Followers

Tuesday, June 5, 2012

Ohh..Tiada Yang Sempurna..!!..Maka betulkan semampunya..

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Diriku Dan Sekalian Makhluknya..
Pertama syukur Alhamdulillah..aku masih lagi bernyawa..
Dan yang kedua, selawat sama-sama..Jom..Bila lagi kan..:)

klik untuk tumbesaran



Saat ini..
Aku bertambah pilu..
Bila mengenangkan..

Kata-kata ini..
"Batch yang meruntuhkan tarbiah..maka tengoklah apa yang akan terjadi kpd result SPM"

Memang itu kata-kata seorang manusia biasa..
Tapi..
Ada kebenarannya...

Dan..
Saat ini, aku terkenang situasi batch aku..
Muslimin dan Muslimat..

Dan..
Selama ini, sejujurnya..aku tak pernah ambil kisah soal kewujudan mereka(merujuk kepada muslimin)
kerana aku yakin dan percaya..tiada bebanan tanggungjawab aku yang berkaitan mereka..

Tapi,
Bila..wujudnya muamalat dalam kehidupan seharian..aku dan mereka..
Aku perlu akui, sedari kewujudan  golongan Adam di bumi itu..

Namun,
Sayang seribu kali sayang..
Muslimat yang melakukan kesilapan..Ditegur..
Malah,
Ada yang dicemuh...
Bukan aku tak tahu..Dan bukan aku buat-buat tidak tahu..

Ohh..
Yang khilafnya muslimat ditegur habis-habisan sehingga mengalir air mata tatkala ditegur penuh sindiran...



Tapi..
Aku aneh..
Ya,,SUNGGUH ANEH..

Bila mereka punya kesalahan..
Dari yang paling atas hingga yang paling bawah..
Biar teguran walau sejuta kali..
Masih sama!!
Ya..AKU YAKIN MASIH SAMA!!

Apakah itu Biah Solehah??
Mungkin ya, bagi mereka..

Yang salah perlu ditegur..
Tapi yang bersalah..
Tak perlu berubah..

Ajaran barukah?
Astaghfirullah..

Aku mungkin sedikit emosi..
Tapi, inilah hakikat kebenaran..

Aku akui aku punya banyak kelemahan..
Hingga pernah menerima teguran.
Berulang kali, aku yakinkan diri teguran atas dasar saudara seaqidah..
Tapi, malang..
Teguran itu............
Bukan tidak berhikmah..

Oh..Sudah-sudah, episod itu sudah berlalu..

Semua yang menganggap teguran dan nasihat sebagai sindiran..Itu kan sifat munafik..
Maka..

Argghh..
Bingung lagi...

Dan..
Isu gambar..
Aku tak kata..
Tapi, aku terpana lagi..
Bila aku terbaca comment seorang yang mengagumi Bumi itu pada gambar kelas..

 inikah dikatakn biah islamiyah..

(Serius aku copy-paste shj)

Lalu dijawabnya..
trok sgt ke?
(Masih lagi copy semata-mata...)

Dan, sebagai seorang yang masih dalam perjalanan menuju sebuah hakikat kejayaan..
Aku hanya pemerhati..

Dan..
Aku terima teguran itu..
Tapi..
Berhentilah menegur..
kerana perkara itu sudah lama Aku ubah..



Dan..
Berhenti..!!
Cukuplah memerhati yang tidak perlu diperhati..
:'(



Mudah-mudahan ..Jadikan yang baik sbg panduan..
Yang tidak bersandarkan kpd Al-Quran dan Hadis, boleh diabaikan.
Wallahua'lam..

Friday, June 1, 2012

Melankoli Kehidupan Via Bumi Waqafan~..


Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Diriku Dan Sekalian Makhluk..

:)

Salam ukhwah..

Haiiiyaappp.......

CUTI SEKOLAH!!

Dan ingatlah semua sahabatku
Demi masa..
Manusia berada dalam kerugian
malainkan org beriman, beramal soleh, orang yang beringat-ingat kepada kebenaran dan kesabaran..

Maka, janganlah anda, anda dan anda serta yang memerah idea ini menjadi mangsa kerugian masa!!

Terasa lama sudah aku meninggalkan dunia penulisan dan saat ini tergerak di hati ini untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hati..
Biasanya..apa yang aku nyatakan cumalah perlambangan terhadap apa yang aku rasa..kerana bak kata sahabatku yang amat aku sayangi kerana Allah..Katanya aku ringkaskan "blog bukanlah diari terlalu umum untuk bercerita soal kehidupan.." dan kata aku "blog ialah medan aku menarik para pembaca ke arah memikirkan sesuatu di luar kotak" Yakah?? Mungkin..

Selesai muqaddimah..

Eh..selawat dulu..


Aku terdiam..
Aku terpana..
Aku rasa serius macam-macam dah berlaku sepanjang berbulan-bulan (2 bulan ja sebenarnya) aku di bumi itu..

Apabila satu pintu kebahagiaan ditutup..
Allah bukakan banyak pintu yang lain..

Buktinya..

Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. 

Supaya kamu jangan berputus asa terhadap apa yang luput daripada kamu, dan kamu jangan bersuka ria terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.  

Surah al Hadid ayat 22 dan 23

Tapi lumrahnya..
Kita sering terlepas hikmah di sebalik bencana yang kita dapat..

Maksudnya mudah..

Bayangkan



Anda bersahabat dengan seseorang sehingga anda merasakan sahabat andalah sahabat yang terbaik di dunia..
tetapi ditakdir suatu hari, sahabat anda yang betul-betul anda sayang meninggalkan anda terus sehingga anda rasa seolah-olah hidup ini tiada serinya..

Disebabkan kejadian yang berlaku, 
Anda punya banyak peluang untuk bergaul dengan sahabat-sahabat yang lain..

tetapi..
Dek terlalu menangisi kehilangan sahabat itu..
Anda tidak nampak hikmah yang Allah aturkan 

maka..
Sebenarnya, sahabat yang baik itu sememangnya sahabat yang membawa kita mengingati Allah..
Tutur katanya tidak perlu lembut atau berirama memuji diri kita..

tetapi..
Cukup sekadar mampu menyedarkan kita daripada yang batil kepada yang haq..

Dan.. andalah pohon itu!!

.....................................................................................................................................................

Sahabat-sahabatku yang banyak bersabar dengan karenahku,

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."(Imam Al-Ghazali) :)

Kepada yang seorang itu..
Yang menjadi catalyst dalam banyak kerja aku..
Sejujurnya, kehadiranmu wahai sahabat adalah salah satu rahmah Allah yang wajib aku syukuri..
Pertemuan kita meski sudah lebih setahun di bumi bertuah itu..terasa bagai baru sekarang aku sedari aku bertuah mengenalimu..
Satu yang perlu sahabat tahu..

"People will forget what you said and what you did but people never forget how you made them feel.."

Oh..
Alhamdulillah..
SijilKhasKolej penyelamat cuti aku..
Doakan KAMI CALON SKK MUMTAZ..
Amiiin..
Mumtaz Dengan Berkat ..:)
...........................................................................................................................................................

Dan akhir sekali buat adik-adikku di bumi waqafan..
Kakakmu sudah bertemu akan satu daripada banyak-banyak mutiara Unique Things In KISAS---> FRIENDS



Akhir kata dari aku..

"Tak perlu sibuk mencari mutiara tetapi sibukkan dirimu untuk menjadi sebahagian daripada mutiara-mutiara yang ada..."

Selamat beramal..~


SelamanyaDiriIniHamba
Wallahua'lam



..~Bumi Itu Mengajar Aku Rindu.~

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Diriku dan Sekalian Makhluk..

Alhamdulillah aku dicampakkan ke bumi itu..
Bumi penuh barokah melahirkan ulama'..umara'
Tak kurang juga yang dah jadi mutadaiyin professional..




Dan saat ini..
Aku sedar yang di bumi itu aku acap kali kecewa dengan ujian Allah yang bukan mudah untuk aku hadapi tanpa panduan Allah..

Mana taknya..
Siapa boleh berkata tidak sedih dengan hasil keputusan ujian yang amatlah menguji iman..
Kalau kat sekolah lama..(Ya Allah, Aku berlindung denganmu daripada sifat mazmumah cetusan syaitan)
Akulah budak yang tak pernah x score 'flying colours' dan bila kat bumi tuh..aku belajar erti kesabaran, kerendahan hati..dan pengajaran yang paling bermakna aku belajar turunkan EGO..Ya!! Serendahnya..

Hari itu..
Aku dah dapat kertas mid-term untuk add math..
Serius..
Aku dah habis berhempas pulas..
Aku yakin aku boleh buat..
tapi..
Allah takdirkan untuk aku KEJAYAAN yang TERTANGGUH..

Persoalannya mudah..
Macam mana aku nak explain kat ayah yang juga seorang cikgu add math..
:) senyum dalam ujian satu ketabahan bukan?



Lagi..
Di bumi itu aku sangat 'admire' dengan semua orang sekeliling aku..
Sebab..
Aku belajar sesuatu daripada mereka..
Setiap daripada mereka membuatkan aku faham erti aturan Allah pada setiap insan adalah sangat tepat..

Dan lagi..
Aku sangatlah mengagumi seseorang di Bumi itu kerana Allah..
Dia bukanlah siapa-siapa..
Dan aku bukanlah siapa-siapa dengannya..
Tapi..
Allah gerakkan hati aku untuk mengenalinya sehingga aku terasa sangat senang dengannya..
Aku belajar erti ketabahan + kesyukuran = nikmat kehidupan daripadanya..



Alhamdulillah..

Tautan ruh antara aku dengan sahabat itu sangat dekat..
Entah kenapa..
Aku terasa bagaikan selalu berhubung antara kami biarpun hakikatnya aku sangatlah jarang berinteraksi dengannya..

Ya..

Aku percaya perkara yang paling sweet ialah ketika dua orang saling merindui..namun tidak berkomunikasi tetapi keduanya saling mendoakan dalam sujud masing-masing..

Dan..
Aturan Allah tak siapa tahu..

Dan..
Di Bumi itu aku belajar lagi...
Aku belajar untuk menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah kerana

"Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah." Al Hadid ayat 22

 Dan..

Andai aku tidak ditakdirkan untuk tidak berada di Bumi selain Tanah Melayu..
Maka..
Aku masih di situ...

SelamanyaAkuCumaHambaNya
Wallahua'lam..