Followers

Wednesday, September 24, 2014

Menjadi al Akh dan al Ukht Yang Benar

Menjadi al Akh dan al Ukht Yang Benar
Edisi: Taadud Jemaah

Bismillah.

Disklaimer:
Setelah begitu lama meninggalkan dunia penulisan yang serius. Tempoh dua bulan bercuti di Malaysia ada lah akhirnya terhasil empat, lima artikel yang penuh pemerhatian. Ditulis dengan teliti; menggunakan fakta - fakta (yang membosankan jika dibaca tanpa ulasan). Kemudian akhirnya, ditakdiirkan Allah al Azza Wajalla satu artikel berkisar politik pada pandangan saya yang marhaen ini tersiar dalam laman sesawang The Malaysian Insider. Alhamdulillah.

Saya bukanlah sesiapa untuk mengulas tentang gerabak yang menjadi jalan untuk saya mendekatkan diri mencari mana satu redha Allah dan mana satu kebenaran, menilai di antara kebatilan di tengah - tengah kebenaran. Mengenal istilah dakwah dan tarbiyah sudah sekian lama kerana sememangnya saya pencari cahaya di tengah - tengah dunia menawarkan kegelapan. Ditakdir Tuhan tercampak di Kolej Kampung Jawa (KKJ) untuk belajar erti sebuah kehidupan. Pada saat, di sana sudah memahami serba sedikit istilah taa'dud jemaah (kepelbagaian organisasi dakwah) , satu demi satu jemaah telah dicuba seawal tamat Sijil Paling Mudah (sumpah menipu kalau kata mudah SPM tu. Hehe) 

Berpeluang meneroka satu demi satu jemaah dengan kepelbagaian sahabat sekolej yang masing - masing mempromosi jemaah mereka buat aku berfikir lama. Bukan sedikit sebenarnya daurah jemaah yang pernah saya turut serta, semuanya yang benar - benar berlandaskan al Quran dan as Sunnah. Lalu, berfikir seberapa lama, apa mungkin hadaf menuju redha Allah yang sama tetapi jalan kita berbeza - beza? Sehingga ketika aku menulis artikel "Kecenderungan alumni ___________ (nama sekolah saya) untuk tidak ikut jemaah", banyak permintaan untuk artikel mengulas isu taadud jemaah.

Maka dengan izin Allah, alhamdulillah. Semester baru Tahun 1, kelas tiga hari seminggu membuatkan tergerak pada rasa untuk membuat 'come back' pada dunia blog. Agar catatan - catatan ini lebih tersusun dan harapannya pada satu masa artikel yang ada boleh dibukukan untuk tujuan rujukan seperti 'Ikhwah Pakai Jeans' atau mungkin 'Hammasah as Syabab' insha allah. Woah! Agar mungkin nanti, catatan - catatan ini perlu aku gali semula saat mulai futur, iman mulai mengendur.

"Nuun. Demi pena dan apa yang mereka tulis"
68:1


MERAIKAN KEPELBAGAIAN

Dalam persoalan fiqh ibadah kita mampu meraikan perbezaan khilaf antara empat mazhab yang semuanya berasaskan al Quran dan as Sunnah, mengapa dalam persoalan perbezaan jemaah yang semuanya berkiblatkan dua tujuan yakni dakwah dan tarbiyah kita perlu berbalah. Adik - adik yang belum dikader akan mendapat persepsi buruk mengenai jemaah lain. Kononnya, jemaah yang dibawa oleh al ukht itu lah yang paling baik di dunia. (fakta berdasarkan realiti mahasiswa Malaysia dan mungkin sesuai dipadankan di Timur Tengah juga) Al ukht dan al akh sibuk mencari target adik baru datang. Adik - adik yang berpotensi untuk dikaderkan. Tidaklah salah fenomena mencari kader - kader baru. Tetapi bukan dengan cara memburukkan jemaah lain. "Dakwah is not ; i am the best but let me show u what is best in this deen" 

USRAH VS JEMAAH

Berulang kali diasak dengan soalan. Boleh ke saya ikut usrah tapi taknak bergabung dengan apa - apa jemaah? Boleh ke saya nak ikut usrah tapi taknak 'join' daurah. Boleh ke? Boleh ke? (banyak sangat soalan boleh ke macam ni die punya stail)

Sebenarnya yang paling perlu difahami manhaj tarbiyah (jalan - jalan tarbiyah) ini memerlukan kita melalui fasa - fasa yang banyak. Analogi yang cukup mudah, sekiranya nak lepas IV Bank Negara, Petronas, JPA hatta IPG sekalipun, kita perlu melalui banyak persediaan dan peringkat temu duga sebelum kita benar - benar jadi 'scholars' yang ditaja penuh bergaya. Itu baru proses keduniaan tahu. Inikan tarbiyah yang perlu kita pasak dalam diri. Kita memerlukan jalanan (manhaj) atau proses yang panjang dan lama. Cuma perlu bayangkan, sekiranya kita tidak intima' (menyertai) apa - apa jemaah yang kita yakini, apa mungkin manhaj yang bermula dengan usrah, daurah, mukhayyam, jaulah, rehlah dan lain - lain secara tersusun (secara tersusun) boleh kita sertai untuk mencapai tahapan seorang dai yang sahih fikrah, sahih ibadah, sahih aqidah? (soalan untuk renungan) Apa mungkin sekiranya kita bersendirian kita mampu untuk membentuk diri kita tanpa murobbi? (sekiranya mampu, Alhamdulillah)

MENJADI AL AKH YANG BENAR

Sayugia telah menjadi sebahagian daripada ikhwah atau akhawat. Sesuatu yang sangat aneh sekiranya di mulut masih lagi penuh dengan perkataan kurang enak didengar. Ayat "mampus kau ah" sekiranya terucap dari bibir seorang al akh dan al ukh saya percaya terkesima habis audiens yang berada di sekelilingnya. Betapa, besar penangan qudwah yang perlu ditonjolkan oleh seorang al akh atau al ukht. Bukan apa, seorang al akh atau al ukht ialah satu jenama kepada Islam bukan jenama kepada jemaah. Tidak bermakna, al akh atau al ukht itu maksum. Terkadang, ada masa - masa, mereka juga tersubuh gajah, terkentut bebunyi pada saat jenuh menahan angin (luls), terjerit kuat dek memanggil 'member' yang jenis telingan tak berapa nak dengar sangat.

Sungguh.

Ada masa - masanya, ketika kita mengadu masalah kepada al akh atau al ukht. Mereka tidak punya masa respons atas aduan kita. Yelah, kucing jirang depan rumah mati pun kita nak ngadu dekat al ukht kita. Mentang - mentang dia murabbiah kita, kita fikir dia tidak ada kerja lain lah selain melayan waksep kita, memdengar curhat kita, jadi 'booster' yang 'boost up' iman kita 24/7? Sedang al akh atau al ukht juga manusia biasa. Ada masa - masanya, mereka juga memerlukan masa untuk respons kepada aduan kita.

Perlu diingatkan.
Andai kita menyertai gerabak ini kerana terhutang budi kepada al ukht atau al akh yang bersusah payah membawa kita menyertainya, belanja makan, bersusah - susah untuk kita. Kita suatu masa sekiranya mereka tidak lagi berbaik - baik dengan kita atau terpisah seketika. Apa mungkin kita mampu istiqamah bersama gerabak ini?

Sekian.
Untuk difikirkan.
Moga Allah redha.

240914
BFSU

No comments:

Post a Comment