Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|
Kini.
Tiada lagi rahsia.
Seantero dunia semuanya sudah terbuka rahsia saya.
Ber'saya' 'saya' pula.
Aku mulakan kisah perjalanan dengan detik detik hari periksa SPM.
Bismillah.
Secara jujur. Kesebelasbelas subjek SPM yang telah aku laluinya.
Tidak pula aku rasa payah di manamana.
Lancar saja kesemuanya. Alhamdulillah.
Terasa bagai Allah menurunkan rahmatNya pada aku yang cuma pelajar biasabiasa.
Mudah. Sangat tenang!
Sepanjang musim periksa.
Sehingga aku merasakan keputusanku bakal jadi luar biasa.
Namun. aku cuma bersangka sangka.
Takpula meletakkan impianku di puncak.
Kemudian.
Tak lama.
Tiga bulan berlalu.
Dua hari lepas.
Slip berada di tanganku.
ALHAMDULILLAH.
103 orang berjaya menjadi orang yang cukup bergaya pada slip periksa mereka.
11 A kot!
Sedang aku biasa biasa saja.
|BA |PSI| SJ| A+
|BM| BI.| PQS| Mate| A
|Bio| A-
|Add Mate| Physics|B+
|Chemist| B
Saatnya. Kertas putih itu berada di tanganku.
Aku rasakan seolah ada ketenangan maksima di hatiku. Tak pula rasa gundah gulana. Jauh sekali bermuram durja. Kerna. Seminggu sebelumnya, telahku bermimpi dengan apa yang aku dapat. Maka, selayaknya kesyukuran harus kupanjatkan pada Yang Esa.
Bersyukur sebenarnya. Bukan pada PERKATAAN. Orang yang bersyukur akan melipatgandakan kebaikan kebaikan yang dilakukan pada orang lain. Itulah definisi syukur orang yang akan Allah angkat darjatnya.Saatnya. Aku hubungi mama ayah.
Ternyata mereka kecewa.
Dan aku yakin dan percaya.
Mereka harapannya tinggi menggunung untuk aku berjaya.
Err. Bagi aku:
Yang telah berjasa.
MAMA AYAH. GURU GURU dari tadika sampai murabbi SPM.
Satu buatmu.
Anak didikmu bukan GAGAL.
Cuma.
Diuji bagaimana dia menerima takdir ini.
Janjiku:
Dengan izin Allah.
Akan kugunakan sisa usia yang tak tahu berakhir bila.
Untuk jadi umat yang berguna pada manusia.
Buat bekalan masuk syurga.
Itulah dia.
Aku tak pulang ke rumah sejurus keputusan aku terima.
Singgah aku di rumah sahabat sampai syurga. In shaa Allah. [Husna Najihah]
Ada murabbi yang memperosok aku ke lembah tarbiyah tika aku singgah di rumahnya.
Bait-Bait nasihat daripada Husna, ibu dan HusnaRahman. Buat aku kembali jadi orang yang mencari erti kesyukuran dan kehidupan.
Deringan telefonbimbitku tak henti henti.
Daripada kenalan dan teman.
Yang begitu curiga denganku yang diam membisu.
Mereka tak putus putus bertanya.
Keputusanku.
Buat jiwaku seakan lara.
Aku kembali mencari hikmah dari Sang Pencipta.
Tak lama.
Berbondong-bondong ucapan semangat yang aku terima.
Lebih berharga. Pabila ramai yang sanggup mengirimkan mesej membina.
Mungkin paling berharga. Ada yang telah mengirimkan doa doa mereka buatku[aku tidak tahu, tapi aku berdoa untuk sahabat kesemuanya mendoakan aku (:]
Kemudian.
Resah bertukar debaran.
Bagaimana nak berhadapan dengan mama ayah yang tinggi harapan.
Setelah sehari menumpang di rumah sahabat. Aku balik dari KL---> Perlis dengan sahabat yang punya keputusan 11A+. Tahniah untuk beliau.
Sedang aku bercakap telefon [di rumah Liyana Adnan calon 11A+] dengan ibunya Husna Najihah.
Makcik si penjaga Liyana terdengar perbualan.
Makcik yang aku panggil Makteh, seraya beri aku berbondongan nasihat. Tips berBM lagi.
Yang paling aku ingat. Makteh syorkan aku amalkan surah thaha ayat 1-5. Saidina Umar yang keras hatinya juga mampu berlembut. Inikan pula ibu bapa.Aku percaya rahmah Allah ada di manamana. :)
Meski mama sedih lara jiwanya.
Sampai sahaja di rumah.
Terus kupeluk kucium mama.
Kaget!
Terkejut aku.
Mama tersenyum sahaja.
Meski malam malam sebelumnya, hampir 1jam aku dihubungi mama. Mama teresak esak menangis lara. Dek keputusanku yang biasa biasa.
Alhamdulillah.
Mama mulai terima. Namun ayah. In sha Allah, aku yakin takkan lama ayah bersedih.
Yalah. Ayah cikgu Addmate. Sedang Addmate aku? Ohhoi :'(Ayah tidak salah.
Siapa yang salah?
Tiada yang bersalah.
Itukan takdir Allah.
Maafkan anakmu.
Dia telah berhempas pulas dan berusaha.
Tapi rancangannya diatasi oleh rancangan Allah.
Allah sengaja bagi ujian kecil ni untuk kita.
Sebab duludulu takbaca buku tara mana pun.
Allah dah bagi terbaik Malaysia..
Sekarang aku di rumah. Tak tahu lagi. :'(
Berkat doa dan sokongan semua manusia.
Sekelip mata sahaja. Mama yang terlalu bermuram durja.
Kini. Kembali bahagia. Malah. Aku tunjukkan pada mama. Ucapan Cikgu Sarah [guru kelas aku di Ting Empat dan Lima]
: Sarah Safarina Sabri Cikgu setuju dgn fatin. Fatin lebih bijak mengejar kejayaan di akhirat. Kuatkan semangat untuk terus menuntut ilmu ye. Kirim salam pd mama fatin. Terima kasih kerana kamu anak didik yg baik n sangat menghormati guru2 kamu.
Norisah Ahmad Tahniah Fatin,moga Allah permudahlan segalanya,cikgu tetap sayang kat ketua Batch dan PERSADA yang amat proaktif
Mama tersenyum bahagia.
Cuma ayah?!
Aku yakin.
Tidak lama untuk semuanya.
PERANCANGAN AKU SELEPAS INI?\
Banyak. Memang banyak! Tapi Ternyata yang utama. Cuma satu sahaja.Inilah dia.
Bismillah.
Destinasi seterusnya:
Darul Quran
Tempoh Bertahan:
3 Tahun
Kamu pasti?
In shaa Allah.
"Kejarlah akhirat. Dunia akan mengekorimu. Jika dikejar dunia. Dunia tak dapat. Akhirat jauh meninggalkanmu"
Jika ada tawaran lain yang cantik, menarik da bomb?
Rancangan yang saya kira menarik ini, pasti akan diatasi dengan perancangan Allah yang jauh lebih sesuai dan tepat untuk hambaNya.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|
#tempohberkabungsudahtamat.
Bukan bermakna ini sahaja perancangan aku. Tapi. Buat masa ini. Darul Quran yang pertama bertakhta di sanubari.
Kini.
Selayaknya.
Aku perlu menjadi seorang manusia yang benar-benar hamba.
Hadis nabi yang sohih kata:
Sungguh ajaib perihal orang mukmin.
Sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan.
Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja.
Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur.Maka jadilah kurniaan itu baik utknya.
Manakala apabila ditimpa musibah.
Dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
Sekian saja.
Untuk yang call, mesej, pm via fb.
Dan YANG TEMBAK DOA untuk aku hamba yang hina dina ini.
Moga Allah jua yang membalasnya.
Tidak di dunia.
Di syurga yang pasti.
Moga aku dan kita. Allah redha untuk kesemuanya.:)
Wallahua'lam.
Ohhh. Makteh Liyana sangat baik :))
ReplyDeleteTahu takpa. Sangat!!
DeleteMacam Presdiden Hawa pula :)
Mak Husna Najihah pun.
Alhamdulillah.
Allah temukan kita dengan insan insan yang tepat dalam setiap dugaan yang hebat.
Err, tahniah untuk Aimi.
9A+ kan?
Alhamdulillah.
Berjaya untuk ummah.
Mohon bursary tau!
:)
salamalaiki fatin (:
ReplyDeleteMoga terus tabah ye..insyaAllah..perancangan Allah tu Maha Hebat..
kadang benda yang kita tak jangka bakal menyusul..
insyaAllah..
setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kan :)
May Allah bless u with happiness fiddunya wal akhirah ! :)
waalaikissalam.
DeleteDan siapa yang bertaqwa Allah berikan rezeki dari arah yang tak disangka sangka. at talaq:2
jzkk khaulah..
tgh menaruh keyakinan untuk itu.
dan in shaa allah.
Buat masa sekarang. Hatiku di Kuala Kubu Bharu.
:)
dear adik,
ReplyDeleteresult adik2 ok sgt dah..ada jln na ke medic o engineering lgi dik..
kalau mohon mara ada chance dpt utk kos trtentu..
xpn,adik msuk la asasi, o matrik..usaha betul2..dpt 4flat ke mane pn bley pergi..
realiti asasi/matrik mmg ssh tpi, agk sng skor sbb cmpur skali mrkh assingnment n adab adik dgn lecture..
apa2 bley trjadi adik..redha je dgn ketentuan ALLAH..
result akk teruk lgi brbnding adik, c pn ada, tpi kt matrik akk bley je skor 3.5 above wlaupn x4flat..
GUD LUCK, adik :)
Untuk bidang sains lagi, in shaa Allah tak lah buat masa sekarang.. Aiming DQ dulu lah akak. Then, baru pk ape yg patut.. Merajuk sebentar dgn. Tai pastinya tk lma rajuk tu, in sha Allah..
DeleteTembak tembaklah doa untuk adikmu yang ana sendiri tk thu spe akak..
Moga Allah mudahkan. Allah redha dan Allah izinkan untuk semuanya... :)
Ye?
Moga Allah redha.
Redha. Allah bagi yang terbaik walau kita harapkan lebih.
ReplyDelete:)
Itulah.
DeleteSometimes we don't get what we want.
But finally we should know what we get is much better than what we want.
Because.
That is His plan.
:)
Jln cerita hmpir sama dgn penulis comment ini, beruntunglah takala anda diuji krana xkala itu saat anda ingat akn Allah. Brapa ramai org yg ignt Allah sma level dgn org yg dlm kesusahan xkala mereka mndp nikmat...yg penting islamization of know ledge. Knowledge help us to worship better.
ReplyDeleteadd aku as your fren... aku kena block le add fren 7 hari ... http://www.facebook.com/living.free97
ReplyDelete