Followers

Friday, June 1, 2012

Melankoli Kehidupan Via Bumi Waqafan~..


Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Diriku Dan Sekalian Makhluk..

:)

Salam ukhwah..

Haiiiyaappp.......

CUTI SEKOLAH!!

Dan ingatlah semua sahabatku
Demi masa..
Manusia berada dalam kerugian
malainkan org beriman, beramal soleh, orang yang beringat-ingat kepada kebenaran dan kesabaran..

Maka, janganlah anda, anda dan anda serta yang memerah idea ini menjadi mangsa kerugian masa!!

Terasa lama sudah aku meninggalkan dunia penulisan dan saat ini tergerak di hati ini untuk meluahkan segala yang terbuku dalam hati..
Biasanya..apa yang aku nyatakan cumalah perlambangan terhadap apa yang aku rasa..kerana bak kata sahabatku yang amat aku sayangi kerana Allah..Katanya aku ringkaskan "blog bukanlah diari terlalu umum untuk bercerita soal kehidupan.." dan kata aku "blog ialah medan aku menarik para pembaca ke arah memikirkan sesuatu di luar kotak" Yakah?? Mungkin..

Selesai muqaddimah..

Eh..selawat dulu..


Aku terdiam..
Aku terpana..
Aku rasa serius macam-macam dah berlaku sepanjang berbulan-bulan (2 bulan ja sebenarnya) aku di bumi itu..

Apabila satu pintu kebahagiaan ditutup..
Allah bukakan banyak pintu yang lain..

Buktinya..

Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah. 

Supaya kamu jangan berputus asa terhadap apa yang luput daripada kamu, dan kamu jangan bersuka ria terhadap apa yang diberikan-Nya kepada kamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.  

Surah al Hadid ayat 22 dan 23

Tapi lumrahnya..
Kita sering terlepas hikmah di sebalik bencana yang kita dapat..

Maksudnya mudah..

Bayangkan



Anda bersahabat dengan seseorang sehingga anda merasakan sahabat andalah sahabat yang terbaik di dunia..
tetapi ditakdir suatu hari, sahabat anda yang betul-betul anda sayang meninggalkan anda terus sehingga anda rasa seolah-olah hidup ini tiada serinya..

Disebabkan kejadian yang berlaku, 
Anda punya banyak peluang untuk bergaul dengan sahabat-sahabat yang lain..

tetapi..
Dek terlalu menangisi kehilangan sahabat itu..
Anda tidak nampak hikmah yang Allah aturkan 

maka..
Sebenarnya, sahabat yang baik itu sememangnya sahabat yang membawa kita mengingati Allah..
Tutur katanya tidak perlu lembut atau berirama memuji diri kita..

tetapi..
Cukup sekadar mampu menyedarkan kita daripada yang batil kepada yang haq..

Dan.. andalah pohon itu!!

.....................................................................................................................................................

Sahabat-sahabatku yang banyak bersabar dengan karenahku,

"Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia.Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.."(Imam Al-Ghazali) :)

Kepada yang seorang itu..
Yang menjadi catalyst dalam banyak kerja aku..
Sejujurnya, kehadiranmu wahai sahabat adalah salah satu rahmah Allah yang wajib aku syukuri..
Pertemuan kita meski sudah lebih setahun di bumi bertuah itu..terasa bagai baru sekarang aku sedari aku bertuah mengenalimu..
Satu yang perlu sahabat tahu..

"People will forget what you said and what you did but people never forget how you made them feel.."

Oh..
Alhamdulillah..
SijilKhasKolej penyelamat cuti aku..
Doakan KAMI CALON SKK MUMTAZ..
Amiiin..
Mumtaz Dengan Berkat ..:)
...........................................................................................................................................................

Dan akhir sekali buat adik-adikku di bumi waqafan..
Kakakmu sudah bertemu akan satu daripada banyak-banyak mutiara Unique Things In KISAS---> FRIENDS



Akhir kata dari aku..

"Tak perlu sibuk mencari mutiara tetapi sibukkan dirimu untuk menjadi sebahagian daripada mutiara-mutiara yang ada..."

Selamat beramal..~


SelamanyaDiriIniHamba
Wallahua'lam



No comments:

Post a Comment