Followers

Tuesday, June 25, 2013

Bismillahi | Allahuakbar
Allahumma solli a'la muhammad

:)

Hidup ini sentiasa mencengkam kita berada di medan juang. Perjuangan setiap manusia tidakalah sama. Yang pasti. Hakikatnya, kita menuju matlamat yang sama. Matlamat untuk beroleh REDHA. Adakalanya. Kita lemah tak berdaya pabila landasan perjuangan antara kita dan sahabat kita tak sama. Yalah. Ada yang Allah bagi kelebihan pada akademik mereka. Ada juga yang petah berbicara. Ada yang segak pada rupa. Bahkan. Ada yang punya kesemua pakej lengkap seperti yang aku nyatakan. Namun. Hakikatnya.
Kerna ALLAH tutup aib kita. Semua manusia memuji kita. Pabila dipuji melambung tinggi. Berdoalah: 
"Ya Allah yang mengetahui DIRI kami melebihi apa yang kami tahu. Kami mengetahui diri kami melebihi apa yang mereka tahu. Jadikanlah kami lebih baik daripada sangkaan mereka. Ampunkanlah kami daripda apa yang mereka tidak ketahui dan jangan kerana pujiaan mereka, kami mendapat azab dariMu" [sumber: hadis sohih]
Maka.
Beralama-lama lah lagi aku di bumi Malaysia tercinta. Sebelum Beijing menerima aku apa adanya. Bak halilintar membelah badai di jiwa. Pemergian aku ke sana tertangguh hingga bulan Oktober. Masa itu, masing-masing sahabat tercinta sudah jauh berlayar di medan ilmu. Ohhoi :') Aku percaya inilah keADILan.

Bismillah.

Nabi Musa AS pernah bertanya Allah.
"Apa itu keadilan"

Lalu.
Allah arahkan Baginda untuk berdiri di atas sebuah bukit. 
Yang dari situ. Nabi Musa AS dapat melihat keadaan di bawahnya.

Baginda ternampak ada sebatang sungai yang mengalir.
Datang seorang lelaki berkuda untuk berwudhuk lalu solat di atas batu.
Ketika beredar. Lelaki itu tertinggal satu bungkusan di situ.

Tak lama selepas lelaki berkuda itu beredar. Datang pula SEORANG ANAK KECIL MENGAMBIL BUNGKUSAN yang lelaki berkuda itu tinggalkan.

Selepas itu. Datang pula seorang lelaki buta untuk solat di atas batu. Ketika lelaki pertama berkuda yang tertinggal bungkusannya sedar akan ketiadaan bungkusan itu. Dia berpatah balik ke sungai itu dan bertanya kepada si buta tentang bungkusan yang dia tinggalkan.

"Apakah kau mengambil bungkusanku yang terisi di dalamnya SERIBU DINAR"

Tahulah Nabi Musa AS. Di dalam bungkusan itu terisi seribu dinar.

Lelaki BUTA itu menafikannya.
Lalu. lelaki berkuda yang datang bersolat itu tadi MEMBUNUH si BUTA itu.

The End.

Di manakah keADILan yang cuba Allah tunjukkan?!

Bukan sekadar kita yang tertanya,
Bahkan Nabi Musa AS pun tertanya-tanya juga.

Allah menjelaskan.

Sebenarnya.
BUDAK LELAKI yg mengambil hak lelaki berkuda itu rupa-rupanya anak pekerja lelaki berkuda yang tidak DIBAYAR GAJI bernilai SERIBU DINAR.

LELAKI BUTA YANG DIBUNUH OLEH LELAKI BERKUDA itu sebenarnya tidak buta sebelumnya dan DIA YANG MEMBUNUH AYAH BUDAK KECIL YANG MENGAMBIL HAK LELAKI BERKUDA ITU.

Jadi.
Nampak tak keADILan Allah SWT..

Kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak ADIL.
Ada yang dapat LEBIH.
Sedangkan kita biasa-biasa saja.

Allah telah mengaturkan keADILAN yang TERBAIK untuk kita sebenarnya.
Dan yang pasti MARA bukan segalanya.

Moga Allah redha



Kepada yang dah bberada di medan juang.
Semoga setiap inci perjuangan dan perjalanan antum. Allah kira sebagai sebaik-baik ganjaran. :)

Kolej Islam Sultan Alam Shah

:)

Bismillah.
Allahu| Allahumm solli  a'la muhammad.
"Diberi peluang untuk menjadi seorang KISAS-ian tidak pernah menjadi satu kebetulan . Tetapi itulah takdir yang telah Allah aturkan."
Catatan Perjalanan:
Bermula 7hb Februari 2011

credit


Allahumma solli a'la muhammad.

:')

Jujur aku katakan. Berpeluang mengenali bumi KISAS beserta penghuninya itu satu nikmat dan anugerah yang telah Allah kurniakan buatku. Alhamdulillah. :) Jika ada yang bertanya. Apakah sekolah yang terbaik padaku: Tanpa sangsi kan ku namakan Kolej Islam Alam Shah, Klang, Selangor. Bukan berniat untuk racist sekolah. Menidakkan kelebihan sekolah berasrama penuh lain atau SMKA lain atau mungkin SMK bertaraf SBT atau apa jua jenis sekolah yang ada. Kerna KISAS bukanlah segala-galanya. Bahkan. Aku tahu. Terdapat banyak sekolah yang punya fasiliti. Akademik tahap tinggi yang jauh meninggalkan KISAS. Di situ, aku mengerti jatuh bangunnya seorang yang berjati diri. Teguh dan kental semangat mereka yang mengejar hakikat redha Ilahi. Belajar menjadi abdi. Apabila semua kerja buat berpaksi pada Allahurabbi!


Namun. Satu misteri yang tak dapat kurungkai. Entah mengapa. Dalam perjuangan meneroka alam pelajaran. Tatkala murobbi (guru) mengajar. Ramai tertewas! Mata tunduk kalah. Kepala tersengguk beralah. Sedang perjalanan menuntut ilmu yang bukanlah mainan. Aku tidak tahu. Tetapi aku pasti. Tidur di waktu sesi PnP [pembelajaran dan pengajaran] bukanlah kehendak. Bahkan. Terjadi spontan. Andai guru-guruku mengerti. Aku dan kami sebenarnya cuba berjuang untuk mencelikkan mata. Namun. Oh. Tewas juga! Allahurabbi. Aku yakin dan percaya murobbi KISAS terpaksa berdepan dengan fenomena ini saban tahun. Adik usrahku juga sering mengajukan soalan sama.
Dik. Itu normal. Allah nak uji caranya kita berjuang untuk tidak tidur dalam kelas.


Jawab aku mudah. Namun susah sebenarnya bila berdepan sendiri dengan 'penyakit' itu ye.

Di bumi KISAS. Entah bagaimana aturan Allah buatku. Taklifan seorang Ketua Batch [KB]. Oh. Apakah?!! Aku bukanlah yang terbaik. Aku punya infiniti cacamarba di sini sana. Jenuh aku memikirkan kenapa ini semua berlaku. Yeah. Mungkin kerna sebelumnya aku selalu mempersoalkan. Buat semua kerana Allah itu bagaimana ya?! Aku tidak jelas tentangnya. Bila mana bergelar KB. Sememangnya, tiada jawatan tertera di mana-mana sijil. Namun. Tanggungan kepercayaan. Kebersamaan bersama sahabat seperjuangan. Mencuba untuk menjadi booster untuk kecemerlangan dalam mengejar redha Allah. Jawatan itu tarbiah Allah buat aku faham. Apa sebenarnya. Kerja buat kerana ALLAH. Alhamdulillah. Aku mulai faham. Apa sebenarnya. Penyerahan jiwa. Duduk bermuayashah [bermesra] dengan sahabat dalam menyelesaikan segala benda. Allahu. Allah.

Oh. Kenangan!! Yang paling tidak dilupa. Dalam menjadi KB. Pernah satu masa. Perjumpaan batch yang hampir-hampir menggugurkan aku dari jawatan. Perjumpaan yang berlanjutan hingga jam tiga pagi. Allahu. Allah. Aku redha. Tapi dalam keredhaan itu. Muncul sahabat-sahabat al-Banna [al Banna: nama Batch aku] yang ada di antara mereka yang tak pernah aku bertepuk tampar. Jarang sekali beramah mesra. Cuba mempertahankan aku di jawatan itu. Kalau entunna tahu. menjadi seorang KB itu bukanlah satu keseronokan. Tetapi. Bukan juga BEBANAN. Sebenarnya, Ketua Batch itu tarbiah juga. Cara kita mendapat dan dianugerahkan Allah dengan TARBIAH sebenarnya berbeza-beza.

Pengalaman jatuh bangun. Dari seorang yang biasa berada di atas dalam banyak perkara. Mengahadapi situasi menjadi manusia bawahan. Tarbiah itu membina jiwa. Aku percaya sebenarnya. Hidup ini perjuangan. Hanya yang cekal dan tabah mampu bertahan :) Aku ingat lagi. Bagaimana kasih sayang sahabat al-Banna dalam membantu aku saat sibuk tiada masa menguruskan itu dan ini. Baju sesinki dicuci tanpa aku sedari. Okeh. Sila percaya. Ini bukan bentuk pembuliaan aku pada mereka. Bukan pembulian kerna aku berjawatan. Hehe.Mereka lakukan atas dasar kerja buat semua kerna Allah semata-mata. Di saat. Aku tiada kefahaman dalam pelajaran. Dengan penuh kasih dan sayang. Mereka ajarkan. Hingga tersentuh hati ini. Jazakumullah khairal jazak. Semua itu tidak mampu aku balas. Hanya ALLAH yang mampu berikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. :)
Tiba Masa 

Kini. Sudah tiba masanya. Bertebaran jauh al-Banna. Dengan berbekalkan ilmu-ilmu ruhiyyah. Aku yakin dan sangat percaya. Dengan mehnah yang pernah dilalui. Itu kan tarbiah. Moga jati diri yang kita bina bersama-sama. Dengan kekuatan ukhwah yang dipandu IMAN. Dengan hakikat ini. Di mana kita berada. Waima di bumi tarbiah KISAS yang sama. Beijing, US, UK , Jordan, Mesir, France itu bukan ukuran. Allah tidak pernah menyatakan dalam mana-mana firman. Betapa yang berjaya itu: yang belajarnya di negara atas atau bawah angin. Yang telah merasai hakikat KEJAYAAN dalam SPM. Ma shaa Allah. Tabarakallah. Itu anugerah. Dan itu juga UJIAN untuk uji IMAN. Bagaimana manifestasi syukur kita pada Allah. Padaku, masih ramai yang berhadapan dengan KEJAYAAN TERTANGGUH. Kejayaan itu ada sebenarnya untuk kita. Tapi. Allah aturkan. SPM bukan masa untuk kita merasainya. Bila mana kita REDHA dengan apa yang ALLAH aturkan. Akan Allah berikan sesuatu yang luar jangkaan fikiran. Mungkin. Jauh lebih baik dari apa yang kita pernah hajatkan. In shaa Allah.



Akhir sekali: Doakan Minhalina Abdul Rahman agar dipermudahkan setiap urusan beliau untuk kembali ke Bumi Waqaf in shaa Allah.

Yang baik dari Allah.
Yang lemah itu perlu dimuhasabah.

Moga Allah redha,

Dah ada yang ke-6 sebenarnya: USRAH


(:
fatiniismadi.
250613