Followers

Friday, January 27, 2012

Kemahiran Komunikasi~..:)

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan..

Segala puji bagiNya mengizinkan, tarian jemariku terus menari untuk menzahirkan tinta hatiku yang ternyata lebih indah daripada kata-kata lidah yang tidak bertulang..

Fuiyooo..

Ayat jiwang kot..

Hehehehe..

Aku memang jiwang pun..

Salahkah??

InsyaAllah tidak..

Back-to-my-ACTUAL-point..........

Aku nak cetuskan persoalan..

Sama tak..
Kalau kita cakap from-heart-to-heart...
dengan kita cakap biasa-biasa saja..

Oh, TIDAK SAMA!!

Apabila kita guna method from h-t-h..(heart-to-heart)
Biasanya, manusia akan jadi lebih suka dengar dan rasa dihargai...

Korang tak paham??

Macam nih..

Contoh:

1. Seorang ibu yang berpesan kepada anaknya sebelum anak itu pergi belajar jauh-jauh
2. Seorang sahabat yang menyayangi sahabatnya, kemudian ucapkan terima kasih kepada sahabatnya kerana banyak menolongnya..
3. Seorang rakan yang terharu dengan usaha rakannya mentarbiah dirinya..3 tahun, kemudian 'dia' berjumpa rakannya untuk berbual-bual kisah mereka yang lepas...

dan banyak lagi.....

Biasanya, bila kita guna kaedah h-t-h ni, orang yang kita bercakap dengannya rasa dihargai, rasa nak dengar..
Sebab manusia ni, memang fitrahnya suka melibatkan hati..

Eh, macam mana pulak tuh??

Macam nih..

Korang bayangkan..
Apa peristiwa yang paling manis n pahit seumur hidup korang...


Confirm, mesti ingat punya kan??

Sebab waktu tuh, bukan otak ja yang ingat tapi hati sekali bekerja untuk simpan memori tuh..

Jadi, kalau kita cakap dari-hati-ke-hati untuk menyeru kebenaran tanpa masukkan unsur-unsur mazmumah..insyaAllah, matlamat kita untuk seru kebenaran akan tercapai...

Jadi, pointnya di sini, ialah.....

“Apabila ada seorang daripada kamu mencintai sahabatnya, maka hendaklah kamu memberitahunya”
(R. Abu Daud)..
Ada SATU cabaran kat sini
Batch 57, sila nyatakan 'sayang' anda kepada sahabat anda...
Syarat:
1. lepas solat x aci..
2. kena serius
3. pastikan kita betul-betul ikhlas nak cakap kat sahabat kita tanpa sebarang paksaan
4. kena buat sahabat yang dengar rasa ter'dihargai'
5. kalau ada orang lain dengar..orang lain pun ikut rasa terharu...



Ok..tamat..
HinggaBertemuLagi
Sesungguhnya Manusia Berada Dalam Kerugian kecuali yang BERIMAN dan BERAMAL SOLEH dan berpesan-pesan kepada KEBENARAN dan KESABARAN..

Sekian..
Wallahua'lam..

Thursday, January 26, 2012

~..bila fatiniismadi bernada serius..~seriuskah?

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan..

Akhirnya,
Alhamdulillah, hari ini diberikan ruang dan peluang untuk menzahirkan kata-kata hati..

Selawat dan salam ke atas junjungan besar habibur rahman Muhammad SAW kerana aku dan semua kita, insya-Allah bakal selamanya seorang muslim yang mukmin dan akhirnya menuju ke arah muttaqin.. Amiin..

Shhhhhhhh..

Diam, diam, diam..

Diam tak diam..
Dah banyak hari aku bercuti kat rumah..

Hakikatnya..Aku merindui tempat itu serta seluruh isinya ..
Betul, insyaAllah tulus dari hati..

Bukan maksudnya, rumah aku xbest..
Selesa kot kat rumah..Masa rehat yang tersangat panjang..No Announcement!!..
Katil luas..Tempat makan takda peraturan masa..

Hahaha..
Best...sangatttt


Tapi kat rumah...................(sambung sendiri ye Kisasians..)

Muqaddimah je baru..

Aku nak zahirkan kata hati aku kat sini pasal Adopted Sister (AS)..
Batch 57,
Aku yakin tak payah explain panjang..semua paham bukan??

Yang tak paham..
Boleh lah selak entry aku yang sebelum-sebelum nih..
Aku dah cerita..

Back-to-my-point..

Semalam si Khairul 'Azza mesej aku..
Dia cakap why not kita tukar nama dari Adopted Sister --> Colloege Sister..

Dan menurut sumber muslimin guna CB (College Brother)..

Dan
tiba-tiba..

Pagi tadi aku terfikir untuk tukar jadi KKS...

KKS??

Apakah...?


jeng..Jeng..jeng




Kakakku Sayang...






Amacam??

Sesuai tak??

Suka hati korang lah sahabat-sahabat aku yang aku sayang n tengah rindu <3 (Betul x tipu :P)
Korang setuju atau tidak......

AMARAN KERAS DENGAN NADA LEMBUT:

Tahun 1433 Hijrah aka 2012..

Aku harap..
Semua sahabat yang dicintai kerana Allah, BATCH 57
 Jangan segan / malu-malu dengan adik KKS/CS/AS korang..
 Ingat korang walaupun xda apa-apa jawatan seperti......................................(malas nak list) waima gagal jadi naqibah sekalipun..
 Mentarbiah seorang adik yang kita dapat adalah AMANAH..

Kakak dan adiknya..Ololor sweetnya..hehe


Kalau kita gagal untuk tanggungjawab itu, bererti kita menzalimi adik itu..
Mana tak nya, confirm2 lah dia jeles tengok kemesraan atas dasar Ukhwah Fillah kawan-kawan dia dengan KKS/CS/AS masing-masing....

Kan ni AMANAH..
Dan.. jawatan apa..(Hehe..ketawa serius)

Sahabat..,,

Kalau yang bukan sahabat..
Anggap  ja kita pernah menjadi sahabat semata-mata untuk mencari keredhaanNya

Bayangkan..

Dalam HATI kita ada banyak 'chamber'..
Dalam setiap 'chamber' ada yang mengisi..
'Chamber' nombor satu yang tertinggi dan terbaik adalah untuk Allahurabbuna, diikuti Muhammad SAW Rasulina, ibu, ayah, keluarga..............

Betul x??

Dan setiap orang di sekeliling kita punya 'chamber' dalam kita punya hati..
Dan 'chamber' setiap orang tak sama...
Masing-masing ada kedudukan dalam hati kita..

Jangan biar hati dicemari!! :)

Betul??

Aku nak cakap..
Satu benda..



Kita mungkin boleh rapat dengan ramai orang..
Betul!!
Tapi,
Bukan dengan ramai orang, kita boleh cakap dengan dia from 'heart-to-heart'..

Dalam ramai-ramai tu mugkin cuma empat atau lima orang saja kan??

Sebab tu tautan hati antara kita dengan sahabat perlu dibina......

Hargai Sahabat
Jangan penting diri..
Bila dia cakap dengan kita pandang dia
Jangan selalu berdebat perkara tak perlu.........



Jangan bersedih andai ada ujian dalam persahabatan..
Allah yang menghadirkan ujian tuh.......

Chill lah..

Postscript: Aku nak sejukkan hati sendiri sebenarnya..Thanx to all my supporters..Uhibbukunna Fillah <3
Bukan sekadar di mulut..I'll prove it..Insya-Allah..


SalamSampaiSyurga
KitaSemuaCumaHamba..


Tuesday, January 24, 2012

7 Huruf 1 Makna~........

Aku sekarang budak kolej...
Dulu aku budak sekolah..
Dulu tu bermakna sebelum 7 Februari 2011 lah..

Tapi,
Kali nih aku nak cerita pasal 7 huruf yang berbunyi SAHABAT...

Dulu di Agama Arau..
Aku punya ramai kawan..terlalu ramai..
Di kolej pun ramai juga..hehe

Dalam ramai-ramai tu ada lah seorang kawan aku yang sangatlah baik bila dengan aku..
Aku selalu menghabiskan duit dia walaupun dia rela saja..
Dia selalu tolong aku siapkan banyak folio sebelum PMR..(bukan aku saja untuk semua orang kot..tapi aku rasa macam dia buat kat aku lebih sikit..rasa je lah)..
Dia x pernah jemu kejutkan aku bila aku tertidur dalam kelas (Kantoi, aku memang suka tidur..hehe)
Emak dia pun baik sangat............

Dalam banyak-banyak kawan..bila aku agak-agak rasa nak marah..aku pergi jumpa dia.
Dia akan dengar apa aku nak kata..
Pastu, aku x jadi marah..

Waktu Form 2..aku penah ajak dia pakai stoking bila keluar..
Alhamdulillah..lepas dua tahun dia buat apa yang aku ajak..
Hehe..

Bila aku dapat tawaran pindah ke KISAS...
Dia tak nak jumpa aku..
Rupa-rupanya..dia sedih..
Haha..macam xcaya...
Dia ego sangat..
tapi, bila dia bagi album n kad sebelum aku pindah..ternyata aku rasa dia x ego...

Dia ni pendiam (tapi bila dengan orang yang dah rapat..cakap banyak betul)..suka buat baik, tapi xsuka orang balas(pelik betul.....)

Hohohoho..

Bila kau kat Kolej..
Aku cuba bersahabat dengan semua orang..
Alhamdulillah, semua baik-baik..terasa kerdil dengan mereka...
Pencarian aku mencari sahabat yang masuk dengan jiwa dan memahami aku akhirnya terhenti..

AKU MENJUMPAINYA........

Orangnya aneh sekali..
Tapi, keanehannya masuk dengan jiwa aku..
Suka buat baik tapi rasa bersalah bila orang buat baik....

Alhamdulillah..

Tapi..
Hidup tidak selalunya indah...

Tiba-tiba saja sahabat yang aku sayangi itu mula menjauhkan diri...
Kenapakah??

Mungkin..
Ujian dalam sebuah hubungan yang dinamakan Ukhwah Fillah..

Arghhh..
Sedihh..

Sedikit stress..
Yelah..
Bila dah jumpa orang yang perangainya hampir sama dengan sahabat aku di Ag Arau..tiba-tiba 'perang dingin'
dengan aku...

Aku harap ko baca entry nih..
Kalau aku ada buat salah..serius, aku x sedar n aku minta maaf..........

Sahabat,
Aku merindui memori itu...
SemogaDalamNaunganDanRahmah ALLAH........

Bila Hati Bernada~.. Kisasians-to-be..

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Makhluk dan Seluruhnya..

Alhamdulillah..
Hari ini, aku masih tergerak untuk menyiapkan tinta-tinta berbaur pesanan buat bakal warga Kolej Islam Sultan Alam Shah..

Selamat datang aku ucapkan bagi yang akan mendaftr 31Januari 2012 nih..
Kepada yang tidak berjaya dapat..
Doakan .. mohon pada Allah.. sebab semua nih bawah kekuasaanNya..
Aturannya kita xtahu..Mungkin kalau bukan ambilan pertama..ambilan kedua, ketiga, keempat masih ada..
Jangan sedih terus-terusan lah adikku sayang..



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Habibur Rahman SAW kerana atas jerih payah Baginda hingga berkocaknya darah dalam sepatu Baginda..akhirnya hari ini, kita bergelar Muslim yang insyaAllah Mukmin dan akhirnya seorang Muttaqin..Insya-Allah..

Dan kata post ni aku buat khas untuk Kisasians-to-be..
Tulisan yang diwarnakan dengan warna HIJAU tu ialah skrip wajib sebelum adik dengar apa-apa tazkirah, taklimat atau apa sahaja yang ada kaitan dengan orang cakap di depan...

Skripnya bergantung kepada idea // ilham orang yang nak sampaikan..tapi insyaAllah, maksudnya cuma SATU..
Pertama, nak ajak kita bersyukur..
Kedua, nak kita sama-sama menghargai nikmat menjadi seorang Islam........

AdikAdikKu yang disayangi..
Kali nih..akak nak cerita pasal ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan di Kolej Islam)

Mungkin ada antara adik yang sebelum nih kalau di sekolah lama..tak kisah pun bab nih..
Tapi, bila di KISAS..benda ni, adik-adik akan belajar bagaimana nak berurusan dengan betul dalam batasan syariat dengan lelaki (Di KISAS, sinonim dengan gelaran Muslimin)..
Sebelum adik terkejut (mungkin ada yang tak terkejut pun..) Amat jarang dan sukar ditemui seorang pelajar memanggil pelajar yang berlainan jantina dengan nama sendiri..
Biasanya..MUSLIMIN // MUSLIMAT..

Kemudian, kalau ada urusan yang betul-betul penting..(perlu cakap face-to-face)..Muka tidak dipandang.. atau babul liqa' saja..

Babul Liqa' tu cakap dgn pintu menjadi penghadangnya..

Ape tu akak??

Sabar..

Nanti..adik akan belajar dalam KPTI(Kem Pengenalan Tarbiah Islamiyah)..Mengikut ura-ura bulan Februari..akak yang menulis ni tak tahu sangat..Wallahua'lam..

AdikAdikKu,
Bila adik berada di Bumi Waqafan // KISAS.. perasaan malu (Malu kan cabang Iman) dengan jantina berlawanan akan menebal..x kisahlah siapa adik..yang pernah kapel ke..yang xpernah ada perasaan dengan mana-mana lelaki atau sapa adik..

akak?!..

Biarlah hanya Allah yang tahu..insyaAllah, perasaan malu tu akan datang sendiri..BERSYUKURLAH..

Berita Baik!!

Setiap adik kat Bumi Waqafan akan dapat seorang akak yang femes dengan gelaran AS(Adopted Sister)..
AS adik-adik bertanggungjawab mentarbiah adik-adik dengan penuh kasih sayang...Yang dah baca entry nih..akak harap adik boleh mulai berdoa agar AS adik boleh menjadi pembimbing yang baik kepada adik-adik..

Oh ya..
Adik-Adik akan dibahagikan ikut  rumah sukan..Konsepnya mudah..
Macam cerita Harry Potter..sebijik!!
Apa-apa yang adik buat..
Tak kisah baik atau jahat..
Semua akan efek markah rumah..

So, jaga akhlak...........Betulkan niat buat semua kerana Allah..
Ok??

AdikAdikKu Bakal Penyambung Tarbiah,
Di KISAS, x ada loceng..
Kalau waktu cikgu mengajar dalam kelas..masa dah habis atau terlajak..adik-adik kena ingatkan cikgu dengan cara yang paling berhikmah dan sopan agar tidak mengguris hati cikgu..

Cikgu di KISAS ni sangat bersemangat mengajar..Sungguh berdedikasi!!
Serius..
Nanti, adik tengok sendiri...

Akhir kalam..
Pesan akak..
KUTIPLAH MUTIARA-MUTIARA DI BUMI WAQAFAN..
Mutiara yang adik ada akan jadi bekalan adik selepas adik keluar nanti..



Monday, January 23, 2012

Hati Ini Berbicara ~..

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan..

Apa khabar sahabat, stalkers.. kakakkakak Batch 56 yang rasanya sangat banyak masa lapang dan pengikutpengikut setia..

Maaf!!

Aku dah lama x boleh update blog nih..

Biasalah..segalanya dah tertulis Lauh Mahfuz, apa yang akan terjadi..
Sebagai hamba yang beriman dengan rukunrukun IMAN..WAJIB untuk kita menerima segala aturan Allah dengan rasa tabah, dan meredahai segalanya..

Manusia merancang
Allah juga merancang
Dan Allah lah sebaikbaik perancang..

Kenapa anda susah sangat untuk meyakini firman Allah yang di atas itu..??
Anda tak perlu untuk rasa kecewa atau bimbang perkara buruk yang berlaku jika anda yakin semuanya rancangan Allah..

Aku menulis ini bersebab..
Aku rasa warga Kolej Islam Sultan Alam Shah yang terkenal dengan 5 Perkara(mudah-mudahan lima perkara ini terus bertahan hingga ke akhirnya..Doakan..) ini juga faham apa yang aku nak sampaikan..



Janganlah mencari jawatan kerana itulah seburuk-buruk sifat pemimpin...
Terimalah jawatan yg diberikan kerana itulah taklifan yang Allah berikan...
Layanilah orang yg dipimpin dengan sebaik mungkin..
Sesungguhnya ibadat terbesar seorang pemimpin ialah meneladani pimpinannya...


Sahabatku yang dicintai kerana Allah..
Pertemuan kita adalah kebetulan..
Kebetulan menyebabkan kita menjadi teman..
Persahabatan kita menjadi labih indah,
ANDAI SENTIASA DALAM REDHA ALLAH..

...................................................

Aku harap Kisasian-to-be..boleh baca apa yang aku sampaikan di sini..

Kepada bakal adik-adikku Batch 58 yang aku sayangi sematamata meraih redhaNya...

Di sini akak nak ceritakan bagaimana kehidupan adikadik bila mana adik dah menjejakkan kaki di Bumi Waqafan..

Sehebat mana pun adik-adik di sekolah adik sekarang..
Bila adik jadi sebahagian penghuni Bumi Waqafan, adik dan Batch adik = BATCH 58 ADALAH SAMA..
Tak kisah lah adik bakal Timbalan Ketua Umum ka Presiden Hawa (BADAR) ka atau atau apa apa jawatan yang hebat-hebat di sekolah adik sekarang..

AdikAdik SAMA SAHAJA!!
Semua adik akan ditarbiyah..
Suka atau tidak..
Penat atau kuat..
Gembira auat Menyampah..
Terima saja dengan HATI YANG REDHA..

Kalau adikadik redha dan ikhlas dengan pengajaran tidak formal di Bumi Waqafan (KISAS lah)..adikadik akan jadi insan yang cukup hebat di mata Allah, Insya Allah..

Lepas beberapa bulan adikadik berada di Bumi Waqafan..
ada antara aadikadik yang akan jadi Pra Ketua Pelajar, PraBadar..Pra Perkisas(pengawas pusat sumber)
dan mungkin ada yang jadi PRS..

Mungkin..
Ada yang tidak PERNAH merasai berjawatan di sekolah akan rasa pegang jawatan..
Itu biasa..

dan
Mungkin ada bakal Timbalan Ketua Umum yang xdapat jadi apaapa..bila di KISAS
Tidak Mengapa..
Itu Aturan Allah..

Hidup kan ibarat RODA..
Dah lama adik kat atas..
sesekali rasalah duduk di bawah..

Itu baru cerita pasal jawatan...............

Kemudian,
AdikAdik akan sedikit terkejut hingga mungkin stress dengan keputusan peperiksaan adik-adik..
Mungkin ada yang tidak pernah gagal dalam manamana subjek tiba-tiba GAGAL..

Sabarlah..
Nanti lepas adik baca entry nih sampai habis klik di sini untuk tahu situasi di Kolej Islam Sultan Alam Shah..

Tapi pesan dan amaran akak..
JANGAN SESEKALI MENYESALI MASUK KISAS..
Allah yang aturkan.....

AdikAdikKu,
Biah(suasana) di Kolej Islam SAS amatlah sesuai untuk adikadik mendekatkan diri kepada Allah..
AdikAdik akan dapat berjemaah lima waktu solat sehari, liqa' al mulk, usrah, zikir berjemaah, studi dengan sahabat.
. INILAH MUTIARA MUTIARA BUMI WAQAFAN // KOLEJ ISLAM SULTAN ALAM SHAH



Serius..
Bila adik adik sampai di rumah waktu cuti panjang..adik adik akan mula merindui suasana KISAS..
Xpercaya??
Insya Allah, akak percaya adik akan rasa..

Bila kat Kolej Islam Sultan Alam Shah..
AdikAdik akan jumpa ramai (mungkin semua) sahabat yang baikbaik..
Hargai mereka..
Jalinkan ukhwah kerana ALLAH dengan niat untuk mencari redhaNya..


Ukhwah di Kolej  Islam sangatlah luar biasa..
Bila adik jatuh..
Ramai yang akan bantu adik bangun..

InsyaAllah..adik tak akan pernah rasa keseorangan...
Bila kat KISAS selalu perbaharui niat semuanya kerana Allah..
Banyakkan ingat Allah dan jangan lupa doa untuk ibu ayah..
Jangan malas call ibu ayah..Tanya khabar diorang..

AdikAdik..
Bila adik jaga hak ALLAH (buat semua rukun Islam + amalan sunat secara istiqamah)
ALLAH AKAN JAGA HAK ADIK ADIK..

Itulah antara sebab KISAS terus kekal sebagai sekolah terbaik dalam banyak Sistem Peperiksaan Awam..

AdikAdik..
Akak yang menaip nih masih banyak kelemahan..
Apa yang akak taip dan cerita kat sini adalah datangnya dari ALLAH..
Doakan akak dhobit di jalanNya..

Adik tidak sempurna, Akak juga begitu kerana hakikatnya kita cuma HAMBA..

Oklah..
Kepada bakal adik-adik akak..
InsyaAllah..
Jumpa akak di KISAS//Bumi Waqafan
pada 31 Januari 2011
andai akak masih ada umur yang panjang

Hingga Bertemu Lagi..
Wallahua'lam......