بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد
Sebetulnya. Jarang sekali aku nukilkan perihal keluarga darah aku dalam mana mana entry aku di sini. Yang sering aku rekodkan di sini cumalah perihal keluarga aqidah. Bukan keluarga darah aku sengaja aku lupakan. Bahkan. Merekalah sumber inspirasi aku menjadi aku saat ini. الحمد الله. Tanpa mereka. Siapalah aku di sini.
Ringkasnya. Aku punya seorang adik. Yang pada aku. Satu dalam seribu. Adikku punya peribadi mulia-menyantuni dan sangat memuliakan aku sebagai kakaknya. Sungguh. Sila percaya! :) Sebut sahaja apa saja perintahnya. Jika dari aku. Semestinya adik akan tunaikan saja. Mungkin, jarak jauh umur kami. Enam tahun bezanya. Buat aku dan adik tidaklah seperti rakan akrab. Perbezaan umur buatkan aku jadi seperti Hitler yang memerintah negara. Namun. Benarlah. Anak-anak kecil punya hati sebersih bersihnya. Sukar sekali mereka menyimpan dendam atau rasa tidak puas hati terhadap sesiapa.
Alkisah.
Sebagai kakak. Sering sahaja aku menjadi bos besar di rumah. Memerintah dan mengarah. Maka, bersusah susahlah si adik mengerjakan perintah. Walaweh. Kejam sungguh. Disuruhnya adik seusia sebelas tahun enam bulan menghadap buku buku ilmiah. Mengemas rumah. Solat jemaah. Malah, sehingga mutabaah amal pun disuruh si adik yang tak tahu definisi tarbiyah itu ganda gandakan. Allahu| Hitler pun tidak sekejam itu. Aku. Kakaknya sudah terbiasa dengan tarbiyah berdos melampau. Maka. Kasihan si adik terpaksa mengikut sama.
Setelah berlama lama si kakak di rumah. Maka berbagai-bagai jenis tarbiyah dzatiyah dan fardhiyah sengaja dikerah si adik untuk mengikut perintah. Sebagai natijah. Si adik yang dahulunya mula suka akan cerita Korea. K-Pop bagai. Mulai meminati bacaan ilmiah kakaknya. Majalah Jom pelbagai edisi. Novel Sinergi kadangkala dibaca secara curi. Si kakak yang keras hati sering saja memarahi si adik. Walaupun begitu, perubahan itu aku syukuri. Moga si adik jadi lebih baik daripada kakaknya. Dan yang lebih aku kagumi. Tika aku di dunia batu kaca. Selalu sahaja adik bertanya. "Bila kakak mahu balik?" Walaweh. Aku bukanlah kakak yang terbaik buat si adik. Dalam mentarbiyah adik. Sering sahaja aku gunakan kuasa veto yang ada. Memerintah sesuka hati. Mengarah itu dan ini. Allahu| Yang lebih mengharukan. Tika aku terasa hati atas satu peristiwa. Adiklah yang menjadi pemujuk setia. Sedang aku tidaklah pernah bermanja manja dengannya. Kata adik pada mama.
"Mama. Kakak tu merajuk tak lama. Kejap lagi. Baiklah dia"Allahu. Meski banyak dosa aku pada adik. Sering saja dia berbaik sangka terhadapku. Malah, setiap perkataan aku diraikan. Seingat aku. Tak pernah aku bergurau senda atau bermanja dengan si adik. Namun apabila mood aku tengah baik (baca: bukan mood memerintah tak tentu arah) setiap perkataan aku seperti hiburan buat adik. Tak henti henti dia ketawa. Allahu| Mulianya hati si adik. Biarlah seteruk mana kakak mengarah. Memerintah. Marah. Tak pernah si adik jadikan semua itu dendam. |Allahu|
Benarlah. Air yang dicincang takkan pernah putus!Moga si adik membesarnya. Bakal pemandu gerabak tarbiyah. Yang jauh lebih qowiy daripada kakaknya. Akan aku hasut Bos Besar dan Puan Besar menghumbankan si adik ke mana mana maahad tahfiz. Biar si adik didoktrin dengan tarbiyyah kelas pertama di sana. Biar kakak terus teruja. Terus mensyukuri punya adik yang mulia hatinya.
Semoga si adik jadi pemandu gerabak tarbiyah. Doakan dia! |
Dan seharusnya. Adik aku takkan baca entry ni dalam masa terdekat ini.
Suatu hari nanti saat tiga puluh juzuk Al-Quran dalam hati adik. Akak aku tunjukkan dia entry ini.
Dan aku-kakak perlu ganda ganda mutabaah amal. Supaya aku menjadi orang yang mengerjakan perkataan perkataan aku terhadap adik.
Kata Allah dalam firmanNya Yang Maha Agung.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[Surah As Sof : Ayat 2]
Moga Allah redha setiap amal dan perbuatan.
Siapalah kata kalau Allah jauhkan kita daripada redhanya?
"Ya Allah. Jadikan keluarga kami keluarga yang Kau redhai dan Kau berikan kasih sayangMu agar kami sekeluarga sentiasa berada di jalanMu"
Moga keluarga ini jadi keluarga yang Allah redha. Amiin. #Gambar tigabelas tahun lampau. Zaman adik masih tiada di dunia :) |
Tika itu aku di Tingkatan Satu.
syukurmasihpunyakeluarga.
ALHAMDULILLAH
0008
180213
fatiniismadi
No comments:
Post a Comment