Followers

Saturday, October 26, 2013

Memaknakan Bahagia?!

Bismillah.
Allahumma solli a'la muhammad

"Fatin, acaner kau boleh rapat dengan kakak X?"

"Fatin, asal kau ngan husna hehari gaduh. Tapi so sweet arh korang"

"Fatini, kau dengan Wani memang rapat eh masa sekolah"

Hani mana eh?
Ramai gilaaa Wani kat KI?

"Alaaa. Hani yang bla bla bla bla bla"

Oh. Memang rapat satu batch laaa.

"Takdalaaa. Cara dia cakap macam korang besprengg gitu"

K. Speechless.

Bismillah.

Dalam kehidupan ni
Kita seringkali dihadirkan Allah dengan manusia-manusia yang menjadi ujian buat kita.

Apabila berjauhan dengan keluarga.
Sudah pasti sahabat-sahabat seperjuangan yang akan menjadi teman berkongsi suka duka, senda gurau dan bersama menuju Yang Esa. Akrab mengenali Rabbul Jalil dengan keakraban yang nyata.

"Aku kira itulah saat berukhuwwah yang paling bahagia dan berjaya. Pabila kita mampu berpimpinan tangan dalam beramal soleh untuk sesama ke sorga. Saling mengingatkan dan menasihati lantaran menghayati kalam Allah (103:3) Itulah orang-orang yang beruntung.

Pernah tak mengalami situasi-situasi yang biasa, tetapi apabila diadun dengan hati. Situasi biasa-biasa jadi momen bahagia?

Err. Macam kalau kita keluar dengan orang yang kita senang dengannya meski keluar berjalan ke pasar sesama. Tapi jadi perkara yang cukup bahagia.

Dan perkara ini tidak akan berlaku jika kita tidak membuka hati untuk sahabat-sahabat yang ada sekeliling kita.

Buka hati kita. 
Buka hati.

Konsep dia meraikan lebihnya sahabat kita.
Dan terima kelemahan seadanya.

Hidup saling melengkapi.
AlHujurat:10

****

"Hubungan bersama manusia dipasakkan dengan kalimah 
لا اله الا الله محمد رسول الله
Andai ada kekusutan dalam perhubungan sesama manusia (ukhuwwah). Maka semaklah hubungan kita dengan Allah"





Kata tuju aku!
Untuk ingatan aku khususnya sebelum kamu.

Secara kesimpulan mudah.
"Sahabat kita ujian untuk kita dan kita juga ujian buat mereka"

Tergerak untuk menulis entry rentetan program Jalinan Kasih (aku bagi nama sendiri) di Beiwai yang sungguh meng'heartshot'kan hati.

Betapa konsep ukhuwwah dan kasih sayang sangat ditekankan.
Masakan tidak. Bersama kita hidup bak keluarga. 



Kata aku:
"Sila bergaul dengan sahabatmu dengan hati dan akhlakmu. Bukan dengan fizikal dan egomu"

Jika tidak. Rasakanlah seperti kamu mereka sisihkan (padahal tak pun)

K.
Moga Allah redha.


Thursday, October 24, 2013

BFSU: Apakah semua itu propa? Pfffttttt.

Amaran:
Post yang insha allah akan menyusul episod lain sesudah ini.

"Asal kau nangis weh"
"Siriusli. Aku stress belajar bahasa Cina weh. Senior pernah cakap cam tadika belajar masa foundation. Asal aku stress sangat ni "
Hrmmm.
Aku kira pada mulanya. Cuma aku yang rasa terkesan dan sedikit tertekan. Bila mana susah bebenor nak buat dictation pin yin dengan tones bagai. Err. Rasa macam telinga aku ada masalah. Tapi takdalaaa sampai nak nangis bagai. Dedulu. Puas dah nangis dalam kelas limakosongsatu. Aku pernah tanya laoshi (baca: cikgu) rentetan masalah yang aku alami. Dan beliau kata " You have to take a longer time" Tenang terasa bila laoshi dah kata cemtu.

Dia yang jadi stghesss mungkin sebab ada classmate kitorang yang masha allah laju bebenor dapat apa yang laoshi ajar. Hah. Sapa tak stghesss aku tak tahu. Taff gila kot orang tu.

Bila mana. Dah semakin ramai stghess belajar. Dia bukan apa. Hilang manis belajar,,.
Seingat aku. Senior cakap masa foundation ni relaks. Bila dah jadi camni relaks kat mana weh? Hrmmmmmmm.
Ok.
Aku kira mungkin antara asbab benda ni terjadi.
Keringnya hati dalam meletakkan pengharapan pada Ilahi.
Aku kata tuju aku.

Wednesday, October 23, 2013

BFSU: Meraikan Kepelbagaian

Bismillah.
Allahumma solli a'la muhammad.

Pernah tak sepanjang kita hidup ni. Kita terpaksa menghadapi manusia yang Allah takdirkan sangat berbeza dengan cara kita?

Kemudian kita rasakan betapa terseksa jiwa dan raga berhadapan dengan mereka. Nak-nak, banyak masa dari kehidupan kita perlu bergaul dengan mereka. K. Macam melampau kalau kata terseksa jiwa dan raga. *peace 
Yang pastinya. Kita rasa sangat perlu berlapang dada dalam banyak perkara.

Contoh:
"Err. Kalau kita asal Selangor. Kita tak faham loghat Utagha atau Timur. Then, sepanjang tahun kita kena bermuamalat dengan mereka. Gaya mereka. Adat mereka. Memang menarik. Tapi. Adakalanya kita merindui orang Selamgor"

Haa dapat tak?

*if you understand what i mean.

Itu baru soal kenegerian.
Belum lagi soal lain.

Pernah tak kita terfikir. 
Apa hikmah di sebalik Allah jadikan semua ni?!

49:13
"Dan kami menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan berpuak-puak untuk kamu saling berkenal (KENAL). Sungguh yang paling mulia antara kamu semua ialah yang bertaqwa (TAQWA)."

Betapa dalam ayat ni.
Allah nak sampaikan kita sebenarnya walau apa cara kita. Gaya kita. Asal mana. Semua itu untuk kita kenal satu dengan yang lain. Tapi itu semua tidak penting. Kerna yang paling bernilai dan dikira ialah TAQWA.

Kayu ukur kita?

Apabila hidup kita hanya untuk mengenal dan akrab dengan Allah. Waima ketika belajar mandarin di dalam kelas di Beiwai sekalipun. Matlamat kita tuk cari di mana redha Allah. ح

Bercakap. Menulis entry memang mudah. Tapi bila diri berdepan situasi yang perlu untuk meraikan perbezaan. Aku kira tidak mudah. Prinsip maqam (kedudukan) dalam ukhuwwah yang bermula dengan berlapang dada hingga yang paling tinggi untuk ithar kepada sahabat yang lain. Prinsip yang mudah. Cuma aplikasinya payah. :'|

Dalam merealitikan prinsip ukhuwwah ini.
Benda pertama. Mampu tidak kita menyatukan hati kita di bawah kalimah لااله الا الله محمد رسول الله
Kalau hati tak mampu menyatu.
Meski kita Islam yang satu.
Ketahuilah saat itu kita punya masalah dengan hati itu.

Risaunya hati kita sedang mula menternak penyakit yang bisa kelamkan bahagian hati itu.

Post khusus tegur aku.
Yang sedang mencari hati yang kian pergi dan berlalu.

يا مقلب القلوب ثبت قلوبنا على دينك

Yeah.
fatiniismadi
Di perjalanan menuju kelas.
Dan berjalan menuju mana dia kebahagiaan hakiki.
Pilih bahagia apabila semakin kenal Ilahi.
Ouch
Sekian.
Moga Allah redha.

Tuesday, October 15, 2013

Ngaji Obersi?!! Beijing Sambut Aku. pfffttt

BFSU: Perjalanan Bermula.

Bismillah.
Segala puji-puji pada Rabbul Izzati kerana Allah lah mengizinkan untuk aku jejak kaki ke Bumi Tanah Besar Beijing. Selawat dan salam pada junjungan Habiburrahman Nabi Muahammad SAW atas perjuangan Baginda SAW kita akhirnya menjadi seorang Muslim.
Allahumma solli a’la muhammmad.

:’)

Yeah.
Sebenarnya baru tiga hari (saat entry ini ditulis) aku berada di Bumi yang doanya Bumi yang penuh dengan keberuntungan waima untuk dunia mahupun akhirat.

Hari 1

Menjadi pelajar tajaan mara sebenarnya  menjadi satu latihan yang cukup osem yang amat untuk melatih aku dan 18 orang batchmates yang lain untul menjadi manusia yang doanya punya hati yang cukup taff.
Yeah. Berkumpul seawall jam 2 petang di KLIA dalam keadaan india sesame batch sendiri. Urusan check-in, masuk gate, bagasi semuanya diuruskan sendirian berhad. Sebenarnya, seawall pendaftaran, visa, medical check-up kot kitorang dilatih untuk bergerak sendiri. Woah. Perjalanan enjadi BFSU-ians ni sebenarnya penuh dengan air mata. Serius tak tipu. Moga-moga air mata yang pernah mengalir deras menemani kami sepanjang menghadapi liku-liku permusafiran di medan ilmu membawa keberuntungan. :’)

Sesampai kami di lapangan terbang tersibuk di dunia yang sumpah besar. Masha Allah!! Disambut oleh para senior setajaan lewat jam 1 pagi. Hmm. Rusa masuk kampung lah kot gayanya. Suhu masa tu memang sejuk yang amat kot.

Ok. Pendekkan cerita.

Nak cakapnya.
Bila mana kita jadi student di permusafiran Tanah Besar, tak salah untuk kita aim tetinggi dengan kondisi obersi. Tapinya, mungkin ujian Allah menduga iman lagi. Ohyeah, memang best dapat 3rd floor kat sini. Alhamdulillah. Senior sumpah baik, osem gila. Diorang sanggup kot tolong kitorang heret beg panjat tangga bagai.

:’)

Cabaran Bermula:

                Jauh daripada kebiasaan. Pabila hari 1st sampai pebelajaran dah mula kot. Tapinya, system pembelajaran kat sini sumpah relaks. Rasa macam sangat disayangi. Bebas formula. Bebas kira-kira. Belajar membaca. Mengira. Belajar bunyi. Macam kembali  ke tadika. Err, ada ke tadika stghesssss??!! Takde pun rasa nak nanges acam belajar SPM yang Sirius hectic gilaaaaaaaaaaa.

Sistem pembelajaran kitorang terbahagi kepada kelas. Satu kelas ada 19 orang. Guru yang mengajar dipanggil laoshi. Err. Laoshi  cakap aku comel. Kehkehkehkeh. K. Tak perlu nak mention sebenarnya. Tapi nak jugak. Abaikan.

Tiba masa nak buat kad pelajar. Slack lah pulak bila gabar passport aku tak cukup. Err, mara tak bagitahu kot nak kena bawak. K, tapi memang salah aku pun. Hmmmm. Orang Cina syak aku orang Iraq kot. Nampak tak di situ. Ada ke Arab tak lawa?? HAHA. K, ni bebetul masalah. Bila mana, senior fasih cakap Cina kat sini even seior 1st year degraa (dorang pu salnya takde basic macam aku jugak kot) Rasa cam berkobar-kobar gilaaaa semangat nak jadi cam dorang. Lagian, tergerak di kalbu nak kembalikan sekurang-kurangnya seorang manusia di Beijing ni kepada fitrah (bac: Islamkan) Mohon doakan aku. Itu target aku.
Sistem dalam kelas. Just imagine cane budak tadika belajar tu system kitorang. Sirius hepi. Masha Allah!!

Dugaan lagi!!

Mas nak buat visa de pejabat kedutaan Cina. Pasport aku hilang kot. Maka femes arh sehari sebab contact habi semorang tak kisah KPM ke senior ke MARA ke tanyakaan passport aku kot-kot dorang terambik ke terjumpa. Memang rasa cam takde muka. Hilang habis tsiqah HAHA. Padahal. ALHAMDULILLAH, akhirnya kawan aku aka sahabat sampai syurga Sha yang pegang. Gila tak nangis masa dia cakap dia yang pegang. Boleh masuk penjara kot kalau silap haribulan takde passport. K. Nangis.
Sepanjang aku kat sini. Aku tak tahu nak cakap ape arh pasal senior BFSU. Sirius gempak gilaaaaaaaaa. Sapa tak terharu kalau makan berates-ratus yuan dorang belanja. Kalau selama ni aku asyik mengagungkan Kolej Isalam kerana ukhwah antara senior n junior. Bila mana aku kat sini, masha Allah. Indahnya kalau berkasih saying kerna Allah. Sapa tak terharu sampai nangis berhingus hidung kalau kau puasa, senior masakkan bagai. Senior bawak gi jalan. Bayarkan teksi. Semua senior. Arghhhh. Asal dorang baik sangat hah? Tapinya, dia macam setandan buah ada yang segar, sedap, masak n ranum. Tapi jangan lah expect keseluruhan tandan tu segar sama je. If you get what I mean. Herher.

Bila mana duduk di perantauan. Rasa sunyi. Rasa sepi . Aku suka jalan sendiri. Boleh rasa bertuhan bila kita rasa ita takde sapa nak kongsi perasaan. Kita ada Allah untuk meluahkan :’)

Mulai mengenali Beijing.
Mulai jatuh cinta pada indahnya Islam di Bumi asing pabila budaya senyum Kolej Islam yang aku cedok n aplikasi buatkan ramaaaaai Orang Cina kat sini suka bertanya “Kenapa awak pakai tudung” Dan aku perlu berusaha sekerasnya mendalami ilmu sastera Cina. Doanya, semoga aku bisa terangkan pada mereka dengan penerangan wahyu. Supaya warga Tanah Beruntung Beijing ini kenal hakikat Islam.
Mulai sedar. Allah tidak campakkan aku ke sini percuma. Allah sedang mengajarkan aku satu perkara. Beijing ramai manusia. Kenapa tidak aku menggunakannya keramaian manusia yang ada itu untuk kembali padaNya. Aku perlu piker cara. Mutabaah amal sedang sakit dengan cacamarba. Aku perlu betulkan semua.
Hoyeahhh.

Dugaan terbesar. Bila mana. Perangai ting tong tak boleh tengok muka bermata sepet sudah tak mampu dikawal. Jalan pandang bawah. Hah. Tengok rijal Cina terinngat manusia di bumi seberang sana. Yeah, hati perlu taff. Taff dengan iman..
Firman Allah.
                “Semua yang bakal terjadi ada di Lauh Mahfuz”
Ar  Ra’du: 39
Belajar mengurus hati sendiri.
Belajar menerima rumet (rakan sebilik) seadanya
Belajar untuk terima hakikat yang hidup ni perjuangan.
Setiap inci dalam hidup kita ialah UJIAN.
Hanya yang beriman bisa jadi mereka yang Berjaya menempuh rintangan.
Teringat ayah bonda di perantauan.
Tapi aku tahu. Dalam setiap detik nadi dan hela nafas. Allah ada bersamaku.

Sekian





Monday, October 7, 2013

Yeah. Semangat itu penting tahu??.... pfffttt.

Bismillah.
Sollallahu a'la habibi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam.

Pertama sampai akhirnya.
Bersyukur pada Allah 'Azza Wajalla kerna izinNya.
KasihNya.
SayangNya Allah pada kita.
Kita masih ada peluang untuk menjadi hamba yang bahagia bersama nikmat IMAN dan ISLAM.

Ngomong-ngomong.
Kurang lebih 76 jam dari sekarang aku bakal meninggalkan Malaysia tercinta.
Bakal berkelana di bumi Beijing sana. Mohon doakan aku.
Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Bersyukur apa adanya. Bukan apa. Dahulunya. Aku punya bermacam cita dan harapan untuk dikota. Dulu. Aku teringin ke INTeC. KYUEM. Tak kurang Darul Quran. USIM. Hah! Bapak haloba punya cita-cita yang banyaknya tak terkira. Heh. Kata sahabat sampai sorga aku (Athirah Hani) "Itu bukan tamak atau haloba. Tapi itu tinggi cita-cita" Thanks Hani. Allahu. May Allah bless this ukhuwwah. :')
Dan akhirnya.
Allah berikan aku peluang dari kasih sayangNya untuk merasa belajar obersi (ngaji di obersi ni memang kegilaan ramai bukan? Padahal banyak je kelebihan ngaji dalam Mesia pun sebenarnya) Yeah. Maka nikmat apalagi yang mahu aku dustakan. Padahal di kisas dahulunya aku ni bukanlah pelajar harapan mana, even duduk kelas 401 n 501. Haiii. Acana laaa aku tersesat kelas tuh. K. *gali hikmah.
Mungkin tercampaknya aku ke Bumi Tanah Besar China kerna aku punya minat yang sungguh dalam terhadap bahasa. Segala jenis bahasa aku minat. :'D Errr, dan aku minat juga dekat sumthing yg brkaitan dgn China nih. K. Abaikan . Herherher. *istighfar.
Apa yang perlu aku semat dalam diri selagi nafas tak terhenti. "Allah itu dekat. Allah itu sentiasa bersama dengan kita. Dalam setiap denyut nadi dan hela nafas." [Rujukan: Surah al Ahqaf]  Berbaik sangka dengan Allah untuk setiap aturannya
Yeah.
Meh sini nak cerita kisah tragis yang mungkin ada magis untuk kita selalu sedar Allah itu DEKAT!!!.
Masa aku form 5. Aku dahulunya tercampak kelas first. K. Kena yakin Allah yang letak aku kat kelas tu. Mana tak stghessssss tahap hape je kalau dah nak trial SPM. Banyak gilaaaa benda tak catch up. Dengan biah kelas. Ramai gilaaaaaa stok-stok genius tahap kelapan belas. Dan aku biasa-biasa. Dengan nak tangkap apa cikgu ajar tercungap penat. Errr. Sebab laju mungkin (mengikut kapasiti kelajuan classmates yang lain). K. Aku pendekkan cerita. Tapi sebelum tu. Sila imagine situasi aku yang biasa-biasa duduk dengan manusia luar biasa kemampuan otak mereka.
Sehingga lah satu masa. Dekat Dewan al Muttaqin wal Muthaqqafin. Aku ingat lagi ada sesi macam luahan perasaan lah. Boleh sampaikan apa saja dalam hati kat cecikgu n pentadbir sekolah. Then, bangunlah Ketua Rumah ngadu masalah air. Cliche. Sebab tu macam tak sadis sangat kan kalau tade air. Kena jalan jejauh gi blok oraang. Usung baldi yang penuh dengan baju. Berjalan. Terkejar-kejar. Sumpah cliche. Sebab dari awal tahun sampai SPM tu je yg aku n penduduk Blok E lain buat. Btw. Terima kasih sampai infiniti Ketua Rumah Ali. Nur Ain Asilah Azmi sebab ngadu benda tu depan pengetua. Moga Allah redha. :')
Mungkin kerna usaha anda yg itu. Allah izinkan tahun ni adik-adik kita berseronok dengan air yang banyak. K. Melampau perkataan berseronok tu. (Aman pada jari)
K. Bukan cerita tu nak aku buat drama. Drama belum mula. Tetibe time tu, Aku bangun n pegang mikrofon. Nak tahu apa dialog aku.
Jeng. Jeng. Jeng.
"Assalamualaikum semua. Kat sini. Sekadar meluahkan rasa. Jujur, saya katakan saya pelajar yang tidak cemerlang mana. Selalu rasa ketinggalan dalam kelas 501. Sebenarnya kalau saya ter'black-out' tiba-tiba dalam kelas tu bukan apa. Tapi sebab saya selalu tak faham dan sangat susah untuk nak catch up apa yang cikgu ajar dalam kelas. Saya risau. SPM dan semakin dekat..............." Dan nangis.
Ekceli. Tak ingat pun dialog sebenar.
Ade sesapa ingat?

Aku tengok ada cecikgu nangis jugak time tuh.Walaweh. Itu dialog yang dah lama aku nak cakap. Tapi aku tak tahu kat siapa aku nak luahkan. Simpan dalam hati je sokmo. Sekali burst. Macam gunung berapi. Dan sahabat aku kat sebelah, sebelah dan sebelah nangis jugak. Mungkin sebab aku yang nangis dulu kot. Mungkin laaa.

Hah. Malu takyah cakap laaa.
Tapi time tu segala mak nenek rasa malu macam terbang gi mana aku tak tahu.
Hurmm. Batchmates aku yang muslimin pun ada sekali sebenarnya masa tu.

Masa berlalu pantas. Sementelah kejadian Dewan Besar haritu. Aku semakin gigih gi follow up hehari jumpa cecikgu subjek kritikal. Dan alhamdulillah trial aku 7A campur-campur (if I'm not mistaken) Dapat jadi guru muda Chemist lagi masa Perfect Score. (kes tak cukup orang. Tetibe cikgu suruh lepas tengok result trial)
Berkat doa mama ayah. Para asatizah. Sahabat-sahabat dan doa siapa yang tidak aku tahu.

SPM dirasakan terlalu tenang.
TERLALU TENANG!!
Dan ALHAMDULILLAH walaupun result aku tak segempak mana
(nak tahu sila search kat search box. kehkehkeh)
Dan HIKMAH yang terbesar result SPM aku. Aku tercampak (bakal tercampak) ke Bumi Bejing (Beijing Foreign Studies University) di bawah Program Pelajar Cemerlang Mara. Aku tak rasa kalau aku dapat result yang lebih baik daripada ini. Aku bakal pilih jurusan ini. Tapinya, bukan nak kata jurusan aku ni biasa-biasa. Terlalu luar biasa sebenarnya pada hemat aku.
Bila mana aku renung dan ambil masa untuk insaf diri.
Renung kehebatan Ilahi.
Satu benda yang aku sangat perlu untuk yakini. Aturan Allah itu sentiasa tepat mengikut apa yang hambaNya perlu. Pertolongan Allah tidak cepat dan tidak pernah terlewat. Cumanya. Pertolongan itu selalu pada masa yang tepat! :') 
Makanya.
Motif tajuk entry motif menulis ni sebenarnya cetusan idea apabila aku ditegur dek sahabat aku "Hang ni biasa memang hammasah (semangat) ja selalu.Tak jadi lagi student BFSU. Tapi aku rasa mesti semua orang ingat hang macam dah bertahun duduk sana. Dulu, sebelum hang masuk kisas pun gini kan?" -Nor Zafirah Badian- Bakal Engineer Kurus Yang Beriman-Sahabat dari form 1 Agama Arau sampai form 5 kisas
HAHA.
Maka tercetuslah tajuk seperti di atas. Herherherher.
Makanya.

Motif aku menaip panjang-panjang ni ada banyak.

  1. SPM bukanlah segalanya. Memang lah SPM itu penting. Tapi SPM itu cuma perjalanan untuk ke destinasi. Setelah kita berusaha dengan sekuatnya. Serah saja pada ALLAH A'zza Wajalla. Kalau benar kita benar-benar perlukan 11A+ insha allah. Allah msti bagi. Ada ja sahabat aku yg trial ada banyak subjek failed. Tapi SPM senyum lebar stret A kau. Ingat! Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
  2. Kalau rasa diri tu pencinta bahasa dan nak cuti lepas SPM lelama macam aku yang dah dekat setahun dah cuti. Mohon pilih tindikan BAHASA MANDARIN dalam borang MARA lepas keputusan SPM insha Allah. Aku yang belum sampai ni pun rasa cam sangat berbaloi.
  3. Untuk dapatkan apa-apa. Sila usaha. Tunjukkan pada Allah selain berdoa, kita bebetul nak dapat kecemerlangan tu, Kalaupun kita tak dapat direct apa yang kita hajatkan. Insha Allah ada pelangi lepas hujan. Macam cter aku. Yang nak sangat studi obersi tapi tak stret pun SPM (opssss, kantoi) Insha Allah, Allah akan buka jalan. Yakin. Yakin. Yakin pada pertolongan Allah.
  4. Letakkan matlamat kita menuju Allah dalam apa jua kita buat. In sha Allah kita akan rasa tenang sentiasa.
"Siapa sangka pelajar yang bagai tiada harapan dahulunya. Dengan pertolongan Allah, insha Allah ada sinarnya" 

K. Mohon doakan aku.
*gambar pada entry kebelakangan ni dah lama tak letak. Sebab rakaman hati itu jauh lebih bermakna.

Moga Allah redha.
=')




Friday, October 4, 2013

"kerna mereka terlalu menyayangi................"

Bismillah
Allahumma solli ala muhammad.

Pernah tak alami sitasi hari-hari akhir sebelum tinggalkan family. Dan rasa depress sangat dengan keadaan hari-hari akhir tu?
Kalau ya.
Situasi kita sirius sama.

Apabila semua benda yang nampak biasa tapi boleh jadi luka pada hati sesiapa tanpa kita jangka.
Apabila kita cuba menjadi punca bahagia namun akhirnya semua dirundung kecewa.
Apabila segala kerja baik kita dipandang 'hina' kononnya.

K. Ayat akhir tu macam over.

Berbalik kepada tajuk aku. Di mana aku nak nyatakan dengan sesungguh hati. Apa yang kita sedang alami ni sebenarnya simptom "kerna mereke terlalu menyayangi....................."
Normal lah kan.
Kalau saat-saat kau nak fly. Tetibe terpaksa berdepan dgn semua benda ni. Walaupun mereka tak nyatakan secara terus-terang. Sebenarnya inilah tidak balas psikologi keluarga darah terhadap kita.

Bayangkan anak yang dijaga dari kecil sampai boleh gi obersi.
Tetibe saja nak pergi jejauh bukan.

Walaupun sebenarnya Malaysia-Beijing tu cuma 6 jam.
Dan Arau-Klang 7 jam sebenarnya.
Kehkehkehkeh.

K Tade kaitan.

Secara umum dan dikhususkan untuk diri aku.
Sementara masih ada masa bersama kedua-dua ibu bapa. Maka berbaktilah apa adanya. Kerna itulah amal soleh yang Allah terima di sisiNya.
Hoyeah.
Walaupun. Secara umum tahu. Perjalanan menjadi anak soleh/ah itu jalanannya penuh berliku.

Yeah.
Kita MAMPU!!

Surah al Kahfi:
:"Harta dan anak-anak itu cumalah HIASAN DUNIA sedang amal soleh itulah yang boleh kamu harapkan di sisi ALLAH"

Moga Allah redha.
^^

Wallahua'lam
 

Bukan Mencari Kesempurnaan

Bismillah.
Allahumma solii a'la muhammad.

Setelah sekian lama rasanya aku meninggakan dunia blogging ni.
Tergerak saat ini untuk berkongsi rasa apa adanya.

"Dalam hidup ni. Kita sering mencari kepuasan Kesempurnaan. Juga kebahagiaan. Lalu ramailah orang yang meraancang untuk semua itu. Sehingga terlupa apa yang Allah aturkan untuk kita.
Sebenarnya untuk menjawab persoalan yang sering sahaja bermain di benak aku. Begitu begini. Itu ini. Terlalu banyak kenapa dan kenapa.

Contohnya.
"Kenapa lamaaaaaa sangat aku cuti sebelum dapat masuk unibersiti?"
 "Kenapa susaah sangat aku nak tarik keluarga darah aku untuk kenal Allah?"
"Kenapa aku saja yang sering teruji dengan bermacam mehnah dan tribulasi?"
Dan banyak lagi kenapa dan kenapa.
Walaweh. Siapa dalam dunia ni yang cuba menidakkan erti kebahagiaan. Menafikan hakikat jiwa yang mencari bahagia. Siap yang suka gundah gulana bersarang di jiwa? Apa yang aturkan kepada kita itu sebenarnya yang terbaik untuk kita sesuai dengan kemampuan kita sekadar mana untuk melalui dugaan dalam liku-liku kehiduapan.
Seperti mana yang telah Allah nyatakan dalam Surah al-Hadid ayat 22 dan  23.
"Tidak terjadi satu bencana pun pada diri kamu sama ada di langit dan di bumi melainkan dalam pengetahuan Allah. Itu sungguh mudah bagi Alah.
Dalam Surah al Ankabut ayat 2
"Apakah kamu megira kamu beriman sedangkan kamu tidak diuji?"
Jadinya secara mudah kat sini.
Aku nak menyampaikan pada diri aku khususnya. Siapa kita untuk mencari bahagia jika takdir Allah yang baik  untuk kita pun sukar untuk kita redha denganNya.

Bukankah dalam Surah al Baqarah ayat 216:
"Ada perkara yang kamu suka itu tidak baik untuk kamu"
Maka siapa aku sebenarnya.
Siapa kita?

Kita cuma hamba yang masih dalam kejauhan dalam perjalanan menuju redha Tuhan Rabbul Jalil.


Alkisahnya:
Aku sedang membilang hari ini saat ini untuk meninggalkan Malaysia tercinta sebelum bergerk ke bumi Tanah Besar sana. Aku tahu inilah sebaik-baik aturan yang telah Allah aturkan. Bercuti hampir sebelas bulan sesudah SPM. Memegang amanah mengasapkan dapur saban hri buat diisi jemaah keluarga. Allahu. Bukan aku tidak ada pilihan lain selain ini. Aku boleh saja buat pilhan jurusan Arab UIA 5bulan dahulu. Namun, dek doa yang selalu aku titipkan untuk belajar di seberang laut (baca: oversea) Aku gagahi jua terima lamaran mara. Lamaran kau. Moga-moga apa jadinya aku sesudah ini. Sentiasa teriring bersama-sama aku rahmah dan redha Allah.
Bila mana kita mohon kekuatan.
Allah datangkan ujian.
Itu bermakna permohonan kita diterima Allah.

Dengan ujian lah kita dilatih Allah untuk jadi manusia yg lebih taff iman kita. Bagaimana kebergantungan kita kepada Allah? Pengharapan kita kepadaNya. Dan bagaimana kita menerima aturan ALlah untuk kita.

Beza sungguh berbeza manusia yg bermatlamatkan Allah Azza Wajalla dengan manusia yang berkiblatkan dunia!!

:'(

Namun.
Sila yakin dan benar-benar percaya hanya dengan tarbiyah.
Semua ini mampu merubah manusia.

Persoalannya.
Gimana caranya kita bisa meghumbankan manusia yang kita chenta ke dalam gerabak dakwah dan tarbiyah.

INI!!|
Cabaan besar.
Yang teramat besar yang perlu kita fikirkan bersama.

Bukankah dalam firman Tuhan.
Allah menyatakan.
"Sesungguhnya kamu tidak dpat memberi hidayah kepada mereka yang kamu cinta. Dan Allah lah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah lah yang lebih mengetahui"

Ok. Nangis geguling.

Sekian.
Mohon doakan aku.
Mohon iring aku kat KLIA. [Malaysia-Beijing]

Flight 101013
18:10


Moga Allah redha,
:')