Followers

Thursday, March 7, 2013

Debaran hari itu!

Ingatan untukku:
Menulis untuk saham akhirat. Inshaa Allah. ;D


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku.
Permudahkanlah setiap urusanku.
Leraikanlah kekakuan pada lidahku.
Moga Moga mereka memahami kata kataku.
اللهم صلى على محمد

Sedang malam Sayyidul Ayyam cuba aku hidupkan. Buat orang yang masih rapuh imannya. Masih belum seteguh Sayyidatina Asma'. Jauh sekali jika nak dibanding beza dengan Ummahatul Mukminin Sayyidatul Khadijah RA. N78 kepunyaan adik yang aku pinjam secara paksa rela melantunkan bunyinya.
"Assalamualaikum. Ade dapat pape tawaran kolej swasta tak?"
"Seharusnya tidaklah lagi. Kawan kawan sekolah Manal[SMKAP Kangar] ade gak lah dok cakap diorang dapat. Asal dapat ke?"
[Mesej dari seorang sahabat lebih kurang begitulah maksudnya] 

Mengimbau kenangan lampau.
Hidup di bumi penuh pengajaran.
Buat aku. Hamba yang hina dina.

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku mulakan.
Kenangan penuh nostalgik di dunia batu kaca.


Kisahnya begini: Pengajaran untuk membuahkan bibit keinsafan. In shaa Allah.
Dahulunya. Aku sering kali tidak mengerti definisi syukur. Redha. Tawakal. Segala apa yang aku lakukan selalunya menjadi. Jarang sekali. Kandas di tengah jalan. Lebih lebih lagi dalam pelajaran. Biarlah sekerap mana aku terlelap ketika sesi pembelajaran. Semalas mana aku mangulang kaji pelajaran. Keputusanku masih boleh jadikan aku pelajar harapan. Maka. Allah takdirkan. Aku dicampakkan aku di dunia batu kaca. Aku tak sangka. Di sana. Pada awalnya. Semua seperti biasa. Keputusan peperiksaanku. Pencapaianku. Kefahamanku terhadap apa yang pernah aku pelajari sama seperti sebelumnya. 
Sehinggalah suatu saat. hidup ibarat roda. Terkadang di atas. Selalu juga di bawah. Pencapaianku jatuh menjunam. Semakin hari. Aku rasakan. Entah kenapa sukar betul untuk memahamkan apa yang cikgu ajarkan. Mata sukar sahaja untuk segar pabila kelas bermula. Aku cuba bertahan. Bangkit daripada lamunan. Masih segar di ingatan. Betapa aku tidak langsung dapat terima kenyataan pabila keputusan ujian tidak seperti yang diharapkan. Tidak keterlaluan jika aku katakan. Aku sering menyalahkan takdir Tuhan dengan setiap dugaan. Pada waktu itu. Karat dengan jahiliyah. Tiga hari tiga malam. Aku menangis beterusan. 
Aku masih teringat bagaimana kakak kakak pimpinan cuba menenangkan aku. Betapa aku perlu tahu hidup ini suatu ujian. Semua ujian. Jika berjaya. Diujinya Allah untuk kita menjadi orang yang bersyukur. Jika gagal. Diujinya Allah untuk kita redha dengan aturanNya yang Maha Teliti. Waktu itu. Aku mulai cuba untuk memahami dan mengajar hati untuk redha. Payah. Digagahi jua. Aku teruskan perjuangan di Bumi penuh cabaran itu. Alhamdulillah. Meski aku tak berjaya jadi pelajar sebutan. Namun. Satu pengajaran penting berjaya aku renungkan: Sunnatullah takda "Yang bulat datang bergolek. Yang pipih datang beterbangan". Semuanya perlu usaha dan kesungguhan.
Masakan dahulu. Allah beri aku kelebihan. Tiada usaha. Pencapaian masih boleh dibanggakan. Namun. Di bumi itu. Aku belajar menjadi orang yang selalu berada di bawah. Sengaja. Allah ajarkan aku erti pergantungan kepadaNya. Membantu orang yang lebih bawah daripada aku. Mensyukuri setiap nikmat yang pernah Allah beri. Oh. Selepas aku bangkit dengan kesedaran tarbiyah daripada Allah. Aku mula rasakan belajar untuk peperiksaan ialah perjuangan. Belajar untuk peperiksaan perlukan pengorbanan. Belajar perlukan saling berkasih sayang. Bukan belajar untuk berjaya semata-mata. Maka. Wujudlah. The Duraluminors. sini dan sini. Manifestasi tarbiyah Allah yang cuba aku zahirkan. Belajar dalam erti kata. Belajar dalam ketaqwaan. Aku masih punya seinfiniti cacamarba. Namun. Kucuba menjadi seorang yang kembali padaNya.
SUNGGUH BERUNTUNG ORANG2 YG BERTAQWA Al Baqarah ayat 5
 Mereka itulah yg tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang yg beruntung." 

Apakah itu petanda?
Aku tak tahu. Apa kesudahan aku. Apa akan jadinya aku selepas itu. Pendek kata. Tak kuduga apa keputusan SPMku. Biarlah. Biarlah apa yang akan kudapat. Sudah kulakukan sebaikbaiknya untuk itu. Maka. Seharusnyalah aku terima apa saja yanag akan Allah beri padaku dengan redha.
Namun. Tidak semudah itu. Aku bukan nabi yang maksum. Tiada dosa. Bukan juga malaikat. Yang iman sentiasa tetap. Aku juga acap kali gusar dengan apa yang bakal Allah beri pada aku. Termasuk semalam. Sudah dua kali aku termimpi suasana hari penyerahan keputusanku. Telah kulihat keputusanku dengan mataku dalam mimpi itu. Tika pertama kalinya. Aku didatangkan mimpi itu. Masih jelas di ingatan. Aku disambut dengan sambutan yang cukup besar besaran di sekolah. Dalam suasana yang penuh keriangan. Namun. Tika mimpi yang petama. Takpula kelihatan keputusan sebenar SPM aku. Namun semalam. Astaghfirullah! Dua mimpi yang hampir sama. Bingung. Yang jelas tanpa perlu disuluh. Itu peringatan untuk aku teruskan gunakan senjata yang ada.
 Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:  
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi". (HR Hakim)
 Yang terakhirnya.
Khusus untuk aku: Siapa pun kita selepas ini. Sehebat dan segah mana pun kita. Keputusan kita. Hakikatnya. Itu semua dari Allah untuk menguji kita. Sama ada redha atau syukur. Telah Allah pilih hambaNya yang betul dan tepat untuk Dia uji.
Surah al Hadid:"Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". [57:22]
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." [57:23]
Nampak tak? Aku tahu dan percaya. Sekental mana pun kita. Ada masa masanya kita akan berdebar. Cuak. Gusar. Menantikan hari itu. Kan?

Keep praying.
Stay trusting.
Allah always knows the best.

credit: Aku pun masih bertatih untuk memahami hakikat yang ini.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad

Allah TAHU apa yang kita MAMPU. Sebab tu kita dapat apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU.
 [Al Baqarah: 286]
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah.
Amiin.
Sekian.

#yangberkatatakterlepasdariujian
fatiniismadi
070313 [13-days-to-go]
10:10


1 comment: