Followers

Tuesday, January 24, 2012

Bila Hati Bernada~.. Kisasians-to-be..

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Makhluk dan Seluruhnya..

Alhamdulillah..
Hari ini, aku masih tergerak untuk menyiapkan tinta-tinta berbaur pesanan buat bakal warga Kolej Islam Sultan Alam Shah..

Selamat datang aku ucapkan bagi yang akan mendaftr 31Januari 2012 nih..
Kepada yang tidak berjaya dapat..
Doakan .. mohon pada Allah.. sebab semua nih bawah kekuasaanNya..
Aturannya kita xtahu..Mungkin kalau bukan ambilan pertama..ambilan kedua, ketiga, keempat masih ada..
Jangan sedih terus-terusan lah adikku sayang..



Selawat dan salam ke atas junjungan besar Habibur Rahman SAW kerana atas jerih payah Baginda hingga berkocaknya darah dalam sepatu Baginda..akhirnya hari ini, kita bergelar Muslim yang insyaAllah Mukmin dan akhirnya seorang Muttaqin..Insya-Allah..

Dan kata post ni aku buat khas untuk Kisasians-to-be..
Tulisan yang diwarnakan dengan warna HIJAU tu ialah skrip wajib sebelum adik dengar apa-apa tazkirah, taklimat atau apa sahaja yang ada kaitan dengan orang cakap di depan...

Skripnya bergantung kepada idea // ilham orang yang nak sampaikan..tapi insyaAllah, maksudnya cuma SATU..
Pertama, nak ajak kita bersyukur..
Kedua, nak kita sama-sama menghargai nikmat menjadi seorang Islam........

AdikAdikKu yang disayangi..
Kali nih..akak nak cerita pasal ikhtilat (percampuran antara lelaki dan perempuan di Kolej Islam)

Mungkin ada antara adik yang sebelum nih kalau di sekolah lama..tak kisah pun bab nih..
Tapi, bila di KISAS..benda ni, adik-adik akan belajar bagaimana nak berurusan dengan betul dalam batasan syariat dengan lelaki (Di KISAS, sinonim dengan gelaran Muslimin)..
Sebelum adik terkejut (mungkin ada yang tak terkejut pun..) Amat jarang dan sukar ditemui seorang pelajar memanggil pelajar yang berlainan jantina dengan nama sendiri..
Biasanya..MUSLIMIN // MUSLIMAT..

Kemudian, kalau ada urusan yang betul-betul penting..(perlu cakap face-to-face)..Muka tidak dipandang.. atau babul liqa' saja..

Babul Liqa' tu cakap dgn pintu menjadi penghadangnya..

Ape tu akak??

Sabar..

Nanti..adik akan belajar dalam KPTI(Kem Pengenalan Tarbiah Islamiyah)..Mengikut ura-ura bulan Februari..akak yang menulis ni tak tahu sangat..Wallahua'lam..

AdikAdikKu,
Bila adik berada di Bumi Waqafan // KISAS.. perasaan malu (Malu kan cabang Iman) dengan jantina berlawanan akan menebal..x kisahlah siapa adik..yang pernah kapel ke..yang xpernah ada perasaan dengan mana-mana lelaki atau sapa adik..

akak?!..

Biarlah hanya Allah yang tahu..insyaAllah, perasaan malu tu akan datang sendiri..BERSYUKURLAH..

Berita Baik!!

Setiap adik kat Bumi Waqafan akan dapat seorang akak yang femes dengan gelaran AS(Adopted Sister)..
AS adik-adik bertanggungjawab mentarbiah adik-adik dengan penuh kasih sayang...Yang dah baca entry nih..akak harap adik boleh mulai berdoa agar AS adik boleh menjadi pembimbing yang baik kepada adik-adik..

Oh ya..
Adik-Adik akan dibahagikan ikut  rumah sukan..Konsepnya mudah..
Macam cerita Harry Potter..sebijik!!
Apa-apa yang adik buat..
Tak kisah baik atau jahat..
Semua akan efek markah rumah..

So, jaga akhlak...........Betulkan niat buat semua kerana Allah..
Ok??

AdikAdikKu Bakal Penyambung Tarbiah,
Di KISAS, x ada loceng..
Kalau waktu cikgu mengajar dalam kelas..masa dah habis atau terlajak..adik-adik kena ingatkan cikgu dengan cara yang paling berhikmah dan sopan agar tidak mengguris hati cikgu..

Cikgu di KISAS ni sangat bersemangat mengajar..Sungguh berdedikasi!!
Serius..
Nanti, adik tengok sendiri...

Akhir kalam..
Pesan akak..
KUTIPLAH MUTIARA-MUTIARA DI BUMI WAQAFAN..
Mutiara yang adik ada akan jadi bekalan adik selepas adik keluar nanti..



1 comment:

  1. i'm kisasian t0-be..search psl kisas tetibe jumpe blog awk yg cun nie..thanx 4 the inf0..

    ReplyDelete