Followers

Saturday, November 20, 2010

Kerana Kurang Kasih Syg.............Bacalah..Sdih nih..

Salamun alaik..
Artikel yg menyebakkan perasaan..dicopypaste drpd notes spa tah kt fesbukk..

Permulaan..........
tangan terasa panas selepas satu tamparan kuat menyinggah pipi anak muridku. mukanya yang tadi tersengih-sengih seperti kerang busuk kerana menyangka aku tidak akan bertindak keterlaluan, mula berubah kerana menahan sakit. matanya bulat terkejut.


"pergi duduk!" jeritku. murid itu perlahan-lahan menapak ke tempatnya. dia duduk lalu menekup muka, menangis. aku buat-buat tidak nampak dan hati masih menggelegak kerana dipermainkan.


aku menyambung pengajaran, murid lain menekuniku sesekali mencuri pandang pada murid yang ditampar tadi. murid itu masih menekup muka. aku buat-buat tidak nampak.


kelas hari itu diakhiri dengan nasihat (amaran) supaya jangan cari pasal dengan guru. buruk padahnya.


aku duduk di dalam bilik guru, termenung. tangan yang menampar muridku masih panas. perasaan menyesal perlahan-lahan menyelinap ke dalam hati. seorang guru tidak sepatutnya menggunakan kekerasan sewenang-wenangnya pada murid, aku mengeluh. hari itu aku telah menggunakan sepaklogi berbanding pedagogi yang dipelajari selama ini. cara pavlov, skinner, thorndike, bandura, maslow, semuanya aku lupa (mungkin aku guna salah satunya - peneguhan negatif). tapi maaf, semasa tamparan itu amarah lebih menguasai diri daripada niat mendidik.


teringat beberapa bulan dulu, kali pertama aku menamparnya adalah disebabkan alasan yang sama. hari ini buat kesekian kalinya tamparan ini menyinggah lagi ke pipinya, nak kata perlahan pun tak, kekuatannya sama seperti aku servis bola tampar. servis seorang guru pendidikan jasmani. tadi pun kepalanya tergeleng-geleng kerana berdesing.


hari aku menamparnya berlalu begitu sahaja. dan seperti dahulu juga, murid tersebut kembali seperti biasa, membuat onar di dalam kelas, keluar-masuk kelas sesuka hati. dia menjadi pusat tumpuan - seorang murid gemuk yang tidak mendengar kata. dalam bilik guru sering kali terdengar ceritanya dibawa oleh guru-guru - tidak siap kerja, mengacau orang, malas menulis, markah rendah, tak buat kerja rumah, peluk budak perempuan, boleh dikatakan semua sifat delinkuen ada padanya. ada sekali dia dibawa membuat kerja rumah di hadapan guru besar, tak sampai 5 minit, siap! dia bukan seorang murid bodoh, pandai, tapi bersikap pelik dari orang lain. tetapi dia juga sibuk ingin tahu bermacam-macam benda (yang tak berkaitan dengan pelajaran), dan amat meminati telefon bimbit dan laptop - hinggakan henset aku yg cikai pon dia tanya "kenapa cikgu pakai henpon lama?".......


pening kepala semua guru.


hampir setahun dia berkeadaan begitu, aku tertanya-tanya, mengapa ya dia bersikap begini? dia ada masalah keluarga? dia tertekan? dia tak cukup kasih sayang? aku mesti siasat...


selepas lama mencari jawapan, aku buntu. dia masih seperti itu. berkeliaran tak tentu hala, berjalan-jalan di luar bilik guru sambil menjeling-jeling tengok ke dalam sama ada terdapat guru yang perasan akan dia. begitu juga di kantin, saban hari!


suatu hari, hari yang memberikan jawapan mengapa dia bersikap begitu, adalah beberapa hari sebelum sesi persekolahan 2010 tamat, dia datang mendekati. memerhati aku yang baru saja selesai menjual gambar aktiviti perkhemahan kepada murid-murid.


"cikgu buat apa?" dia bertanya seraya membelek-belek album gambar. aku menjawab dan bercerita serba sedikit. kataku, tahun depan bila dia naik tahap dua, boleh la berkhemah.


tiba-tiba aku teringat dulu, aku pernah bertanya "kenapa kamu tak solat?"


"nak tunggu tahun empat"


hah? aku hairan dengan jawapannya, lain daripada jawapan orang! aku harap dia jawab seperti rakan lain - terlupa, bangun lambat, atau mak tak kejut - pelik aku dengan jawapannya.


"kenapa nak tunggu tahun empat?"


"sebab bila naik tahun empat kena pukul" jawabnya. ish, budak ni bijak, kataku di dalam hati. "kalau kamu mati sebelum sempat tahun empat macam mana?". dia diam...


ingatan aku kembali ke masa kini, dia masih membelek-belek album. kataku "lepas ni kamu kena la solat, sebab dah naik darjah empat". dia tersenyum saja dan terus meneliti gambar. "mudah saja nak mula, cuma ikut ibu atau ayah kamu solat je dulu".


lepas senyap sekejap dia tiba-tiba bercakap "cikgu, ayah saya dah bercerai dengan mak saya".


hatiku terkejut, namun wajahku biasa saja. mendengar dia berkata begitu membuatkan aku menoktahkan segala persoalan yang berlegar-legar selama ini dengan hanya sepotong ayat ringkas. terkejut aku, kerana melihatnya seperti melihatku. seperti aku melihat ke dalam cermin. kasihan.


perlahan-lahan aku membuka mulut, memilih kata yang paling sesuai untuknya.


"cikgu pun macam kamu" kataku, dan memandang tepat matanya. "dulu semasa kecil, ayah cikgu meninggalkan ibu cikgu untuk seorang perempuan yang lain, ayah cikgu bukan seorang lelaki yang baik".


sambungku "cikgu cemburu pada kawan-kawan yang mempunyai keluarga yang sempurna, mereka semua ada ibu dan ayah, cikgu tak ada semua tu! tapi, cikgu tidak mudah menyerah kalah pada nasib hidup. cikgu belajar bersungguh-sungguh dan berazam untuk membantu ibu cikgu yang bersusah-payah membesarkan cikgu dan adik-beradik lain yang ramai"


dia memandangku, matanya bersinar. aku bercerita panjang lebar dan akhirnya aku akhiri dengan satu ayat - "tapi, macam mana nak mula? mestilah dengan solat....kita mohon dari ALLAH akan kekuatan dan pertolongan, ya?"


selesai saja, dia mengangguk dan bangun. dadanya menghirup nafas bersemangat dan tabik hormat padaku. "tak perlu tergesa-gesa, mulalah perlahan-lahan, ikut dulu ibu atau aki solat subuh dan maghrib ya? bila dah biasa nanti bolehlah solat sendiri!"


dia menghulurkan salam dan berlalu pergi. ekor mataku menghantarnya dengan harapan dan doa.


"ya ALLAH, KAU bantulah anak ini mencariMU..."



Thursday, November 18, 2010

Israel??!! Check it Out larh..Byk soal plak......

Berikut 20 fakta Israel yang belum banyak kita ketahui :

1. Selain bangsa yahudi, bangsa lain dilarang membeli atau menyewa tanah di Israel.

2. Setiap bangsa yahudi yang ada di setiap Negara di seluruh dunia menjadi warga negara Israel secara automatik. Sementara warga Palestin yang lahir di tanah negerinya sendiri sejak puluhan abad yang lalu diusir ke luar Palestin?

3. Penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel harus menggunakan kenderaan dengan cat dan warna khas untuk membezakan antara bangsa yahudi dan non yahudi.

4. Israel membahagikan 85% air bersih hanya untuk bangsa yahudi dan membahagikan 15% lebihannya untuk seluruh penduduk Palestin yang menetap di kawasan Israel. Secara realiti, Israel memberikan 85% air bersih hanya untuk 400 penduduk yahudi di Hebron, sementara 15% sisanya dibahagikan kepada 120 ribu penduduk Palestin di daerah itu.

5. Amerika terus memberikan bantuan ketenteraan kepada Israel sebanyak 1.8 billion US$ setiap tahun. Dan tahukah anda bahawa jumlah sebesar itu sama dengan sumbangan Amerika kepada seluruh Negara di benua Afrika.

6. Pemerintah Amerika telah menekan Kongres tentang pelanggaran Israel dalam penggunaan senjata yang mereka sumbangkan. Khasnya pada tahun 1978, 1979 dan tahun 1982 pada perang di Lebanon dan penggunaan senjata nuklear pada tahun 1981.

7. Sebelum berdirinya Israel pada tahun 1948, sudah memiliki industri pengembangan senjata nuklear.

8. Panglima Tinggi Perang Israel mengakui secara terang-terangan bahwa tentera Israel membunuh semua tahanan perang Palestina tanpa proses pengadilan.

9. Israel meletupkan tempat kediaman Diplomat Amerika dan menyerang kapal perang Amerika Liberty di perairan internasional pada tahun 1967. Walaupun serangan itu telah mengorbankan 33 tentera Amerika dan mencederakan 177 lainnya, tetapi Amerika sama sekali tidak melakukan tindakan apapun terhadap Israel. Hanya dengan alasan bahawa tentera Israel salah sasaran? Bayangkan kalau serangan itu dilakukan oleh Negara Islam?

10. Israel merupakan negara yang paling banyak mengabaikan resolusi PBB? Jumlah resolusi yang diabaikan oleh Israel telah 69 kali. Bayangkan seandainya satu Negara Islam mengabaikan 1 resolusi PBB, apa yang akan dilakukan oleh Amerika?

11. Sejak tahun 1988, semua industri dan pejabat di Israel hanya boleh menampalkan iklan jawatan kosong dengan perkataan: “kerja kosong hanya untuk bangsa yahudi”, “dicari seorang pekerja dengan syarat bangsa yahudi”.

12. Kementerian Luar Negeri Israel membayar 6 syarikat media Amerika untuk menunjukkan imej positif Israel kepada masyarakat Amerika dan Eropah.

13. Perdana Menteri Israel pertama David ben Gorion sepakat dengan langkah pengusiran secara paksa seluruh bangsa arab dari Israel.

14. Paderi besar di Israel Ofadya Yosef yang juga pengasas Parti Syas (parti terbesar ketiga di Israel) menyokong aksi tentera Israel untuk menghabiskan warga Palestin? Bahkan ia mengeluarkan fatwa radikal pada hari raya paskah (Israel) yang lalu dalam wawancaranya di sebuah jaringan radio terbesar di Israel:
“Tuhan akan membalas semua kejahatan warga arab, Tuhan akan menghancurkan keturunannya, menghabisinya dan menghancurkan tanahnya dan Tuhan akan membalas mereka dengan siksaan yang pedih. Kerena itu dilarang semua bangsa Yahudi untuk memberikan rasa kasih sayang kepada warga arab, dan wajib bagi setiap yahudi untuk menembak rifel dan senjatanya ke arah dada dan kepala setiap warga arab untuk menghabiskannya, kerena mereka itu makhluk yang jahat dan terkutuk”……

15. Pelarian Palestin adalah terbesar di dunia.

16. Penduduk Kristian Palestin bersatu dengan penduduk Islam Palestin untuk melawan penjajah yahudi?

17. Walaupun Israel terus mengganggu proses belajar dan mengajar dan merosakkan seluruh prasarana pendidikan penduduk Palestin, tetapi penduduk Palestin tetap menjadi negara terbesar di dunia yang penduduknya bergelar doktor. Apabila dilihat dari jumlah peratus penduduknya.

18. Israel terus melakukan berbagai usaha untuk menghancurkan Masjid Al Aqsa dan Qubah Shakhrah sejak 50 tahun yang lalu dengan menggali bawah tanah masjid tersebut agar runtuh dengan sendirinya.

19. Presiden Afrika Selatan Nelson Mandela pernah mengatakan bahawa Israel adalah negara rasis dan apartheid seperti keadaan Afrika Selatan sebelum dia memimpin?

20. Orang Yahudi berjalan bebas di kawasan Palestin tanpa rasa takut sedangkan orang Palestin diawasi dengan ketat oleh tentera Israel.

P/S: Apa antum rasa??klau xrsa pa2 tuh..antum bkan lagi seorang yg melabuhkan sepenuh kecintaan terhadap Islam..

Wallahua'lam.....

Wednesday, November 17, 2010

Ana Sedang Diuji..!!Sambungan Episod Kisah Cinta Pelajar Agama

Salam ukhuwwah sekencang dakwah..
Antum mseh ingat cter yg ana post dulu..Klau xingt scroll ke bwah..


Sambungannya begini..........

Setelah selesai menghadapi peperiksaan awam yg merelaxkan mnda drpd trus mnyimpan seberapa byk ilmu..tpi ana sedar..ilmu yg dituntut bkan smata2 kerana al imtihan..ana mnikmati khidupan dgn sgt santai kerana ana tidak perlu bergelumang dgn dunia belajar tnpa sempadan..ana dpt merasakan penat lelah otak ana berkerja semakin hilang sperti hlgnya mentari tatkala purnama terbit..nmun mentari kan xkan selamnya hlg..

ya larh..ana dpt relax drpd study sementara sebelum bermula sesi persekolahan baru yg mnedatang ckup mncabar..kerana masih ada SPM..hakhak..kantoi sudaa..tentu antum tahu..ana pelajar PMR bukan?? 

Ya!! pada usia 15 jugalh..sbgai insan biasa..remaja akan terus mencari identiti diri..dan tidak dapat dinafikan remaja pada usia inilah mudah terpengaruh dgn pelbagai unsur yg merosakkan jiwa..jika tiada bekalan iman seteguh konkrit..inilah hkikat kehidupan yg perlu dihadapi oleh semua insan termasuk ana..

seperti yg sudah sedia mklum..sbgai pelajar agama..terlalu banyak pengisian rohani yg disuburkan dlm jiwa..nmun sayang setrilion kali sayang..xsuma wrga agama mmpu mengadaptasi dlm kehidupan sehari-hari.. Baeklah..ana mulakan gelojak di jiwa dgn mnceritakan keresahan yg bersarang di sanubari ana.. Dulu..ana pernah ceritakan bahawa betapa ana berjaya keluar dri dunia khayalan perasaan ana semata2.. Nmun..sbgai anak Adam yg telah syaitan janjikan untuk mnyesatkan seluruh keterunan Adam kecuali cuma sebahagian kecil sahaja yg terselamat hingga berjaya masuk ke Jannah..ada di dalam Surah al Isra' mngenai firman Allah yg ini..ana turut trkena tempiasnya..

Begini..
Memandangkn bendera peperiksaan sudah diturunkan..maka ramailh sahabat2 ana yg terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan yakni..rmai di antara shbt2 ana yg dhulunya mmiliki tahap keimanan yg kukuh ttpi roboh jua akhirnya melakukan satu budaya yg dipelopori oleh golongan sekular Barat yg bertujuan untuk melemahkan kita Ummat Islam..

Budaya Apa?!

Kapel!!..berpasangan tnpa ikatan yg sah..wlaupun pda zahirnya nmpak tiada msalah..nmun bukankah  

Allah telah berfirman..

"Dan janganlah kamu menghampiri ZINA..sungguh itu suatu perbuatan keji dan suatu perbuatan yg terkutuk "
Surah al Isra' ayat 32..
Bagaimana ana katakan kapel itu menjerumus ke arah ZINA??

Pertama..apabila hati sudah sayang dan diterjemahkan melalui kata2..sudah semestinya jiwa akan jadi tak pernah senang andai tdak berhubungan..maka tak heranlah..sahabat2 ana..yg kapel..sorry to say..jgn melepaskan henset dari tgn..
Kedua..apabila hati sudah berbunga2..mna mungkin xberjumpa..mksud ana..rmai pasangan kapel sudah berani kluar date..sorry 2 say buat kali kedua..ana sunnguh terkilan..sbb..shbt2 yg ana syg ada yg sggup berdating dlm kawasan sekolah..Ya rabb!..ana sungguh sedih..kaciwa..dan amat terkilan..sbb..shbt2 yg ana rsakan Penyambung Tarbiyyah di bumi ana belajar melakukan prbuatan yg tdak mnggmbarkan betapa seorang gdis..wjar mmilki sifat malu di jiwa..kerana..MALU itu ibarat semalu yg melindungi kita wahai sahabat..Hakikatnya..ana tdakakn kerugian apa2 sekiranya shbt2 ana terus2an melakukan perbuatan dating ..nmun msih ada secebis rsa ksih syang yg tulus dtg dari hati ana terhdp shbt2 ana..dan..ana tdak snggup andai mahkota malu seorang gdis terus tercemar dek hlangnya mruah..mna xhlangnya..apbla sudah berjumpa secara kerap..berbual2 mesra..hjab seorang gdis trhadap ajnabi sudah psti terbuka dgn mudahnya..

Ana sangkakan sekadar itu ujian yg perlu ana hadapi tatkala menantikan keputusan segala usaha yg dilakukan hmpir 3 thun result PMR lorh..
Nmun..ana tersasar..sbgai seorang insan biasa yg bukan maksum..ana secara tiba2..pada suatu hari yg malang buat diri ana..terasa bagai ada gelojak yg mndatanakan satu perasaan..yg ana sndiri xtahu bagaimna untuk diceritakan..tetapi..perasaan datang ttkala ana terbaca inbox shbt ana..Tba2..ntah bagaimna..ana merasakan perbuatan shbt2 ana seolah2 mmpu mmberi kbhagiaan..Nseb ana mungkin baik kerana..cita2 ana untuk mnjadi penyambung tarbiyyah di sakanud dakhiliy asrma..dgn segera melenyapkan perasaan itu..

Lantas..
ana trpikir betapa Allah Azza Wajalla telah menurunkan RahmahNya untuk ana nikmati dan betapa sayangnya Allah terhadap ana kerana..ana beransur2 sedar akan salahnya perbuatan sahabat2 ana setelah sahaja ana berfikir kekuasaan Allah menciptakan ana lengkap sebagai kahlifah yakni mnusia yg sempurna..

Ya Allah..betapa sayangnya Engkau terhadap diriku meskipun masih byk khilaf yg Aku lakukan..

terpacul ayt ini dari hati kecil ana..
nmun syg..
smkin ramai shbat2 ana yg terus hanyut dibuai perasaan panahan syaitan..

Persoalannya??
Bagaimana..ana bisa mnyedarkan mereka kerana ana bimbang ana tidak menjalankan ujian sbagai daie..ana juga tidak ingin dicampakkan ke dalam Neraka Jahannam disebbkan kegagalan ana mnjalankan tanggungjawab..

Sbnrnya..satu hakikat yg pahit untuk ditelan..bukan mudah untuk menafikan perasaan yg ada dalm diri kita..kerana kita Insan biasa yg tdak bisa menghalang syaitan dgn bantuan nafsu yng semamangnya wujud dalam diri kita..

Maka..

Kita sendri yg perlu pkirkan jalan penyelesaiannya..cthnya..mencatu penggunaan henset..mnyibukkan diri dgn bersukan..aktiviti berjemaah..mngelakkan bersunyi2an yakni melayani perasaan..mksudnya..kita kenalah sntiasa bercampur gaul dgn insan 2yng mendamaikan jiwa bersyrat-bukan ajnabi..berkasih sayang dgn insan2 yg sepatutnya adalah cara yg ana rasakan pling efektif untuk megelakkan kita daripada terjebaknya drpd budaya berpacaran..

Wallahua'lam...

P/S: Kisah di atas hnyalah bertujuan untuk pengajaran berdasarkan situasi semasa..tak dapat dipastikan sipakah ana sebenarnya di dalam kisah tersebut.............

Kejutan Tntang Air Coke..!!Check It Out...Episod 2

sALaMuN aLaiK..!!

Kenapa Orang Yahudi Tak Minum Coke dan Pepsi?!

Disampaikan oleh seorang sahabat.....
Assalamualaikum kengkawan... 
last weekend,ntah bler dri artikel ni ana post kt sni.. ada ustazah usrah kami beritahu... masa dia belajar kat. mesir dulu, dia punya lecturer ada cerita... 

dulu ada sorang mamat yahudi ni datang egypt to study the muslims' lifestyle kat sana setelah serangan secara fizikal ke atas umat Islam tak berjaya. dianak carik jalan untuk serang cara lain. 

tapi Alhamdulillah, dia telah diberi hidayah semasa dia dok study umat Islam kat mesir tu. dia beritahu lecturer ustazah ni, one of the things the jews do untuk hapuskan keturunan umat Islam is to produce coca cola & pepsi yang di  dalamnya ada chemical to retard the reproduction organs for both men &  women. 

menurut mamat tu, kat israel tak ada jual coke & pepsi sbb diorg tahu apa kandungan kat dalamnya and since jew is agama  keturunan, diorg tak nak le mandul! kalau korang pernah terima  forwarded email pasal bertapa acidicnya coke tu sampai boleh dissolve tulang & gigi (calcium containing compounds) and boleh buat cuci toilet! 

And for ladies..

kalau minum coke boleh cause menstruation if you're a wee bit late. so kalau minum banyak & at that time baru lekat  zuriat, ada chances keguguran le, kan ? Therefore, untuk kemakmuran umat Islam & untuk kesihatan & untuk tak support jewish companies,

P/S: Masih tidak pasti kesahihan artikel ini, namun jika ia benar bayangkan apabila ia masuk kedalam perut kita, bertambah sihatkah kita.. jika tidak benar pun lebih baik menjauhi, bukan kerana kesihatan sahaja malah untuk agama kita..

Kejutan Tntang Air Coke..!!Check It Out..Episod 1

sALaMuN aLaiK..!!
Ana ada terbca mngenai 10 fakta mngenai air favrite rmai dri notes sapa tah kt fesbuk..lantas..ana copy n paste untuk pngethuan rmai..
 ~..nntikan episod seterusnya..~

10 KEJUTAN MNGENAI COCA COLA ?


Begini cternya.......

"Setiap hari selasa ngan rabu aku mesti minum air coke nie lepas training rugbi. Memang sedap air nie. Sedap giler! korunk pun mesti ade yg suke air nie. Sama ada korunk tau atau x, sebenarnya air coke nie ade 10 'kebaikan' yg x disangka-sangka. Aku dpt bende nie dari emel yg member aku bagi. Ape lagi!!

" Fakta seperti yang tersenarai dibawah adalah kajian santifik yang dibuat oleh ahli sains kesihatan/sosial di USA dan Britain serta laporan dari seluruh dunia mengenai minuman ringan Coke : Coca Cola.

Di dalam kebanyakan negeri di US , kereta peronda lebuhraya akan dimuatkan 2 gallon Coke untuk menghilangkan kesan darah di jalanraya apabila berlaku kemalangan. Cam pasukan SMART dan bomba kita tu, Harzadous Team. Cuba tanya Plus Ronda atau Polis Lebuhraya, adakah mereka guna? Anda di rumah diharap dapat mencuba kajian ini :

1. Masukkan tulang dalam satu mangkuk yang diisi Coke, ia akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa 2 hari. Elok untuk yang berniaga sup tulang!

2. Untuk mencuci tandas : Masukkan setin air Coke dalam tandas dan biarkan selama 1 jam dan kemudian 'flush'. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan 'citric asid' yang berada dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau sabun dah habis! Rasa-rasa buat sabun badan boleh tak?

3. Untuk menghilangkan kesan karat dari bumper kereta jenis chrome : Lap bumper dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang!

4. Untuk menghilangkan kesan 'corrosion' atau hakisan pada skru/nat bateri kereta : Tuang saja setin Coke pasti kesan hakisan hilang serta merta.

5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat : Sekali lagi tuang setin Coke, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.

6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit dari pakaian : Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci dan basuh macam biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi berperisa coke.

7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/ melekit ? Celup tuala dengan Coke dan lap.Pasti bersih. Tak payah guna tin sembur cuci cermin cam jual di Yawata tu kerana ianya amat mahal!

8. Bahan aktif Coke adalah phosphoric asid. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Kilang Perwaja/besi mesti suka ni!
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis.
Sila lihat lori yang membawa air sirap Coke dalam lori tangki,[ bukan lori yang bawa Coke siap dalam botol/tin] pasti dilengkapi dengan tanda amaran "Bahan Kimia Bahaya" atau"Bahan Penghakis : bahaya". Lori tangki itu juga diselaputi bahan penghakis hakisan untuk mengelak lori tu dihakis. . Tolong jangan letak/parking kereta berhampiran lori tangki yang ada tanda amaran tu, silap-silap tengah bawak kereta, putus 2 sebab hakisan/karat.


9. Para pengedar minuman Coke telah menggunakannya untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun. Wahh...mesti buat overhaul ni!

10. Kandungan gulanya 18 sudu cawan teh satu tin Coke. Cuba try bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula tu kat rumah dan minum mesti termuntah......................


Tuesday, November 16, 2010

PERHATIAN..!!Salam dari bumi waqafan

Assalamualaikum..

Baru2 ni ana mnerima pesanan drpd sahabat seperjuangan Pasukan Bahas Bumi Agama Arau 2009..nmun dsbbkan sedikit msalah..bru beberpa mnit yg lepas dri msa entry ini ditulis ana mmbaca pesanan beliau..

Nak tahu sapa??

nak tgok full image..klik di pic ats!!

Ni pulak adalah mrupakan pesanan beliau:

Muiin Gogotonggo salam...tin nnt 2long print kan gamba yg tin kna tag 2..pas2 tampal kt dpn blk guru...bole?klo bole sblm sklh abeh...klo xleh xpa.



  • Fatini Ismadi wsalam..sori..bwu blik dri ostel ja..xpa2..insya-Allah..nnti akn diusahakan dgn sbaeknya..
     
    P/S; Marilah bersama2 kita mendoakan kejayaan kitadan juga semua pelajar SMK Agama Arau, xkira yg msih stay di bumi Agma Arau atau di bumi waqafan KISAS..atau di mana2 shja..Kejayaan bkan hya di DUNIA bahkan di AKHIRAT yg kekal abadi..

Friday, November 5, 2010

Sesapa Yg Kureng Hepi..Baca larh..Hehe..


Assalamualaikum..
salam penuh keceriaan..!!

Semoga antum ceria membaca lawak jenaka baru ni..
Ana copy drpd note sapa tah kt fesbuk..

~..Selamat mmbaca..~

Pening gak kepala si cashier melayan karenah pakcik sorang ni..

“Sebenarnya dah lama aku nak cereta pasal kewujudan KFC kat sebuah daerah paling maju di negara kedah..pendang…gila kentang sungguh..sejak dibuka sampai harini..KFC pendang dah mencapai tahap jualan tertinggi diantara banyak banyak kfc kat negara kita.see..betapa orang pendang lapar ayam..3 kaunter full berbaris hingga ke pintu setiap masa setiap hari sejak dibuka..perghhh..pernah tengok kfc kat tempat lain camni?kalau pernah anda dikira beruntung..aku tak pernah tengok lagi..ni fes time tengok..mula mula aku tengok keadaan ngeri ni time cuti raya haritu terus dalam minda terdetik..”fenomena apakah ini??..ya laa…selalu duk makan ikan puyu,pucuk selom,jantung pisang rebus.ikan lampan perkasam..sesekali ada kedai jual ayam goreng salut tepung rangup..semua rakyat pakat celapak biawak la..

Aku sebagai wartasawan yang ditugaskan oleh diri sendiri menerjah selaju cahaya ketempat kejadian..takdak kasi can..menyakar taya kereta pi ke lokasi terbabit untuk lihat dengan mata kepala seniri lalu menemubual beberapa kastemer kat KFC itu..tapi temubual perkara biasa..masuk ja aku terus gelak..haremmm..macam kami duk bincang dulu..mesti cleaner lagi ramai dari cashier..btol..mana tak ramainya..balik dari memukat masuk kfc.balik dari bawa kobota masuk kfc.yang pi kutip skrap pon singgah kfc sebelum balik..jenuh cuci lantai la..kalini aku port btoi2 depan cahsier..pura2 amik straw tapi curi2 dengar perbualan antara kastemer dengan cashier..






cashier : assalamualaikum pakcik..

pakcik : walekumsalam..err.err.

cashier : makan sini ka bawa balik?

pakcik : makan kat sana.(tunjuk meja)..patot ramai..pakat duk makan kat sini..

cashier : err..maksud saya..makan di meja dalam kedai ni atau bungkus bawa balik?

pakcik : ooo..habes tu kalau bungkus tak bawa balik.dia terbang balik rumah pakcik seniri ka.bungkus.

cashier : err..ok..pakcik nak set yang mana?

pakcik : yang setsi ada tak??

cashier : err..maksud saya..pakcik bule pilih set set yang sedia ada kat belakang saya ni.(tunjuk).ada yang 2 ketol ayam.ada yang 3 4 ketol..dia sekali dengan ayaq..bla bla bla..

pakcik : pakcik nak beli ayam setengah kati ja.makcik hang nak buat serunding raya esok..



cashier : pakcik..kat sini juai ayam yang dah siap digoreng la..bukan mentah.

pakcik : kalau camtu..beli teloq ayam dah la.depa kalut nak buat kueh tart..aku mana reti nak beli barang kueh camna..haru btoi.



cashier : errr..err..teloq ayam pon takdak..yang ada ayam goreng ja..makan ratah cicah dengan sos camtu ja..

pakcik : hang pilih ja la yang mana pon..ishh..pakcik tak reti nak pilih pilih ni..yang mana pon takpa.

cashier : pakcik ada berapa orang kat umah?

pakcik : pakcik sorang.anak ada 4 orang.makcik hang maseh sorang..

cashier : ok..kalau camtu saya bagi pakcik dinner plate 2 ya..air nak air gas yang mana ka?

pakcik : huuu..pakcik takleh minum ayaq gas ni.satg reja kentut..angin..teh o suam ka kopi tarik takdak ka?




cashier : takdak..takpa saya bagi milo ais kat pakcik.ada nak tambah wedges ka?

terliur gak tgok nih..haha



pakcik : huu?natang apa tu?

cashier : kentang goreng.senang creta..cucur ubi.

pakcik : ha bule la..bagi cucur ubi seringgit cucur pisang seringgit..campur..kerak boh lebih..

cashier : err…ok ok..(segan layan)

cashier : semua sekali RM 34.50..

Ayam pkcik nih xckup satu..haha
 pakcik : tudia aih..mahal gila..ayam berapa ketoi?(buka plastik tengok)..6 ketoi ja sampai 30 lebih..p market bule beli ayam 3 ekor.tak mai dah.(buka wallet bayaq)

cashier : err err..terima kaseh pakcik..datang la lagi..

pakcik : tak kelapaq mai dah.

huuu..aku yang duk ada kat situ..senyum sinis lalu blah masuk dalam kereta dengan muka bingung.baguih gak..depa kena sekali camtu..lama lama kFC tu semakin berkurang la..huu..tu tak buka McD,Pizza,Kenny Roger apa lagi..kalau tak lagi teruk..aku rasa..si cashier tu kompem berenti lepas kena dengan kastemer macam tu 2 3 org..kalau hampa tak caya keadaan ni..hampa pi la pendang tengok..sampai sekarang tak surut..dan dengar cereta..coleslaw terpaksa ditukar dengan acar limau..manakala beberapa menu KFC terpaksa ditukar demi kesesuaian keadaan”..


Best kan ceta nih??
P/s:kat tmpat ana pown yakni Kota Metropolitan DiRaja Arau..pown bru ja bukak kfc..antum nak tau apa yg bebudak buat bla hrga yg dbyaq mahai xsangga??depa angkut btoi sos blik..yalarh..kalau 2 ktoi aym..syur ciput..kentang xsbrpa + ayq gas =RM 9.00 lbih kurang..haha..

katanya..kfc mahai sbb kira skali dgn sos..so depa pown angkut r bwak blik..xlama kepsi arau pown lingkup gak..tpi depa bkan curik..dpa bli sbb sos kan dsediakan ana pwn penah buat,,hehe

Thursday, November 4, 2010

Sedih Nih..Baca Larh...Kisah Ayah dan Anaknya..

Salamun alaik!!
sesapa pown bisa mnangis sih ble bca kisah nih..ana hmpir mnangis jgak






Kisah Si Kecil Ita...

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya....kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.

Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.

Pulang petang itu, terkejut besar pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran yang belum habis berbayar, berbatik-batik.

Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, 'Siapa punya kerja ni?' Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. .Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.

Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !''Saya tak tahu Tuan..!

''Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?' herdik siisteri lagi.

Bila anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata 'Ita buat ayahhh.. cantik kan !' katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.

Dengan kasih murni seorang anak yang belum memahami apa-apa, menarik lembut poket seluar abahnya, manja.

Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya didepannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.

Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa, sungguh kesian dan teramat sedih, namun dia sangat takut .

Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya. Selepas merasa puas, si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu. Pembantu rumah segera memeluk dengan penuh sayang dan duka, cepat-cepat menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.

Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.Menangis teresak-esak keduanya, dalam bilik.Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.

Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anakbengkak. Pembantu rumah mengadu. 'Sapukan minyak gamat tu!' balas tuannya, bapa si anak.

Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.

Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. 'Ita demam... ' jawap pembantunya ringkas. 'Bagi minum panadol tu,' balas si ibu.

Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. 'Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap' kata majikannya itu.

Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.

'Tiada pilihan..' katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana jangkitan yang sudah menjadi gangren sudah terlalu teruk.

'Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah' kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dirinya tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan.

Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakanhabis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga, melihatkedua- dua tangannya berbalut putih.

Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah.Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata...

'Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama.' katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.

'Ita juga sayang Kak Narti..' katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.

Tidak seorang pun yang melihat suasana itu tidak menangis.... 'Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan, macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi,' katanya bertalu-talu.

Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraunglah dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya..

"Didiklah dan pukullah anak anda dengan penuh kasih sayang, bukan untuk lepaskan geram & marah anda...." (,")(",)

Inginkan Cinta Allah..Ada 10 Perkara Yg Perlu Kita Tahu!!

Salamun alaik..
kalau rsa mcm cara pnyampaian entry nih agk berat..cukuplah dgn baca tulisan yg warna HIJAU

1) Membaca al-Qur’an dengan merenung dan memahami kandungan maknanya sesuai dengan maksudnya yang benar.

Itu tidak lain adalah renungan seorang hamba Allah yang hafal dan mampu menjelaskan al-Qur’an agar difahami maksudnya sesuai dengan kehendak Allah SWT. Al-Qur’an merupakan kemuliaan bagi manusia yang tidak boleh ditandingi dengan kemuliaan apapun. Ibnu Sholah mengatakan

“Membaca Al-Qur’an merupakan kemuliaan, dengan kemuliaan itu Allah ingin memuliakan manusia di atas makhluk lainnya. Bahkan malaikat pun tidak pernah diberi kemuliaan seperti itu, malah mereka selalu berusaha mendengarkannya dari manusia”.

Perkara ini boleh dilakukan umpama seseorang memahami sebuah buku iaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. (Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an)


2) Mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah-ibadah sunat, setelah mengerjakan ibadah-ibadah wajib.

Orang yang menunaikan ibadah-ibadah fardhu dengan sempurna mereka itu adalah yang mencintai Allah. Sementara orang yang menunaikannya kemudian menambahnya dengan ibadah-ibadah sunat, mereka itu adalah orang yang dicintai Allah. Ibadah-ibadah sunnah untuk mendekatkan diri kepada Allah, diantaranya adalah solat-solat sunat, puasa-puasa sunat, sedekah sunat dan amalan-amalan sunat dalam haji dan umrah.

3)T
erus-menerus mengingat Allah (zikir) dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya.
Kadar kecintaan seseorang terhadap Allah bergantung kepada kadar zikirnya kepada-Nya. Zikir kepada Allah merupakan syiar bagi mereka yang mencintai Allah dan orang yang dicintai Allah. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Sesungguhnya Allah aza wajalla berfirman :”Aku bersama hambaKu selama ia mengingatKu dan kedua bibirnya bergerak (untuk berzikir) kepadaKu”.
Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan zikir kepada-Nya.

4) Cinta kepada Allah melebihi cinta kepada diri sendiri walaupun dikuasai hawa nafsunya.

Melebihkan cinta kepada Allah daripada cinta kepada diri sendiri, meskipun dibayangi oleh hawa nafsu yang selalu mengajak lebih mencintai diri sendiri. Ertinya ia rela mencintai Allah meskipun berisiko tidak dicintai oleh makhluk dan harus menempuh berbagai kesulitan. Inilah darjat para Nabi, diatas itu darjat para Rasul dan diatasnya lagi darjat para rasul Ulul Azmi, lalu yang paling tinggi adalah darjat Rasulullah Muhammad s.a.w. sebab baginda mampu melawan kehendak dunia seisinya demi cintanya kepada Allah.
5)Merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah.

Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah, fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (kerana mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

6) Memerhatikan kebaikan, nikmat dan kurnia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir mahupun batin akan mengantarkan kita kepada cinta hakiki kepada-Nya.

Tidak ada pemberi nikmat dan kebaikan yang hakiki selain Allah. Oleh sebab itu, tidak ada satu pun kekasih yang hakiki bagi seorang hamba yang mampu melihat dengan mata batinnya, kecuali Allah SWT. Sudah menjadi sifat manusia, ia akan mencintai orang baik, lembut dan suka menolongnya dan bahkan tidak mustahil ia akan menjadikannya sebagai kekasih. Siapa yang memberi kita semua nikmat ini? Dengan menghayati kebaikan dan kebesaran Allah secara lahir dan batin, akan mengantarkan kepada rasa cinta yang mendalam kepadaNya.
7) Menghadirkan hati secara keseluruhan (total) semasa melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya inilah yang disebut dengan khusyu’.

Hati yang khusyu’ tidak hanya dalam melakukan solat tetapi dalam semua aspek kehidupan ini, akan mengantarkan kepada cinta Allah yang hakiki.

8)Menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir.

Di saat itulah Allah SWT turun ke dunia dan di saat itulah saat yang paling berharga bagi seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya dengan beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an) dan solat malam agar mendapatkan cinta Allah. Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

9) Bergaul bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para siddiqin.
 
Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahawa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

10)Menjauhi segala sebab yang dapat menghalang komunikasi antara dirinya dan Allah SWT.

Semoga kita sentiasa mendapatkan cinta Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap degup jantung dan setiap nafasnya.
Ibnul Qayyim mengatakan bahawa "kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati."

5 Ujian-Tanda Allah Cinta Sama Kita!!


تبسم فإن الله ما أشقاك إلا ليسعدك

1- Senyumlah… Sesungguhnya apa yang bebankan atau menyusahkan kita, adalah untuk membahagiakan kita.

 


وما أخذ منك إلا ليعطيك

2- Apa yang Allah SWT ambil dari kita adalah akan dianugerahkan di Akhirat kelak.

 

 


وما أبكاك إلا ليضحكك

3- Apa yang Allah SWT menyebabkan kita menangis, adalah kerana Allah ingin melihat kita ketawa di akhirat kelak.

 

 


وما حرمك إلا ليتفضل عليك

4-Apa yang Allah SWT haramkan untuk kita adalah supaya kita mendapat kebaikan daripadanya.


وما ابتلاك إلا لأنه يحبك

5-Apa yang Allah SWT turunkan atau timpakan bala adalah tanda Allah SWT mencintai kita.


جعلك الله ممن نادى بهم الملائكه قائلاً: إني أحب فلان فأحبوه

Semua mereka yang menerima  bala atau  ujian  Allah SWT,  Allah SWT  akan arahkan Malaikat untuk menjemput kita di Akhirat kelak dengan FirmanNya :
Sesungguhnya Daku mencintai si fulan kerana Si fulan telah terbukti mencintai Daku