Followers

Sunday, May 29, 2011

..~Indahnya Saat di KI.. Episod 1~

Salam ukhwah..
Dah lama ana xberblogging..
Dah ramai follower yg maybe hampa..asal jenguk blog nh..xde post baru..Ececece..tanak ngaku antum slalu jenguk teratak ini.. 
Dushh.. xperlu suma tuh..

Ok2..mukadimah dh settle..pndek kan mukadimah ana kali nh??..
Ana teruskan dgn prmintaan rmai shbt2 ana..nak tahu scenes at KI.. Haa!! What is KI.. It stands for Kolej Islam..n kt Malaysia cume ade satu je iaitu...........pandai2 r teka..tpi, ana xpernah bangga dicampakkan Allah ke bumi itu xcept waktu first time tgok surat tawaran yg smpai 1 masa dulu..

Then, bla ana dh tahu..t/jwb ana sebagai penyambung tarbiyah di bumi KI aka Bumi Waqafan..cuak kot..eh, bukan ana ja yg cuak..hmpir sume Batch 57 yg ana cintai kerana Allah akan rasa perasaan camtuh..am i right?

lawa kan??tpi msti visitors terkezutt klau xplore sekolah aka kolej nih..lbih2 lagi muzium simpanan pelajarnye(aspuri r)


Indahnya saat di KI??
Kalau org yg fahamannya tntg KI senget2 sket msti kate "bajet arh budak nh"
Kalau yg mmg syg KI "hmm..agak r..byk kot kenangan kt KI"
Kalau yg mghayati keindahan tarbiyah di KI..mereka akan paham di mana indahnya saat di KI..
Hmm..klau boleh ana nak jdik golongan yg terakhir..Doakan ana ye..

Kisahnye..........
Hari nih Sabtu..
KP stands for Ketua Pelajar aka Pengawas dah announce:
PERHATIAN KEPADA SMUA WARGA ASPURI..ANDA DIBERI MASA 1 MINIT LAGI UNTUK MENINGGALKAN KAWASAN ASRAMA

Hah!! Even ana yg dh kt luar pun rasa agk bengang dgn announcement tu..apatah lgi yg kt dorm..tpi bukan bermakna ana bengang dgn KP..Dushhh!! Agak2 r..ana xsmpai hati r nak bengang kt KP yg byk keje tuh..(xde niat nk bodek ke ape..)

Di dalam kelas prep: Smua kuarkan buku n ape lgi studi r..
exam fever ar..trmasuk diri ini..tbe2 tingat mama kt Perlis..Klang dgn Perlis jauh kot...tringat pesanan n harapan org Perlis..huaaaawaaaaa!!! touching doe..tbe2.."akak KP dtg kelas..Fatin Fatini mak datang" "biar betol akak"(dgn nada yg bajet kontrol..hablum minan nas tuh kene dijage).."eh xlah..akak gurau je" dushh!!! Sebak hati ini hanye Tuhan yg tahu..akak KP yg disayangi!! akan kene tahu kesensitifan ana yg umhnye jauh..ble akak maen2 bnde camnih..syahdu r hati ini..tpi xpe..saye maafkan akak..mybe akak igt saye budak selangor..
P/S: Rmai budak KI ingat ana budak selangor..hahahaha..padahal perlis je pun..soe2..xde niat nak lupe asal-usul..

Sorang akak dari umh ALI kt luar kelas berkata:
"KB 57..awak kene siapkan Banner untuk hari guru..pandai2 lah awak bahagi 4 rumah (ALI, OMAR, THARIQ n KHALID)..ni ade kata2 yg muslimin sediakan untk letak dlm banner..Yg akak tahu esok pagi kene siap"

(Dlm hati)
Huaaaawaaa..cmana nih..ana dh lar byk keje..studi pon byk xhabes..stress dgn budak 401 yg sgtlah hebat kurniaan Allah kpd mereka..(mcmne boleh sest klas tu xtau...huh)

Maka..
Berjalan dari kelas ke kelas...
"Assalamualaikum..maaf ganggu masa prep antunna tpi kite ada keje yg telah diamanahkan untk disiapkan..sila bergerak ke 412"

Suasana kecoh..smua muslimat pegi 412..Ana terangkan yg sume muslimat kene siapkan banner..
Alhamdullilah..positive feed back..sume bgi kerjasama..
Ya Allah..indahnya saat itu..ana xsgka selancar itu prjalanan pembahagian kerja..xde yg mmberontak..boleh kate..ana rasa dihargai..Alhamdulillah.. Batch 57 yg terhebadd.. penyambung roh dakwah..penghidup biah solehah...Amiiiiiinn

Suddenly, 
"Fatin Fatini..sila pegi dekat laluan dpn Bilik Simulasi Mate..ada akak nak jumpe"...
Dushhhh..
Dh agak dh..
Mesti akan jdik sumthing..
Yeah..i'm right..ana kena sound sbb buat prjumpaan batch wktu prep..
Ya rabb!!
Akak!!
ana bukan buat prjumpaan batch..cuma ana terdesak..bnda nih kena siapkan esok jugak..(kataku di dalam hati).."kenape tak buat lpas prep? Byk lagi masa" Akak..lpas prep ramai muslimat form 4 ade prjumpaan usrah (kataku juge dlm hati).."Bukan ke akak dh pesan awal2 lagi, nak buat perjumpaan kene inform akak @ sorang lagi akak.." Balasku besuara "Ok akak..ana mintak maaf..ana janji lpas nh..klau ade prjumpaan batch ana bgitahu akak..

Ape perasaan antunna, klau kt tmpat ana..ana kuatkan kaki melangkah..manik2 jernih mule mengalir prlahan..sederhana..deras seketika..ana muhasabah diri..yeah..mybe ana xckup IKHLAS ketike trima taklifan(tugas) tdi..Allah dh byr untuk ana ddnia ini..Dunia gelap seketika..Saat itu..ramai shbt yg dtg tenangkan ana..mereka nak tahu kisah yg berlaku..ana diamkan..ohh..INDAHNYA UKWAH di KI..terasa hangat tangan sahabat mengusap ana..mmberi kata2 semangat..w/pun mereka xtahu apa yg terjadi..

Sbnrnya..pnjg lagi cter..nnti ana smbung episod dua larh yer..
Pengajaran:
1. Pastikan setiap keje yg kite lakukan xkira di mna untuk apa adalah semata-mata untuk mencari keredhaan ALLAH..
2. Ikhlaskan hati..sbb, Allah boleh byr cash on the spot klau Dia nak..
3. Jangan simpan dendam trhadap sesape saje..Dendam yg tersimpan akan mjdi hijab untk kite nanges kerana takutkan Allah..

UKHWAH itu Indah..
Ukhwah pintu REZEKI..


Monday, May 2, 2011

~..Sekadar Mengingatkan..~

Salam ukhwah..
Rindu kot nk berbloggong..tpi dsbbkan msa yg teramat xde n mid-year exm sgt mghntui fikiran nh..
Ana trgerak untuk share sbuah kisah..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah dakwah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain. Pada sa...tu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” “Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” “Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Kalau begitu, benarkan saya pergi ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya. “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!” “Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu, namun gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Dan akhirnya pintu rumah itu dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. “Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu.” kata makcik itu dalam nada yang penuh lembut. Minggu berikutnya sebelum khutbah solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan sedikit tazkirah. Sebelum selesai tazkirahnya dia bertanya “Ada sesiapa nak bertanya atau menyatakan sesuatu.” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini”. Air mata mulai bergenang di kelopak matanya. “Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”. “Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu” “Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”. “Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka…..Aku tak perlukan itu lagi”. “Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu, ALLAH Maha Esa. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka” Semua para jemaah mengalirkan air mata. Mereka mengucap syukur pada Allah. Ramai juga yang bertakbir, ALLAHUAKBAR! Imam lantas meluru menuju ke arah anaknya dan terus memeluk anaknya yang berada di bahagian saf hadapan dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat. Sebarkanlah cerita ini. Ingat, sesungguhnya ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kita semua! Allahu Akbar!

P/S: Kpd pmbaca..hrpnya, dptlah diambil mutiara drpd kisah nh..esok (2 Mei) ana kena blik KI..Doakan ana dpt catch up physics..n doankan jugak kemantapan iman kita suma ummah seaqidah..Amiin..

*ayh dh warn byk kali suruh tido..hehe