"Isk Isk Isk"Tangisan seorang sahabat ditahan. Matanya merah sebaik sahaja masuk ke kelas yang bukan kelasnya.
Menangis lagi.
Hidup dengan tangisan lagi. Bukan dia tak tahu, dia punya Allah tempat meluahkan perasaan dan bergantung harapan, tapi apakan daya dia juga seorang insan. Lalu, empat bersahabat yang sebelum ini cuma sekadar kawan setingkatan mula menenangkan.
Alhamdulillah.
Ada yang peduli.
Sepikul tanggungjawab dan segunung impian untuk merangkul kejayaan membuatkan dia sering tersungkur melayan perasaan.
Di saat itu, muncul empat sahabat menumpangkan bahu berkongsi bebanan.
Alhamdulillah, Dia aturkan !
_____________________________________________________________________________
بسم الله
السلام عليكم
Post yang aku tulis ni khusus sahabatsahabatku di jalan Allah:
AthirahSahira
Minhalina
AthirahHani
Nazihah_____________________________________________________________________________
Lagu berlagu sendu.
Hati bermelankoli sendiri
Langit yang disangka cerah hujan di tengah hari.
Aku ingat dan sentiasa terpahat di ingatan.
Memori demi memori yang kita cipta bersamaSaatnya bermula, bila aku mula join grouping study dengan korang. Lepas exam Mac aku yang teruk sangat. Dua subjek kot failed ! Walaupun addmate waktu A. Rasa seolah-olah tiada harapan lagi. Aku mencari semula kekuatan. Allah takdirkan aku jumpa korang. Setiap hari, waktu prep, aku belajar dengan korang. Korang. Athirah sanggup ajarkan aku. Satu-persatu. Aku ingat lagi saatnya kau athirah ajar Biology chapter Coordination kat dalam dorm. Ko ajar aku dengan penuh kesabaran, kasih sayang. :'( Aku terharu ! Pertama kali, aku rasa orang peduli aku soal pelajaran, walaupun lepas tu berkali-kali aku rasa :)
Lepas tu, kita berlima selalu belajar lagi sama-sama dalam kelas setiap petang. Sebelum Exam Mid Year. Kita lawan ngantok sama-sama. Bincang sama-sama. Dengar luahan perasaan sama-sama. Pujuk sapesape yang bad mood sama-sama.
Ingat tak, kita tak akan mula belajar selagi ada di antara kita tengah sedih?Waktu Exam Mid Year. Kita belajar sama-sama kan? Banyak kot benda yang kita bincang masuk, maka bertambah keyakinan kita bahawa pertolongan Allah dalam jamaah seperti maksud hadis tu.
Ingat tak, Naziha belanja kita ais krim sebab dia tak datang petang tuh? Pastu, dia pergi buat announcement kat bilik KP panggil nama kita berlima
Ingat tak, time aku nangis sempena peristiwa ambil gambar kelas?
Ingat tak, peristiwaperistiwa sebelum SKK?
يد الله مع الجماعة
_________________________________________________________________________________
Selepas kita semua dapat tahu keputusan mid year, serius, buat pertama kalinya aku bagi orang lain tahu markah. Selama ni sepanjang aku kat KISAS, tak pernah aku buat macam tu.
Prinsip kita: Jujur dan Ikhlas!
_________________________________________________________________________________
Tak lama lepas tu. Kita bertambah-tambah akrab. Setiap hari waktu rehat aku turun 506. Ada apa-apa, aku bagitahu korang orang 1st.
Korang nak tahu sebab apa?
Sebab, korang pendengar terbaik aku !
Terima kasih weh sudi dengar apa saja dari aku.
Sudi bagi aku tumpang bbiskut.
Bagi pandangan untuk banyak perkara.
Tiba-tiba, ada pengisyhtiran program 'Buddy'.
Korang ingat tak?
Aku ingat lagi setiap kali nak keluar dorm, seharusnya Athirah tegur aku
Nak pergi belajar dengan Sha lah tu.Aku cuma penyokong kuat program Buddy tuh. Aku rasa lain macam. Yelah, mestilah beza belajar dengan group & buddy. Tapi aku buat dek ja. Gagahkan hati. Ermm, masa tu dah nak dekat trial. Au topup rasa bersalah aku kat Athirah dengan belajar dengan dia setiap kali habis prep malam. Serius, aku bersalah !
Ingat tak korang.
Surat aku yang aku tulis
Aku yang patut...........................................................Alaa, yang bagi kat Dewan Besar tuh?
Masa berlalu bagaikan berlari
Meninggalkan kita bersama memori
Aku pendekkan cerita.
Klimaks kepada terjadinya benda nih, waktu aku tertinggi suara sebelum pergi Dura kat korang.
Serius, bukan niat aku ! Bukan kebiasaan aku ! Bukan dari hati aku. Aku tak sengaja
Lepas tu, kesian Athirah. Lepas aku bagi dia surat yang kedua kat DUA tu.
Aku juga manusia weh.
Banyak khilaf.
Ukhwah ini teruji.
Pedih di hati dengan peristiwa malam tu aku tambah lagi dengan kata-kata aku pada secebis kertas.
Ibarat luka parah dititiskan air limau ke atasnya !
Korang telan je kan semua tu.
Korang cuba terima aku juga insan.
Yang punya terlalu banyak kekurangan.
Yang aku takut.
Korang beranggapan. Madu dibalas susu basi..
Tapi, semua ni berlaku dengan secantik-cantik aturan :)
Athirah,
Ingat tak lepas SPM, kat Berjaya Times Square, korang lambailambai aku kat atas.? Kesian korang. Penat lambai aku. Lamaa.. Baru aku nampak. Aku rasa bahagia dengan lambaian tangan korang. Macam tiada dendam atau kenangan pahit antara kita.
Athirah,
Ingat tak malam kau call aku lepas kita check result DQ tu? Jujurnya, terlintas kat hati aku nak call kau. Tiba-tiba, ko yang call aku.
Waktu tu aku rasa bersalah aku dengan kau tak habis lagi sebenarnya.
Dan.
Hani, Min, Naziha.
Terima kasih juga untuk segalanya !
Mungkin ungkapan ini lebih layak untuk korang
جزاكم الله خير الجزاءMoga Allah balas setiap kebaikan korang dengan sebaikbaik balasan:)
Dan satu kesimpulan untuk korang.
Akhirnya, korang tahu dan sedar yang hakikatnya,
Aku memang sangat-sangat tidak sempurna! Insan biasa yang punya seinfiniti khilaf.
hurm.. stiap yang berlaku.. Allah yang aturkan.. Allah beri ujian untuk kiter kuat dan rasional mengahdapi ujian yang sama pada masa hadapan... terima kasih juga duhai sahabat... minta maaf untuk segalanya,, ;) -athirahsahira-
ReplyDelete:'(
DeleteKo rasional dlm setiap tindakan.
Err, ingat lagi tak yang ko terus lompat bangun dari katil lepas dengar aku kejutkan Afiqah?
Allah.
Aku rsa bahagia bila ingat balik :)
Salam alaik Fatin Fatini Ismadi !!
ReplyDeletekalau hi-light yg aq bg tu dah hbs nnt g refill (:
kami xamik SKK , so tu lah yg nk bg kau semangat blaja SKK walau kami xde (:
cantikk kan warna warni mcm ukhwah kita n also the SHAPE ! walau kau dah cabutkan satu persatu...mula2 min terkejutt jugak bila tengok...HEADSHOT, dah jd mcmtu highlight tu...but then min KETAWA..haha so cute lah fatin...
n lagi satu yg xboleh lupa..kau tdur atas aq kat musolla ptg masa hari guru...kebasss kaki tp xsanggup nak kejut sbb nmpk letihhh sangat...hehe..
sayang kau ! hehe <3 Minhalina