Followers

Monday, February 18, 2013

Abdullah ibnu Abbas

بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد

Kenal sama Abdullah bin Abbas?  Kalau tak kenal. Pernah dengar doa yang kat bawah tuh?


اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. 
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama.”
Ya. Ya. Aku faham. Memang korang dah lama amalkan dah pun.
Ni ada lah sedikit asal usul Abdullah bin Abbas-insan bertuah yang didoakan oleh Rasulullah SAW dengan doa di atas. :)

Tarik nafas. Sumpah panjang. Tapi. Memandangkan dah lama korang tak mengadap buku melainkan muka buku (Pelajar UPM. UTP dan DQ.Bukan anda yang saya kata! HEHE). Sila baca. Ini cerita manyak menarik. Betul. In shaa Allah tak tipu.

Dan. Sebelum itu. Terima kasih. Jazakumullah buat Norshahira bt Ismail kerana mengilhamkan idea untuk berkongsi kisah ini. Moga saham kita bersambung sambung hingga di akhirat yang kekal abadi. Ya. Semestinya. In shaa Allah.

Alkisah yang benar.
:)

“Wahai pemuada, mahukah kamu mendengar beberapa kalimat yang sangat berguna?” tanya Rasulullah suatu ketika pada seorang pemuda.

“Jagalah (ajaran-ajaran) Allah, nescaya Allah selalu menjagamu. Jagalah (larangan-larangan) Allah maka engkau akan mendapati Allah selalu dekat di hadapanmu.

Ustaz Ismail selalu ingatkan kita kan? Korang konfem ingat kuliyah malam rabu? ;)


Pemuda itu terdiam di hadapan Rasulullah. Dia cuba memahami perkataan perkataan yang Rasulullah ucapkan.

“Kenalilah Allah dalam sukamu, maka Allah akan mengenalimu dalam duka. Bila engkau meminta, mintalah pada Allah. Jika engkau perlukan pertolongan, mohonlah pada Allah."

Semua perkara yang diberitahu oleh Baginda Habiburrahman dicatat oleh pemuda itu.

Pemuda yang beruntung itu ialah Abdullah bin Abbas.

Ibnu Abbas, sangat akrab dengan Habiburrahman Muhammad SAW. Dalam sehari Abdullah bin Abbas menerima terlalu banyak ilmu  terus daripada Rasulullah. Pelajaran aqidah, ilmu, dan amal diterima dalam sekali pertemuan! Keakrabannya dengan Rasulullah sejak kecil membuatkan Ibnu Abbas menjadi seorang lelaki berkeperibadian luar biasa! Mashaa Allah. :)

Keikhlasannya seluas padang pasir tempatnya tinggal. Keberanian dan hamasah (baca: bersemangat) jihadnya sepanas sinar matahari gurun. Kasihnya seperti oasis di tengah sahara. Hidup bersama dengan Rasulullah benar-benar telah membentuk watak dan sifat peribadinya.

Sebuah kisah menarik menggambarkan bagaimana Ibnu Abbas ingin selalu dekat dengan dan belajar daripada Rasulullah:
Suatu ketika, mindanya dipenuhi rasa ingin tahu yang membara tentang bagaimana cara Rasulullah solat. Malam itu, sengaja Abdullah bin Abbas menginap di rumah ibu saudaranya, Maimunah binti Alharits, isteri Rasulullah. Sepanjang malam dia berjaga, sehingga mendengar Rasulullah bangun untuk menunaikan solat. Segera dia mengambil air untuk bekal wudhu Rasulullah. Di tengah malam buta itu, betapa terkejutnya Rasulullah apabila bertemu dengan Abdullah bin Abbas yang masih terjaga dan menyediakan air wudhuk untuk Baginda. Rasa bangga dan kagum dalam hati Rasulullah. Baginda menghampiri Ibnu Abbas, dan dengan lembut diusapnya ubun-ubun pemuda bertuah itu-Abdullah ibnu Abbas. 
اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ. 
“Ya Allah, berilah kefahaman kepadanya dalam urusan agama.”
Demikian doaa Rasulullah pada malam itu. Setelah berwudhuk. Rasulullah kembali masuk ke rumah untuk menunaikan solat malam bersama isterinya.
Lantas mengambil peluang. Ibnu Abbas turut menjadi makmum Baginda SAW. Awalnya Abdullah ibnu Abbas berdiri sedikit di belakang Rasulullah, kemudian tangan Rasulullah menariknya untuk menghampiri Baginda. Tetapi kemudiannya Abdullah ibnu Abbas beranjak ke belakang, kembali ke tempatnya semula. Selesai solat, Rasulullah bertanya pada Ibnu Abbas, kenapa kamu melakukan sebegitu.
“Wahai kekasih Allah dan manusia, tak sepadan rasanya jika aku berdiri hampir dengan utusan Allah,” jawab Abdullah ibnu Abbas. 
Rasulullah tidaklah marah atau menunjukkan raut muka tidak suka. Baginda tersenyum ramah [menyejukkan hati siapa saja yang melihatnya.] Bahkan. Baginda mengulangi sekali lagi doa yang dipanjatkan saat Ibnu Abbas membawa air untuk berwudhuk tadi. Abdullah bin Abbas lahir tiga tahun sebelum Rasulullah berhijrah. 
Ketika Rasulullah wafat,Abdullah ibnu Abbas masih muda. 13 tahun umurnya. Semasa hayat Rasulullah. Baginda sangat akrab dengan mereka yang hampir seusia dengan Abdullah bin Abbas. Contohnya. Ali bin Abi Thalib, Zaid bin Haritsah, dan sahabat-sahabat  lainnya.
Kerap kali Rasulullah meluangkan masa dan bermesra bersama mereka. Dan lebih kerap juga  Rasulullah menasihati mereka. Ketika Rasulullah wafat, Ibnu Abbas benar-benar merasai kehilangan Baginda. Insan yang dicintai. Kini. Sudah tiada lagi!
 Siapa lagi yang bisa menanam semangat saat jiwa layu dan hati lusuh tertutup debu. 
Siapa lagi yang menghiburkanmalam dingin dan gelap dengan senyum dan doa yang tiada tara. 

Tapi keadaan seperti itu tidaklah lama.. Ibnu Abbas segera bangkit dari kesedihannya. Iman tidak boleh dibiarkan terus menjadi layu. Meski Rasulullah telah pergi. Semangat jihad tak boleh berkurang walau sedikit pun !

Maka Ibnu Abbas pun mulai melakukan sesuatu. Untuk terus menjadi penuntut ilmu yang sentiasa maju.. Ibnu Abbas bertemu dengan sahabat-sahabat untuk bertanya tentang apa saja yang dirasakan perlu untuk diketahui

Tidak cukup dengan itu. Ibnu Abbas juga mengajak sahabat-sahabat lain yang seusianya untuk belajar bersama. Tapi sayang, tidak ramai yang mengikuti jejak Ibnu Abbas. Sahabat-sahabat Ibnu Abbas berasa tidak yakin. Mereka sering berfikiran.
Apakah sahabat-sahabat Baginda menghiraukan mereka yang masih remaja ini. Walau apa yang terjadi pada ketika. Ibnu Abbas tidak patah semangat. Apa saja yang menurutnya belum difahami, dia tanyakan kepada sahabat-sahabat yang lebih tahu.Ibnu Abbas sanggup mengetuk satu pintu dan berpindah ke satu pintu rumah sahabat-sahabat Rasulullah SAW.Sekiranya perlu. Ibnu Abbas akan tidur di luar pintu rumah para sahabat. Sedang para sahabat sedang berehat di dalamnya. Demi menuntut ilmu!
Betapa terkejutnya mereka tatkala menemui Ibnu Abbas sedang tidur di hadapan pintu rumah mereka. 
“Wahai remaja teman setia Rasulullah, kenapa tidak kami saja yang menemui kamu,” kata para sahabat apabila melihat Ibnu Abbas tertidur di depan pintu rumah mereka beralaskan selembar baju yang dibawa. 
“Tidak, akulah yang mesti bertemu dengan kamu,” kata Ibnu Abbas tegas. 
Begitulah kehidupan Ibnu Abbas. Benar-benar menjadi seorang pemuda dengan ilmu dan pengetahuan yang Maha Luas. Ilmu yang dimilki tidak seimbang dengan usianya. 
Ada yang bertanya tentangnya.
 “Bagaimana kamu mendapatkan ilmu ini wahai Ibnu Abbas?”
 “Dengan lidah dan gemar bertanya, dengan akal yang suka berfikir,” 
Demikian jawabnya. Kerana ketinggian ilmunya itulah Ibnu Abbas kerap menjadi kawan dan lawan untuk  berbincang dengan para sahabat yang lain. Umar bin Khattab misalnya, selalu memanggil Ibnu Abbas untuk duduk bersama dalam sebuah musyawarah.

Pendapat-pendapatnya selalu didengar karena keilmuannya. Sehinggakan Amirul Mukminin kedua itu memberikan gelaran kepada Ibnu Abbas sebagai “pemuda tua”. Doa Rasulullah yang meminta kepada Allah agar menjadikan Ibnu Abbas sebagai seorang yang memahami perkara agama telah terlaksana dengan jayanya. Mashaa Allah!.


 Ibnu Abbas adalah tempat bertanya karena kegemarannya juga bertanya. Ibnu Abbas tempat mencari ilmu karena kesukaannya juga mencari ilmu.
Salah seorang sahabat utama, Sa’ad bin Abi Waqas pernah memberikan pendapatnya tentang Ibnu Abbas.
“Tak seorang pun yang kutemui lebih cepat mengerti dan lebih tajam berfikirnya seperti Ibnu Abbas. Dialah orang yang banyak menyerap ilmu dan terlalu luas sifat sopannya. Sungguh telah kulihat, Umar telah memanggil Ibnu Abbas saat menghadapi masalah-masalah yang luar biasa. Padahal ketika itu. Di sekelilingnya masih banyak sahabat yang terlibat dalam Perang Badar.
Apabila Ibnu Abbas menyampaikan pendapatnya. Umar tidak akan melakukan melebihi apa yang dikatakan oleh Ibnu Abbas.”

Pada masa Khalifah Usman, Ibnu Abbas ditugaskan untuk  berjihad ke Afrika Utara. Bersama pasukan dalam pimpinan Abdullah bin Abi Sarh,Ibnu Abbas berangkat sebagai mujahid dan pendakwah.

Di era kepemimpinan Ali bin Abi Thalib, Ibnu Abbas menawarkan diri sebagai utusan yang akan berdialog dengan kaum khawarij dan berdakwah kepada mereka. Sehinggakan pada ketika itu. Lebih dari 15.000 orang memenuhi seruan Allah untuk kembali pada jalan yang benar.

Pada usia yang ke 71 tahun, Jibril telah menjemput Ibnu Abbas kembali bertemu Ilahi. Saat itu umat Islam benar-benar kehilangan seorang yang berkemampuan dan berpengetahuan yang sungguh luar biasa|
|Allahu| Allahuhumma solli a'la muhammad

“Hari ini telah pergi seorang ulama umat,” kata Abu Hurairah menggambarkan rasa kehilangannya.
Tamat.

Moga kisah ini memberikan aku dan kita seinfiniti nikmat dan rasa kuat untuk menjadi orang yang berilmu kerana Allah janjikan untuk meninggikan darjat orang yang berilmu. Tak caya?!

Pergi semak Surah al Mujadalah ayat 11!!
SEKARANG..

mogaallahredha.
dan. terimakasihsha..jazakumullah khairal jaza'

fatiniismadi
2324
190213


4 comments:

  1. Kisah ni rujukannya di mana ya tuan penulis blog?
    Makasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doa Nabi kepada Ibnu 'Abbas:
      Doa Rasulullah s.a.w. kepada Ibn ‘Abbas: “Dan ajarkanlah dia al-Takwil”.
      Dalam Salafiyah Wahabiyah, ms. 24 disebut bahawa:

      Kebanyakan para sahabat telah mentakwilkan banyak ayat-ayat (yang menunjukkan makna zahir) kepada makna lain yang terdapat dalam bentuk majaz di dalam bahasa arab. Rasulullah s.a.w. mendoakan kepada Sayidina Ibn Abbas dengan lafaz:

      اللهم فقهه فى الدين وعلمه التأويل
      Maksudnya: “Ya Allah, ajarkanlah Ibn Abbas ini dalam urusan agama. Dan ajarkanlah dia Takwil.”
      (Dalam notakaki no 2: Hadith riwayat al-Bukhari. Sila lihat “Fath al-Bari” ms. 169, jld. 1)

      Delete
  2. Sahih al-Bukhari, hadis no: 143 (Kitab Wudhu’, Bab Menyediakan air untuk wudhu’ ).[1]
    :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    subhanallah...inilah Ibnu Abbas yg hebat.
    perkongsian ini amat baik..banyak ibrahnya,
    jazakillahu khair.

    ReplyDelete