Followers

Friday, June 1, 2012

..~Bumi Itu Mengajar Aku Rindu.~

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan Diriku dan Sekalian Makhluk..

Alhamdulillah aku dicampakkan ke bumi itu..
Bumi penuh barokah melahirkan ulama'..umara'
Tak kurang juga yang dah jadi mutadaiyin professional..




Dan saat ini..
Aku sedar yang di bumi itu aku acap kali kecewa dengan ujian Allah yang bukan mudah untuk aku hadapi tanpa panduan Allah..

Mana taknya..
Siapa boleh berkata tidak sedih dengan hasil keputusan ujian yang amatlah menguji iman..
Kalau kat sekolah lama..(Ya Allah, Aku berlindung denganmu daripada sifat mazmumah cetusan syaitan)
Akulah budak yang tak pernah x score 'flying colours' dan bila kat bumi tuh..aku belajar erti kesabaran, kerendahan hati..dan pengajaran yang paling bermakna aku belajar turunkan EGO..Ya!! Serendahnya..

Hari itu..
Aku dah dapat kertas mid-term untuk add math..
Serius..
Aku dah habis berhempas pulas..
Aku yakin aku boleh buat..
tapi..
Allah takdirkan untuk aku KEJAYAAN yang TERTANGGUH..

Persoalannya mudah..
Macam mana aku nak explain kat ayah yang juga seorang cikgu add math..
:) senyum dalam ujian satu ketabahan bukan?



Lagi..
Di bumi itu aku sangat 'admire' dengan semua orang sekeliling aku..
Sebab..
Aku belajar sesuatu daripada mereka..
Setiap daripada mereka membuatkan aku faham erti aturan Allah pada setiap insan adalah sangat tepat..

Dan lagi..
Aku sangatlah mengagumi seseorang di Bumi itu kerana Allah..
Dia bukanlah siapa-siapa..
Dan aku bukanlah siapa-siapa dengannya..
Tapi..
Allah gerakkan hati aku untuk mengenalinya sehingga aku terasa sangat senang dengannya..
Aku belajar erti ketabahan + kesyukuran = nikmat kehidupan daripadanya..



Alhamdulillah..

Tautan ruh antara aku dengan sahabat itu sangat dekat..
Entah kenapa..
Aku terasa bagaikan selalu berhubung antara kami biarpun hakikatnya aku sangatlah jarang berinteraksi dengannya..

Ya..

Aku percaya perkara yang paling sweet ialah ketika dua orang saling merindui..namun tidak berkomunikasi tetapi keduanya saling mendoakan dalam sujud masing-masing..

Dan..
Aturan Allah tak siapa tahu..

Dan..
Di Bumi itu aku belajar lagi...
Aku belajar untuk menyerahkan sepenuh pengharapan kepada Allah kerana

"Tidak menimpa suatu bencana di bumi dan tidak kepada diri kamu melainkan telah ada dalam kitab sebelum Kami (Allah) melaksanakannya. Sesungguhnya yang demikian itu bagi Allah adalah mudah." Al Hadid ayat 22

 Dan..

Andai aku tidak ditakdirkan untuk tidak berada di Bumi selain Tanah Melayu..
Maka..
Aku masih di situ...

SelamanyaAkuCumaHambaNya
Wallahua'lam..




No comments:

Post a Comment