Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|
:)
Setelah apa yang telah Allah beri. Maka tidaklah Dia beri dengan sia-sia. Diutusnya sesuatu perkara kepada sebagai TARBIYAH untuk kita dekat dengan Dia.Puas merenung ke luar jendela.
Memikirkan segala nikmat yang ada.
Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula. [Surah Khafi ayat 109]Ohhoi.
Sentap kot.
Ayat yang biasa kita baca dari Surah Kahfi hari Jumaat.
Tapi.
Bila baca dengan hati yang hidup.
Lain yang jadi. Rasa dekatNya Dia dengan kita.
Infiniti nikmat yang dah Allah bagi tanpa kita minta.
Diuji dengan sedikit ujian yang boleh dikira dengan jari.
Kemudian.
Kita kata.
INI TIDAK ADIL. TIDAK ADIL.. :PBanyak lah tak adil.
Kalau nak kira adil tak adil.
Ingat tak ketika kita masih dalam bentuk ini.
Allahu Rabbi. |
Berapa juta telah dikalahkan.?
Bayangkan. Kalau yang KALAH itu bercakap soal ADIL.
Haih. Macam mana nak jawab tu kan?
Itulah. Aturan Allah. Kita yang Allah pilih. Sebaik-baik kejadian.
Hidup. Alhamdulillah. Diutus sebagai HAMBA|KHALIFAH|MENYERU KE JALAN ALLAH Daie|
Dulu.
Masing-masing ada sejarah sendiri.
Datang dari pelbagai identiti.
Kemudian ditakdir Allah, hidup sampai hari ini.
Sibuk kita.
Bercakap soal itu dan ini.
Dari soal diri sendiri hingga masalah umah hari ini.
Kita punya banyak cita-cita.
Cita-cita yang biasa atau luar biasa.
Tak tahukah kita.
Kita boleh merancang dengan cita-cita.
Dari Husna, Mina, Ustaz Azhar Idrus.
Ramai dah dok remind aku secara langsung atau tak langsung
Tapi Allah merancang dengan cintaNya.
Punyalah yakin cita-cita jadi nyata.
Akhirnya. Allah takdirkan lain jadinya.
Surah Yasin: Ayat 82
Jika Allah kata jadi, maka jadilah. Contohnya, penciptaan Adam dan Hawa, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Malah pokok yang tidak pernah mengeluarkan buah sekalipun, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Pasti pokok itu akan berbuah. Ayat ini dipanggil ayat serba serbi.Takkan dengan sebab itu.
Hilang cinta kita yang dahulu begitu memuncak padaNya.
Ohhoi. Sentap lagi.
Kita diuji dengan berbagai-bagai jenis ujian.
Sesuai dengan kemampuan. :)
Allah lebih tahu apa yang kita mampu hadapi.
Kita rasa ujian kita terlalu berat sampai tak terpikul.
Itu tanda Allah bagi bentuk bentuk ujian dekat orang-orang yang tepat.
Maka Yakinlah! ;) |
Setelah itu.
Allah bagi kita nikmat-nikmat [rezeki] dari arah yang tak disangka-sangka.
Dengan syarat. Kita jadi orang yang bertaqwa.
Bukan aku mereka cipta cerita atau cereka.
Inilah hakikat nyata.
[Surah at Talaq ayat 2 dan 3]
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.Terkenang aku pada kisah dulu-dulu.
Sering kali terjadi pada aku tika sejak di Tahun Empat. Apa yang aku buat, hampir semuanya menjadi. Ohhoi. Siapa tak bahagia. Tak baca buku. Tak buat homework. Tak fokus dalam kelas. Tetap dapat jadi top scorer. Sehinggalah aku di Tingkatan Tiga. Tapi, pada waktu tu, Allah ambil sedikit nikmat daripada banyak-banyak nikmat yang Dia beri kat aku. Mama jatuh sakit masa tu. tak dapat merasa kasih seorang ibu. Mama asyik keluar-masuk hospital ja waktu tu. Tapi, ujian tu, aku percaya Allah dah ganti dengan apa yang Dia beri kat aku dalam exam. Allahu. Allah.
Masa pantas berlalu. Meninggalkan aku dengan cita-cita aku. Teringat lagi. Masa Tingkatan 1. Nak sangat masuk SBP. SSP kot aku target. Allah tak izin. Dah kata dok aim SSP saja. Maka borang untuk ke mana mana sekolah harian elit taklah aku isi. Entah macam mana tah. Aku cuma isi borang SMKA. Nak tak nak. Itulah tempat aku. Tercampak aku kat situ. Huawaaaaa. Kecewa|Lara|Menderita| [Ini melampau] aku kat situ. Setahun lamanya. Berusaha cari identiti di sekolah aliran agama. Penat fikir dan cari hikmah. Masuk Tingkatan Dua. Aku mulai redha dan terima dengan hati yang terbuka. Ohhoi :'( Saat di Tingkatan Dua. Itulah saatnya. Terposok dan dihumban ke dalam dunia tarbiyah penuh berwarna. ALHAMDULILLAH.
Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan ke atasnya. Maka dia diberi kefahaman dalam agama .
[Maksud Hadis]
Alhamdulillah. Jumpa HIKMAH yang terbesar apabila Allah atur aku tak dapat masuk SSP [Batch No 1 Malaysia kot aku sekarang kalau Allah izin aku masuk SSP Form 1 dulu.Ehhe. Berkalau-kalau pulak. mwehehee] Aku dapat jadi penghuni Bumi KISAS. Memang. KISAS tak berjaya menjadikan aku pelajar 11A+ pun. Tapi KISAS, bumi waqaf yang di situ aku terdidik menjadi manusia yang benar-benar HAMBA. Allahu. Allah.Semua yang berlaku pasti ada kebaikan yang mengiringi.
Itu yang dipanggil HIKMAH.
HIKMAH itu kadangkala kita jumpa tak lama lepas terjadinya sesuatu.
Tapi. Mungkin juga HIKMAH [kebaikan] itu ambil masa yang sangat lama untuk kita bertemu dengannya.
Kecewa Diganti Dengan Bahagia :) |
Tak guna kita bermuram durja.
Apatah lagi berduka lara dengan apa yang menimpa.
Setelah kita berusaha sepuasnya. Maka yakinlah.
Allah nilai USAHA. Bukan. HASIL.Tersenyum kita saat dipertonton semula di Mahsyar kelak.
Usaha-usaha kita yang tak berhasil di dunia.
Tapi. Usaha-usaha itu jadi pemberat MIZAN yang membolehkan kita sampai ke syurga.
Tersenyum kita saat dipersoal di muka pengadilan.
Apa yang kita bantu untuk agama Allah.
Laju ja anggota-anggota badan yang menjadi saksi menjawab, tangan-kaki-mata-telinga yang kita bantu insan lain untuk merapati dan menolong agama Allah.
Err. Contoh?
Tangan kita yang sanggup menolong sahabat buat Addmate. Pastu dia dengan keizinan Allah dapat A+. Dengan A+ dia. Dapat biasiswa. Fly. Balik Malaysia. Jadi orang yang berjaya dalam mengembangkan syiar Allah. Tengok? Perkaitannya dengan MENOLONG AGAMA Allah.Ohhoi.
Semua itu bukan mudah.
Bahu yang memikul derita.
Dek ujian yang melanda.
Hati sibuk memujuk iman.
Melawan bisikan nafsu dan syaitan.
Mengajak kita kembali kepada fitrah.
Kerana. Beriman itu fitrah.
Dan mengajak keluarga darah untuk beriman kepada Allah. Mencintai Allah dengan sebenar-benar keyakinan itu juga cabaran. Dan itu juga bakal dipersoalkan.
Ok.
SEMUA INI HEADSHOT!
Untuk aku dan kita!!
Bila Allah redha.
Maka. Syurga jatuh ke tempat kedua kerana kedudukan REDHANYA mengatasi SyurgaNya.
Moga Allah redha.
#buahfikiranyangperlujadiamalan.
fatiniismadi.
20:20
310413
No comments:
Post a Comment