بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
اللهم صلى على سيدنا محمد
Syukur.
Dari hati atau dari jari ?!
Kadangkadang lidah mudah mengungkap syukur namun pembuktian daripada amalan.
اسثغفر الله العظيم
سبحانك السميع العليم
Mutabaah amal entah ke mana.
Menjadi hamba yang sentiasa mengharap redha juga kadangkadang terlepas pandang dari mati hati
Sibuk dengan duniawi.
Belum dimuhasabah status hati bersama Ilahi Ya Rabbi
اسثغفر الله العظيم
Sungguh, aku hina sebagai hambaNya yang terlalu banyak nikmat yang Allah beri pada aku
Aku tak kata pada sapasapa atau menuding jari pada manamana pihak.
Aku menulis lagi.
Aku merasai bila mana kita merancang sesuatu untuk kita.
Perancangan Allah juga sudah tersedia di Lauh Mahfuz sana.
Dan semestinya perancangan Allah jauh lebih baik daripada perancangan aku.
Tiada syak lagi !
Sesuatu takdir itu cuma dapat diubah dengan cuma satu senjata iaitu DOA.
Apabila doa tidak dimakbulkan. Bukan bermakna Dia kita lupakan. Cuma sesuatu yang lebih baik sememangnya tersedia buat kita (:
Kata Nabi MuhammadSAW:
اللهم صلى على محمد
"Sungguh ajaib perihal orang mukmin, sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur, maka jadilah kurniaan itu baik untuknya. Manakala apabila ditimpa musibah, dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)
Dan aku hari ini..
Baru dua hari pulang dari menjadi kakaksipenunjukjalan untuk adik adik agama arau.
Sepanjang kem tiga hari.
Di sekolah lama.
Berasa Allah yang aturkan untuk aku atas semua yang terjadi.
Pertamanya.
Sepanjang Disember. Setelah Allah takdirkan bukan itu tempat aku. Oh, tidak mengapa. Ada jalan yang terbaik untuk aku. Kemudian, aku diuji kalau kalau aku berminat menggunakan laluan pintas ke situ. Oh, aku tidak mahu. Bukan kerana tempat itu tidak baik. Tergiur aku mendengar tawaran itu. Namun. Aku risau tiada manisnya hidup dalam keberkatan lagi
Kemudian,
Hati ini tidak mampu tertahan lagi. Sebak. Sayu. Sendu.
Sudah ramai sahabat di menara gading, sedang aku masih di sini bersama sebuah penantian.
Surat cinta daripadaNya terus aku selak helai demi helai. Berusaha mencari titik penyelesaian masalah hati ini. Allahurabbi. Diri ini terlalu lemah jika nak dibandingkan dengan Fatimah binti Muhammad, puteri Habiburrahman. Jauh sekali nak dibanding dengan Rabiatul Adawiyah mahupun Saidatina Khadijah.
Ya!
Semestinya, tidak mungkin sama sekali.
Lemah. Hina. Alpa !
Namun aku pernah tahu betapa:
Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (QS. 95:4)Bersambung kepada kisah tiga hari bermalam-malam di kem.
Aku sebenarnya menginginkan (terlalu menginginkan) suasana tempat itu menjadi persis seperti seindah bumi waqafan.
Namun, sebenarnya aku terlupa. Bukan persoalan itu sebenarnya yang perlu aku fikirkan.
Bukan aku tidak tahu. Ketika mula ke situ. Hati aku juga memberontak tak mahu. Aduhai, sekolah berasrama penuh Sekolah Seri Puteri menjadi impian sejak dari dahulu.
Itulah. Sepanjang perbincangan bersama fasilitator yang lain. Aku mahu adik-adik Tingkatan 1 merasai tarbiyah kelas satu. Oh, mereka baru di 'stage beginner'. Jangan dek salah tingkah, mereka langsung benci pada tarbiyah. Aku lupa lagi. Proses aku menerima tarbiyah tidak cukup dengan kem tiga hari dua malam seperti mereka. Alhamdulillah, aku menjadi kakak murshidah kumpulan شهمه . Lantas, teringat aku proses aku ditarbiyah cukup lama. Sehingga saat ini, proses itu takkan pernah selesai.
Meski aku tak mampu, menjadikan adik adik seperti mereka yang berada di tempat (err. bekas tempat aku. tempat yang takkan aku kembali padanya sebagia pelajar lagi. Insha Allah). Namun, aku perlu sujud menyukuri. Betapa adik adik itu akhirnya Allah takdirkan untuk menjadi insan penerima tarbiyah di jalan Allah.
Seperkara lagi.
Di situ.
Sungguh. Aku tidak sangka ! Ukhwah sesama barisan alumni fasilitator bagai kalam dengan tinta. Allahurabbi. Mashaa Allah. Indahnya. Maqam (kedudukannya) bagai berukhwah dua tahun di bumi waqafan.
Sebelum menjadi fasilitator, kami tidak pernah saling menganali meskipun berbeza batch setahun dua samata-mata.
Allah takdirkan.
Pertemuan atas dasar iman.
Berapat-rapatan dalam liqa' almulk bersama-sama.
Berkejar-kejaran ke kedai membeli keperluan kem bersama-sama.
Hingga kereta panduan ukhti bersama aku sebagai penumpangnya terhenti di simpang tiga. Cuak tak terkata. Berukhwah keranaNya. Saat genting, cuak seperti itu pun terakam sebagai memori indah-indah sahaja.
Saatnya, program di'postmortem' bersama fasilitator muslimin yang terlalu suka memanjangkan cerita hingga saat tiga pagi lamanya, kami semua masih berkonferens mencari solusi atas segala perkara. Ngantuk tak terkata. Biasalah, kem namanya!
Allahurabbi..
Jarak setahun memisahkan aku dengan senior SPM 2011 menyebabkan kami tidak serapat mana malah tak pernah bertegur sapa.Jauh sekali berkongsi cerita. Namun, berprogram bersama menyebabkan kami punya masa berkongsi cerita. Mentarbiyah hati juga rohani dan mentazkiyatun nafs bersama-sama.
Kagum aku pada seorang fasilitator-kakak sejawat dengan aku. Biarpun, malam sudah terlalu tua. Sebaik pulang dari perbincangan 'post mortem', masih mampu mengulang hafaz kitab mulia. Bukti, tekadnya kakakmanis sebagai penjaga kalamNya.
Kagum aku pada seorang fasilitator-kakak sejawat dengan aku. Biarpun, malam sudah terlalu tua. Sebaik pulang dari perbincangan 'post mortem', masih mampu mengulang hafaz kitab mulia. Bukti, tekadnya kakakmanis sebagai penjaga kalamNya.
Kemudian, ukht itu bercerita pula perihal kursusnya di menara gading (Seolah macam mahu memikat aku untuk minat kursus dia.hehe) Bercerita.Bercerita dan bercerita hingga sungguh hati ini mula mencipta kerangka. Andai Plan A gagal. Kita beralih ke Plan B. Andai Plan B juga tidak menjadi mungkin perlu prihatin dengan Plan C. Sebanyak mana pun perancangan kita. Bukankah semua daripada Allah. Jujur aku kata. Aku mula jatuh hati dengan cerita Ukht Amira Syafiqah M. Zin(K.Mira). Mula menyimpan niat untun mengambil jurusan seperti sikakakmanis (memang betulbetul manis) .
Inilah cerita K.Mira
Err. akhirnya aku mahu ubah lagi pilihan di borang UPU. Oh, tiada pula jurusan yang K.Mira cerita. Ikut cerita kursus ini tak perlu 'apply'. Pilihan pihak universiti kepada mana mana insan bertuah. Sebelum K.Mira bercerita pun, pilihan ke-7 aku memang macam K.Mira..Ahha. Apakan ada rezekiku sepertinya?.Coarse baru di UIA yang sangat super duper menarik. No exam besarbesar. Ada exam tpi takde stress pun [Course: Arabic International Communication]1 tahun di IIUM PJ2 tahun di Gombak2 tahun di Pagoh6 bulan makan, belajar dan praktikal percuma di JORDANPeluang kerjaya: Penterjemah dan AMBASSADOR !!Ikut cerita pengalaman kakakmanis itu, beliau pilih UIA kursus ilmu wahyu dan warisan islam pilihan ke7. Yelah, rezeki beliau sape tahu :)
Namun, seperti biasa KYUEM tetap di hati. Mudah mudahan Allah bantu aku dan korang dalam semua dan setiap urusan mahupun apa jua niat di hati kita. Namun sekarang, aku jadi celaru.keliru. Mencari arah semula. Moga Allah beri kemudahan dan Dialah yang pegang hati hamba hambaNya.
Selesai monolog sendiri.
Keseluruhannya.
Bila mana kita sucikan niat kita pada jalan Allah. Maka Allah lah yang berkuasa memberi kemudahan dan rahmahNya pada kta.
Tapi.
Bila mana kita mulai was-was dengan Allah. Maka apa yang kita dapat adalah seperti yang terlintas dalam fikiran kita.Marilah
Segeralah kembali mentaati Allah 'Azza WajallaSurah adDzariyat ayat 50
“Maka segeralah kembali kepada (mentaati) Allah. Sungguh aku seorang pemberi peringatan yang jelas dari Allah untukmu.
Yang terakhirnya
Firman Allah SWT :
وَمَا مِن دَابَّةٍ فِي الْأَرْضِ إِلَّا عَلَى اللَّهِ رِزْقُهَا
"......dan tiada satu pun makhluk bergerak di bumi melainkan dijamin Allah rezekinya" (Surah Hud, ayat 6).
Jaminan rezeki dari Allah SWT pada mahklukNya adalah jaminan yang pasti lagi benar bagi menunjukkan betapa Maha Kaya Allah yang memiliki segala sifat kebesaranNya.
Firman Allah SWT:
وَلِلَّهِ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ ۚ وَإِلَى اللَّهِ تُرْجَعُ الْأُمُورُ
"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
Berhentilah aku di sini. Moga Allah redha dengan segala tingkahku jua tingkahmu. Inshaa Allah (:
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment