"Assalamualaikum pakcik. Saya nak tanya nih, err. err. ada kerja kosong tak?"
"Hmm.. (mendengus panjang sambil berfikir)"
Aduhai pakcik nih, lama lak nak pikir. Kalau takda tu cakaplah. Boleh aku pegi cari kat tempat lain.Merungut aku sendirian jauh dalam hati.
"Kamu sekolah mana? Baru lepas SPM la nih?"
"Saya dulu Kolej Islam Klang. Ya, baru dua minggu habis SPM"
"Memang ada pun kerja kosong khas untuk kamu. Bila nak 'start' kerja?"
"Err. 'anytime' pakcik. Esok pun boleh. Kalau pakcik tak kisah, sekarang pun saya sanggup"
"Hmm. kalau macam tu datang sehari lepas pakcik call. In shaa Allah, 15hb Jan ni boleh?"
"Terima kasih banyakbanyak pakcik :)"______________________________________________________________________________
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكمAgain: Memang cerita aku pun :)
Alhamdulillah. Pujian tak terhingga pada Allahurabbi. Rezeki Allah itu benar-benar luas. Ya seluas langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad SAW kerana baginda Muhammad SAW aku dan korang hari akhirnya seoarang muslim mukmin. Alhamdulillah.
Dipendekkan cerita.
Hari ini aku mula bekerja sebagai..err, entahlah, semua kerja aku buat. Kuli? Kuli jauh lebih baik daripada hamba abdi. :) Seharian aku di dunia-penuh-buku. Dari letak tanda harga pada buku, cari buku, panjat rak, sampai lah ke sapu satu kedai semua aku buat bersendirian. Ya, sendiri aku di situ. Daripada lima orang pekerja, 4 ambil cuti. Terdetik di hati, betapa orang yang berilmu Allah tinggikan darjat dengan beberapa darjat. Err, sila 'check' Surah alMujadalah ayat 11.
Mana taknya. tengok motivator yang banyak ilmu tu, 1 jam/ RM 1000 kot. Tak payah kerja terukteruk. Kat dunia dah dibuktikan betapa tinggi darjat orang berilmu. Tak caya? Cube korang kenang balik betapa orang respek kat budak No. 1 Batch tuh macam mana? KISASIAN: Sila ingat fonomena budak ali no 1 batch time kita form 4.haha.
Bukan itu point aku sebenarnya.
Sepanjang aku berpeluhpeluh bekerja di kedai yang terlalu banyak buku. Tapi tidak mengapa, aku memang suka!
Aku perhatikan terlalu banyak tingkah laku anakmuda yang cintakan ilmu.
Ada yang aku sangat suka melihatkan telatah mereka yang menghargai ilmu, tapi tak kurang yang buat aku rasa ingin menangis syahdu.
Aku lihat, seorang ibu daripada golongan err..marhaen (maaf aku gunakan istilah itu) bersama anaknya mencari-cari buku rujukan Sains PMR.Ibu separa muda-tua,
"Adik, boleh tolong ambikkan kat anak makcik buku rujukan Sains 'form' 3. Nak yang bahasa Melayu. Anak makcik tak paham bahasa omputih"Tangan ligat mencari. Peluh di dahi semakin membahasahi.
"Maaf makcik. Tak adalah untuk PMR punya. Inshaa Allah awal bulan dua baru sampai"
Senyum.
"Ambiklah buku ni mak ! Orang boleh baca lah mak. Kita kan dah mai kedai nih!"Anak ibu separa muda-tua menengking maknya.
Terkejut aku. Terkaku. Bertudung litup anak itu. Berwajah putih merah. Berbadan halus. Nampak sopan.
#Bukan untuk mengaibkan. Sumpah tak. Sekadar ibrah dunia MELAYU ISLAM kini!
Yang si ibu terus mencari di himpunan bukubuku untuk di rak. Wajah sayu. Di hati aku mengumam mungkin ibu sedih sedikit apabila ditengking oleh sang anak.
Hiba. Suasana sayu.
"Mak cik, buku ni bagus. Dulu waktu saya PMR saya pun guna jugak. Tapi dalam bahasa Inggeris lah" :)
"Kesian anak makcik kalau makcik beli, dia bukannya pandai omputih pun"Tiba-tiba.
"Tu aku tak mau mai beli dengan orang tua nih. Dok bertengkar apa lagi. Ambik lah! Menyusahkan aku!!Si anak bersuara tinggi.
Bapak lah weh. Kau tu anak. Cuba beradab sikit dengan mak kau. Ikut hati, aku sangatsangat sedih. Muka ibu separa muda-tua itu mulai merah padam.
Ya rabb.
Memang inilah tanda akhir zaman. Bila anak jadi tuan kepada mak.
Desus aku dalam sudut hati yang paling dalam
Ya Allah, aku mohon, berikan aku kekuatan supaya dapat melayan menghormati dan terus menyayangi mama dan ayah. Tunjukkanlah adik tu dengan petunjukmu
Suasana dunia buku tempat aku kerja :) |
Sedih.
Duludulu waktu Tingkatan Lima, aku ada belajar PSI. Hukum wajib merendahkan suara dan berbuat pada ibu bapa. Rujuk Surah al-Israk.
Aku dulu pun sebelum terkena panahan panahan tarbiyah, lebih kurang ja macam budak tu. Sebaik panah Tarbiyah terkena masuk dalam hati. Zupp. Tersedar, sedih tak terkata (baca dengan nada "tersesat malu bertanya) Aku mulai sedar. Tapi tak bermakna aku sempurna. Terlalu banyak khilaf. Mungkin, kata kata yang berbunga. Amalan pula cacamarba. Allahurabbi!
Sambung.
Tengah-tengah 'peak hour' kat kedai buku. (lihat gambar). Sebenarnya, hari nih. 9.15-6.00 petang memang waktu puncak. Tak sempat duduk. Tak menang tangan kot. Tapi best. Mata nampak buku ja.
Bukan itu ceritanya.
Datang sorang adikmanis dengan maknya lagi.
Mulamula nampak mak dia. Aku tanya dengan hiasan senyuman,
"Boleh saya bantu? Makcik nak apa?"
"Ni anak makcik nak cari buku"Err. Sumpah terkejut weh. Mata biru. Rambut oren-oren, macam omputih gitu.
"Kak nak buku (bla bala bla)"Banyak betul buku dia nak.
Bukan itu pointnya.
Memang secara hakikat, Melayu Islam telah sebetulnya TEWAS dengan propaganda Barat. Rupa macam artis hollywood tapi maaf cakap. Bunyi loghat Melayu Peghelih asli ! Ikut hati yang tak baik ni, nak ja aku speaking British dengan budak tu.Nak tahu tak. Bukan sorang dua macam tu sekarang. Berorang-orang kot! Ni baru negeri Perlis yang terkecil kat Malaysia.
Ya rabb!
Err, aku tengok muka mak budak British celup tu macam tak redha ja dengan identiti anak dia. tapi, mungkin ada sebab untuk mak dia tak tegur anak dia. Untuk tambahan, mak dia bertudung litup.
Lagi,
Yang paling aku terkesan. Bila ada ibu bapa yang datang nak beli buku. Maksud aku ibu bapa daripada golongan Marhaen (Marhaen: bawahan) datang, for sure lah sepanjang panjang aku kerja tadi. Mereka sangat takut kalau kalau terbeli buku salah. Apa taknya, sampai, 'call' anak, bagi aku yang cakap untuk 'explain' pasal buku. Err, sebelum aku tanya, awat aih yang pakcik makcik takut sangat nak beli buku kat anak sendiri ja pun.
"Pakcik bukan apa, takut anak pakcik bebai ja kalau beli salah (bebai: mengamuk dalam keadaan merajuk )"Allahurabbi.
Eh cikadikmanis. Tahulah anda sedang menuntut ilmu untuk jadi orang yang sangatsangat tinggi nilai pelajaran dalam diri. Tapi, tolonglah respek mak bapak anda. Walaupun, mak bapak anda cuma golongan marhaen ja. Berselutselut seluar mereka pergi cari (beli) buku anda yang tak murah tu.
Sebenarnya, bukan seorang ja pakcik yang kata gitu kat aku. Berorang-orang juga termasuk dua tiga orang makcik.
Hakikatnya,
Kita dilanda satu krisis yang telah Nabi Muhammad SAW nyatakan dalam hadis. Antara tanda-tanda akhir zaman ialah anak menjadi tuan kepada ibu bapanya.
Dalam hadis lain.
Islam datang dalam keadaan terasing. Pergi dalam keadaan terasing maka bersyukurlah orang orang terasing.Err. Jom.
Jom sama-sama jadi orang terasing. Pengalaman seharian aku di kedai buku tadi membuatkan aku rasa dunia perlukan tarbiah. Ketandusan. Kegersangan tarbiah. Tapi, sapa sapa yang perlu mulakan kalau bukan korang dan aku.
Hari ini juga sekadar catatan.
Aku rasa cam nak jual ja semua modul yang aku dapat kat KISAS kat kedai buku tu. Nak di'compare'kan dengan buku-buku rujukan. Modul Modul yang memang aku 'complete' (sila jangan percaya! haha) jauh lebih lengkap dari segala buku rujukan yang ada. Serius! Tak tipu.Sekadar itu sahaja.
Semoga aku terus bersemangat untuk bercerita lagi dan esok kerja. Jumaat cuti.
Wallahua'lam
Untuk bayangan korang tempat aku kerja ;)
Sila jangan bayangkan kedai ni macam MPH! :D |
Memeng kedai kampung. tapi income hari nih lebih kurang RM 4567.00 Err, sikit? Biarlah, nak kata banyak juga! ;D |
banyak la tuh...huhu...macam2 ragam umat sekarang ni..
ReplyDeleteuntunglaa dpt bau buku harihari . huhu
ReplyDeletemanfaatkn peluang bekerja . tk sume org dapat .
selamat bertugas cik fatini!
;)
Alhamdulillah. syukur. Allah bagi sesuatu selepas Dia ambil sesuatu :)
ReplyDeleteTapi, penatt banyak. lama dah tak aktifkan badan..hehe..
Terima kasih KP ajar saya erti inspection. Berinspection sepanjang hari di kedai buku tadi..terkenang memori sume bnde kne seragam..;)