بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صلى على محمد
Allahu. Teringat. Terkenang semula memori dulu dulu. Entah atas sebab apa. Bila aku semak wall sendiri di muka buku. Cerita masa lalu. Cerita zaman separa jahiliyah separa dunia tarbiyah. |Allahu| Karat karat jahiliyah. Terkenang aku pada satu memori yang selamanya terpahat di hati. In shaa Allah :)
Memori tercampaknya aku di dunia SMK Agama Arau. Dipertemukan dengan ramai sahabat. Tapi aku khususkan dengan seorang sahabat. Moga sampai syurga ukhwah ini. Amiin.
#MogaAllahRedha.
Betul kata Inche Gabbana .
Oh. Zaman jahiliyah itu. Zaman muda mudi. Terlalu banyak kenangan yang menjadi memori. Aku tak sangka. Aku teruja. Dan sebetulnya. Aku bersyukur pada Yang Maha Esa. Kerana Allah izinkan untuk aku mendapat nikmat betapa bertuahnya punya seorang sahabat yang memudahkan urusan aku di dunia. Mudah mudahan di akhirat juga. Inshaa Allah :)" Dan sesetengah tu, terpaksa bergaduh dan berbaik semula, sebelum dapat menjalinkan persahabatan mesra."
Pertamanya. Bukan aku sengaja lupa. Siapa yang sering sahaja siapkan kerja kerja kursus aku. Belikan aku perkakas sekolah. Kongsikan kredit saat akaun kering. Buatkan aku kek sekali sekala aku balik bercuti setelah berlama lama di dunia-batu-kaca. Oh indahnya! Ya. Bukan aku tak jumpa mereka yang baik akhlaknya di dunia batu kaca itu. Tapi ternyata. Apa yang aku rasa dalam berukhwah denganmu menyebabkab aku mula memahami.
"People will forget what u said. But they will remember what u made them feel"|Allahu|
Andai Ashabul Kahfi bisa menjadi pemuda yang mengasingkan diri saat jahiliyah mula mencengkam dan meyelubungi seantero negeri. Aku perlu lafazakan kalimah الحمد لله. Aku serius kagum melihatkan evolusi fikrah sahabat aku yang seorang ini. Bermula dengan evolusi menjadi muslimah yang mulai cakna dengan definisi عورة. Jujur, aku teruja sendiri.
Bila melihatkan status status muka buku sahabatku yang buat aku juga teringatkan الله ربي. Oh. Dia juga menerima tarbiyah tahap tinggi. Tak perlu jejak kaki ke dunia sekolah berprestasi tinggi. Mashaa Allah. Aku jujurnya menyantuni peribadimu sahabat yang mampu berlapang dada dengan semua sahabatmu. Bukan aku tidak ingat. Tika kita di bumi Agama Arau. Selalu sahaja aku luahkan kemarahan aku pada orang lain kepadamu sahabat. Ternyata, jawapanmu sering sahaja sama.
"Sudah sudahlah, Tin"Entah. Aku tidak pasti sama ada kau ingat atau tidak. Namun, kalimah-kalimah nasihatmu yang sering aku terima tatkala aku gagal mengawal emosi. Merungut tidak puas hati. Tiba-tiba kembali menghantui memori.
Aku akui. Memori di dunia batu kaca aku selama dua tahun kerap sahaja berlegar-legar di wall muka buku. Sedang memori di bumi Agama Arau tak pula aku imbas kembali.Tapi. Saat aku menulis. Memori kita mula aku bayangi.
Sahabat.
Aku menyanjungi cara kau menghargai semua sahabatmu. Mentarbiyah mereka. Mengajak mereka menjadi muslimah sejati. Jasad aku memang di dunia batu kaca. Tapi hakikatnya bila aku melihatkan perubahan perubahanmu dan sahabatku yang lain. Aku jadi teruja. Fuhh. Mashaa Allah.
Kadangkala.
Tika di dunia batu kaca. Sering saja aku terkenang kondisi kamu sahabat. Nak ke public phone. Bukan seorang yang bergayut. Beorang-orang beratur menghitung waktu. Jadi kubatalkan niatku untuk menghubungimu. Aku bukan lupa. Cuma kiriman doa yang mampu jadi pengganti.
Ukhwah kan Wireless :)Sahabat.
Biar siapa pun aku di sukmamu. Ketahuilah. Aku bersyukur mengenalimu. Kerana banyak hikmah telah kupelajari darimu. Aku tersentap. Tatkala membelek-belek mushaf suci kalamullah.
"Sahabat-sahabat baik pada hari itu (pada hari kiamat) akan saling bermusuhan kecuali orang yang bertaqwa" . Surah az Zukhruf ayat 67.Maka. Ayuh sahabat. Kita perbaiki taqwa dalam diri. Moga di akhirat nanti. Kita takkan sesali terhadap pekerjaan kita di bumi. Dan untuk semuanya. Entah untuk kali yang keberapa. Terima kasih untuk segalanya. Sahabat sampai syurga Inshaa Allah ! ;D
Pastinya! Inshaa Allah. Err. Walau kek ini bukan rezeki kita. ;) |
Moga Allah saja yang membalas setiap budi dan jasa.
Kita asalnya dari syurga. Juga akan kembali ke syurga. Kita perlu jadi 'high class' di dunia. 'High class' dalam akhlak. Pergaulan. Hubungan dengan Tuhan. Moga mujahadah untuk jadi 'high class' di mata Allah, akhirnya menjadi syurga Firdaus untuk kita. In shaa AllahAkhir kalam.
Nabi Muhammad SAW nyata tidak keseorangan dalam perjuangan. Dikirimnya Allah buat Nabi sahabat sesetia Abu Bakar As Siddiq. Maka. Benarlah. Bersahabat cara nabi. Jaminan syurga itu pasti.
kenangan PMR 2010. :) |
#darihatimogasampaikehati
170213
0022
fatiniismadi
No comments:
Post a Comment