Followers

Tuesday, January 1, 2013

Dia Juga Manusia. Sudahlah !!


بسم الله
السلام عليكم


Syukur padaNya. Saat ini kita masih ada kesempatan masa untuk terus berhubung denganNya
Selawat dan salam ke atas junjungan kekasihNya yang mulia Muhammad SAW. 

Peringatan: Khusus untuk diri saya sebelum anda !

Pernah 'admire' sesama manusia ?!
Atau sekurangkurangnya terlalu suka kepada pembawaan identiti dia.
Bila dia mula bersuara, anda atau saya jadi terpana.
Bila dia mula berkarya, anda atau saya terbuka mata.
Bila dia melintasi anda atau saya, keruan tidak terkata.

Err. Mungkin pernah bukan?! 

Contoh:
Mak Temah seorang hard fan kepada Datuk Siti Nurhaliza. Satu hari Datuk CT bermalam di rumahnya. Oh, sungguh tak terkata perasaan Mak Temah. Dari langkah mula kaki CT ke rumah Mak Temah, gaya badan, warna baju, semua Mak Temah ambil tahu.

Dan cuba anda dan saya masukkan dalam situasi diri kita.

Contoh. Saya begitu pantang mendengar pengucapan awam yang cantik susunan bahasanya. Sungguh, saya terpana, terdiam suka seribu bahasa. Walaupun, cuma yang menyampaikan seorang manusia biasa.

Situasi ini bukan situasi luar biasa sekiranya berlaku kepada gender yang sama.
Menipu lah kan kalau kata Lee Chong Wei tak ada peminat gender sama dengan dia.
Lagi menipu kalau kata semua penyokong kipas mati Nurul Izzah Anwar, perempuanperempuan belaka.

Kalau kita 'admire' atau 'impress' atau 'adore' atau 'take a shine' atau 'take a fancy' atau 'be bond' yang maksudnya semua lebih kurang sama (sumber: klik untuk pengesahan), kita akan buat macammacam untuk tahu pasal dia. Mungkin sekerat malam kita dihabiskan masa untuk 'stalk' dia. Lepas tu, bertambahtambah lah tahap ke'adore'an kita pada dia.

Contoh:
"Fuhh. Patut lah anak genius, mak bapak, atuk, nenek, makcik dia semua genius !"

Hebat sekali anda atau saya
Habis salasilah keturunan, hobi, warna mata, jenis darah (err, melampau sebenarnya kalau sampai macam tu anda atau saya tahu) .

Pendek kata, anda atau saya boleh buat lah buku biografi pasal dia !

Tapi..
Ketika berkirakira mahu penuhkan lomponglompong hati sejak dunia-batu-kaca itu ditinggalkan.


Dunia-Batu-Kaca

Terfikir sendiri. Kata di bibir manis tertanam tebu, 
"Aku cinta Rasulullah SAW.  Sumber inspirasi aku. Katakata. Perbuatan. Pengakuan Habiburrahman jadi itu panduan hidup aku. Kalam suci al Quran tinggalan kekasih utusan ar Rahman mahu jadi bekalan."
Tapi. sekadar lafaz yang tersimpan tanpa pembuktian amalan, tak cukup Fatin !
Bak kata pengetua KISAS waktu interview 27hb Disember 2012, "kalau niat nak masuk KISAS, borang permohonan pun tak isi. Tak jadi" 

Sambung balik.
 Stalk manusia yang tiada apaapa sudah menjadi satu trend. Tidak kisah masa terbuang. Mata berair menahan fitrah manusiawi. (Err. aku tak kata aku tidak terkecuali)
Point aku:
Kalau manusia yang tak mampu beri jaminan kita apaapa, kita sanggup meredah jaringan alam maya untuk kenal sama mereka.

Err, yang mahu stalk ulama'. Silakan ! Tiada fatwa isytihar perbuatan anda atau saya itu SALAH. Jomlah kita samasama stalk peribadi manusia yang 'confirm' boleh bagi kita pertolongan, yang serius banyak kat sana nanti. Kita tak tahu bila akhir usia kita. Mungkin 'time' korang tengah baca 'entry' nih, aku yang menaip sudah tak ada lagi.

Again: Probably ! 

Ajal maut, ketentuan, jodoh. Semua tu kan di bawah kuasa Allah. Kita hakikatnya tak tahu dan takkan pernah tahu

Jom, usha kat bawah tu :)


Surah al Ahzab ayat 32

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu 

bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,

serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


Highlight:

Bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dab balasan baik hari akhirat.

Yang terakhir.
Selepas banyak betul stalk manusia manusia biasa. Jom stalk Rasulullah SAW.

Test skit.
Apa warna kegemaran Baginda?
Makanan kegemaran?
Nama anak-anak Rasulullah?
Siapa majikan Rasulullah SAW sebelum Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah?



Err.
See.

Dah. Jom Jom !
Err.. Beli sekali majalah Jom edisi baru.
Contact aku kalau nak murah :)

Sekian.
Wallahua'lm


No comments:

Post a Comment