Kpda para pembaca yg xjemu2 dtg bertandang..terima kasih byk2..Walaupon ana xthu
ana copy paste pon smata2 untuk bkak mata kita suma tentang perihal bnda yg smakin mnyesatkan kita..
so..baca btol2..dan sebelum terlupa..entry kli ni, ada kaitan dgn entry ys seblom nih..jdik..hbeh ja bca yg nih..baca yg kat bwh plak..uke??
Begini..
Semoga apa yang nak saya sampaikan harini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat cik Gaga ni. Insya-Allah.. Baru-baru ni terdetik nak menyiasat perkembangan baru cik Gaga yang saya sudah tahu tentang dia dan illuminati. Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release. Banyak kontroversi tentang video ni. Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak .Yelah vid cik Gaga ni saya sudah sedia maklum banyak unsur-unsur lucah..Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak vid dia. Jadi seperti yang disangka. Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far ..
Video yang mencapai lebih dari 20 juta viewer kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati. Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lah keweb ni http://mistisfiles.blogspot.com/ and tengok dekat belah kanan cari Jentera Fitnah Al-Masih Ad-Dajjal ..Ada complete explanation tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..
Dalam video terbaru dia. Ada sesuatu yang cuba disampaikan. Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu ,mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro–Lady Gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video.
Video dimulakan dengan laki-laki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala telah ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa penjara agaknya. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram.
Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart (Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart ? Tengok gambar bawah. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit (simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus (merujuk kepada hati Jesus).
But I just can’t be with you like this anymore, Alejandro. Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? Lepas tu dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak. Alejandro bukan seorang lelaki. Kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih dalam. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro ?
Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian memakai satu gogel. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - The All-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.
Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi, seorang tentera dipaparkan dipasang tali di badannya, seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang sedang mengawal dia. Atau senang kita guna istilah ini adalah ‘mind-control slave’. Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak blur, nampak bingung betul seperti seorang hamba yang dikawal segala pergerakannya oleh si Gaga illuminatist tak guna
Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring ,memakai red latex suit untuk biarawati tu (Kristian) dan memegang tasbih. Okay jadi boleh nampak kan. Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part: “Stop, please, just let me go, Alejandro”. Sebaik saja dia sebut “Alejandro” Gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia .
“She hides true love
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”
En su bolsillo.
She’s got a halo ’round her finger,
Around you.”
Maksud lirik ni pulak .A halo' bermaksud ia dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillonya, bolsillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan .
Selepas sahaja lirik tu. Konsep penolakkan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula. Kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu agama yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian (Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan ?
(Mata Satu yang kita tahu simbolik kepada Illuminati)
Saya kata paderi syaitan sebab tengok jubah Gaga di atas. Ada banyak sangat simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross Of St.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik yang biasa selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan.
Salib terbalik dan pentogram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan.
“In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power, Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. Therefore it has no symbols of its own. It merely takes the emblematic figures of white magic, and by inverting and reversing them signifies that it is left-handed.”- Manly P. Hall
Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan .
Dont bother me, Dont bother me, Alejandro (merujuk kepada tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Don't call my name ,Don't call my name, Bye Fernando .
I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)
Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Di angkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan. Mengangkat seperti mengagungkan Gaga, menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.
Lepas tu video menunjukkan Gaga memasukkan tasbih kedalam mulutnya . Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih. Jadi dengan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi menyembah Lucifer.
I’m not your babe I’m not your babe, Fernando. Waktu menyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu (yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian Katolik kerana pada mereka dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri. Kita yang kena cari apa maksud disebalik simbol tu.
Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang keatas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik :
"Don't call my name, Don't call me Name Bye Fernando (Jesus)"
Dan di akhir video. Ditunjukkan Gaga telah menjadi patung dikawal. Pada mulanya Gaga mengawal lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula dikawal. Oleh siapa ? Fikir-fikirkanlah siapa yang mengawal cik Gaga ni. Siapa dalang disebalik semua ni ? Siapa ketua ?Anda mampu cari jawapannya kan ? InsyaAllah pasti.
Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan perlu untuk ditafsirkan. Boleh jadi macam-macam. Bergantung kepada pengetahuan anda dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro jelas and tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang Gaga nak cuba sampaikan dari video nya? Dalam ni Gaga menolak iman Kristian oleh mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Menghina Al-Quran dan Islam ? Nauzubillah ya Allah.
Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati,semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya" (Al-Isra' 17:36)
Tak perlu minta izin, silakan pd yg nak share, ini pun diterima dr seorg rakan dan sy pasti dia pun menerima dr rakan yg lain..
P/S;
Untuk mengcopy paste artikel ni..ana trpksa mengharungi dugaan yg sgtlh mncabar lma bebenor ana nak copy sbb blog yg ana ambiki artikel tuh sgtlah berat saiznya..so jdik lambat sgt..
Diharapkan antum dpt mnyebar luaskan pengetahuan ttg nih uke..mcm ana kata artikel yg seblom ni pon ada kaitn gak..so smbung bca yg bwh lak..
Sekian..
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment