Followers

Showing posts with label DuniaPenuhBuku. Show all posts
Showing posts with label DuniaPenuhBuku. Show all posts

Thursday, January 10, 2013

Menarik Di Dunia Penuh Buku :)

"Saya mau itu kamus"
"Kamus apa 'you' mau?
"Nak kamu bahasa arab"
"'You' belajar bahasa arab ka? Manyak bagus" 
Perbualan aku dengan seorang remaja berbangsa Cina awal awall pagi tadi seawal 9.28 minit pagi !


بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
اللهم صلى على سيدنا محمد


Again: Cerita di kedai buku sepanjang hari nih...err, sepanjang satu minggu yang dah pun dapat gaji. Alhamdulillah. (:

Sebelum diteruskan lagi. Sekarang (waktu menulis) malam Jumaat.
Daripada satu hadis sohih, diriwayatkan bahawa:
"Setiap satu pertiga malam, Allah akan menurunkan rahmahNya kepada hambaNya dan pada malam Jumaat rahmah Allah lebih cepat diturunkan. Maka kita dituntut untuk banyakkan berselawat ke atas Baginda"
حبيب الرحمن محمد صلى الله عليه وسلم
اللهم صلى على سيدنا محمد

Bersambung cerita perbualan di atas:
(:
Pagi tadi serius aku tergamam bila mamat ala ala korea masuk kedai (Cina sebenarnya) minta Kamus Arab. Subhanallah. Tengok! Bangsa Cina pun belajar Arab. Serius, aku kagum!
Yelah. sekarang ni. Anak-anak Melayu Islam dah semakin tak minat belajar Arab. Apa taknya. Seramai 32 orang daripada SMKA ________(identiti menjadi tanda tanya.tapi for sure lah korang boleh teka kan) telah gagal Arab untuk PMR 2012!

_________________________________________________________________________________

"Adik, tolong carikan buku Add Mate form 5"
"Buku ni bagus makcik", sambil aku menghulurkan senaskhah buku keluaran Cerdik
"Eh. Mana tahu bagus?"
"Saya ambil SPM tahun lepas makcik" 
 "Paper Add Mate senang kan adik? Kesian budak Perlis tak dapat kertas graph waktu Exam. Adik sekolah mana?"
Error!
(Perbualan tak dapat direkod lagi untuk bahan bacaan) 
Aku: senyum sumbing. Tak jawab lah aku senang kat makcik bertudung labuh pink tuh ! 
Dalam hati aku jawab.
Makcik. Soalan susah macam mana pun tapi Allah mudahkan, senang juga nak jawab.
Sebenarnya. Aku sendiri dah tak ingat senang ka susah soalan Add Mate waktu SPM. Seingat aku, perasaan aku sepanjang panjang Sijil Pelajaran Malaysia ialah seperti perasaan orang yang dilepaskan ke angkasa tak kisah ke naik payung terjun ke (korang bayangkan lah). dilepaskan dari helikopter ke atau apa. Tapi, macam tu lah perasaan aku semasa peperiksaan SPM. Dan for sure lah, controller aku, untuk aku sampai ke destinasi mana, ialah Dia Yang Maha Kuasa. Hingga sekarang, destinasi yang telah Allah tetapkan masih lagi jadi tanda tanya untuk aku dan korang. Kan? Cuak tak cakap pasal result. Apa lagi? Pergi lah gantung harapan kita kat Allah. Ya. Ikat tali dekatnya kita dengan Allah tu kuatkuat. (Err. Dah Al Mulk? Ma'thurat? Kahfi.kan Jumaat malam ni?[: )

_________________________________________________________________________________

"Tauke, buku ini bagus ka?"
"Tanya sama dia. Dia dulu Kolej Islam Klang"sambil tangan menuding ke arah aku.
Allahurabbi!
Nak tahu inilah ujian paling besar bila kat dunia-penuh-buku tuh. Sebab aku budak kolej Islam. Buku yang aku tolong pilih dan cari tu dinilai based on that. Allah. Mashaa Allah. Ketar tangan aku, pilih buku. Risau. Tak paham budak yang guna buku tuh. Saham tempias kat aku.

Yang Uncle Aziz Rahman(tauke kedai) tu promote aku tu, bengang lah gak mula mula.
Tapi. lepas nilai semua sisi, memang lah bukan untuk dibanggakan pun jadi budak KIK (Orang Perlis kenal KIK ja !). Sekurang-kurangnya every of my action, macam ada yang duduk bisik kat telinga.
"Eh, tunjuklah qudwah. Letak gula sikit pada muka kat costumer (senyum lah). Guna perkataan yang paling sopan. Jangan merungut. Eh. tarbiyah ko dapat campak mana?"
Yang langsung tak menarik, bila ada pasangan (kononnya kapel sweet lah kan.) pergi beli buku sama sama. Allah.
استغفر الله

Error!
Geli tulang belulang nak cerita lagi :(

استغفر الله

Renungan tajam tepat kat diorang sampai segan mampu aku bagi. Nak tegur. Risau. Blah tak beli pulak buku.

Ya Allah. Kembangkanlah lembayung rahmatMu untuk sesiapa sahaja yang Engkau kehendaki.
Amiin.
_________________________________________________________________________________

Sebelum akhir:

Antara tarbiyah yang sangat 'awesome' aku rasa sepanjang di Kolej Islam ialah semua kita diajarkan untuk sentiasa



Dan lagi satu. Sejak berkenalan dengan makcik pekerja kantin dekat Saji Warisan (kantin KISAS). Aku belajar sesuatu. Walau sepenat mana pun anda. Sebagai pekerja. Layanlah pengunjung kedai anda dengan senyuman yang paling ikhlas (cuba lah paksa bibir dan hati,[mungkin]). Terima kasih makcik makcik ! Ahha: Kisasians, sila bayangkan makcik makcik kantin tengah isi makanan dalam pinggan dengan barisan yang penuh sesak. (mesti ade yang senyum senyum nih)
_________________________________________________________________________________

Dan yang paling menarik !
Semua kanak kanak sekolah termasuk yang STPM (19 tahun) 'call me' Kakak.
Ahha :]

Menarik bukan kerja di kedai buku. Tak perlu prmote atau panggil orang datang. Semua datang sendiri. Sebab. semua nak pandai. Alhamdulillah.

Anda!
Dah berjaya nanti, jangan lupakan jasa pekedai buku anda.
Bayangkan, mereka yang bekerja di kedai buku itulah yang beresdung resdung (maaf: perkataan ni belum pernah wujud lagi.)
Maksudnya: bayangkan kedai buku tu berhabuk tahap tinggi. Kena pulak, pekerja tu ada resdung serius. Pergi cari buku anda. Tak ka terbersin bersin dia. Gatal mata. Err. semualah simptom resdung.

Untuk anda!

Ya. Untuk anda!
Bayangkan: Untuk mencari cuma sebuah buku yang anda minta!

Sungguh. Azab yang tak tercapai dek akal!



Maka lepas berjaya. Tembak tembaklah doa anda untuk sesiapa sahaja yang terlibat dengan 'journey of success' anda :)

Maka sebelum pulang dari tempat kerja.
Terjumpa sebuah buku hadis

Tertakdir untuk tahu satu hadis daripada
Ibnu Abbas:


Sesiapa yang membuatkan manusia di dunia gembira. Allah ciptakan malaikat yang menolak bala untuknya. Apabila tiba hari Kiamat. muncul seseorang menjadi temannya yang apabila dia takut, teman itu aku berkata, "janganlah engkau takut" lalu ditanya, "Siapa engkau" "Aku ialah kegembiraan yang telah engkau berikan di hati manusia ketika di dunia.
Hadis riwayat Ibnu Abbas :)
Yang terakhir:

Tempat aku mendapat wang mingguan. Nak jumpa aku, Silalah datang setiap hari kecuali Jumaat dan hari hari yang aku rsa nak cuti. 9.00-6.00 petang :)

Maka.
Isilah nikmat masa lapangmu dengan seindah indah perkara.
:)
Wallahua'lam.

Monday, January 7, 2013

Anekdot :)

"Ibuuu..nak buku Boboboi. Adik nak baca!"
"Eh. Kan dah banyak buku kat rumah. Lagipun, adik bukannya pandai baca lagi"
"Nak jugak. Nak jugak. Nak jugak ! Kalau ibu taknak beli kat adik, hari Sabtu nanti adik nak kerja macam kakak tu (sambil jarinya menunjuk ke arah aku yang sedang menyusun stok buku baru). Adik guna duit adik lah ibu"
Dan si ibu itu terus berhenti memilih majalah
Mungkin tak menyangka perkataan seperti itu yang terkeluar petah di bibir anaknya :)
Melihat anaknya. Tersenyum dia (:

Aku juga terpana. Terfikir seribu makna. Anak kecil seusia tiga tahun setengah pada hemat aku, beriya-iya benar untuk punya buku sendiri. Err. yang lebih penting: Si anak kecil mahu punya buku dengan usaha sendiri.

Teringat aku zaman aku muda kanak-kanak dulu. Takdanya nak terfikir cam budak comel tu fikir untuk dapatkan sesuatu. Cuba kita 'flash back' zaman kita seusia dengan anak kecil itu. Mahunya berguling-guling di atas lantai pabila kehendak untuk membeli dan mendapatkan sesuatu tak dipenuhi. Menangis tak belagu menjerit mahukan itu dan ini di pasar raya besar. Sehinggakan ibu kita terpaksa mengikut kemahuan anak yang inginkan apa sahaja. Malu ibu kita punya anak yang suka berguling-guling di lantai pasar raya.
Gayanya bagai rumah tak berlantai pula. Habis lantai pasar raya jadi mangsa !

credit: muqadimah sebelum get ready berguling !







credit


Err..

Korang tak penah buat?
Even, zaman kanak-kanak dulu?
Serius hebat korang !

Begitulah. Anak-anak kecil sudah ada zaman transformer.
Dulu-dulu zaman aku. Mentaliti anak-anak. Maka beruntunglah negara kita.

Terimbas pulak sepotong hadis pada dinding blok A zaman aku sekolah rendah
Hendaklah kamu ajar anak anak kamu untuk satu zaman yang bukan zaman kamu kerana mereka dilahirkan untuk satu zaman yang bukan zaman kamu 

_________________________________________________________________________________

Bercakap soal ZAMAN, PERUBAHAN, TRANSFORMER, REFORMASI dan perkataan perkataan yang sewaktu dengannya.

Seperkara yang buat aku terdiam, ligat memikirkannya apabila ramai orang di sekeliling aku yang 'transform' diri mereka untuk jadi mereka yang benar-benar terima hidayah Allah.

Err. macam mana ya nak dijelaskan?

Macam mana, benarlah hidayah hak milik Allah SWT.
Aku 'observe' ramai (terlalu ramai sebenarnya) yang sebelum ni punya gaya hidup ala ala mat saleh gitu (aku yang over judge sebenarnya (: maaf). Kini, mereka sudah terpusing tepat 360 darjah. Susah sangat nak bayang? Cuba 'imagine'

credit: dia setelah terima hidayah Allah (:


Cenggitu lah mereka mereka dan mereka sekeliling aku mulai berubah. Tiga puluh minit aku bersama mereka. Terasa seperti berada dalam Dewan Ulul Albab mendengar kuliyah Jumaat. Mashaa Allah.
Maka benarlah,

"Dan bagi Allah jualah hak milik segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan kepada Allah jualah dikembalikan segala urusan" (Surah Ali Imran, ayat 109).
 
Hidayah atau petunjuk tu kan hak milik Allah.
Maka.
Berlarilah kita bersama sama menuju Allah
:)

Wallahua'lam
 

Saturday, January 5, 2013

Seharian di Dunia-Penuh-Buku~..


"Assalamualaikum pakcik. Saya nak tanya nih, err. err. ada kerja kosong tak?"
"Hmm.. (mendengus panjang sambil berfikir)"
Aduhai pakcik nih, lama lak nak pikir. Kalau takda tu cakaplah. Boleh aku pegi cari kat tempat lain. 
Merungut aku sendirian jauh dalam hati.
"Kamu sekolah mana? Baru lepas SPM la nih?"
"Saya dulu Kolej Islam Klang. Ya, baru dua minggu habis SPM"
"Memang ada pun kerja kosong khas untuk kamu. Bila nak 'start' kerja?"
"Err. 'anytime' pakcik. Esok pun boleh. Kalau pakcik tak kisah, sekarang pun saya sanggup"
"Hmm. kalau macam tu datang sehari lepas pakcik call. In shaa Allah, 15hb Jan ni boleh?"
"Terima kasih banyakbanyak pakcik :)"
______________________________________________________________________________
بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم
Again: Memang cerita aku pun :)
Alhamdulillah. Pujian tak terhingga pada Allahurabbi. Rezeki Allah itu benar-benar luas. Ya seluas langit dan bumi. Selawat dan salam ke atas junjungan Muhammad SAW kerana baginda Muhammad SAW aku dan korang hari akhirnya seoarang muslim mukmin. Alhamdulillah.

Dipendekkan cerita.

Hari ini aku mula bekerja sebagai..err, entahlah, semua kerja aku buat. Kuli? Kuli jauh lebih baik daripada hamba abdi. :) Seharian aku di dunia-penuh-buku. Dari letak tanda harga pada buku, cari buku, panjat rak, sampai lah ke sapu satu kedai semua aku buat bersendirian. Ya, sendiri aku di situ. Daripada lima orang pekerja, 4 ambil cuti. Terdetik di hati, betapa orang yang berilmu Allah tinggikan darjat dengan beberapa darjat. Err, sila 'check' Surah alMujadalah ayat 11.

Mana taknya. tengok motivator yang banyak ilmu tu, 1 jam/ RM 1000 kot. Tak payah kerja terukteruk. Kat dunia dah dibuktikan betapa tinggi darjat orang berilmu. Tak caya? Cube korang kenang balik betapa orang respek kat budak No. 1 Batch tuh macam mana? KISASIAN: Sila ingat fonomena budak ali no 1 batch time kita form 4.haha.

Bukan itu point aku sebenarnya.

Sepanjang aku berpeluhpeluh bekerja di kedai yang terlalu banyak buku. Tapi tidak mengapa, aku memang suka!

Aku perhatikan terlalu banyak tingkah laku anakmuda yang cintakan ilmu.

Ada yang aku sangat suka melihatkan telatah mereka yang menghargai ilmu, tapi tak kurang yang buat aku rasa ingin menangis syahdu.

Aku lihat, seorang ibu daripada golongan err..marhaen (maaf aku gunakan istilah itu) bersama anaknya mencari-cari buku rujukan Sains PMR.
Ibu separa muda-tua,
"Adik, boleh tolong ambikkan kat anak makcik buku rujukan Sains 'form' 3. Nak yang bahasa Melayu. Anak makcik tak paham bahasa omputih"
Tangan ligat mencari. Peluh di dahi semakin membahasahi.
"Maaf makcik. Tak adalah untuk PMR punya. Inshaa Allah awal bulan dua baru sampai"

Senyum.
"Ambiklah buku ni mak ! Orang boleh baca lah mak. Kita kan dah mai kedai nih!"
Anak ibu separa muda-tua menengking maknya.

Terkejut aku. Terkaku. Bertudung litup anak itu. Berwajah putih merah. Berbadan halus. Nampak sopan.
#Bukan untuk mengaibkan. Sumpah tak. Sekadar ibrah dunia MELAYU ISLAM kini!

Yang si ibu terus mencari di himpunan bukubuku untuk di rak. Wajah sayu. Di hati aku mengumam mungkin ibu sedih sedikit apabila ditengking oleh sang anak.

Hiba. Suasana sayu.

"Mak cik, buku ni bagus. Dulu waktu saya PMR saya pun guna jugak. Tapi dalam bahasa Inggeris lah" :)
"Kesian anak makcik kalau makcik beli, dia bukannya pandai omputih pun" 
Tiba-tiba.
"Tu aku tak mau mai beli dengan orang tua nih. Dok bertengkar apa lagi. Ambik lah! Menyusahkan aku!!
Si anak bersuara tinggi.

Bapak lah weh. Kau tu anak. Cuba beradab sikit dengan mak kau. Ikut hati, aku sangatsangat sedih. Muka ibu separa muda-tua itu mulai merah padam.

Ya rabb.
Memang inilah tanda akhir zaman. Bila anak jadi tuan kepada mak.

Desus aku dalam sudut hati yang paling dalam
Ya Allah, aku mohon, berikan aku kekuatan supaya dapat melayan menghormati dan terus menyayangi mama dan ayah. Tunjukkanlah adik tu dengan petunjukmu
Suasana dunia buku tempat aku kerja :)


Sedih.

Duludulu waktu Tingkatan Lima, aku ada belajar PSI. Hukum wajib merendahkan suara dan berbuat pada ibu bapa. Rujuk Surah al-Israk.

Aku dulu pun sebelum terkena panahan panahan tarbiyah, lebih kurang ja macam budak tu. Sebaik panah Tarbiyah terkena masuk dalam hati. Zupp. Tersedar, sedih tak terkata (baca dengan nada "tersesat malu bertanya) Aku mulai sedar. Tapi tak bermakna aku sempurna. Terlalu banyak khilaf. Mungkin, kata kata yang berbunga. Amalan pula cacamarba. Allahurabbi!

Sambung.

Tengah-tengah 'peak hour' kat kedai buku. (lihat gambar). Sebenarnya, hari nih. 9.15-6.00 petang memang waktu puncak. Tak sempat duduk. Tak menang tangan kot. Tapi best. Mata nampak buku ja.

Bukan itu ceritanya.

Datang sorang adikmanis dengan maknya lagi.

Mulamula nampak mak dia. Aku tanya dengan hiasan senyuman,
"Boleh saya bantu? Makcik nak apa?"
"Ni anak makcik nak cari buku"
Err. Sumpah terkejut weh. Mata biru. Rambut oren-oren, macam omputih gitu.
"Kak nak buku (bla bala bla)"
Banyak betul buku dia nak.
Bukan itu pointnya.
Memang secara hakikat, Melayu Islam telah sebetulnya TEWAS dengan propaganda Barat. Rupa macam artis hollywood tapi maaf cakap. Bunyi loghat Melayu Peghelih asli ! Ikut hati yang tak baik ni, nak ja aku speaking British dengan budak tu.
Nak tahu tak. Bukan sorang dua macam tu sekarang. Berorang-orang kot! Ni baru negeri Perlis yang terkecil kat Malaysia.

Ya rabb!

Err, aku tengok muka mak budak British celup tu macam tak redha ja dengan identiti anak dia. tapi, mungkin ada sebab untuk mak dia tak tegur anak dia. Untuk tambahan, mak dia bertudung litup.

Lagi,
Yang paling aku terkesan. Bila ada ibu bapa yang datang nak beli buku. Maksud aku ibu bapa daripada golongan Marhaen (Marhaen: bawahan)  datang, for sure lah sepanjang panjang aku kerja tadi. Mereka sangat takut kalau kalau terbeli buku salah. Apa taknya, sampai, 'call' anak, bagi aku yang cakap untuk 'explain' pasal buku. Err, sebelum aku tanya, awat aih yang pakcik makcik takut sangat nak beli buku kat anak sendiri ja pun.
 "Pakcik bukan apa, takut anak pakcik bebai ja kalau beli salah (bebai: mengamuk dalam keadaan merajuk )"
Allahurabbi.

Eh cikadikmanis. Tahulah anda sedang menuntut ilmu untuk jadi orang yang sangatsangat tinggi nilai pelajaran dalam diri. Tapi, tolonglah respek mak bapak anda. Walaupun, mak bapak anda cuma golongan marhaen ja. Berselutselut seluar mereka pergi cari (beli) buku anda yang tak murah tu.

Sebenarnya, bukan seorang ja pakcik yang kata gitu kat aku. Berorang-orang juga termasuk dua tiga orang makcik.

Hakikatnya,
Kita dilanda satu krisis yang telah Nabi Muhammad SAW nyatakan dalam hadis. Antara tanda-tanda akhir zaman ialah anak menjadi tuan kepada ibu bapanya.

Dalam hadis lain.
Islam datang dalam keadaan terasing. Pergi dalam keadaan terasing maka bersyukurlah orang orang terasing.
Err. Jom.
Jom sama-sama jadi orang terasing. Pengalaman seharian aku di kedai buku tadi membuatkan aku rasa dunia perlukan tarbiah. Ketandusan. Kegersangan tarbiah. Tapi, sapa sapa yang perlu mulakan kalau bukan korang dan aku.

Hari ini juga sekadar catatan.
Aku rasa cam nak jual ja semua modul yang aku dapat kat KISAS kat kedai buku tu. Nak di'compare'kan dengan buku-buku rujukan. Modul Modul yang memang aku 'complete' (sila jangan percaya! haha) jauh lebih lengkap dari segala buku rujukan yang ada. Serius! Tak tipu.
Sekadar itu sahaja.
Semoga aku terus bersemangat untuk bercerita lagi dan esok kerja. Jumaat cuti.

Wallahua'lam

Untuk bayangan korang tempat aku kerja ;)

Sila jangan bayangkan kedai ni macam MPH! :D



Memeng kedai kampung. tapi income hari nih lebih kurang RM 4567.00 Err, sikit? Biarlah, nak kata banyak juga! ;D