"Saya mau itu kamus"
"Kamus apa 'you' mau?
"Nak kamu bahasa arab"
"'You' belajar bahasa arab ka? Manyak bagus"Perbualan aku dengan seorang remaja berbangsa Cina awal awall pagi tadi seawal 9.28 minit pagi !
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
اللهم صلى على سيدنا محمد
Again: Cerita di kedai buku sepanjang hari nih...err, sepanjang satu minggu yang dah pun dapat gaji. Alhamdulillah. (:
Sebelum diteruskan lagi. Sekarang (waktu menulis) malam Jumaat.
Daripada satu hadis sohih, diriwayatkan bahawa:
"Setiap satu pertiga malam, Allah akan menurunkan rahmahNya kepada hambaNya dan pada malam Jumaat rahmah Allah lebih cepat diturunkan. Maka kita dituntut untuk banyakkan berselawat ke atas Baginda"حبيب الرحمن محمد صلى الله عليه وسلم
اللهم صلى على سيدنا محمد
Bersambung cerita perbualan di atas:
(:
Pagi tadi serius aku tergamam bila mamat ala ala korea masuk kedai (Cina sebenarnya) minta Kamus Arab. Subhanallah. Tengok! Bangsa Cina pun belajar Arab. Serius, aku kagum!
Yelah. sekarang ni. Anak-anak Melayu Islam dah semakin tak minat belajar Arab. Apa taknya. Seramai 32 orang daripada SMKA ________(identiti menjadi tanda tanya.tapi for sure lah korang boleh teka kan) telah gagal Arab untuk PMR 2012!
_________________________________________________________________________________
"Adik, tolong carikan buku Add Mate form 5"
"Buku ni bagus makcik", sambil aku menghulurkan senaskhah buku keluaran Cerdik
"Eh. Mana tahu bagus?"
"Saya ambil SPM tahun lepas makcik"
"Paper Add Mate senang kan adik? Kesian budak Perlis tak dapat kertas graph waktu Exam. Adik sekolah mana?"Error!
(Perbualan tak dapat direkod lagi untuk bahan bacaan)
Aku: senyum sumbing. Tak jawab lah aku senang kat makcik bertudung labuh pink tuh !Dalam hati aku jawab.
Makcik. Soalan susah macam mana pun tapi Allah mudahkan, senang juga nak jawab.
Sebenarnya. Aku sendiri dah tak ingat senang ka susah soalan Add Mate waktu SPM. Seingat aku, perasaan aku sepanjang panjang Sijil Pelajaran Malaysia ialah seperti perasaan orang yang dilepaskan ke angkasa tak kisah ke naik payung terjun ke (korang bayangkan lah). dilepaskan dari helikopter ke atau apa. Tapi, macam tu lah perasaan aku semasa peperiksaan SPM. Dan for sure lah, controller aku, untuk aku sampai ke destinasi mana, ialah Dia Yang Maha Kuasa. Hingga sekarang, destinasi yang telah Allah tetapkan masih lagi jadi tanda tanya untuk aku dan korang. Kan? Cuak tak cakap pasal result. Apa lagi? Pergi lah gantung harapan kita kat Allah. Ya. Ikat tali dekatnya kita dengan Allah tu kuatkuat. (Err. Dah Al Mulk? Ma'thurat? Kahfi.kan Jumaat malam ni?[: )
_________________________________________________________________________________
"Tauke, buku ini bagus ka?"
"Tanya sama dia. Dia dulu Kolej Islam Klang"sambil tangan menuding ke arah aku.Allahurabbi!
Nak tahu inilah ujian paling besar bila kat dunia-penuh-buku tuh. Sebab aku budak kolej Islam. Buku yang aku tolong pilih dan cari tu dinilai based on that. Allah. Mashaa Allah. Ketar tangan aku, pilih buku. Risau. Tak paham budak yang guna buku tuh. Saham tempias kat aku.
Yang Uncle Aziz Rahman(tauke kedai) tu promote aku tu, bengang lah gak mula mula.
Tapi. lepas nilai semua sisi, memang lah bukan untuk dibanggakan pun jadi budak KIK (Orang Perlis kenal KIK ja !). Sekurang-kurangnya every of my action, macam ada yang duduk bisik kat telinga.
"Eh, tunjuklah qudwah. Letak gula sikit pada muka kat costumer (senyum lah). Guna perkataan yang paling sopan. Jangan merungut. Eh. tarbiyah ko dapat campak mana?"Yang langsung tak menarik, bila ada pasangan (kononnya kapel sweet lah kan.) pergi beli buku sama sama. Allah.
استغفر الله
Error!
Geli tulang belulang nak cerita lagi :(
استغفر الله
Renungan tajam tepat kat diorang sampai segan mampu aku bagi. Nak tegur. Risau. Blah tak beli pulak buku.
Ya Allah. Kembangkanlah lembayung rahmatMu untuk sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.
Amiin.
_________________________________________________________________________________
Sebelum akhir:
Antara tarbiyah yang sangat 'awesome' aku rasa sepanjang di Kolej Islam ialah semua kita diajarkan untuk sentiasa
Dan lagi satu. Sejak berkenalan dengan makcik pekerja kantin dekat Saji Warisan (kantin KISAS). Aku belajar sesuatu. Walau sepenat mana pun anda. Sebagai pekerja. Layanlah pengunjung kedai anda dengan senyuman yang paling ikhlas (cuba lah paksa bibir dan hati,[mungkin]). Terima kasih makcik makcik ! Ahha: Kisasians, sila bayangkan makcik makcik kantin tengah isi makanan dalam pinggan dengan barisan yang penuh sesak. (mesti ade yang senyum senyum nih)
_________________________________________________________________________________
Dan yang paling menarik !
Semua kanak kanak sekolah termasuk yang STPM (19 tahun) 'call me' Kakak.
Ahha :]
Menarik bukan kerja di kedai buku. Tak perlu prmote atau panggil orang datang. Semua datang sendiri. Sebab. semua nak pandai. Alhamdulillah.
Anda!
Dah berjaya nanti, jangan lupakan jasa pekedai buku anda.
Bayangkan, mereka yang bekerja di kedai buku itulah yang beresdung resdung (maaf: perkataan ni belum pernah wujud lagi.)
Maksudnya: bayangkan kedai buku tu berhabuk tahap tinggi. Kena pulak, pekerja tu ada resdung serius. Pergi cari buku anda. Tak ka terbersin bersin dia. Gatal mata. Err. semualah simptom resdung.
Untuk anda!
Ya. Untuk anda!
Bayangkan: Untuk mencari cuma sebuah buku yang anda minta! |
Sungguh. Azab yang tak tercapai dek akal!
Maka lepas berjaya. Tembak tembaklah doa anda untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan 'journey of success' anda :)
Maka sebelum pulang dari tempat kerja.
Terjumpa sebuah buku hadis
Tertakdir untuk tahu satu hadis daripada
Ibnu Abbas:
Sesiapa yang membuatkan manusia di dunia gembira. Allah ciptakan malaikat yang menolak bala untuknya. Apabila tiba hari Kiamat. muncul seseorang menjadi temannya yang apabila dia takut, teman itu aku berkata, "janganlah engkau takut" lalu ditanya, "Siapa engkau" "Aku ialah kegembiraan yang telah engkau berikan di hati manusia ketika di dunia.
Hadis riwayat Ibnu Abbas :)
Yang terakhir:
Tempat aku mendapat wang mingguan. Nak jumpa aku, Silalah datang setiap hari kecuali Jumaat dan hari hari yang aku rsa nak cuti. 9.00-6.00 petang :) |
Maka.
Isilah nikmat masa lapangmu dengan seindah indah perkara.
:)
Wallahua'lam.
MasyaAllah ! Bestnye dapat dikelilingi buku!
ReplyDeleteAlhamdulillah (:
ReplyDeleteMenjadi impian untuk hidup dengan buku buku..
Allah fulfils it.
Yelah, selepas kekecewaan yg itu dgnti dgn rezeki yg ini. Mashaa Allah (: