Followers

Wednesday, May 8, 2013

Minda Menentukan Siapa Anda :)

Bismillahi| Allahuakbar|
Allahumma solli a'la muhammad.

#Tajuk yang sumpah sekular. Sepatutnya "Minda Menentukan Siapa Anda Dengan Izin Allah"
:)

الحمد لله 
الحمد لله 
الحمد لله 
الحمد لله 

Setiap manusia punya sejarah. Sejarah yang kita cipta. Sudah pasti. Tiada siapa pun yang dapat mengubahnya. Contoh: Siapa dapat ubah DS Najib Razak sebagai PM ke-5 Malaysia. Macam tu lah diri kita. Tiada siapa-siapa pun yang boleh ubah sejarah kita. Bahkan setiap amal kita yang kita buat saat ini akan dipertontonkan semula di Padang Mahsyar kelak. Haa. Tak ke seram kalau kita ingat yang setiap amalan ada balasan. For sure lah, takda orang yang sanggup buat kemungkaran. Ini bukan soal seram atau tidak. Tapi soal Allah janjikan dalam Surah al Zalzalah ayat 5 dan 6.
"Setiap amal yang baik atau yang buruk walau sebesar zarah akan diberi balasan" [Al Zalzalah: 5-6]
Aku tidak suka bercerita soal sejarah diri sendiri atau apa. Kerna kata orang: Past is past. And dont judge me by my past. Tapi. Bila aku mengenangkan sejarah aku beberapa tahun lampau menjadikan aku siapa diri aku hari ini. # ---> Pertama sekali. Amat perlu untuk aku ingatkan pada diri dan hati sendiri supaya tidak mencambahkan bibit penyakit hati kat dalam hati yang disakiti. Cuma mungkin apa yang akan aku bawa korang ke dalam dunia sejarah aku boleh dijadikan ibrah atau at least, ada lah sumthing yang boleh dijadikan ilmu tambahan.

Tergerak menulis post ini lagi. Bila dapat tahu seorang ahli batch aku dah mulakan perniagaan beliau sendiri. Malahan, beliau bercita-cita untuk jadi jutawan dalam usia paling muda. Ma shaa Allah. Mengharum dan menyubur Islam. :)

Dan lagi.
Apabila aku mengajak semua sahabat merancang cita-cita dalam rangka mengejar redha yang UTAMA. Maka post ini ditulis atas kesedaran beberapa perkara yang aku nyatakan di atas tadi.

Zaman UPSR dulu-dulu, aku pernah bercita-cita untuk Malaysian's Number One UPSR Top Student 2007. Masha Allah. Bila adik aku menunjukkan semula buku-buku lama aku yang penuh dengan cita-cita. Aku jadi tidak percaya. Besarnya jiwa dan cita-cita aku masa itu. Alhamdulillah. Betul lah kata motivator lepasan sama bumi tarbiyah, Kg Jawa Osman Affan. Kita perlu menulis cita-cita kita di atas kertas. Kerna, di situ ada kuasa minda yang terhasil daripada pandangan pertama terhadap cita-cita. Dengan izin Allah, pada tahun itu, hampir sahaja aku mencapai cita-cita. Pelajar Ketujuh Terbaik Negara dan Kedua Terbaik Perlis. Di sebalik, kejayaan yang tercipta. Aku imbau apa adanya. 
Setiap hari. Ketika melangkah kaki ke sekolah mulai tahun 2006 [Darjah Lima].
Aku membayangkan. Akulah pelajar terbaik negara. Walaweh. Ya. Setiap hari!! Apabila berada dalam kelas. Aku akan merasakan aku mampu skor markah penuh untuk setiap latih tubi, soalan ujian atau apa sahaja. Hingga kuasa minda aku berjaya menjadikan aku skor 100% untuk semua subjek ketika Ujian Pertengahan Tahun 6. Sungguh, bila aku mengenangkan aku jadi tak percaya juga.
Dalam bidang pengucapan awam pula.
Dengan izin Allah. Segala puji hanya untuk Allah. Allah beri aku satu nikmat. Aku tak tahu apakah nikmat ini ujian atau sebaliknya. Sejak di Tahun Dua, aku diberi peluang untuk mewakili Sekolah Tengku Budriah, Arau, Perlis dalam bidang pengucapan awam. Dari pertandingan bercereka kanak-kanak, kisah-kisah Nabi hinggalah Pidato Piala DiRaja. Aku sapu kesemuanya. Aku ingat lagi. Betapa hakim pertandingan bercerita sekolah sengaja memberi markah kalah untuk aku dek muka yang sama dalam setiap acara. Dan akhirnya, disebabkan tiada calon yang sanggup berusaha seperti aku. Maka, aku dinobat sebagai wakil sekolah ke peringkat daerah.
Zaman itu. Aku sangat mengagumi Dato' Seri Paduka Rafidah Aziz. Ustazah Siti Norbahyah Mahmood. Dan. Errr. Nu Amalina Che Bakri.[Sekarang, Nur Amalina menjadikan aku semakin berkobar-kobar untuk tsabat di jalanan tarbiyah ini] Kerana obses yang keterlaluan. Aku sanggup tak tidur tak makan. Kalau ada acara yang melibatkan mereka. Segala gaya penyampaian mereka aku rakam dalam minda. Cuba aku tiru. Hehe. Zaman tahun akhir sekolah rendah. Dengan bakat yang tak seberapa. Allah izin untuk aku mengembara ke seluruh pelosok Malaysia. Mengembara dengan sebab mewakili negeri ke berbagai-bagai pertandingan peringkat negara. Sehinggakan aku juga pernah bertemu dengan seorang tokoh Kolej Kampung Jawa di pertandingan Pidato Piala DiRaja. Panjang jodoh rupanya. Dek kuasa minda yang sentiasa bermaharajalela tanpa dikawal sesiapa. Tahun 2007. Buat pertama kalinya. Negeri BiruKuning Perlis mencipta nama di pentas akhir Pidato Piala DiRaja. Kemarau bertahun-tahun lamanya, untuk negeri aku merasakan beraksi di hadapan Yang Dipertuan Agong. Alhamdulillah tercapai! Dinobat sebagai pemidato tempat ketiga bagi seluruh negara pada masa itu.
Yang kiri sekali. Sekarang beliau kat Ireland dlm jurusan Medik.



Zaman-zaman kejatuhan. 
Disangka langit panas hingga ke petang. Mendung di waktu dhuha. Ahha! Peribahasa baharu. Dengan pencapaian apa adanya semasa sekolah rendah. Aku bercita-cita untuk ke SSP, Cyberjaya. Tanpa izin Allah. 
Taraa.

Oh, malang sekali dia gagal memenuhi harapannya buat kali pertama dalam hidupnya

Kemudian, dia dengan terpaksa tercampak di sebuah sekolah agama.
Oh, dia memberontak setahun lamanya

Dan, tanpa usaha sering sahaja dia jadi yang terbilang di sekolahnya.. Mungkin mudahnya dia belajar untuk PMR sebagai galang ganti tidak ke SSP, CYberjya

Sekali lagi, dia bercita-cita ke sebuah sekolah ternama..
Alhamdulillah, dengan mudahnya dia berjaya ke situ..

Namun, belajarnya dia situ tidak semudah yang dia sangka
Mungkin, itulah harga yang perlu dia bayar untuk ke sekolah ternama.

Zaman di Bumi Agama Arau. Aku skip cerita. Dalam entry-entry terdahulu mungkin ada, tapi dah delete..hehe. 

Rupanya. Harga kegagalan menjadi Batch Ambigas, telah Allah bayar dengan menjadi Batch al-Banna. Alhamdulillah.
Di sebalik slip SPM 
Tamat sudah ceritera aku di zaman persekolahan. Dengan deretan abjad di slip SPM. Barulah. Aku mengerti di sebalik semua yang terjadi. Terjumpa hikmah yang paling besar. Meski hikmah ini bukan mudah untuk diterima jika tiada panduan daripada iman di jiwa.
Yang aku sedar. Allah memberikan aku peluang untuk merasai saat-saat berada di bawah. Saat-saat kejatuhan setelah sekian lama selesa. Biarpun. Dulu aku tiadalah seberapa dalam berusaha. Namun kurniaan yang Allah berikan cukup besar buat aku. Mungkin aku kufur dalam erti kata untuk syukur.
Di sebalik itu. Minda aku yang seringkali menidakkan kemampuan aku untuk SPM mungkin jadi punca utama di sebalik slip SPM. Dulu untuk UPSR, aku bangkit awal. Dua tahun. Aku menyediakan minda aku untuk bersedia! Sedang ketika aku tika berada di Kolej Kampung Jiwa, minda aku cuma bangkit dua bulan sebelum periksa. Haa .. Tengok!! Ditambah dengan rasa lemah jiwa dan rendah diri berada di kelompok mereka-mereka yang hebat. Itu semua buat kuasa minda kian lemah.
Dan yang paling utama dalam setiap penceritaan aku. Ibrahnya cuma satu:

Surah al Hadid:"Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah". [57:22]

"(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri." [57:23]

Dah sedar mana lemahnya kita. Apa lagi. Jom kembali membina diri.



Untuk semua cita-cita kita. Moga Allah izin dan redha.
In shaa Allah :)


No comments:

Post a Comment