit rindu bertandang.
Orang kata. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Err, banyak kali takpa? Ok. Ini merepek! 
Firman Allah berulang kali dalam kitab Al-Quran yang mulia.
"Sungguh. Allah tidak mensia-siakan amalan yang BAIK."
"Orang-Orang yang berbuat baik di dunia ini akan mendapat pembalasan yang baik [Surah an Nahlu ayat 30]

Dulu kupunya masa dengan sahabat seperjuangan. Adik-adik sebulatan gembira. Teman-teman sefikrah. Kurasa seperti aku tak guna peluang yang ada dengan sebaiknya. Masa itu. Asyik terfikirkan mahu segera tamatkan masa yang ada. Ditambah derita menanggung bebanan dengan berbagai-bagai tanggungjawab. Lantas. Itu buatkan kuselalu berdoa agar masa Allah cepatkan. Tanpa kuduga, sakit perpisahan yang datang menjelma jauh lebih perit berbanding sakitnya menanti masa tamat zaman itu. Ohhoi!
Kata cinta pada Nabi SAW. Amal sehari-hari tak seperti kau kata kau cinta. Sesekali rindu dengan amal sunah Baginda SAW. Kupertikaikan. Kenapa rindu pada SUNNAH itu cuma sesekali bukan silih berganti? Kebobrokan institusi EMOSI ini yang kerap kali jauh hati pada mereka yang berjaya dengan biasiswa UEM, BNM, JPA bagai. Itu yang kita namakan HASAD dan DENGKI. Hingga hilang keyakinan pada yang menentu pintu rezeki.
Bila idea teradun bersama emosi.
Tulisan seseorang jadi hasil manifestasi kematangan. Ohhoi! :'( Aku jauh sekali menjadi penulis berjiwa matang. Dengan baraan semangat yang tak pernah hilang. Sesekali. Kita perlu untuk meneutralkan marah di jiwa. Tak puas hati pada rasa. Dek terlalu memendam apa adanya dalam hati. Meski mutabaah amal, cuba diganda-ganda. Namun. Rasa yang terpendam telah membahagi mutabaah amal hingga kadangkala merasakan dunia ini jauh dari keadilan. Ohhoi!  :'( Gaya bahasa jauh dari gambaran dan cerminan orang beriman. BANGKITLAH. Bersabarlah. Janji ALLAH itu pasti.
Untuk setiap ujian. Sengaja Allah datangkan untuk upgrade iman. Memang. Bila bersuara. Seperti alim ulama'. Namun ada masa-masa. Kau juga perlukan antibodi jiwa untuk memulihkan gundah di hati. Lara di jiwa. Kau tak kan pernah puas hati dengan biah atau persekitaran sekeliling kau. Kau dambakan yang lebih baik dan menjurus kepada ketuhanan. Oh. Bersabarlah. Nanti kau bina empayar baitul muslim yang seperti yang kau harapkan. Usah bermuram durja dengan kebobrokan yang sedang kau rasa. Bertahanlah! Masanya pasti akan tiba. Andai nafas terhenti. Bermakna kau mati ketika kau berjuang untuk sesuatu yangg terbaik untuk kehidupan setelah hidup ini.
Masakan gajah bisa ditutup dek lalang.
Menghadap Allah A'zza Wajalla. Kita kembali pada Allah. Jalan yang ada cuma dua.
 Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
 [Surah al Balad:10]
Dalam hidup ini. Kita yang berhak memilih. Kelak kita kembali dengan apa jalan yang telah dipilih. Kita hidup tak lama. jadi. Apa yang ada. Untuk kita jadi bekal menuju Allah. Andai berbuat dosa. Kembali kepada Allah. Dosa yang ada jika tiada penghapusan dari Allah 'Azza Wajalla. Kembalilah kita dalam keadaan yang cukup hina.
Apakah amal sehari-hari kita cukup untuk jadi sebab kita ke syugra. :'(
Dengan hati yang tak pernah sunyi dari penyakitnya.
Kembalilah!

Oh.

Luahan rasa seorang pendosa.
Yang percaya.
Pintu taubat sentiasa terbuka.
Oleh Allah A'zza Wajalla.




Banyak pula yang ingin kutanya pada dia. Namun kusedar aku dan dia bukanlah siapa-siapa. Bimbang pertanyaan menjurus kepada kemesraan yang ntahapaapa. Aku bimbang kecundang di jalanan tarbiyah. Biarlah. Untuk soalan-soalan aku yang berkepuk banyaknya pada dia. Aku simpan sehingga sampai masa. Mungkin dia aku boleh temu duga dengan penuh mesra. Teruskan dengan perjuangan itu. Sedang mereka di Bumi Anbiya' yang seusia dengan kau berjuang dengan perjuangan menentang kuffar. Masakan, kau tewas dengan perjuangan yang ini..

Menagih cinta dan redha Allah.
Jauh lebih bermakna dan berharga.
Berbanding cinta dan redha manusia.
Yang pasti akan lenyap juga!

Hati perlu sentiasa dibelai dengan IMAN.
Jangan penjarakan dia.
Sekali terlepas.
Bermaharajalela lah dia.



Untuk setiap amal kita.
Moga Allah redha.

:)

In sha Allah.
#healourselves!




Saturday, May 4, 2013

Dalam fasa-fasa istikharah.

Bismillahi| Allahuakbar
Allahumma solli a'la muhammad.

Bismillah.

Ohhoi.
Tak tahu lagi .
Untuk letak di status mukabuku. Dah tak tahu macam mana nak pusing ayat supaya jadi muhasabah dan tazkirah buat semua. Sejujurnya, setiap status aku di sana. Sebenarnya, mewakili peristiwa yang cuba aku pandang dari sudut positif yang boleh menjadikan aku matang dan memahami hikmah yang tersimpan darinya.
Kata Saidina Umar al Khattab daripada Rasulullah SAW: "Hikmah itu barang mukmin yang tercicir"
Dan. Betul lah. Secara tidak langsung apa yang aku cuba kongsi di status aku. Sedikit-sebanyak merencana pemikiran aku untuk memandang sesuatu dari sudut yang sangat positif.
Ohhoi.
Bukan itu yang sebenarnya.

Begini.
# Aku tak tahu lagi. Aku mohon yang membaca entry ini sudilah kiranya memanjatkan doa yang terbaik untuk aku. :)

Bismillah.

Dalam fasa-fasa istikharah.
Fuhh. Mulakan dengan tawaran untuk ditemuduga. Bahasa Mandarin ke Beijing, China oleh MARA. Hari tu, aku kat satu program untuk lepasan SPM. Kebetulan, sehari penuh, diorang tayangkan video Tomato 1.0, 2.0 dan beberapa video pasal situasi di negara tembok besar China. Sekali, waktu break. HusnaRahman call aku. Aku diberitahu yang semakan untuk interview MARA dah boleh check. Masha Allah, balik bilik penginapan. Aku terus check. Dan aku layak! Alhamdulillah. Time aku isi borang MARA. My hope is not too high ok. :) Beberapa hari lepas tu, balik rumah. Ayah cakap yang ayah diajak pergi ziarah Negara Tembok Besar, China. Melawat anak sahabat baik ayah katanya. Ok. Apakah ini semua. Then, aku bagitahu. Ayah. "Kakak lepas untuk pergi interview BM, Mara". Dan ayah kata: "Memang ayah nak pergi lawat anak kawan ayah yang kat Beijing Foreign Studies University". Walaweh.
Lepas tu. Dapat tahu yang aku tak lepas temuduga Diploma DQ. Ok. Memang dah expect camtu. Dalam masa-masa tu. Ramai senior Batch 56 mengharapkan aku stay. Err. Aku diam membisu. Sayang aku kat KISAS sangatlah menebal. Sampai aku terpikir-pikir gak semua tuh. Ohhoi. Dahtu, tak lama lepas tu. Dapat tahu aku layak pergi Kolej Matrikulasi Melaka. Bagi aku, dari pergi Melaka. Better stay KISAS. :)
Dalam masa yang sama. Aku juga tunggu keputusan UPU. Ok. Ikutkan plan asal. Bila Allah izin. UPU lepas untuk Medik. Maka, aku akan teruskan dalam bidang Sains. Ohhoi! Sampai terbawa dalam mimpi, yang berkaitan dengan USIM kot. Ok. Aku semakin keliru. Aku tak tahu nak bawa berbincang dengan siapa untuk semua nih. Persekitaran aku saat ini bukanlah yang tepat untuk diajak berbincang :(
Pernah terjadi satu masa. Yang aku merasakan kembali ke KISAS itu pilihan yang sangat TEPAT dan BIJAK. Entah. Doa siapa untuk aku yang Allah makbulkan. Sampaikan waktu graduasi hari tu. Ada junior yang tanya: "Eh, Betul ke kak fatin stay". Aku tak tahu apa jadinya selepas ini.
Ikutkan cita-cita.
Mahu jadi entrepreneur. [Macam gempak bila translate BI]. :)
Bercita-cita ke negara Tembok Besar pun. Kerna aku ingin menguasai bahasa mereka di samping memahami selok-belok mereka berniaga. Mereka kuasa dunia kot dalam berniaga. Mahu jadi entrepreneur bukan cuma menjaja getah-getah mahupun intan permata. Membuka firma guaman juga satu bentuk perniagaan ok?! Itu cuma contoh. Suara untuk boost semangat manusia juga satu bentuk aktiviti niaga. Tahu? :)

Ohhoi.

Tak tahu lagi.
Sudah pasti!
Dalam fasa-fasa istikharah ini. Banyak mehnah dan tribulasi perlu diharungi. Menanti sebuah jawapan. Mohon juga doa dari teman dan sahabat seperjuangan.

Oh lupa.
Blog ini blog umum.
Khusus entry ini untuk difahami oleh penghuni Bumi itu. Juga dari semua :)
Mohon doa dari jauh.

Gaya penulisan.
Perkara yang diluahkan.
Menjadi manifestasi tahap kematangan seseorang.
Aku tidak tahu di mana kematangan aku.
Meski bumi itu telah mengajarkan aku menjadi manusia berjiwa hamba.

Ok.

Moga untuk setiap amal kita. Allah redha :)
In sha Allah.