بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku. Permudahkanlah setiap urusanku. Leraikanlah kekakuan pada lidahku. Moga Moga mereka memahami kata kataku. |
اللهم صلى على محمد
Gambaran Bumi Tarbiyah. Sejujurnya. Aku memang terkenangkenang zaman menjadi penuntut tarbiyah :'( |
Dup.Dap.Dup.Dap.
Dah lama nak buat entry nih.
Tak ada kekuatan rasanya.
Setelah sekian lama.
Ada pula seorang sahabat mengadu kat aku pasal budak KISAS yang sorang nih.
Alahaii. Aku malu sebentar mengaku yang aku lepasan bumi tarbiyah Kolej Islam Malaya[nama lama].
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad..
Lalu. Aku terfikir dan teringat semula pada perumpamaan perumpamaan yang pernah aku tahu tentang budak kisas nih.
- Subur di dalam[KISAS]. Subur di luar[KISAS]
- Subur di dalam. Layu di luar.
- Layu di dalam. Subur di luar
- Layu di dalam. Layu di luar.
Nak jadi yang mana satu?
Semua terpulang pada diri masing masing. Selalunya. Bila manusia manusia yang tahu apa itu Kolej Islam Klang [atau nama nama lain yang membawa maksud tempat yang sama]. Mereka akan jadi teruja dengan anda. Maka. Bersedialah dengan berbagai bagai persepsi mereka yang terlampau awesome terhadap anda.
Jadi. Seharusnya. Saat itu anda akan mulai gusar.gusar. dan gusar dengan impression mereka terhadap anda.
Oh. Aku kata sebab aku dah laluinya.
Sampaikan ada seorang sahabat aku yang ketika pertama kali kenal kata:
tapi akhirnya aku tukar pendapatan aku mengenai budak KISAS..::hello..depa pun manusia jugak..lahir ada mak bapak..mcmna pijak semut boleh x mati..melainkan yg depa pijak tu bukan semut tetapi.........ape2 je la..n depa bukan malaikat nak selawat sepanjang waktu smpai tak boleh senyum langsung..hehe..
Tengok. Siapa pun anda di Bumi Kolej Islam. Tak kisah lah ketua batch ka. ketua pelajar. exco badar. pembimbing rakan sebaya. majlis tertinggi rumah kehidupan. kometri. quarter master atau apa saja jawatan yang tak tersebut[taip sebenarnya]. Once, anda bawa title Kolej Islam. Maka. Anda tidak dapat lari daripada satu hakikat. Walau perit macam mana pun.
Hakikatnya. Anda pernah ditarbiyah!Ya. Ya. Aku tahu. Background budak budak KISAS. Bukan sama semuanya. Datang daripada bermacam latar belakang. Ada yang daripada SMKA kelas atasan. Maahad yang biahnya lebih baik daripada KISAS. SMK biasa yang ada KAA[Kelas Aliran Agama]. Tak kurang juga daripada maahad tahfiz pelbagai negeri.Walaweh. Memang benarlah kata Allah dalam firmannya:
Wahai manusia! Sesungguhnya Kami (Allah) menciptakan kamu daripada seorang laki-laki dan seorang perempuan, dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu.[Surah al Hujurat ayat 13]Oh. Motif aku menghabiskan masa aku menaip.memerah idea.
Dan korang pun membaca. Terhabis jugak masa rasanya.
Ahha. Sebagai insan yang bawa imej Islam hakikatnya. Tak kisahlah siapa pun anda. Sila jadikan apa sahaja yang anda lakukan melambangkan imej Muslim Mukmin.
Ya. Aku kecewa dan terasa pedih. Pada saat seorang sahabat aku cerita perihal seorang lepasan Bumi Tarbiyah yang pabila bertazkirah. Wah. Wow. Bapak lebat lagi hebat. Penuh dengan dalil Al Quran dan al Hadis. Tapi amalan pada zahirnya. Ikhtilat entah ke mana. Muwasofat Tarbiyah juga cacamarba.Aku risau.takut.bimbang.gusar.khuatir[semua perkataan yang seangkatan dengannya] kalau kalau fenomena lepasan Kolej Islam yang terlalu minoriti ini menjadi pembawaan identiti Kolej Islam keseluruhannya. Allahu| Nau'zubillah!
Ya. Aku juga masih cacamarba. Entry ini aku tujukan sebagai peringatan dan amaran keras kepada diri aku sebelum korang. Aku mengaku yang aku sememangnya tidaklah sesempurna mana. Maka. Layaknya. Entry ini menjadi ibrah dan pedoman untuk aku menjadi contoh [qudwah hasanah]. Bukan sebagai pelajar Kolej Islam tetapi sebagai seorang Muslim.Budak KISAS?
Mereka juga insan biasa. Sama seperti anda dan anda. Tiada bezanya. Jangan menghukum mereka jika ada cacamarba di sini sana. Oh ya. Mereka lepasan Kolej Islam yang sudah menjadi helang. [Erk?]. Sememangnya. Bukan dengan sebab mereka lepasan Kolej Islam. Tetapi mereka helang kerana mereka menjadikan tarbiyah di Kolej Islam sebagai bekalan untuk menjadi insan yang hebat dunia dan hebat juga akhirat [Inshaa Allah].
Anologi aku mudah:
Masuk Kolej Islam macam masuk gudang emas. Masuk gudang emas. Tapi kalau tengok ja. Tak ambil pun emas emas tu jadi bekalan sebelum keluar. Maka sia sia lah.
credit: gudang emas |
Dan akhirnya.
Muhasabahlah duhai diri. Apa yang engkau sumbang setelah engkau terima tarbiyah kelas pertama? Berubahkah diri engkau selepas engkau tinggalkan bumi itu. Berbanggakah ibu bapa engkau punya anak seperti engkau.Dan layaknya. Dikira sebagai satu pencapaian jika ibu bapa orang lain pabila melihatkan anda. Tergerak di hati mereka untuk meletakkan anak anak mereka di bumi Kolej Islam seperti anda.
Berlumba lumba menjadi helang setelah keluarnya kita dari KISAS bukan bermakna satu pencapaian yang perlu dibanggakan. Lihat semuala KPI[Key Perfomance Index] ISTIQAMAH kita bagaimana.
"Sesungguhnya yang paling mulia antara kamu di sisi Allah ialah yang paling bertakwa antara kamu' [Al Hujurat ayat 13]Sekian.
#yangberkatapastidiuji
fatiniismadi
2035
2601213
perumpamaan gudang emas mmg betul
ReplyDeletemcm nak nasihat kat adik2 luar sana yg akan jejak kaki ke 'bumi itu', raih sebanyak mungkin apa yang ada. moga jadi subur di luar subur di dalam
fatin . mcm mne blh jd 2601213 (:
ReplyDeleteAssalammualaikum akak, kalau nak masuk KISAS kene ada apa eh ? Saya form 3 dan sekolah sata Smk biasa je, kat klang jugak. Kalau takde bahasa arab pon takpe ke ?
ReplyDeletedulu, batch57 pn ade yg x amek bahasa arab time pmr, tp at last dy pndh, pgi saser clap
Deletethats mean... bleh je klu xde bahasa arab klu nk msuk kisas, tp awk kne survive btul2 utk spm, in shaa Allah boleh. cikgu2 kisas smuenye hebat2
tp, papepn, cbe awk cnfrmkn balik dgn pihak kementerian :)
Akak saya nie teringin sangat nk masuk kisas dh buat permohonan tapi tk berjaya boleh ke saya dpt kalau intake kedua.saya xdpt straight a tapi dpt 8 adan bahasa arab saya pun a
ReplyDeleteAssalamualaikum akak fatin, thanks bg entry y berharga ni.sy nk g interview kisas n entry akak so precious bg sy.smga Allah merahmati akak n mintak tlg doakn sy ya diberi petunjuk sklh mane yg terbaik buat diri n iman sy.jazakillah akak.
ReplyDelete