Followers

Sunday, April 28, 2013

Batch al Banna : Segah namanya :)

Bismillahi| Allahuakbar|
Allahumma solli a'la muhammad.

:)

Bersyukur menjadi sebahagian daripada mereka. Say ALHAMDULILLAH


#Aku menulis khusus buat mereka yang ditakdir Allah untuk menjadi generasi ke-57 Kolej Islam Sultan Alam Shah. Lebih spesifik: Mereka yang sama Allah aturkan menjadi penghuni bangunan tiga tingkat dunia-batu-kaca Kolej Islam. [MUSLIMAT BATCH AL- Banna] :)

Aku menulis saat aku menunggu ketibaan keretapi pulang ke negeri Perlis tercinta yang tertunda dua jam atau mungkin lebih lamanya. 280413 jam 20:12. Kerna cinta yang ada kerana Allah untuk kalian. Aku merasakan tidak cukup ukhwah ini hanya di dunia. Mari! Kita panjangkan sampai syurga.

Riadhah otak di malam yang sesak :)


Aku ulangi kalimah mulia .
Bismillah.

:)

"Wahai manusia daripada lelaki dan perempuan. Sungguh aku ciptakan kamu daripada berbangsa-bangsa dan berpuak-puak UNTUK SALING BERKENALAN ANTARA KAMU. Sungguh yang paling mulia dari kalangan kamu ialah yang paling bertaqwa"
[Surah al-Hujurat]

Perpisahan yang telah kita lalui. Tamat dunia-batu-kaca di Bumi Waqaf itu banyak mengajarkan kita erti rindu. Erti mujahadah menawan hawa nafsu. Erti menjadi penerus kuatnya tarbiyah dalam diri :)
Meski saban hari kita bersua muka cuma di muka buku. Hakikat yang ada pertemuan itu tidaklah seindah yang pernah kita lalu bersama tika di bumi itu.
:'(
Geng Utagha dangan loghat mereka berbahasa. Geng jawa tidaklah kalah dalam berbicara. Geng Timur dengan lahjah mereka. Geng Selatan kekal standard dengan gaya bahasa 'Selangor' mereka. Itulah yang Allah janjikan. Kita berbagai-bagai budaya dan asal. Rupanya untuk kita saling berkenalan. Kita diajarkan tiada yang paling mulia antara kita melainkan kita menjadi manusia bertaqwa.
Aku mula bercerita.
Hari Jubah yang punya banyak cerita :')
Seusai aku dan kita dengan majlis hari jubah kita. Walau dengan bermacam cerita. Banyak juga sedih pabila ramai yang Allah izin untuk tidak menjadi seperti yang kita harapkan. Sebenarnya, kita perlu yakin dan percaya. Untuk setiap tragedi itu. Hatta tragedi-pentas-hari graduasi, Allah yang izinkan untuk jadi untuk uji iman kita. Memang. Yang berbicara itu mudah tapi hatilah yang menaggung derita. Kan? :'( 
Aku sangat bahagia dengan keseluruhan kehadiran ahli Batch al-Banna yang hadirnya dengan identiti tarbiyah meskipun badai fesyen melanda dunia tanpa wayar hari ini. Bukanlah kita mengharapkan semua hadir bertudung bulat-labuh atau berniqab. Tetapi cukuplah pabila semua yang hadir mampu buat guru-guru dan penghuni Bumi Waqaf yang melihat rasakan masih bersisa tarbiyah yang ada dalam diri kita, :) Tidaklah salah untuk berfesyen. Asal syariat diuatamakan. Redha Allah didahulukan. Kan semart gitu. :)

Alahai. Memanglah Batch kita bukanlah Batch-Nombor-SATU-Malaysia. Kita dah usaha sehabisnya. Kan? :) Tetapi Allah lah yang berkuasa mengizinkannya. Aku risau untuk berbicara soal ini. Kerna keputusan aku sangatlah biasa-biasa juga. Tetapi aku yakin dan percaya. Bila Allah menjadikan sesuatu untuk kita. Allah inginkan kebaikan buat kita. Kita harus yakin dengan kasihnya Allah terhadap kita. Sebab. Allah adalah seperti sangkaan kita. Ternyata al-Banna Batch 57 Muslimat membuktikan teguh kita dengan disiplin kita menepati waktu. Berusaha menuruti BANYAK PERATURAN yang seringkali buat kita cemburu dengan mereka seberang yang-terlampau-bebas dalam banyak perkara. Allah hadiahkan kita empat srikandi budak straight A+. Ternyata Allah menampakkan kepada mereka, hikmah kita ikut peraturan :)
*****
Dalam memimpin organisasi yang tiadalah rasmi ini. Sungguh banyak hati telah aku lukakan. Aku tahu dan sedar semua itu. Dek tingginya expectation antara kalian terhadap aku [jika ada] pabila kalian terlihat kekurangan aku. Kalian jadi hilang percaya pada kredibilit aku. Ya. Aku akui! Aku bukanlah yang paling layak untuk memegang jawatan Ketua Batch kepada generasi dan ahli sehebat kalian. Aku punya bermacam kekurangan. Bayak cacamarba. Ramai. Ya. Ramai yang pernah aku sakitkan hati mereka. Aku berbuat sesuka hati aku dalam banyak perkara. Aku melampaui batas dalam urusan kerja. Sungguh aku manusia biasa yang tiadalah terlepas dari khilaf dan salah di mana-mana.

:)
credit
Kalian. Al-Banna Generasi 57 yang aku-cinta-keraNya.
Mari kita rancang hidup kita. :) Jika ingin berjaya. Cuba kita besarkan skop berjaya kita. BERJAYA UNTUK JADI DOKTOR misalnya. Untuk apa? Jika sekadar untuk mak ayah bahagia. Atau untuk kaya. Tiadalah cukup matlamat kita untuk berjaya itu. Mari kita UBAH. Ini kalilah! [hehe] Berjaya untuk jadi doktor bukan? Doktor yang menemukan kajian-kajian saintifik yang baru yang menguntungkan ummah Islam seluruhnya. Misalnya, jika ubat sakit jantung hari ini misalnya, ada kandungan DNA khinzir. Apa kata kita cita-citakan untuk mengubah kandungan ubat itu. Menjadi ubat halal mesra ummah. Nampak tak? Jika mahu jadi pakar ekonomi. Jadilah pakar yang mencorak dan menjadi perintis kepada sistem ekonomi kewangan Islam yang bebas riba misalnya. Nampak tak? Kita berjaya bukan untuk kita sahaja. Tapi untuk ummah seluruhnya. Yang tu lah sebaik-baik mereka yang berjaya.
" Yang paling baik dari kalangan manusia ialah yang bermanfaat untuk manusia lain"
[maksud hadis sohih]
credit

Aku tak tahu lagi.
Bagaimana untuk aku luahkan hebatnya aturan Allah buat kita.
Bertemu-berpisah kerana Allah. 


Kita bukanlah siapa-siapa.
Tanpa Allah di hati kita.

Mari kita.
Kita suburkan ukhwah fillah.
Lenyapkan ukhwah fi jahiliyah :/

Err.
Reunion pertama di mana ya?
Pada walimah generasi al-Banna yang menjadi penerima kek Kak Ain Zuhaili mungkin.

Kalau kek semacam ini yang Kak Ain nak bagi. Masha Allah.
Siapa sanggup tolak kan?
Mwehehehe..
::credit


Aku wajibkan dengan kuasa memilih kalian yang pilih aku sebagai KETUA BATCH untuk hadir ke reunion pertama kita. Jika itu di Malaysia. Buat yang di luar negara, tak apalah bukan rezeki anda untuk hadir. :)

Sekian.
Moga Allah redha untuk semua urusan kita :)

#Sehingga masa ini keretapi aku masih tiada jaminan untuk tiba jam berapa. Ohhoi!

FatiniIsmadi
280413
20:50 

4 comments:

  1. Replies
    1. Punye lah panjang post.
      Yang tu yang menarik hainil?!

      :P

      Reunion pertama belum tahu di mana. :)

      Delete

  2. veto-nyee akak KB . eheh =)

    kalau reunion pertama dkt Perlis, tolong inform awal2 eh .
    jauhh tuu .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehheh.

      Kalau Allah atur camtu.
      Siapa kita menolak aturan Allah.
      huhu.

      Tapi.
      Xde hajat pun untuk be'reunion' pertama di Perlis.
      Err. Mungkin Perlis tu ade. Sbb wakil Perlis bukan sorang!! hehe

      Delete