Followers

Monday, March 4, 2013

Pengalaman Untuk Renungan

Basikal RXZ biru hadiah anugerah tokoh murid darjah enam tujuh tahun lalu ditolak perlahan ke luar garaj. Buat kali pertama dalam tempoh lima tahun. Basikal usang itu aku kayuh perlahan lahan. Teruja. Sedikit kekok. Selama ini. Basikal hadiah tokoh murid itu cuma aku pandang sebelah mata.
Seronok juga hidup sebagai lepasan SPM. Tiada perkara belajar perlu aku fikirkan. Hidup bersama tempoh kelapangan yang amat sangat. Syukurlah. Zaman ketika SPM. Aku dihimpit dengan hambatan masa yang tak pernah senang tengok aku lapang. Maka sewajarnyalah. Aku gunakan cuti tiga bulan ini dengan perkara perkara yang aku tak dapat buat semasa tempoh menjadi pelajar sekolah.
Catatan ini cumalah pengalaman untuk renungan. (:
Dua bulan aku jadi kuli di kedai buku. Makan gaji. Walaweh. Seronok juga. Tiba hari Khamis aku punya wang sendiri. Dunia ini aku yang punya. Tapi. Tak lama. Penat!  Hidup sebagai seorang robot. Berkejarkejaran di kedai India Muslim. Hadaf utama bekerja mahu cedok ilmu dan baca buku sebanyaknya. Tapi. Malang sebagai kuli. Tak tercapai hadaf. Masakan baca suratkhabar pun jenuh sembunyi di bawah rak buku. Penat usah dikira. Hakikat. Pekerja bawahan.
Maka benarlah firman Allah:
"Allah mengangkat darjat orang yang berilmu dan beriman dengan beberapa darjat" [Al Mujadalah ayat 11]. Yalah. Semakin tinggi nilai ilmu seseorang. Semakin tinggi jawatan. Nampak? ;D 
Kemudian. Satu demi satu undangan aku terima menjadi kakaksipenunjukjalan[baca: fasilitator]  untuk bermacam program. Segala yang pernah aku pelajari di Bumi Kolej Islam aku kongsi untuk generasi Khairul Ummah. Bermula daripada Kem Bina Sahsiah dan Fardhu A'in. Nadwah Qiyadiy Agama Arau hinggalah Nadwah Khaira Ummah. Semua buat aku belajar. Hidup ini penuh ujian. Pengorbanan. Pengalaman. Keinsafan perlu jadi teman. Insaf bila mana Allah bagi peluang untuk melihat dunia sebenarnya.
Ukhwah itu bukan terletak pada meriahnya perbualan [Imam Ghazali]
Selama berprogram. Bermasyarakat dengan pelbagai lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan. Buat aku sedari. Manisnya ukhwah. Pabila setiap satu di antara kita mampu cipta fikrah Islamiyah. Maka cukuplah dengan fikrah itu. Kita mampu bersatu. Berprogram. Bersambungan tali kasih sayang[baca; silaturahim]. Teruja aku bila jumpa jiran sebaya dengan aku yang tak pernah sama sekolah semenjak sekolah rendah. Hakikatnya. Disebabkan. Hidup penuh dengan kejaran duniawi. Hinggakan jiran selang duaploh rumah pun tak sempat aku kenali. Walaweh. Jiran aku itu tahu hampir semua tentang aku. Terkejut. Pabila biodata diriku mampu dia sebut satu persatu. Hinggakan aku terlelap ketika menunggu giliran ujian berkomputer pun masih dia ingat. Masha Allah. Tajam betul ingatan.
Gerakan yang menghidupkan.
Oh ya. Sekali lagi. Kasih sayang Allah itu luas. Maha Suci Allah. Allah berikan aku sedikit kesempatan sekali lagi untuk bergabung dalam jamaah. Maka. Beruntung dan Alhamdulillah. Dipertemukan dengan KakMira di Nadwah Khaira Ummah. Juga fasi fasi lain. Maka. Aku dapat terus belajar dan terperosok semakin jauh ke dalam ke dalam gerabak tarbiyah. Moga Allah redha. [nanti sambung cerita tentang ini. Inshaa Allah] 

Terpana sebentar.
"Demi Allah! Sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana [usaha dakwah] mu, maka itu lebih baik bagimu daripada kamu memiliki unta merah."
[Hadith Riwayat Muslim] 
credit: terliur aku tengok ;D


Unta merah di sini dianologikan sebagai Ferrari merah. Selari dengan zaman.
Inilah masanya. Mencuba untuk menarik [menolak dah tak jalan] ahli keluarga kita untuk sama masuk ke dalam gerabak tarbiyah.



"Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham."

Adakah hadith ini menerangkan asal-usul logam?
Atau hadith ini menerangkan logam itu apa?

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Kalau 'jahil' nilai itu maka akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, jika Islam maka nilai itu akan menyokong Islam. Mengambil contoh kisah Saidina Umar Al-Khattab. Semasa di zaman Jahiliyyahnya, beliau merupakan orang yang paling kuat menentang Islam. Namun, apabila beliau menjadi Islam, beliau lah yang paling kuat mempertahan dan memperjuangkan Islam.

Jadi.
Antara pengajaran melalui hadith ini.
Kita jangan sekali-kali memandang rendah orang lain.
Kita patut sentiasa merendah diri dengan sesiapa pun. Sesungguhnya kita adalah hambaNya yang hina selalu melakukan kesilapan. Anggaplah kanak-kanak itu lebih baik daripada kita. Dia mungkin tak memiliki ilmu dan sebagainya tetapi kanak-kanak tu suci daripada dosa nak bandingkan dengan kita. 
Anggaplah orang jahat tu lebih baik daripada kita, mungkin dia tidak mengetahui kebenaran dan apabila dia mengetahui kebenaran, kemungkinan dia akan menjadi lebih baik daripada kita.

Sekian.

#hidupuntukmensyukuri
fatiniismadi
040313
1933

No comments:

Post a Comment