Followers

Tuesday, January 8, 2013

Biasiswa II



بسم لله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Pujian yang tertinggi dan palinh mulia hanya untuk Allah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia lagi bercahaya رسول الله صلى الله عليه وسلم . Mogamoga, kita bakal memperoleh syafaat Baginda رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Memandangkan ada uraura dari sumber yang sohih, keputusan Sijil Paling Mudah atau SPM bakal diumumkan tak lama lagi, maka sukalah aku untuk berkongsi lagi dengan korang tentang

BIASISWA, PINJAMAN, PINJAMAN BOLAH UBAH DAN DERMASISWA

Apakah perbezaan di antara biasiswa, pinjaman, pinjaman boleh ubah dan dermasiswa?

#Aku copypaste jelah daripada 'email' yang secret admire aku(sila jangan percaya! hehe ) hantar barubaru nih

CopyPaste:

Baiklah,

Di dalam email kali ini, kami akan memberikan sedikit maklumat berkaitan perbandingan antara biasiswa serta pinjaman yang mungkin tidak diketahui oleh Fatini. Informasi tentang terma ini adalah seperti di bawah:

Biasiswa :

Biasiswa merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada bantuan penuh yang diberikan oleh sesebuah organisasi penaja kepada individu yang ditaja. Kebanyakan biasiswa memerlukan individu yang menerimanya bekerja dengan pihak penaja sejurus selepas tamat pengajian. Namun ada juga penaja biasiswa yang tidak mengadakan sebarang ikatan terhadap individu yang mereka taja selepas individu ini tamat alam pengajian.

Pinjaman Pelajaran :

Pinjaman pelajaran merupakan pinjaman yang diberikan oleh organisasi tertentu kepada individu yang memohon. Kebanyakan pinjaman di Malaysia memerlukan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman sejajar dengan syarat undang-undang yang ditetapkan. Terdapat juga penaja yang mengenakan kadar faedah kepada peminjam.

Jika Fatini ingin mengetahui tentang jenis penaja yang memberikan pinjaman atau biasiswa, dapatkan versi penuh Kit Biasiswa hari ini juga kerana di dalammnya terdapat banyak informasi tentang perkara ini.

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah :

Pinjaman jenis ini merupakan pinjaman yang nampak sama dengan pinjaman pelajaran, tetapi sebenarnya berbeza dari sudut sistemnya. Pinjaman boleh ubah ini pada asalnya adalah pinjaman, namun sekiranya Fatini memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, pinjaman ini akan berubah menjadi biasiswa. Pinjaman ini juga hanya mengenakan pembayaran balik yang lebih kecil daripada jumlah pinjaman kerana tiada faedah dikenakan. Organisasi yang mengamalkan konsep ini ada di sebut di dalam Kit Biasiswa versi penuh.

Dermasiswa :

Dermasiswa atau dalam bahasa Inggerisnya 'Bursary' merupakan sumbangan wang yang diberikan oleh sesebuah organisasi kepada individu yang layak. Kelayakan untuk mendapat derma siswa ini selalunya tidak bergantung kepada pencapaian akademik pelajar terbabit, sebaliknya dinilai dari sudut kewangan ahli keluarganya. Selalunya, pelajar yang memperoleh dermasiswa ini datangnya daripada individu yang berlatarbelakangkan keluarga miskin.


No comments:

Post a Comment