Followers

Showing posts with label Ta'ibin. Show all posts
Showing posts with label Ta'ibin. Show all posts

Saturday, August 3, 2013

Revolusi Usrah Versi Kolej Islam

Dengan nama Allah.
Kembali pada Allah.
Mari berselawat ke atas junjungan Rasulullah SAW. :)

Bagi yang pernah merasai keoseman usrah. Maka beruntunglah. Kerna dulu. Junjungan mulia Rasulullah SAW juga mentarbiyah para sahabat berwasilahkan USRAH.

credit


Jujur aku katakan.
Aku juga mengaku tanpa ragu. Usrah banyak menyumbang dalam pembinaan dan proses pembersihan jiwa aku yang terlampau banyak titik titik hitam ini. Sehingga saat ini. Aku masih merindui usrah-usrah dahulu. Usrah yang menjadi titik berubahnya aku. Keluar dari lembah jahiliah. Dan sekarang aku masuh berusaha mengenal Allah. Doakan aku ye :)
Penting: [Entry ini berkaitan sebuah institusi kelahiran kader tarbiyah. Warganya mohon terasa. Aku mahu menulis kerana Allah. Ya. Kerana Allah semata-mata. in sha Allah in sha Allah] Dipendekkan. Ini situasi yang aku pernah tahu di satu bumi indah tarbiyah. Aku menulis kerna aku tak mahu fitnah terhadap usrah terus menjadi-jadi. Kepercayaan aku terhadap 'Usrah Tunjang Tarbiyah' itu kekal kerna itu risalah yang Nabi SAW bawakan.

Yeah. Usrah perlu mengalama revolusi. ^^
credit


Situasi Satu:
"Arhh. Bosan giler usrah. Asyik asyik port bawah aircond. Pengisian ikut buku. Kosong!! Seyes. Aku rasa kosong. Kalau agak-agak nak ikut buku. Makcik jaga pepagi tu pun boleh ajar aku la!! Pppfffttt!!! "
Betapa mujahadah nak pergi usrah [Situasi Satu]
credit


Situasi Dua:
" Bapak gempak usrah aku. Kakak naqibah aku osem giler weh. Port usrah kitorang? Kat pentas Dewan Makan kot. Takde usrah lain kat situ. Makanan giler banyak kot akak naqibah aku bawak. Ntah ntah bapak dye tauke emas kot. HAHA. Tak sabar.. tak sabar nak pegi usrah "
Kalau dah gini makanannya yang kakak naqibah bawak.
Sapa tanak pergi kan? *Gambar tak boleh yang besar besar. Puasa ok.
credit

Situasi Tiga
 " Aku rasa kakak naqibah aku tu cam hape je. Dalam usrah kemain berdegar-degar. Tapi, kalau jumpe kat memane. Macam tak kenal aku je. Kitorang macam-macam buat untuk tight bond hati ngan akak naqibah. Tapi usrah selalu takde. Jeles kot dengan grup usrah lain. huhu "
Sabar dik sabar. Tahun depan adek jadi naqibah.
Ok gitu? ;ppp
credit gambar

Situasi Empat
" Aku tak pernah ade background agama. Aku rasa osem giler bile bebudak kolej tu citer diorang ikut usrah kat kolej. Teringin weh teringin "
Gulppp.

Bismillah.
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku.
Permudahkanlah setiap urusanku.
Leraikanlah kekakuan pada lidahku.
Moga Moga mereka memahami kata kataku.

Kesedaran atau terdetiknya aku sebagai warga marhaen untuk menukilkan sebahagian daripada apa yang aku rasa dari hati kat sini adalah bila mana aku menyedari ramai 'warga institusi' itu terasa tak mahu nak mengaku yang mereka lepasan kolej. Oh yeah. Analisis demi analisis yang aku lakukan. Pastinya. Aku tidak menyalahkan sesiapa. Tapi. Cuba kita renung sejenak. Kenapa tak rasa nak mengaku budak kolej? pembawaan identiti kitakah? Tak cukup hensem atau cunkah? Err. Yang lebih tepat. Ramai yang mengaku perkara itu terjadi bila mana tak mampu bawak qudwah [baca: contoh ikutan]
Sebelum ke laut yang lebih dalam. HEHE
Pembawaan sistem usrah di bumi itu sememangnya sangat menarik. Namun. Ada beberapa hal yang perlu dibumikan supaya situasi satu, dua, dan tiga itu menjadi hal yang tidak melahirkan kader tarbiyah yang pemalas. Eh? Ehheh. Aku macam menulis khusus untuk pimpinan bumi itu je? Eh? Tak tak. Seyes. Untuk manfaat SEMUA in sha Allah.

Ramaiiiiii yang tak terasa keindahan dan keperluan USRAH bila mana di bumi itu memandangkan usrah itu macam perkara yang dah diprogramkan dan wajib diikuti oleh semua pelajar. Macam nih.
" Alaaaaa. Macam aku sorang je ikut usrah. SEMUA orang wajib pergi kot. Banyak kot homwek aku. Asal? Kau nak siapkan ke weh timah? "
Pembawaan usrah kalau seperti perkara yang diprogramkan. Maka ibaratnya. Yang hadir. Cuma hadir jasad tanpa ruh. Ruh yang tiada dalam berusrah itu buat pengisian jadi HAMBAR. Macam pergi program paksaan je kot.
" Memang aku terpaksa pun. Terpaksa pergi USRAH. Terpaksa jadi NAQIBAH. Cemana boleh pilih aku. Terpaksa weh. Terpaksa. "
Usrah yang penuh dgn mawaddah.
In shaa Allah akan lahir kader tarbiyah yang mengharap balasan redha Allah
^___^
credit gambar


Maka.
Lahirlah istilah. Istilah yang aku pertama kali tahu. Faham dan DENGAR di bumi itu
Keterpaksaan Menuju Keikhlasan
Memula terpaksa. Bila dah lelama ok lah.
" Err. Tapi macam mana dengan mereka yang terpaksa je memanjang?! Tak rasa weh. Tak rasa pape pun "
Gulppp.

Macam ni lah Kiah. Hidayah itu petunjuk. Semua orang yang kat bumi itu ibaratnya semua dah ada hidayah. Tapi berapa berapa je yang punya TAWFEEQdalam hati.'
" Eh. Melampau kau sekarang. Sebut nama muslimin plak. Zina hati ko "
" Tawfeeq dalam erti kata sebenar ialah dorongan untuk kau sambut hidayah yang kau dapat. Contohnya gini. Berapa orang tahu solat itu wajib? Tapi berapa berapa je yang ada dorongan dan semangat nak solat. Dalam yang solat berapa je yang dapat solat awal waktu. Dalam yang dapat awal waktu. Berapa pulak yang dapat jemaah dan dapat rasa khusyuk tu weh"
Eh?
Aku tak dapat pun perkaitan cerita kau. Memula USRAH. Pastu. Paksa paksa bagai. Masuk bab solat. Kau ni membosankan lah!!

Jadi kat sini aku nak buat perkaitan. Usrah-Bumi Itu [merujuk kepada ^__^] -Ikhlas-Hidayah-Taufiq.

Satu:
Masuk ke Kolej Islam [tak yah nak berbumi bumi sangat la kan] satu peluang untuk dapat HIDAYAH. Dapat hidayah in term of terima TARBIYAH. Semua orang akan berlangitkan sistem tarbiyah yang sama. Kalau nak ekstravaganza punya sistem tarbiah, jadi stayers pun boleh. :) Terima tarbiyah. Kena ikut usrah. Takde yang rare lah kat situ. Dapat sahabat yang stok-stok solehah. Makanan melimpah ruah. Eh? Takde kaitan. HAHA

Bila dah kata gitu. Memang semua orang akan terima tarbiyah in term of hidayah. Tapi. Bagaimana dorongan [tawfeeq] untuk kita beramal dengan tarbiyah itu yang tak sama. Dan sebenarnya. USRAH itu pemangkin TAWFEEQ. Kira cam booster itu jadikan seseorang itu beridentitikan muslim sejati yang beridentitikan tarbiyah. Eh? Paham ke tak ni??,

Benda benda yang semua nih sudah pasti akan menyebabkan nilai IKHLAS dalam diri in sha Allah terkeluar sendiri.

Jadinya. Sistem USRAH di Kolej Islam memang menarik dan bagus. Alhamdulillah. Tak salah kat memana pun. Cuma perlestarian keberkesanannya perlu ditingkatkan. Macam nih. Naqibat dan nuqaba' tidak boleh tidak perlu mencari idea kreatif dalam mentarbiyah ahli usrah.
Bagaimana?!

Err. Macam-macam boleh buat.
Antara mahu atau tidak.
Mahu Menuju MAMPU.

Sekian.
Moga Allah redha.


Tika diriku. Ketandusan kata-kata. Kau datang menjelma. Membawa cahaya :')

Wednesday, July 3, 2013

KISAS Bukan Syurga. Penghuninya Bukan Malaikat.

Bismillah.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad.
Saat hilang arah. Kembalilah pada Allah! Yeah. Aku lepasan bumi tarbiah. Jika ditanya apakah perkara yang paling meberi kesan dalam hidup aku dalam tempoh LIMA tahun ini. Pastinya. Aku akan menjawab tanpa ragu.
" Peluang yang telah Allah izinkan aku menjadi penghuni Bumi TARBIYAH Kolej Islam Sultan Alam Shah itu sebenarnya tidak pernah menjadi kebetulan. Di situ aku belajar mengenal Tuhan Allah 'Azza Wajalla. Peluang itu yang menjadikan aku seperti aku. "

Alhamdulillah Thummal hamdulillah. :)

Di Bumi ini. Aku mengenali hakikat hidup sebagai abdi kepada Allahurabbi



Bismillah.
Aku tuju entry ini buat mana-mana sahabat, kakak-abang setuhan denganku yang kita pernah berlangitkan bumi tarbiah yang sama. 

Jika sebelum ini di entry BUDAK KISAS .Aku dengan hamasahnya [bersemangat] mengingatkan diri aku juga semua hakikat perumpamaan lepasan bumi tarbiah ini yang ada EMPAT kesemuanya.
  1.  Subur di dalam[KISAS]. Subur di luar[KISAS] 
  2. Subur di dalam. Layu di luar.
  3. Layu di dalam. Subur di luar
  4. Layu di dalam. Layu di luar.
Aku yakin dan percaya. Semua kita pernah diajarkan takrif TARBIYAH yang sebenarnya. Tarbiyah yang pernah kita terima itu bukanlah segala-galanya. Namun. Wallahi. Tarbiyah yang aku terima dan aku cuba aplikasi selama kurang lebih DUA tahun itu [kerna aku bukan stayers. Ehheh] banyak mengubah cara aku berfikir. Kesedaran hidup bertuhan yang berjaya aku ukir dalam kenaifan aku. Dan inilah yang membentuk siapa aku.
Masyarakat mungkin akan beranggapan dan melontarkan persepsi kepada lepasan Kolej Islam betapa mereka ini insan-insan terbilang yang selalu cemerlang dalam semua bidang. Ya! Aku akui. Untuk menjadi sebahagian daripada warga Kolej Islam Sultan Alam Shah bukanlah semudah mendaftar anak kecil di prasekolah ye. Namun. Sila yakin percaya. Itu adalah merupakan aturan terbaik yang Allah aturkan. 
Dah namanya persepsi masyarakat terhadap warga Kolej Islam sesudah keluarnya kita dari bumi itu.
Pernahkah kita sedar. Kenapa persepsi mereka terhadap kita sebegitu? Satu jawapan yang paling tepat aku kira. Kerna kita membawa IDENTITI Islam.
Tidakkah kita gentar. Bila mana di dunia lagi. Kita dibayangi dengan mata-mata masyarakat yang sentiasa memerhati. Belum dikira pemerhatian Allah 'Azza Wajalla kita. :'(
 Kita sebagai penerima tarbiah.
"Takkanlah gaya hidup kita waima di laman muka buku atau di laman pengicau sama sahaja dengan mereka yang tidak pernah tahu menahu perihal TARBIAH.
Takkanlah kita yang pernah tahu sejarah perjuangan Imam Hassan al-Banna, amalannya sama seperti muslim yang biasa-biasa. Ke mana ma'thurat kita?! Ke mana amalan sunnah kita kita yang biasa kita lakukan bersama di Bumi Waqafan dulu? Takkanlah!! "


Masakan tempat beramaian ber'alMathurat' dilupa?

Sampai bila, Gaya hidup kita sama sahaja seperti kita tak tahu apa-apa.
Bukankah TARBIAH itu membawa erti: Satu bentuk nizom [peraturan] dalam kehidupan yang akan memberi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Maksudnya?!!

Maksudnya secara mudah.
Kalau mereka yang tidak tahu menahu. Tak pernah dilanggar oleh makcik HIDAYAH. Mereka hidupnya sekadar mencari bahagia dunia. Tapi bila mana kita menerima TARBIAH. Kita sebenarnya bukan sahaja mencari bahagia dunia. Namun perancangan kita jauh daripada sekadar dunia. Kita mencari bahagia yang selama-lamanya! Kita mencari REDHA ALLAH sebenarnya.

Serius. Berdebar-debar aku sebenarnya menyampaikan buah fikir yang ini.

Bila mana kita kata ditarbiah. Maka sudah pasti jelas hidup kita bersandarkan mencari redha Allah. Kerna dalam satu hadis qudsi. Rasulullah SAW pernah bersabda: Redha Allah itu mengatasi darjat [melebihi] syurga.
Jadi. Kita faham batas ikhtilat dalam pergaulan kita yang sepatutnya bagaimana. Perlukah seorang rijal Islam lepasan tarbiah bermesra dengan seorang nisa' srikandi islam waima di alam maya cuma. Apakah ini yang akan menjadikan kita mukmin yang qawiy? 
**Nanges**

Islam tidak perlukan daie yang cuma pandai bermadah bicara. Tetapi pelaksanaanya ZERO. Ikhtilat macam sampah. Bila ada masalah baru cari Allah. Islam tak perlukan dai yang sibuk berkicau di laman pengicau. Tapi al-Quran kalamullah tak dibaca tak pernah dirisau.

Oh. Dai itu apabila berkata untuk menyeru. Dia teruji dengan perkataannya.Ya, aku sedar itu. Bila mana aku menulis soal redha untuk SPM tidak lama dahulu. Aku telah Allah uji dengan setiap bait perkataanku. Oh. Aku tidak tahu. Aku juga hamba Allah yang punya infiniti cacamarba.

Mengorak langkah. Bangun setelah rebah.

Bila mana kita beridentitikan ISLAM.
Bermakna kita selangkah ke syurga Allah. Maka. Ayuh. Kita betulkan yang biasa. Kita biasakan yang betul. Kalau sebelum ini. Kita rasakan saling berkicauan antara muslimin dan muslimat tanpa tujuan yang jelas itu biasa. Mari kita ubah. Itu bukan jalan ke syurga. Kita tukar. Mari kita kicaukan perkara-perkara santai. Tapi membawa kita semakin kenal Allah 'Azza Wajalla. 
Kerna apa aku ini?
Hadaf aku cuma satu. 


Benar! Memang benar. KISAS bukan sorga. Penghuninya takkan pernah jadi malaikat.


Ingatlah wahai sahabat.
Kita akan dipertanggungjawabkan dengan apa yang kita pelajari. Andai kita katakan tarbiah yang pernah kita terima itu palsu. Maka tunjukkan. Apakah sebenarnya. TARBIAH ISLAMIYAH yang jitu yang boleh aku tahu?!

Maka.
Percayalah. Firman Allah dalam Surah Maryam ayat 76.
Allah akan tambah petunjuk kepada mereka yang telah mendapat petunjuk. Dan amalan-amalan soleh yang kekal [istiqamah] itu lebih baik di sisi Allah dan lebih kesudahannya.

Jadi ayuh.

Dan akhirnya.
Sudah pasti kita mengharapkan perpisahan al-Banna ini bertemunya di syurga bukan?
Bumi itu bumi bertuah.

Sesuburnya ibarat lembah

Jadi bekalan sebelum berpindah


:)


Cerita kita berbeza. Tapi kita mencari REDHA ALLAH yang sama


Ya Allah. Izinkanlah generasi seterusnya mewariskan No 1 Malaysia demi agamamu :')

Friday, May 10, 2013

~..Sampai Bila Aku Perlu Lupa?..~

Bismillahi | Allahuakbar
Allahumma solli a'la muhammad.

:)

Memandangkan sebagai manusia. Kita takkan pernah terlepas daripada masalah  terlupa. Melupai. Melupakan. Dilupakan. Sebenarnya, masalah LUPA ini bukanlah virus atau wabak yang tiada penawar. Haa. LUPA sebenarnya satu fitrah yang ada pada setiap manusia. Dek kerana kita manusia. Dalam arabnya.  Berasal dari kalimah atau perkataan نسي yang bermaksud lupa.

Gambar tiada kaitan.. ;)

"Aku lupa lah letak mana kunci rumah tadi. Alamak, macam mana nak bukak pintu"
"Alahai. Nasi lupa tekan. Diorang dah balik nak makan. Bila tahun nak masak"
" Eh semalam ada latihan memandu eh? Mak aii lupa nak pegi"
"Asal kau tak pegi interview JPA semalam? Eh, aku lupa lah"
Dan bermacam jenis lagi diolog yang bertemakan LUPA.
Semua dialog ni. Sebenarnya bukanlah menjadi makhluk asing dalam kehidupan. Malah ada yang merasakan hidup hilang keserian. Tiada hala tujuan. Sehingga sering sahaja LUPA kita menjadi faktor kesedihan dalam kehidupan. Tidak kurang punca kemarahan orang terhadap kita.
Dahtu. Tolong lah selesaikan masalah aku!!
Err. Aku pun manusia biasa yang tak terlepas dari masalah tuh. Bahkan untuk short-term-memory. Masalah ini sering menghantui kehidupan aku satu masa dahulu. Hah! Lupa letak buku. Bawa buku. Letak merata-rata. Ampai baju kat ampaian, lupa kat mana. Dah kata, ampaian besar dabak. Macam tu lah jadinya. Selepas terlalu lama hidup dalam gundah gulana berduka lara. Aku cuba membaiki diri dengan bermacam cara. Alhamdulillah [Pujian dikembalikan kepada Allah dengan sebenar-benar puji]. Aku ada beberapa tips yang mungkin in sha allah menjadi dalam mengatasi masalah ini.

Bismillah.
:)

  • Kalau jenis yang lupa letak barang. Seperti kunci, sikat rambut, buku nota dan sebagainya. Sila wujudkan satu tempat khusus untuk semua benda. Paksa diri untuk letak di tempat yang sama setiap kali menggunakannya. Pada awalnya, kita akan rasa cukup sukar! Tapi. Bila dah terbiasa. Kita akan rasa hidup kita teratur dan sistematik. Bersistem lagi. Haa. Benda yang kita buat nih tidaklah sia-sia. Bahkan akan melengkapkan ciri peribadi muslim kita [sistematik dalam urusan]

Untuk permulaan. Kita kena kenal pasti. Apa benda yang sering menjadi keLUPAan kita. Dan mulakan sistem anda sendiri!
  • Jenis yang lupa pada perbuatan. Contoh, lupa tutup tudung periuk nasi. Lupa kunci pintu. Lupa angkat baju. Lupa yang melibatkan perbuatan lah senang cerita.. Yang jenis ni. Kita kena bersandarkan pada hadis: Mukmin itu tak akan jatuh pada lubang yang sama untuk kali kedua. Nampak tak? Yang lupa untuk perbuatan. Sila kenal pasti apa perbuatan yang menjadi keLUPAan. Catat pada minda. Kertas pun ok. Berazam untuk tak mengulanginya. Contoh: Kalau kita pernah lupa tak kunci pintu bila keluar rumah. Jadi, setiap kali keluar rumah. Sila jadikan kesalahan kita sabagai pengajaran untuk kita tidak mengulanginya.
Yang lupa pada perbuatan nih. Biasanya, akan ada AKIBAT. Err, macam kena marah ke. Rumah kena pecah ke. Dan sebagainya [ikut pengalaman sendiri lah]
  • Tips yang terakhir mungkin. Sebagai hamba. Selalu lah doa agar diberikan ingatan yang kuat. Amalkan makanan yang sihat dan sunnah. Jauhkan daripada melihat benda-benda maksiat. Kerana itu melemahkan minda. Mungkin boleh guna bantuan aplikasi pada gajet canggih masing-masing untuk jadi reminder kita.
Kadang-kadang kita tertanya. Kenapa aku asyik lupa? Itulah ujian Allah pada kita. Untuk Allah uji kita.
Bagaimanakah cara untuk kita mengatasiNya. Atau mungkin Allah nak kita lebih dekat denganNya. Sentiasa berbaik sangka dan mencari cara untuk mengatasi masalah ini.

Ini bukan masalah anda seorang sahaja. Bahkan kadangkala dek sikap yang cacamarba. Ini masalah dunia. Bayangkan apa akan jadi. Jika seorang pemimpin negara lupa mengangkat sumpah jawatan sesudah pilihanraya. Maka. Ketua pembangkah lah yang mengambil kuasa. 

Camtuhaa..

Ok. Itu selingan sahaja.

Untuk setiap amalan kita. 
Kejayaan kita.
Masalah kita.
Kelebihan kita.
Kekurangan kita.
Mari bersama-sama kita nilai.

Di mana ALLAH di hati kita?!

Untuk semua amalan kita. Moga Allah hitung dan REDHA.
:)

:)


Sunday, May 5, 2013

Sakit rindu bertandang. Manakan bisa gajah ditutup dek lalang!

Bismillahi | Allahuakbar.
Allahumma solli a'la muhammad.

Bismillah.

Dalam masa-masa menunggu keputusan PRU 13 yang entah apa keputusannya. Badai gelombang perubahan di mana-mana. Sedang di rumah ada dua parti berbeza.-mamaayah. Namun. Kupunya fahaman yang mudah saja. Sementara umur masih muda. Parti-Politik-Mama-Ayah. Harus  kuambil kira. Menjaga hati mereka tiap masa dan ketika.  Ada kala dan selalu saja. Fikrah kami berbeza. Namun. Anak perlu taat setia pada mama juga bapanya. Ahhah. Kadangkala, tewas juga aku dengan percaturan parti mama-ayah ini.
:'(

Ini Kalilah!
Sakit rindu bertandang.
Orang kata. Buat baik berpada-pada. Buat jahat jangan sekali. Err, banyak kali takpa? Ok. Ini merepek! 
Firman Allah berulang kali dalam kitab Al-Quran yang mulia.
"Sungguh. Allah tidak mensia-siakan amalan yang BAIK."
"Orang-Orang yang berbuat baik di dunia ini akan mendapat pembalasan yang baik [Surah an Nahlu ayat 30]

Dulu kupunya masa dengan sahabat seperjuangan. Adik-adik sebulatan gembira. Teman-teman sefikrah. Kurasa seperti aku tak guna peluang yang ada dengan sebaiknya. Masa itu. Asyik terfikirkan mahu segera tamatkan masa yang ada. Ditambah derita menanggung bebanan dengan berbagai-bagai tanggungjawab. Lantas. Itu buatkan kuselalu berdoa agar masa Allah cepatkan. Tanpa kuduga, sakit perpisahan yang datang menjelma jauh lebih perit berbanding sakitnya menanti masa tamat zaman itu. Ohhoi!
Kata cinta pada Nabi SAW. Amal sehari-hari tak seperti kau kata kau cinta. Sesekali rindu dengan amal sunah Baginda SAW. Kupertikaikan. Kenapa rindu pada SUNNAH itu cuma sesekali bukan silih berganti? Kebobrokan institusi EMOSI ini yang kerap kali jauh hati pada mereka yang berjaya dengan biasiswa UEM, BNM, JPA bagai. Itu yang kita namakan HASAD dan DENGKI. Hingga hilang keyakinan pada yang menentu pintu rezeki.
Bila idea teradun bersama emosi.
Tulisan seseorang jadi hasil manifestasi kematangan. Ohhoi! :'( Aku jauh sekali menjadi penulis berjiwa matang. Dengan baraan semangat yang tak pernah hilang. Sesekali. Kita perlu untuk meneutralkan marah di jiwa. Tak puas hati pada rasa. Dek terlalu memendam apa adanya dalam hati. Meski mutabaah amal, cuba diganda-ganda. Namun. Rasa yang terpendam telah membahagi mutabaah amal hingga kadangkala merasakan dunia ini jauh dari keadilan. Ohhoi!  :'( Gaya bahasa jauh dari gambaran dan cerminan orang beriman. BANGKITLAH. Bersabarlah. Janji ALLAH itu pasti.
Untuk setiap ujian. Sengaja Allah datangkan untuk upgrade iman. Memang. Bila bersuara. Seperti alim ulama'. Namun ada masa-masa. Kau juga perlukan antibodi jiwa untuk memulihkan gundah di hati. Lara di jiwa. Kau tak kan pernah puas hati dengan biah atau persekitaran sekeliling kau. Kau dambakan yang lebih baik dan menjurus kepada ketuhanan. Oh. Bersabarlah. Nanti kau bina empayar baitul muslim yang seperti yang kau harapkan. Usah bermuram durja dengan kebobrokan yang sedang kau rasa. Bertahanlah! Masanya pasti akan tiba. Andai nafas terhenti. Bermakna kau mati ketika kau berjuang untuk sesuatu yangg terbaik untuk kehidupan setelah hidup ini.
Masakan gajah bisa ditutup dek lalang.
Menghadap Allah A'zza Wajalla. Kita kembali pada Allah. Jalan yang ada cuma dua.
 Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)?
 [Surah al Balad:10]
Dalam hidup ini. Kita yang berhak memilih. Kelak kita kembali dengan apa jalan yang telah dipilih. Kita hidup tak lama. jadi. Apa yang ada. Untuk kita jadi bekal menuju Allah. Andai berbuat dosa. Kembali kepada Allah. Dosa yang ada jika tiada penghapusan dari Allah 'Azza Wajalla. Kembalilah kita dalam keadaan yang cukup hina.
Apakah amal sehari-hari kita cukup untuk jadi sebab kita ke syugra. :'(
Dengan hati yang tak pernah sunyi dari penyakitnya.
Kembalilah!

Oh.

Luahan rasa seorang pendosa.
Yang percaya.
Pintu taubat sentiasa terbuka.
Oleh Allah A'zza Wajalla.




Banyak pula yang ingin kutanya pada dia. Namun kusedar aku dan dia bukanlah siapa-siapa. Bimbang pertanyaan menjurus kepada kemesraan yang ntahapaapa. Aku bimbang kecundang di jalanan tarbiyah. Biarlah. Untuk soalan-soalan aku yang berkepuk banyaknya pada dia. Aku simpan sehingga sampai masa. Mungkin dia aku boleh temu duga dengan penuh mesra. Teruskan dengan perjuangan itu. Sedang mereka di Bumi Anbiya' yang seusia dengan kau berjuang dengan perjuangan menentang kuffar. Masakan, kau tewas dengan perjuangan yang ini..

Menagih cinta dan redha Allah.
Jauh lebih bermakna dan berharga.
Berbanding cinta dan redha manusia.
Yang pasti akan lenyap juga!

Hati perlu sentiasa dibelai dengan IMAN.
Jangan penjarakan dia.
Sekali terlepas.
Bermaharajalela lah dia.



Untuk setiap amal kita.
Moga Allah redha.

:)

In sha Allah.
#healourselves!




Thursday, April 18, 2013

Hati Masuk ICU!

Bismillah.
Allahu|Allahumma solli a'la muhammad.


"Dalam bercita-cita menjadi seorang hamba yang taat pada Pencipta. Kita dibayangi dengan hakikat. Hati juga seperti jasad. Adakalanya perlukan makanan. Ada masa-masanya hati juga perlukan rawatan. Ada ketika hati kita yang kita sangka sihat-sihat aja, namun sebenarnya. Hati kita mulai MATI! Ya. MATI!!"
Bila kita tahu sahabat dekat kita yang dahulunya biasa-biasa sahaja. Tapi keputusannya JAUH lebih baik dari kita. Apa kita rasa?
Mungkin. Kita rasa seakan lemah tidak berdaya. Kelu tanpa suara untuk menegur dia, waima mengucapkan secebis tahniah kepada dia pun kita rasa kita tiada upaya. Walaweh. :(

Ohhoi. Itu tandanya HATI MASUK ICU. :(


Dahtu.

Bila kita punya seorang sahabat sampai syurga. Yang kita sangka dia lah pembawa cahaya kepada kita. Tup. Tup. Kita call dia. Dia buat dek aja. Orang lain call. Laju pulak dia angkat. Dushh. Kita mulai terjauh hati dengan dia. Fuuuh. Api ke'terasa'an kian membara bila di muka buku juga. Dia sudah jarang-jarang tegur kita. Hatta, bersua muka pun, dia seolah-olah, tidak peduli akan kita. Padahal dahulunya kita dan dia bagai magnet yang bersatu.
Pada saat itu. Kita rasa hidup bagai tiada warna. Persahabatan hilang serinya. Pintu kebahagiaan kian suram buat kita. Yalah. Sementelah dunia jahiliyah kita tinggalkan. Dunia berpacaran dengan ajnabi kita lupakan. Seluruh kasih sayang yang ada kita tumpahkan pada sahabat sampai syurga kita. Tetiba ja, semua ini berlaku. Kita rasa dunia tarbiyah dan dakwah [baca: D n T] seakan mahu kita tinggalkan. Semata-mata kerana itu? Come on lah derr. Akhowat bukan seorang! Atau. Kamu yang tak sihat hatinya!!

Ohhoi. Itu tandanya HATI MASUK ICU. :(


Apabila tertutup satu pintu kebahagiaan. Sebenarnya. Allah bukakan kepada kita LEBIH BANYAK pintu bahagia. Dek menangisi SATU PINTU yang tertutup. Kita lupa KASIH SAYANG Allah Yang Maha Luas. [Headshot untuk aku!]
Belum lagi kita berbicara soal isu panas bakal mahasiswa sekarang. :)
BIASISWA-TEMUDUGA-TAWARAN LUAR BIASA

Ohhoi. Semua ini menggugah jiwa.
Bayangkan. Kita seorang lepasan SPM yang biasa-biasa. Hidupnya dalam komuniti mereka yang luar biasa keputusannya. Kemudian, dihebahkan kepada kita mereka yang berjaya dalam [BIASISWA-TEMUDUGA-TAWARAN LUAR BIASA].Err, kita perlukan minda beraura positif dan hati yang dekat dengan Allah. Untuk saling mendoakan komuniti kita. Bukan terasa tak tentu hala dengan kejayaan mereka.
Jika itu tidak berjaya terjadi pada kita.

Maka.

Ohhoi. Itu tandanya HATI MASUK ICU. :(

Dan apabila setiap perkara yang kita hajatkan. Allah tak izin untuk berlaku pada kita. Boleh tak kalau kita mulai berbaik sangka pada Allah setiap masa.
Untuk setiap perkara. Allah sentiasa pilih orang yang paling tepat untuk melalui setiap aturannya. Cubalah kau fikir. Untuk setiap perkara yang pathetic berlaku ke atas diri kau. Contoh: Hidup dalam background family yang biasa-biasa, sedang kau punya kefahaman yang sohih dalam deen. Maka kaulah yang patut dan WAJIB bawa family kau keluar dari kejahilan kepada cahaya! Ni tak. Kau asyik banding-beza family kau dengan family orang lain. Sampai bila kau nak bermuram durja dengan keadaan kau. Come on lah. :) [Kau: tak merujuk pada sesiapa] :)

Dah tahu HATI MASUK ICU. Takkan nak buat dek ja kan. :P

Jika dibiarkan tanpa rawatan. Maka matilah HATI :(

Maka ubat dan penawar yang paling ampuh. Kira cam tahap ANTIBIOTIK atau Habbatussawda' lah.[Habbatussawda' penawar bagi semua penyakit kecuali mati. Maksud hadis]
Menghadiri majlis ilmu yang mendekatkan diri pada Allah. Err. Tengok tv al-Hijrah pun kira Majlis Ilmu lah kan. ;)
Bergaul dengan orang yang baik-baik. Konsepnya mudah. Bila kita selalu bersama dengan jamaah sahabat yang solehah. Maka kita akan turut terpengaruh untuk berubah seperti mereka DENGAN IZIN ALLAH.

Obat hati:



Maka.
Untuk setiap nikmat yang kita rasai saat ini.
Layaknya kesyukuran perlu dipanjatkan pada Allah Rabbul 'Izzati.

Siapa kita untuk mempertikai setiap yang berlaku.
Sedang Allah lebih tahu hamba yang manakah layak untuk menghadapi setiap musibah yang berlaku.
BERBAIK SANGKALAH. :)

Moga Allah redha dengan setiap urusan dan amal kita.



fatiniismadi
180413
12:00






Thursday, April 4, 2013

Hotstuff!

Bismillah.
Allahu | Allahumma solli a'la muhammad|

Saat kaki menapak masuk ke institut memandu [IM] mana-mana negeri. Disebabkan IM itu dipenuhi dengan lepasan SPM sebaya dengan dia. Semua mata tertumpu melihatkan dia. Oh, budak cun| genius| pandai berkata-kata| segak| [sila pilih satu] kot! Terkenal dia di sepelosok negeri dek kelebihan yang Allah bagi padaNya. Semua memandang sambil berbisik-bisik. Hati kembang seketika.
Ohhoi! Inikah hot stuff?! :P
Saat pergi berguru di tempat baru. Tak kisah ilmu bahasa penjajah. Atau ilmu bahasa syurga. Di Kelantan Serambi Mekah atau di Jordan Bumi Urdun. Err. Mungkin di Aussie Negara Hangaroo [baca: kangaru]. Nombor fon dia diburu ramai metroseksual berwajah jambu. Laman muka buku terima ramai kenalan baru. Sehinggakan kalau di Nat [baca: pasar tani. NAT: loghat perlis :)] dibukanya gerai jual nombor fon. Ehheh?

Gerai jual nombor :P


Nombor fon dia lah paling laris. Dan kalau dia muka buku. Pantang dia on chat. Pastinya, laman muka buku dia jadi jammed dek tak terlayan dengan banyaknya chat yang tak henti-henti
Ohhoi! Inikah dia hotstuff?! :P
Pabila dalam beroganisasi. Dek kerana kredibiliti dan dedikasi. Ramai yang jadi segan dengan dia. Ternyata, dia bukan pemimpin yang berjiwa rakyat [PBR]. Iyalah, kalau PBR, takdanya orang nak segan atau malu alah dengan dia. Masakan nak bermesra. Hendak bergambar bersama pun orang tak sanggup. Malu katanya. Manakan tidak. Risau, anak buah dia yang lain mengata di balik tabir dek kerana terlalu rapat dengan pemimpin mereka. Bimbang, dikatanya pula. Mengambil kesempatan dengan baiknya pemimpin. Pemimpin seperti ini bukanlah pemimpin yang boleh dijulang tinggi. Hendak ke mana-mana perlu difikirnya hati dan rasa mereka yang mengajaknya. :(
Ohhoi! Inikah dia hotstuff?! :P
Pantang ada status baru di muka buku. Ratusan bahkan Ribuan manusia yang bersusah picit butang ini.


Kembang semangkuk dia. Hilang rasa ikhlas seketika. Menulis, mencari redha Ilahi. Bila dia muhusabah. Baru dia tersedar dia berada di fantasi duniawi. Kerna, orang yang bertuankan ukhrawi dan bertunjangkan duniawi, dia takutkan populariti. Dia ada matlamat utama melebihi apa-apa yang perlu dia jaga: REDHA ALLAH :) Belum cukup dengan ramainya stalker yang sanggup berhabis masa selongkar dinding muka buku dia. Saat dia tahu. Kembang dia rasa.
Ohhoi! Inikah dia hotstuff?! :P
Belum dikira dicampur dibahagi dan dikuasa dua, tiga, empat atau kuasa lima juta dengan cantik muka dia. Baik budi dia. Kaya raya keluarga dia. Dan sebagainya. Apakah ini yang menjamin kita ada tempat istimewa di sisiNya: Allah?! Kadangkala, kita hidup bertuhankan dunia. Kita rasa kita mampu memiliki segala-galanya. Sehingga kita lupa Yang Berkuasa hanyalah Dia: Allah. Bila kita hidup bertuhankan dunia. Kita tak dapat lari daripada situasi-situasi di atas. Sehingga akhirnya. Kita terlupa yang menciptakan kita dan menimpakan ujian kepada kita cuma lah Dia: Allah. Untuk menguji hebat kita di dunia. Atau hebat kita di sisiNya: Allah. Atau hebat kita kedua-duanya :)
Ohhoi.
Kata Inche Gabbana.
"Potong bawang laju-laju"
:'( 
Kata seorang budak sekolah aku yang aku kira dia hotstuff
[kalau bukan di mata manusia, di sisi Allah mungkin].
:)
"Siapa kita untuk menetapkan musim meminta sedang Allah memberi setiap masa"
Kata aku.
Cukuplah, kita hotstuff di sisi Allah. Dikenali penduduk langit. Didoakan oleh para malaikat setiap masa. Cukuplah cukup! Err. Tapi kalau mampu jadi hotstuff dalam kalangan manusia juga. Itu BONUS lah. Dan haruslah itu UJIAN. Tidak mudah dan payah untuk menjaga IKHLAS DIRI pabila jadi hotstuff manusia nih. Itu yang dinamakan UJIAN UNTUK UPGRADE IMAN.
Menjadi hotstuff di sisi Allah.
Tiadalah diperluunya kita melaburkan harta yang banyak.
Atau. Mencantikkan muka dengan produk Kak Ton. mwehehehe.
Cukuplah dengan:

“Wahai orang-orang yang beriman! Mahukah Aku tunjukkan sesuatu perniagaan  (tijarah) yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya? Iaitu, kamu beriman kepada Allah dan rasul-Nya, serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda dan diri kamu; yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” (Surah As-Saff, ayat 10-11) 
“Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan menafkahkan sebagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan (tijarah) yang tidak akan merugi.” (surah al-Fathir, ayat 29)
“Mereka itulah orang yang membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung jual beli (tijarah) mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.” (surah al-Baqarah, ayat 16)
Ok.
Menjadi hamba yang Allah redha jauh lebih baik daripada bersuamikan lelaki kaya.
Apa kaitannya?

Err.
Sekian.

Moga Allah izinkan kita jadi hotstuff di sisiNya.
Dan Allah redha dengan setiap amal, tindak tanduk dan apa jua yang telah, sedang dan akan kita lakukan.

#yangberkatateruji
fatiniismadi
040413
12:45

Sunday, March 31, 2013

Headshot!

Bismillah.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|

:)
Setelah apa yang telah Allah beri. Maka tidaklah Dia beri dengan sia-sia. Diutusnya sesuatu perkara kepada sebagai TARBIYAH untuk kita dekat dengan Dia.
Puas merenung ke luar jendela.
Memikirkan segala nikmat yang ada.
Sekiranya lautan menjadi tinta untuk menulis kalimat-kalimat Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis ditulis kalimat-kalimat Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu pula. [Surah Khafi ayat 109]
Ohhoi.
Sentap kot.
Ayat yang biasa kita baca dari Surah Kahfi hari Jumaat.

Tapi.
Bila baca dengan hati yang hidup.
Lain yang jadi. Rasa dekatNya Dia dengan kita.

Infiniti nikmat yang dah Allah bagi tanpa kita minta.
Diuji dengan sedikit ujian yang boleh dikira dengan jari.
Kemudian.
Kita kata.
INI TIDAK ADIL. TIDAK ADIL.. :P
Banyak lah tak adil.
Kalau nak kira adil tak adil.
Ingat tak ketika kita masih dalam bentuk ini.

Allahu Rabbi.


Berapa juta telah dikalahkan.?
Bayangkan. Kalau yang KALAH itu bercakap soal ADIL.
Haih. Macam mana nak jawab tu kan?
Itulah. Aturan Allah. Kita yang Allah pilih. Sebaik-baik kejadian.
Hidup. Alhamdulillah. Diutus sebagai HAMBA|KHALIFAH|MENYERU KE JALAN ALLAH Daie|

Dulu.
Masing-masing ada sejarah sendiri.
Datang dari pelbagai identiti.
Kemudian ditakdir Allah, hidup sampai hari ini.

Sibuk kita.
Bercakap soal itu dan ini.
Dari soal diri sendiri hingga masalah umah hari ini.
Kita punya banyak cita-cita.
Cita-cita yang biasa atau luar biasa.

Tak tahukah kita.
Kita boleh merancang dengan cita-cita.
Dari Husna, Mina, Ustaz Azhar Idrus.
Ramai dah dok remind aku secara langsung atau tak langsung
Tapi Allah merancang dengan cintaNya.

Punyalah yakin cita-cita jadi nyata.
Akhirnya. Allah takdirkan lain jadinya.
Surah Yasin: Ayat 82
Jika Allah kata jadi, maka jadilah. Contohnya, penciptaan Adam dan Hawa, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Malah pokok yang tidak pernah mengeluarkan buah sekalipun, jika Allah kata jadi, maka jadilah. Pasti pokok itu akan berbuah. Ayat ini dipanggil ayat serba serbi.
Takkan dengan sebab itu.
Hilang cinta kita yang dahulu begitu memuncak padaNya.
Ohhoi. Sentap lagi.

Kita diuji dengan berbagai-bagai jenis ujian.
Sesuai dengan kemampuan. :)
Allah lebih tahu apa yang kita mampu hadapi.
Kita rasa ujian kita terlalu berat sampai tak terpikul.
Itu tanda Allah bagi bentuk bentuk ujian dekat orang-orang yang tepat.

Maka Yakinlah! ;)


Setelah itu.
Allah bagi kita nikmat-nikmat [rezeki] dari arah yang tak disangka-sangka.
Dengan syarat. Kita jadi orang yang bertaqwa.
Bukan aku mereka cipta cerita atau cereka.
Inilah hakikat nyata.
[Surah at Talaq ayat 2 dan 3]
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.
Terkenang aku pada kisah dulu-dulu.
Sering kali terjadi pada aku tika sejak di Tahun Empat. Apa yang aku buat, hampir semuanya menjadi. Ohhoi. Siapa tak bahagia. Tak baca buku. Tak buat homework. Tak fokus dalam kelas. Tetap dapat jadi top scorer. Sehinggalah aku di Tingkatan Tiga. Tapi, pada waktu tu, Allah ambil sedikit nikmat daripada banyak-banyak nikmat yang Dia beri kat aku. Mama jatuh sakit masa tu. tak dapat merasa kasih seorang ibu. Mama asyik keluar-masuk hospital ja waktu tu. Tapi, ujian tu, aku percaya Allah dah ganti dengan apa yang Dia beri kat aku dalam exam. Allahu. Allah.
Masa pantas berlalu. Meninggalkan aku dengan cita-cita aku. Teringat lagi. Masa Tingkatan 1. Nak sangat masuk SBP. SSP kot aku target. Allah tak izin. Dah kata dok aim SSP saja. Maka  borang untuk ke mana mana sekolah harian elit taklah aku isi. Entah macam mana tah. Aku cuma isi borang SMKA. Nak tak nak. Itulah tempat aku. Tercampak aku kat situ. Huawaaaaa.   Kecewa|Lara|Menderita| [Ini melampau] aku kat situ. Setahun lamanya. Berusaha cari identiti di sekolah aliran agama. Penat fikir dan cari hikmah. Masuk Tingkatan Dua. Aku mulai redha dan terima dengan hati yang terbuka. Ohhoi :'( Saat di Tingkatan Dua. Itulah saatnya. Terposok dan dihumban ke dalam dunia tarbiyah penuh berwarna. ALHAMDULILLAH.
Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan ke atasnya. Maka dia diberi kefahaman dalam agama .
[Maksud Hadis]
Alhamdulillah. Jumpa HIKMAH yang terbesar apabila Allah atur aku tak dapat masuk SSP [Batch No 1 Malaysia kot aku sekarang kalau Allah izin aku masuk SSP Form 1 dulu.Ehhe. Berkalau-kalau pulak. mwehehee] Aku dapat jadi penghuni Bumi KISAS. Memang. KISAS tak berjaya menjadikan aku pelajar 11A+ pun. Tapi KISAS, bumi waqaf yang di situ aku terdidik menjadi manusia yang benar-benar HAMBA. Allahu. Allah.
Semua yang berlaku pasti ada kebaikan yang mengiringi.
Itu yang dipanggil HIKMAH.
HIKMAH itu kadangkala kita jumpa tak lama lepas terjadinya sesuatu.
Tapi. Mungkin juga HIKMAH [kebaikan] itu ambil masa yang sangat lama untuk kita bertemu dengannya.

Kecewa Diganti Dengan Bahagia :)


Tak guna kita bermuram durja.
Apatah lagi berduka lara dengan apa yang menimpa.
Setelah kita berusaha sepuasnya. Maka yakinlah.
Allah nilai USAHA. Bukan. HASIL.
Tersenyum kita saat dipertonton semula di Mahsyar kelak.
Usaha-usaha kita yang tak berhasil di dunia.
Tapi. Usaha-usaha itu jadi pemberat MIZAN yang membolehkan kita sampai ke syurga.

Tersenyum kita saat dipersoal di muka pengadilan.
Apa yang kita bantu untuk agama Allah.
Laju ja anggota-anggota badan yang menjadi saksi menjawab, tangan-kaki-mata-telinga yang kita bantu insan lain untuk merapati dan menolong agama Allah.
Err. Contoh?
Tangan kita yang sanggup menolong sahabat buat Addmate. Pastu dia dengan keizinan Allah dapat A+. Dengan A+ dia. Dapat biasiswa. Fly. Balik Malaysia. Jadi orang yang berjaya dalam mengembangkan syiar Allah. Tengok? Perkaitannya dengan MENOLONG AGAMA Allah.
Ohhoi.
Semua itu bukan mudah.

Bahu yang memikul derita.
Dek ujian yang melanda.
Hati sibuk memujuk iman.
Melawan bisikan nafsu dan syaitan.

Mengajak kita kembali kepada fitrah.
Kerana. Beriman itu fitrah.

Dan mengajak keluarga darah untuk beriman kepada Allah. Mencintai Allah dengan sebenar-benar keyakinan itu juga cabaran. Dan itu juga bakal dipersoalkan.

Ok.
SEMUA INI HEADSHOT!

Untuk aku dan kita!!

Bila Allah redha.
Maka. Syurga jatuh ke tempat kedua kerana kedudukan REDHANYA mengatasi SyurgaNya.

Moga Allah redha.

#buahfikiranyangperlujadiamalan.
fatiniismadi.
20:20
310413





Saturday, March 23, 2013

SPM Mengajar Aku Untuk Kembali PadaNya.

Bismillah.

Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|

Kini.
Tiada lagi rahsia.
Seantero dunia semuanya sudah terbuka rahsia saya.

Ber'saya' 'saya' pula.
Aku mulakan kisah perjalanan dengan detik detik hari periksa SPM.

Bismillah.
Secara jujur. Kesebelasbelas subjek SPM yang telah aku laluinya.
Tidak pula aku rasa payah di manamana.
Lancar saja kesemuanya. Alhamdulillah.

Terasa bagai Allah menurunkan rahmatNya pada aku yang cuma pelajar biasabiasa.
Mudah. Sangat tenang!
Sepanjang musim periksa.
Sehingga aku merasakan keputusanku bakal jadi luar biasa.
Namun. aku cuma bersangka sangka.
Takpula meletakkan impianku di puncak.

Kemudian.
Tak lama.
Tiga bulan berlalu.
Dua hari lepas.
Slip berada di tanganku.

ALHAMDULILLAH.
103 orang berjaya menjadi orang yang cukup bergaya pada slip periksa mereka.
11 A kot!
Sedang aku biasa biasa saja.

|BA |PSI| SJ| A+
|BM| BI.| PQS| Mate| A
|Bio| A-
|Add Mate| Physics|B+
|Chemist| B

Saatnya. Kertas putih itu berada di tanganku.
Aku rasakan seolah ada ketenangan maksima di hatiku. Tak pula rasa gundah gulana. Jauh sekali bermuram durja. Kerna. Seminggu sebelumnya, telahku bermimpi dengan apa yang aku dapat. Maka, selayaknya kesyukuran harus kupanjatkan pada Yang Esa.
Bersyukur sebenarnya. Bukan pada PERKATAAN. Orang yang bersyukur akan melipatgandakan kebaikan kebaikan yang dilakukan pada orang lain. Itulah definisi syukur orang yang akan Allah angkat darjatnya.
Saatnya. Aku hubungi mama ayah.
Ternyata mereka kecewa.
Dan aku yakin dan percaya.
Mereka harapannya tinggi menggunung untuk aku berjaya.

Err. Bagi aku:

Yang telah berjasa.
MAMA AYAH. GURU GURU dari tadika sampai murabbi SPM.
Satu buatmu.
Anak didikmu bukan GAGAL.
Cuma. 
Diuji bagaimana dia menerima takdir ini.

Janjiku:
Dengan izin Allah.
Akan kugunakan sisa usia yang tak tahu berakhir bila.
Untuk jadi umat yang berguna pada manusia.
Buat bekalan masuk syurga.

Itulah dia. 
Aku tak pulang ke rumah sejurus keputusan aku terima.
Singgah aku di rumah sahabat sampai syurga. In shaa Allah. [Husna Najihah]
Ada murabbi yang memperosok aku ke lembah tarbiyah tika aku singgah di rumahnya.
Bait-Bait nasihat daripada Husna, ibu dan HusnaRahman. Buat aku kembali jadi orang yang mencari erti kesyukuran dan kehidupan.

Deringan telefonbimbitku tak henti henti.
Daripada kenalan dan teman.
Yang begitu curiga denganku yang diam membisu.
Mereka tak putus putus bertanya.
Keputusanku.
Buat jiwaku seakan lara.
Aku kembali mencari hikmah dari Sang Pencipta.

Tak lama.
Berbondong-bondong ucapan semangat yang aku terima.
Lebih berharga. Pabila ramai yang sanggup mengirimkan mesej membina.
Mungkin paling berharga. Ada yang telah mengirimkan doa doa mereka buatku[aku tidak tahu, tapi aku berdoa untuk sahabat kesemuanya mendoakan aku (:]

Kemudian.
Resah bertukar debaran.
Bagaimana nak berhadapan dengan mama ayah yang tinggi harapan.
Setelah sehari menumpang di rumah sahabat. Aku balik dari KL---> Perlis dengan sahabat yang punya keputusan 11A+. Tahniah untuk beliau.

Sedang aku bercakap telefon [di rumah Liyana Adnan calon 11A+] dengan ibunya Husna Najihah.
Makcik si penjaga Liyana terdengar perbualan.
Makcik yang aku panggil Makteh, seraya beri aku berbondongan nasihat. Tips berBM lagi.

Yang paling aku ingat. Makteh syorkan aku amalkan surah thaha ayat 1-5. Saidina Umar yang keras hatinya juga mampu berlembut. Inikan pula ibu bapa.
Aku percaya rahmah Allah ada di manamana. :)
Meski mama sedih lara jiwanya.
Sampai sahaja di rumah.
Terus kupeluk kucium mama.

Kaget!
Terkejut aku.
Mama tersenyum sahaja.
Meski malam malam sebelumnya, hampir 1jam aku dihubungi mama. Mama teresak esak menangis lara. Dek keputusanku yang biasa biasa.

Alhamdulillah.
Mama mulai terima. Namun ayah. In sha Allah, aku yakin takkan lama ayah bersedih.
Yalah. Ayah cikgu Addmate. Sedang Addmate aku? Ohhoi :'(
Ayah tidak salah.
Siapa yang salah?

Tiada yang bersalah.
Itukan takdir Allah.

Maafkan anakmu.
Dia telah berhempas pulas dan berusaha.
Tapi rancangannya diatasi oleh rancangan Allah.
Allah sengaja bagi ujian kecil ni untuk kita.
Sebab duludulu takbaca buku tara mana pun.
Allah dah bagi terbaik Malaysia..

Sekarang aku di rumah. Tak tahu lagi. :'(
Berkat doa dan sokongan semua manusia.
Sekelip mata sahaja. Mama yang terlalu bermuram durja.
Kini. Kembali bahagia. Malah. Aku tunjukkan pada mama. Ucapan Cikgu Sarah [guru kelas aku di Ting Empat dan Lima]

Sarah Safarina Sabri Cikgu setuju dgn fatin. Fatin lebih bijak mengejar kejayaan di akhirat. Kuatkan semangat untuk terus menuntut ilmu ye. Kirim salam pd mama fatin. Terima kasih kerana kamu anak didik yg baik n sangat menghormati guru2 kamu.
Thursday at 17:35 via mobile · Unlike · 9

Norisah Ahmad Tahniah Fatin,moga Allah permudahlan segalanya,cikgu tetap sayang kat ketua Batch dan PERSADA yang amat proaktif


Mama tersenyum bahagia.
Cuma ayah?!

Aku yakin.
Tidak lama untuk semuanya.

PERANCANGAN AKU SELEPAS INI?\
Banyak. Memang banyak! Tapi Ternyata yang utama. Cuma satu sahaja.
Inilah dia.
Bismillah.

Destinasi seterusnya:
Darul Quran

Tempoh Bertahan:
3 Tahun

Kamu pasti?
In shaa Allah.

"Kejarlah akhirat. Dunia akan mengekorimu. Jika dikejar dunia. Dunia tak dapat. Akhirat jauh meninggalkanmu"

Jika ada tawaran lain yang cantik, menarik da bomb?
Rancangan yang saya kira menarik ini, pasti akan diatasi dengan perancangan Allah yang jauh lebih sesuai dan tepat untuk hambaNya.

Allahu| Allahumma solli a'la muhammad|

#tempohberkabungsudahtamat.

Bukan bermakna ini sahaja perancangan aku. Tapi. Buat masa ini. Darul Quran yang pertama bertakhta di sanubari.

Kini.
Selayaknya.
Aku perlu menjadi seorang manusia yang benar-benar hamba.

 Hadis nabi yang sohih kata:

Sungguh ajaib perihal orang mukmin. 
Sesungguhnya semua urusan mereka adalah kebaikan. 

Dan keadaan ini tidak ada melainkan kepada orang yang beriman sahaja. 
Sekiranya beroleh kurniaan dia akan bersyukur.Maka jadilah kurniaan itu baik utknya. 

Manakala apabila ditimpa musibah. 
Dia bersabar. Maka jadilah musibah itu kebaikan untuknya." (Riwayat Muslim)

Sekian saja.
Untuk yang call, mesej, pm via fb.
Dan YANG TEMBAK DOA untuk aku hamba yang hina dina ini.
Moga Allah jua yang membalasnya.
Tidak di dunia.
Di syurga yang pasti.

Moga aku dan kita. Allah redha untuk kesemuanya.
:)

Wallahua'lam.




Thursday, March 7, 2013

Debaran hari itu!

Ingatan untukku:
Menulis untuk saham akhirat. Inshaa Allah. ;D


بسم الله الرحمن الرحيم
Ya Allah. Lapangkanlah bagiku lidahku.
Permudahkanlah setiap urusanku.
Leraikanlah kekakuan pada lidahku.
Moga Moga mereka memahami kata kataku.
اللهم صلى على محمد

Sedang malam Sayyidul Ayyam cuba aku hidupkan. Buat orang yang masih rapuh imannya. Masih belum seteguh Sayyidatina Asma'. Jauh sekali jika nak dibanding beza dengan Ummahatul Mukminin Sayyidatul Khadijah RA. N78 kepunyaan adik yang aku pinjam secara paksa rela melantunkan bunyinya.
"Assalamualaikum. Ade dapat pape tawaran kolej swasta tak?"
"Seharusnya tidaklah lagi. Kawan kawan sekolah Manal[SMKAP Kangar] ade gak lah dok cakap diorang dapat. Asal dapat ke?"
[Mesej dari seorang sahabat lebih kurang begitulah maksudnya] 

Mengimbau kenangan lampau.
Hidup di bumi penuh pengajaran.
Buat aku. Hamba yang hina dina.

بسم الله الرحمن الرحيم
Aku mulakan.
Kenangan penuh nostalgik di dunia batu kaca.


Kisahnya begini: Pengajaran untuk membuahkan bibit keinsafan. In shaa Allah.
Dahulunya. Aku sering kali tidak mengerti definisi syukur. Redha. Tawakal. Segala apa yang aku lakukan selalunya menjadi. Jarang sekali. Kandas di tengah jalan. Lebih lebih lagi dalam pelajaran. Biarlah sekerap mana aku terlelap ketika sesi pembelajaran. Semalas mana aku mangulang kaji pelajaran. Keputusanku masih boleh jadikan aku pelajar harapan. Maka. Allah takdirkan. Aku dicampakkan aku di dunia batu kaca. Aku tak sangka. Di sana. Pada awalnya. Semua seperti biasa. Keputusan peperiksaanku. Pencapaianku. Kefahamanku terhadap apa yang pernah aku pelajari sama seperti sebelumnya. 
Sehinggalah suatu saat. hidup ibarat roda. Terkadang di atas. Selalu juga di bawah. Pencapaianku jatuh menjunam. Semakin hari. Aku rasakan. Entah kenapa sukar betul untuk memahamkan apa yang cikgu ajarkan. Mata sukar sahaja untuk segar pabila kelas bermula. Aku cuba bertahan. Bangkit daripada lamunan. Masih segar di ingatan. Betapa aku tidak langsung dapat terima kenyataan pabila keputusan ujian tidak seperti yang diharapkan. Tidak keterlaluan jika aku katakan. Aku sering menyalahkan takdir Tuhan dengan setiap dugaan. Pada waktu itu. Karat dengan jahiliyah. Tiga hari tiga malam. Aku menangis beterusan. 
Aku masih teringat bagaimana kakak kakak pimpinan cuba menenangkan aku. Betapa aku perlu tahu hidup ini suatu ujian. Semua ujian. Jika berjaya. Diujinya Allah untuk kita menjadi orang yang bersyukur. Jika gagal. Diujinya Allah untuk kita redha dengan aturanNya yang Maha Teliti. Waktu itu. Aku mulai cuba untuk memahami dan mengajar hati untuk redha. Payah. Digagahi jua. Aku teruskan perjuangan di Bumi penuh cabaran itu. Alhamdulillah. Meski aku tak berjaya jadi pelajar sebutan. Namun. Satu pengajaran penting berjaya aku renungkan: Sunnatullah takda "Yang bulat datang bergolek. Yang pipih datang beterbangan". Semuanya perlu usaha dan kesungguhan.
Masakan dahulu. Allah beri aku kelebihan. Tiada usaha. Pencapaian masih boleh dibanggakan. Namun. Di bumi itu. Aku belajar menjadi orang yang selalu berada di bawah. Sengaja. Allah ajarkan aku erti pergantungan kepadaNya. Membantu orang yang lebih bawah daripada aku. Mensyukuri setiap nikmat yang pernah Allah beri. Oh. Selepas aku bangkit dengan kesedaran tarbiyah daripada Allah. Aku mula rasakan belajar untuk peperiksaan ialah perjuangan. Belajar untuk peperiksaan perlukan pengorbanan. Belajar perlukan saling berkasih sayang. Bukan belajar untuk berjaya semata-mata. Maka. Wujudlah. The Duraluminors. sini dan sini. Manifestasi tarbiyah Allah yang cuba aku zahirkan. Belajar dalam erti kata. Belajar dalam ketaqwaan. Aku masih punya seinfiniti cacamarba. Namun. Kucuba menjadi seorang yang kembali padaNya.
SUNGGUH BERUNTUNG ORANG2 YG BERTAQWA Al Baqarah ayat 5
 Mereka itulah yg tetap mendapat petunjuk dari Tuhannya, dan merekalah orang yg beruntung." 

Apakah itu petanda?
Aku tak tahu. Apa kesudahan aku. Apa akan jadinya aku selepas itu. Pendek kata. Tak kuduga apa keputusan SPMku. Biarlah. Biarlah apa yang akan kudapat. Sudah kulakukan sebaikbaiknya untuk itu. Maka. Seharusnyalah aku terima apa saja yanag akan Allah beri padaku dengan redha.
Namun. Tidak semudah itu. Aku bukan nabi yang maksum. Tiada dosa. Bukan juga malaikat. Yang iman sentiasa tetap. Aku juga acap kali gusar dengan apa yang bakal Allah beri pada aku. Termasuk semalam. Sudah dua kali aku termimpi suasana hari penyerahan keputusanku. Telah kulihat keputusanku dengan mataku dalam mimpi itu. Tika pertama kalinya. Aku didatangkan mimpi itu. Masih jelas di ingatan. Aku disambut dengan sambutan yang cukup besar besaran di sekolah. Dalam suasana yang penuh keriangan. Namun. Tika mimpi yang petama. Takpula kelihatan keputusan sebenar SPM aku. Namun semalam. Astaghfirullah! Dua mimpi yang hampir sama. Bingung. Yang jelas tanpa perlu disuluh. Itu peringatan untuk aku teruskan gunakan senjata yang ada.
 Dari Ali r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:  
"Doa adalah senjata bagi orang-orang mukmin, tiang bagi agama, dan nur bagi langit dan bumi". (HR Hakim)
 Yang terakhirnya.
Khusus untuk aku: Siapa pun kita selepas ini. Sehebat dan segah mana pun kita. Keputusan kita. Hakikatnya. Itu semua dari Allah untuk menguji kita. Sama ada redha atau syukur. Telah Allah pilih hambaNya yang betul dan tepat untuk Dia uji.
Surah al Hadid:"Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". [57:22]
"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." [57:23]
Nampak tak? Aku tahu dan percaya. Sekental mana pun kita. Ada masa masanya kita akan berdebar. Cuak. Gusar. Menantikan hari itu. Kan?

Keep praying.
Stay trusting.
Allah always knows the best.

credit: Aku pun masih bertatih untuk memahami hakikat yang ini.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad

Allah TAHU apa yang kita MAMPU. Sebab tu kita dapat apa yang kita PERLU bukan apa yang kita MAHU.
 [Al Baqarah: 286]
Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan kepada kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami.
Ya Allah jangan Kau uji kami dangan ujian yang tidak tertanggung oleh kami, sesungguhnya kami hambaMu yang daif dan lemah.
Amiin.
Sekian.

#yangberkatatakterlepasdariujian
fatiniismadi
070313 [13-days-to-go]
10:10