Allahu| Allahumma solli a'la muhammad.
Hidup ini benar-benar satu perjuangan. Perjuangan yang memerlukan aku, kamu dan KITA sentiasa membuat pilihan. Pilihan kita kadangkala akan mengorbankan perkara-perkara yang kita suka. Pilihan kadangkala perlukan kita meminjam masa dan berurus niaga dengan Sang Pencipta.
Untuk setiap pilihan. Kita perlukan Allah untuk mencampuri setiap URUSAN kita. Bila mana Allah di hati. Rasul disanjungi. Perjuangan mengejar redha Ilahi difahami. Maka. Sememangnya. Kita dengan izin Allah. Tidak akan tersilap untuk membuat keputusan.
Kepada yang aku sanjung tinggi:Bakal penerus legasi dakwah dan tarbiyah di bumi Waqaf nan bertuah.
Andai masa boleh diputar semula.
Pasti ramai mahu putar untuk kembali ke bumi sama.
Andai masa boleh kuundur seketika.
Aku pilih saja untuk merasai sesaat dua di bumi sama..
Andai bisa memilih.
Untuk kembali ke bumi sama.
Atau bermutasi ke tempat jauh merentasi benua.
Kuyakin dan percaya.
Hanya yang benar-benar cekal dan tabah Allah pilih dan memilih untuk pulang menabur jasa.
Aku tak tahu lagi.
Apakah kan kutemui sahabat semulia dan seistimewa kalian.
Yang sudah lali hidup bersama dalam perjuangan,
Aku tidak tahu.
Apakah kerinduan yang datang bertandang,
Mampu aku usir atau aku buang.
Oh.
Benar.
Bumi itu istimewa bukan kerna buminya.
Tapi.
Kerna PENGHUNI-PENGHUNI yang cukup ISTIMEWA.
Yang masing-masing punya aura dan kelebihan yang saling melengkapi.
Oh,
Bumi itu,,
Mohon kita selalu mendoakan agar TARBIYAH dan BIAH SOLEHAH di sana terus kekal subur selalu hingga ke akhirnya.
Untuk setiap sesuatu.
Moga Allah redha.
Err. Tajuk ada berkaitan untuk mereka yang memahami. Tapi kalau untuk yang tak paham. Anggap je INI RETORIk. :)
ehem, ingatkan dah org lamar . ^^'
ReplyDeleteselamat memahami beijing :)