Followers

Monday, July 1, 2013

Musafir Seorang BFSU-ian :)

Bismillah.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad.

Ok.
Well.

credit :)

Aku berhajat untuk merakamkan dari awal kisah perjalanan aku menjadi sebahagian daripada BFSU-ians [Beijing Foreign Studies University] in shaa Allah. Aku mulakan dari permulaan cerita SPM serba sedikit. *Isi borang online. *Sesi temuduga  [Tahun 2013 for SPM 2012 Candidates, there is no more interview . Just psycho-metric test] 
Diikuti dengan *penerimaan surat tawaran via  mara's website. *Saat-saat mencabar isi borang, surat perjanjian, dokumen-dokumen yang sangat menguji iman [Allahu. Allah.] Bersambung lagi dengan *pendaftran di HQ MARA. *Medical checkup. Dan semua urusan hingga aku terbang ke Beijing in shaa Allah.
Niat aku: "Moga-moga generasi selepas aku. Ada sumber untuk rujukan. Ada inspirasi untuk berada dalam landasan perjuangan menuntut ilmu Allah. Dan pastinya aku mengharapkan REDHA Allah in shaa Allah."

prang prang *double slapped


****

Okai.
Aku mulakan dengan kisah latar belakang macam mana aku boleh memilih untuk pilih Chinese As Second Language. Atau nanti kepada generasi SPM selepas ni. :) Adik-adik, akan tengok dekat senarai bidang yang MARA tawarkan
[Tindikan Bahasa Mandarin]


Sepanjang 2012. Aku menaruh harapan dan cita-cita untuk sambung pengajian dalam bidang psikologi. Oh. Dengan tajaan mara lagi. Hah. Bercita-cita nak pegi UK segala. Ok. Bila keputusan SPM keluar, Alhamdulillah. Dengan result yang Allah bagi. Ternyata. Aku takda harapan untuk pilih Psikologi, UK atau Australia. Lepas berbincang dengan sorang sahabat-sampai-syurga [Husna Rahman]  sejurus selepas terima slip SPM. Pada 20 Mac 2012 di Meru, Klang yakni di rumah bakal pakar inspirasi HUSNA NAJIHAH [Yeah. Aku doakan]. Aku dengan rasa senang hati dan menyerahkan urusan kepada Allah. Aku pilih Tindikan Bahasa Mandarin, Beijing sebagai pilihan 1 dan Pengurusan Logistik, Australia sebagai Pilihan 2. Dan Husna Rahman  pilih yang sama seperti aku untuk Pilihan1 tapi Psikologi untuk Pilihan 2. Masha Allah . Tabarakallah. Memang isi sama-sama. Dapat keputusan pun tempat temuduga sama-sama. Dan nombor ID MARA kitorang pun hampir sama. :) Alhamdulillah. Yeah, aku tak pernah sangka sepanjang aku hidup yang aku akan terperosok dalam bidang ni. Namun, berpegang pada kepercayaan iman betapa tiada yang kebetulan melainkan Allah yang rancangkan untuk kita. Alhamdulillah. Dan seorang lagi sahabat-sampai-syurga aku [Shahira Ismail] juga turut sama tercampak ke dalam bidang ini. Alhamdulillah. Err. Shahira Ismail sebenarnya memang partner aka buddy aku in academic field sejak di KISAS lagi. Berpanjangan lagi jodoh kami. Alhamdulillah. Dan sebenarnya, Aku. Husna Rahman dan Shahira Ismail. 
Kitorang sama-sama terima tawaran UPU---> Universiti Islam Antarabangsa. Aku dan Shahira: Bahasa Arab. Sementara, Husna Rahman: Kejuteraan Komputer [course bapak gempak.haha].
Err. Ini yang 'legend' mana tah aku ambik. Ehheh. 


****
Keputusan Temuduga 
Tak lama selepas isi borang atas talian. Keputusan temuduga diumumkan di laman web MARA.  Alhamdulillah. Ketika sedang berkira-kira dalam fasa istikharah untuk mohon petunjuk dari Allah 'Azza Wajalla. Memohon untuk Allah berikan aku petunjuk yang paling benar dan tepat dalam memilih. Kitorang bertiga. Alhamdulillah. Layak untuk ke peringkat seterusnya: Temuduga yang bertukar menjadi psycho-metric test :) Antara soalan test yang aku ingat sampai sekarang: Bapa mary ade tiga orng anak. Anak pertama, Nana. Kedua, Nini Apakah nama anak ketiga? 
HAHA. Soalan memang menguji kepantasan minda. Ada 100 soalan dan satu karangan pendek [Bagaimana kita melihat diri kita dalam masa LIMA TAHUN] untuk diselesaikan dalam masa SATU JAM!! Alhamdulillah. AKu jawab sepenuh hati . Dan meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah 'Azza Wajalla. Masa sesi psycho-metric test: MAcam-macam ragam insan yang boleh dilihat. Siap ada yang tidur kot!! Beragak lah weh. :P Tahu laa legend pun! ;pp
Dan sebenarnya, setiap tahun. MARA menggunakan mekanisme yang berbeza untuk memilih pelajar. Jadi, kalau nak jadikan pengalaman ni sebagai tunjuk arah. Rasanya jangan terlalu berharap yang tahun korang. MARA akan guna pendekatan yang sama laa kan. Ehheh. :PP

****
Dan memandangkan. Post ini ditulis. For sure lah kan. Aku lulus psycho-test dan bermulalah the next stage. Alhamdulillah. Course Tindikan Bahasa Mandarin menjadi course yang paling awal keluar surat tawaran. Sedang pelajar lain ternanti-nanti surat tawaran mereka. Kitorang dah pun selesai dengan sesi pendaftaran. Alhamdulillah :)

Cabaran langkah pertama bermula :) 


Mengisi segala dokumen perjanjian MARA, Surat penjamin, Sijil Sokongan Luar Negara dan segala dokumen-dokumen yang diperlukan itu bukanlah mudah sebenarnya. Semuanya memerlukan kesabaran dan kebergantungan kepada Allah semata-mata. Dalam kepayahan. Segala dokumen itu aku uruskan sendirian berhad. Memandangkan tak mahu menyusahkan kedua-dua ibu bapa aku. Pergi mahkamah cari pesuruhjaya sumpah sendiri naik moto kot. Dahlaa, hujan. Ditambah kena marah ngan pakcik pesuruhjaya sumpah sebab tak bawa penjamin sekali. Eh? Mana la aku nak tahu prosedur tu semua. Dah kata noob. :'( 
Hai husnarahman ;)


Langkah pertama isi mana-mana dokumen MARA 
Sila rujuk Buku Panduan dan BACA segala panduan yang diberikan. Tak perlu call MARA kalau tak paham. Bayangkan. MARA menaja lebih 60 jenis course dan bukan kita sorang saja yang perlu MARA beri perhatian. Bukan apa. Kalau call jugak. Korang akan mengalami masalah call-tak-diangkat. Dan sebagainya. Sila rujuk mana-mana senior yang pernah ditaja MARA. Haa. Macam mana nak cari google je. In shaa Allah, korang akan jumpa. Dan tanya lah kat senior. Diorang akan bagi kerjasama yang sumpah superb. Nak tanya aku pun boleh saja. In shaa Allah. :)
Sesi Pendaftaran di HQ MARA
20hb Jun 2012. Tarikh keramat. Sah menjadi pelajar tajaan MARA di bawah program IPMa. Yeah. Aku bertolak dari Perlis [rumah aku] seperti biasa sendirian berhad. Dengan trip Keretapi Tanah Melayu dari bandar Aarau [rumah aku] yang seterusnya ke Bukit Mertajam dan Kuala Kangsar. Aku, Husna dan Sha. Trio yang sama-sama gerak ke HQ MARA. Dengan mehnah dan tribulasi yang sangat menguji. Aku tersalah tarikh beli tiket untuk Husna. Allahu. Allah. Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Akhirnya, Husna dapat juga bersama-sama sampai ke HQ MARA. Oh. Sebenar-benarnya. Ketika sesi pendaftaran dan taklimat hari itu. Para pelajar tajaan MARA untuk Tindikan Bahasa Mandarin perlu mendaftar tanpa diirnigi ibu bapa. :)

Medical check up 
Perlu diingatkan untuk mana-mana pelajar yang akan ke BFSU. Hanya medical check-up di Tung Shin Hospital yang valid untuk ke BFSU. Ok. Aku ulang HANYA TUNGSHIN HOSPITAL, KL yang valid. Maksudnya. kalau buat kat tempat lain. Kena buat semula kot. Bagi yang datang sendirian berhad cam aku. Sila sediakan sekurang-kurangnya RM550 untuk medical check-up sahaja. Sebabnya: Ada certain kes yang memerlukan caj tambahan untuk mereka yang perlu ambil vaksin. Jelas tak? Maksud aku. Kiranya, Macam RM 550 tu maksimum lah. Then. Sila buat DUA SALINAN UNTUK MARA. DUA SALINAN lagi untuk urusan VISA dan University. Semua sekali EMPAT SALINAN. Harap faham di situ :) 
Untuk bercerita tentang cabaran di TungShin Hospital. Dengan jalan kaki yang tak dekat untuk sampai. Ditambah pula kena ulang alik by foot pegi tangkap gambar [Sila bawak 6 keping gambar passport untuk urusan medical check-up] Ditambah dengan karenah birokrasi. Walaweh. Sungguh ujian itu aku percaya untuk upgrade IMAN. Di saat. Cemburu buta tengok pelajar lain bertemankan ibu bapa yang menguruskan urusan. [Astaghfirullah] Sedang kami semuanya sendirian berhad. Air mata jatuh bercucuran. Merungkaikan kegusaran apakah ujian ini kami terima kerna kaffarah dosa lalu? :'( Dan aku pada hari itu. Selesai urusan medical check-up tepat jam tujuh petang weh!! Bayangkan dari jam 12.00 tengah hari. Ohhoi!! :') Allah uji sesuai dengan kemampuan. Yeah. Aku percaya itu.


LAIN-LAIN Urusan 


  • Pihak Majlis Amanah Rakyat akan memaklumkan melalui emel. Jadinya, sila rajinkan diri untuk buka emel. :)
Sehingga-Berjumpa-Lagi
:)

Tiadalah apa yang aku harapkan. Melainkan REDHA Allah 'Azza Wajalla.

Buat renungan:

Kita Menuju ke Destinasi Yang Kekal Abadi :)
Moga pengakhiran kita. Berakhirnya dengan husnul khatimah. Allahumma amin
Untuk setiap urusan.

Berlapang dada dengan setiap perkara.
Walau terlalu payah untuk diterima.

Kerna.
Setiap satu yang berlaku itu.
Adalah daripada Allah 'Azza Wajalla.

Berbaik sangkalah untuk setiap perkara.
Tidak ada kebetulan dalam setiap saat hidup kita.
Melainkan Allah yang aturkan untuk kita.

Sebab tu.
Habiburrahman SAW pernah bersabda:
"Sungguh ajaib urusan mukmin. Mendapat nikmat dia syukur. Mendapat musibah dia BERSABAR. Maka. Jadilah musibah itu kebaikan buatnya" [Hadis sohih]

Teruskan dengan senyuman.
Kerna itu sumber ketenangan,

#Alhamdulillah.



^^

[fatiniismadi.]
hanyahamba
1Julai2013
21:55

[...]

5 comments:

  1. nice post ! terima kasih akak (:

    ReplyDelete
  2. fatin fatini, jiran sebelah dah jumpa blog. hurmhh.. hurmhhhhhhhhhh.........

    ReplyDelete
  3. Salam..klau lpsan matrix boleh ke mhon program ini..n still dpt biasiswa ke?. Sye sgt mint nk bljr bhse mndarin..boleh tlong sye?

    ReplyDelete
  4. Salam.. Ad lg x program ni utk spm 2018?

    ReplyDelete