بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد
Dedicated to:
Barisan fasilitator Nadwah Khaira Ummah.[tak terkecuali para peserta]
Adik kakak The Duraluminors yang tercinta
Batch 57 Sekolah Nombor 1 Terbaik Malaysia SPM. STPM. [In shaa Allah]
Tertulisnya coretan ini kerana hati ini terlalu derita merindu. Rindu itu mengajar aku erti syukur untuk setiap takdir KITA
"Allah TAHU apa yang kita MAMPU. Allah aturkan apa yang kita PERLU. Bukan apa yang kita MAHU"Setelah berlama lama rindu pada adik adik dan kakak kakak Dura (Cerita: sila klik) (Cerita lagi: di sini).
Setelah tidak tertanggung lagi kerinduan pada Bumi Waqaf itu.
Setelah terlalu cemburu pada mereka yang berprogram ke sana ke mari.
Err. Dan setelah berlelah lelah merancang untuk menamatkan riwayat kerjaya di PustakaAman.
Bahasa Mudahnya: berhenti kerja
[pastinya ada yang sedang tersenyum mengenang saatnya aku telefon pak cik tauke. ;D ]
Maka.
Saat ini. Aku yakin apa yang terjadi tiada istilah kebetulan. Kerana sememangnya.
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ
Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya. [Qaff : 16]
وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنكُمْ
Dan Kami lebih dekat kepadanya dari kamu. [Al-Waqi’ah : 85]Alkisah bermula:
Bila buka muka buku. Di sini sana. Ramai pula yang menyatakan rindu pada Bumi KISAS terchenta.Ya! Sememangnya. Aku tak tipu. Aku di sini juga derita merindu pada adik-kakak[teman Berdura yang setia]
Oh ya. Berdura itu apa?
Definisi aku:
Membasahkan hati dengan ilmu duniawi dan ukhrawi dalam pelbagai cara. Tak kira di mana mana sahaja.
Mereka ini sedang berdura! |
Hatta di bawah pokok atas padang ini pun. mereka masih tetap ingin berdura :) Saya rindu mereka. Moga mereka dalam dakapan kasih sayang Allah. TERMASUK ANDA!! Amiin |
Yang penting dengan penuh KASIH SAYANG! :)
Oh. syurga dunia pabila berdura untuk meraih cintaNya.
Kisahnya:
Sahabat sebelah meja aku di 501 [bekas pelajar SMKA Perempuan Kangar] mengajak aku terlibat sama dalam satu program tarbawi asrama. Oh. Malu tidak terkata. Aku bukanlah siapa siapa. Err. Malu kot nak berkolaborasi dengan mereka yang tak pernah aku jumpa. Setelah tidak terlalu lama, aku berfikir mencari keputusan. Tanpa silu atau segan. Aku menerima ajakan.Koff. Koff. Terbatuk..
Perbincangan [Satu] berlangsung dengan jayanya. Tiga orang fasilitator berkampung di masjid sebelah sekolah. [Kedudukan SMKAP-sekolah Manal sama seperti Kolej Islam dengan Msjid Sultan Sulaiman. Dan SMKAP juga tanah waqaf! Sama seperti kita (:]Aku terpinga pinga. Mashaa Allah. Cuma tiga sahaja?! Sudahlah Hajar [fasi-kawan Najihah] diamnya dia! Sedang aku pembuatbisingtaktahusegan.. Ehhe. Tamat.
Sedang aku bekerja di PustakaAman[senyum]. Err. Ada pula konferens riang ketiga. Yang kedua punya. Aku demam tak berdaya. Kali ini. Terhimpunlah barisan fasilitator kesemuanya.
Ahha! Kisah ukhwah bermula. Fasilitator kakmira [sebaya sebenarnya] seperti tak selesa dengan aku yang terlalu gemar bermain main sepanjang konferens. Err. Astaghfirullah. Mungkin itu tarbiyah untuk aku berubah.
Dan. Tidak lama kemudiannya.
Hari Jumaat 21/2/2013. Tercipta sejarah buat pertama kalinya aku menyertai mereka.
Kem Nadwah Khaira Ummah SMKA (P) Kangar.
Diberi tugasan untuk menjadi kakaksipenunjukjalan.
Di situlah memori tercipta.
Terkenang saat ugutan denda 'Basuh Pinggan dengan makcik DM (dewan makan)' yang sengaja aku cipta buat adik adik SMKAP dengan harapan supaya diamnya DM SEMEKAP mengalahkan DM Kolej Islam. Alhadulillah. Berjaya. Tersentap K.Shiffa' pabila DM mereka senyap tanpa suara. Mereka bersuara. Lalu kukata. "Dendanya basuh pinggan dengan makcik DM" maka diamlah mereka. Walaweh.. Kasihan merekaOh di situ. Di bumi waqaf SEMEKAP.
Aku jumpa ramai betul mereka yang hampir sama mukanya dengan sahabat sahabat di Kolej Islam. Sungguh aku teruja. Malah seperi Kak HusnaNajihah pun ada. Err. Tak habis habis Kak Salwani teruja juga pabila kakanis dia kata muka hampir sama dengan AmalJAKSA.Yang pastinya. Sepanjang program Nadwah Khaira Ummah. Hatiku dibawa bersama bayang bayang KISAS.
Dan tamatnya program, aku serius terus BERHENTI KERJA. Err. Sebabnya. Dah lama aku terfikir. Tapi bila kakmira and the gang beria-ia ajak aku ke program tarbawi esoknya. Maka. Setelah beristikharah dan beristisyarah. Dan mungkin mengikut kata hati. Maka berhentilah aku. Sungguh tak percaya!
Dan yang pasti.
Biar kali pertama aku bersua mereka. Mereka sepertinya menerima aku seadanya. Maka. Sungguh UKHWAH ITU TIADA WAYAR. Fikrah mereka sama sahaja seperti fikrah sahabat bumi waqaf klang. Mungkin aku rasa. Mereka telah bersama dalam gerabak tarbiyah dan disumbat.dihadam.dilumat dengan bahan bahan dakwah sekian lama. Maka aku percaya. Mereka juga mampu cipta fenomena. Aku teruja bila berjumpa. Seharusnya, bertemu mesra dengan kakmuni yang sempurna muwasofat tarbiyah yang kelapan: Tersusun urusannya [sistematik]. Sedang aku pula masih cacamarba. Aku perlu mengubahnya! Allahu. Moga Allah redha (:
Biar baru bersua. Sungguh aku tak percaya. Bagai mimpi gamaknya.
Err. Sedang aku asyik mention "ayam golek". Kakmira buat kejutan yang buat aku segan.
Dapat makan ayam golek percuma. Bau bauan kasih sayang jelas terhidu pada ayam. (:
Ayamgolekalaarab yang penuh dengan kasih sayang(: |
Allahu|Allahumma solli a'la muhammad.
Sememangnya. Nabi صلى الله عليه وسلم pun bina dahulu ikatan hati sebelum kerja kerja jamaah untuk dakwah bermula. Tak ingatkah aku pada kisah Nabi صلى الله عليه وسلم yang sangat super duper awesome dalam berukhwah. Bagaimana akhlak Nabi صلى الله عليه وسلم dengan ahli suffah.Akhlak Baginda صلى الله عليه وسلم yang sanggup bermanis muka dan berlapang dada. Malah memberi dan menyuapkan makanan pula pada pengemis Yahudi yang buta. Pengemis yang seringkali menghina Baginda. Sehingga saatnya Nabi صلى الله عليه وسلم wafat. Abu Bakar As Siddiq mengganti tempat Baginda untuk menyuap si pengemis. Maka berkatalah si pengemis yang selalu menghina Baginda صلى الله عليه وسلم : "Tidak sama orang yang menyuap aku hari ini. Yang selalu menyuap aku biasanya akan menghaluskan makanan makanan yang aku makan". Abu Bakar: " Yang menyuapkan engkau makan itu ialah Muhammad صلى الله عليه وسلم yang sering engkau hina. Sedang ketika ini, dia sudah tiada". Si pengemis Yahudi itu tanpa ragu lagi terus bersyahadah mengaku Allah Tuhanku dan Muhammad pesuruh Allah.Mashaa Allah.
Tersentap aku. Bila baca sirah.
Maka dalam berukhwah. Bila bersahabat kerana Allah. Pastinya. Kita mahu sentiasa berjamaah dengan sahabat menuju Allah. Biar penuh sampai melimpah gerabak tarbiyah. Biar biah [suasana] seluruhnya bertukar biah yang cukup solihah [baik]. Biar. Biar. Tumbang kuffar.fasiq dan munafiq! Biar. Biar yang ada seluruhnya berjiwa kental ke arah kesempurnaan muwasofat tarbiyah [10 Ciri Peribadi Muslim]
Maka yang terakhirnya.
Siapa pun anda. Walau di mana pun jua.
Jazakumullah buat semua kakaksipenunjukjalan.
Maafgambarnadwah tiada untuk paparan :)
#mogaallahredha
fatiniismadi
1344
250213
aik, ada jugak ?
ReplyDelete^^
rindu semuanya .
duraluminorians juga .
may allah bless .
ukhuwah kan wireless ?
:)
Ahha..itu yang bertambah teruja. bak berjumpa Dura versi 2.0 kat sekolah agama perempuan kgr..Allahu|Allahumma solli a'la muhammad..
DeleteTerasa mcm nak pertemukan Dura KISAS n SEMEKAP ja..Mashaa Allah. Aturan n perancangan Allah selepas ini.siapa tahu..inshaa Allah..ade rezeki. boleh lah buat perjumpaan semula..
;D
#syukursepenuhjiwa
Alhamdulillah!.;D