Allahu|Allahumma solli a'la muhammad.
"Dalam bercita-cita menjadi seorang hamba yang taat pada Pencipta. Kita dibayangi dengan hakikat. Hati juga seperti jasad. Adakalanya perlukan makanan. Ada masa-masanya hati juga perlukan rawatan. Ada ketika hati kita yang kita sangka sihat-sihat aja, namun sebenarnya. Hati kita mulai MATI! Ya. MATI!!"Bila kita tahu sahabat dekat kita yang dahulunya biasa-biasa sahaja. Tapi keputusannya JAUH lebih baik dari kita. Apa kita rasa?
Mungkin. Kita rasa seakan lemah tidak berdaya. Kelu tanpa suara untuk menegur dia, waima mengucapkan secebis tahniah kepada dia pun kita rasa kita tiada upaya. Walaweh. :(
Ohhoi. Itu tandanya HATI MASUK ICU. :( |
Dahtu.
Bila kita punya seorang sahabat sampai syurga. Yang kita sangka dia lah pembawa cahaya kepada kita. Tup. Tup. Kita call dia. Dia buat dek aja. Orang lain call. Laju pulak dia angkat. Dushh. Kita mulai terjauh hati dengan dia. Fuuuh. Api ke'terasa'an kian membara bila di muka buku juga. Dia sudah jarang-jarang tegur kita. Hatta, bersua muka pun, dia seolah-olah, tidak peduli akan kita. Padahal dahulunya kita dan dia bagai magnet yang bersatu.
Pada saat itu. Kita rasa hidup bagai tiada warna. Persahabatan hilang serinya. Pintu kebahagiaan kian suram buat kita. Yalah. Sementelah dunia jahiliyah kita tinggalkan. Dunia berpacaran dengan ajnabi kita lupakan. Seluruh kasih sayang yang ada kita tumpahkan pada sahabat sampai syurga kita. Tetiba ja, semua ini berlaku. Kita rasa dunia tarbiyah dan dakwah [baca: D n T] seakan mahu kita tinggalkan. Semata-mata kerana itu? Come on lah derr. Akhowat bukan seorang! Atau. Kamu yang tak sihat hatinya!!
Ohhoi. Itu tandanya HATI MASUK ICU. :( |
Apabila tertutup satu pintu kebahagiaan. Sebenarnya. Allah bukakan kepada kita LEBIH BANYAK pintu bahagia. Dek menangisi SATU PINTU yang tertutup. Kita lupa KASIH SAYANG Allah Yang Maha Luas. [Headshot untuk aku!]Belum lagi kita berbicara soal isu panas bakal mahasiswa sekarang. :)
BIASISWA-TEMUDUGA-TAWARAN LUAR BIASA
Ohhoi. Semua ini menggugah jiwa.
Bayangkan. Kita seorang lepasan SPM yang biasa-biasa. Hidupnya dalam komuniti mereka yang luar biasa keputusannya. Kemudian, dihebahkan kepada kita mereka yang berjaya dalam [BIASISWA-TEMUDUGA-TAWARAN LUAR BIASA].Err, kita perlukan minda beraura positif dan hati yang dekat dengan Allah. Untuk saling mendoakan komuniti kita. Bukan terasa tak tentu hala dengan kejayaan mereka.Jika itu tidak berjaya terjadi pada kita.
Maka.
Ohhoi. Itu tandanya HATI MASUK ICU. :( |
Dan apabila setiap perkara yang kita hajatkan. Allah tak izin untuk berlaku pada kita. Boleh tak kalau kita mulai berbaik sangka pada Allah setiap masa.
Untuk setiap perkara. Allah sentiasa pilih orang yang paling tepat untuk melalui setiap aturannya. Cubalah kau fikir. Untuk setiap perkara yang pathetic berlaku ke atas diri kau. Contoh: Hidup dalam background family yang biasa-biasa, sedang kau punya kefahaman yang sohih dalam deen. Maka kaulah yang patut dan WAJIB bawa family kau keluar dari kejahilan kepada cahaya! Ni tak. Kau asyik banding-beza family kau dengan family orang lain. Sampai bila kau nak bermuram durja dengan keadaan kau. Come on lah. :) [Kau: tak merujuk pada sesiapa] :)
Dah tahu HATI MASUK ICU. Takkan nak buat dek ja kan. :P
Jika dibiarkan tanpa rawatan. Maka matilah HATI :( |
Maka ubat dan penawar yang paling ampuh. Kira cam tahap ANTIBIOTIK atau Habbatussawda' lah.[Habbatussawda' penawar bagi semua penyakit kecuali mati. Maksud hadis]
Menghadiri majlis ilmu yang mendekatkan diri pada Allah. Err. Tengok tv al-Hijrah pun kira Majlis Ilmu lah kan. ;)
Bergaul dengan orang yang baik-baik. Konsepnya mudah. Bila kita selalu bersama dengan jamaah sahabat yang solehah. Maka kita akan turut terpengaruh untuk berubah seperti mereka DENGAN IZIN ALLAH.
Obat hati:
Maka.
Untuk setiap nikmat yang kita rasai saat ini.
Layaknya kesyukuran perlu dipanjatkan pada Allah Rabbul 'Izzati.
Siapa kita untuk mempertikai setiap yang berlaku.
Sedang Allah lebih tahu hamba yang manakah layak untuk menghadapi setiap musibah yang berlaku.
BERBAIK SANGKALAH. :)
Moga Allah redha dengan setiap urusan dan amal kita.
fatiniismadi
180413
12:00
it's okayy lah dik..mesti rindu bumi waqafan kan...sem0ga fatini dpt apa yg fatini inginkan..^^
ReplyDelete