Followers

Showing posts with label BFSU. Show all posts
Showing posts with label BFSU. Show all posts

Tuesday, October 15, 2013

Ngaji Obersi?!! Beijing Sambut Aku. pfffttt

BFSU: Perjalanan Bermula.

Bismillah.
Segala puji-puji pada Rabbul Izzati kerana Allah lah mengizinkan untuk aku jejak kaki ke Bumi Tanah Besar Beijing. Selawat dan salam pada junjungan Habiburrahman Nabi Muahammad SAW atas perjuangan Baginda SAW kita akhirnya menjadi seorang Muslim.
Allahumma solli a’la muhammmad.

:’)

Yeah.
Sebenarnya baru tiga hari (saat entry ini ditulis) aku berada di Bumi yang doanya Bumi yang penuh dengan keberuntungan waima untuk dunia mahupun akhirat.

Hari 1

Menjadi pelajar tajaan mara sebenarnya  menjadi satu latihan yang cukup osem yang amat untuk melatih aku dan 18 orang batchmates yang lain untul menjadi manusia yang doanya punya hati yang cukup taff.
Yeah. Berkumpul seawall jam 2 petang di KLIA dalam keadaan india sesame batch sendiri. Urusan check-in, masuk gate, bagasi semuanya diuruskan sendirian berhad. Sebenarnya, seawall pendaftaran, visa, medical check-up kot kitorang dilatih untuk bergerak sendiri. Woah. Perjalanan enjadi BFSU-ians ni sebenarnya penuh dengan air mata. Serius tak tipu. Moga-moga air mata yang pernah mengalir deras menemani kami sepanjang menghadapi liku-liku permusafiran di medan ilmu membawa keberuntungan. :’)

Sesampai kami di lapangan terbang tersibuk di dunia yang sumpah besar. Masha Allah!! Disambut oleh para senior setajaan lewat jam 1 pagi. Hmm. Rusa masuk kampung lah kot gayanya. Suhu masa tu memang sejuk yang amat kot.

Ok. Pendekkan cerita.

Nak cakapnya.
Bila mana kita jadi student di permusafiran Tanah Besar, tak salah untuk kita aim tetinggi dengan kondisi obersi. Tapinya, mungkin ujian Allah menduga iman lagi. Ohyeah, memang best dapat 3rd floor kat sini. Alhamdulillah. Senior sumpah baik, osem gila. Diorang sanggup kot tolong kitorang heret beg panjat tangga bagai.

:’)

Cabaran Bermula:

                Jauh daripada kebiasaan. Pabila hari 1st sampai pebelajaran dah mula kot. Tapinya, system pembelajaran kat sini sumpah relaks. Rasa macam sangat disayangi. Bebas formula. Bebas kira-kira. Belajar membaca. Mengira. Belajar bunyi. Macam kembali  ke tadika. Err, ada ke tadika stghesssss??!! Takde pun rasa nak nanges acam belajar SPM yang Sirius hectic gilaaaaaaaaaaa.

Sistem pembelajaran kitorang terbahagi kepada kelas. Satu kelas ada 19 orang. Guru yang mengajar dipanggil laoshi. Err. Laoshi  cakap aku comel. Kehkehkehkeh. K. Tak perlu nak mention sebenarnya. Tapi nak jugak. Abaikan.

Tiba masa nak buat kad pelajar. Slack lah pulak bila gabar passport aku tak cukup. Err, mara tak bagitahu kot nak kena bawak. K, tapi memang salah aku pun. Hmmmm. Orang Cina syak aku orang Iraq kot. Nampak tak di situ. Ada ke Arab tak lawa?? HAHA. K, ni bebetul masalah. Bila mana, senior fasih cakap Cina kat sini even seior 1st year degraa (dorang pu salnya takde basic macam aku jugak kot) Rasa cam berkobar-kobar gilaaaa semangat nak jadi cam dorang. Lagian, tergerak di kalbu nak kembalikan sekurang-kurangnya seorang manusia di Beijing ni kepada fitrah (bac: Islamkan) Mohon doakan aku. Itu target aku.
Sistem dalam kelas. Just imagine cane budak tadika belajar tu system kitorang. Sirius hepi. Masha Allah!!

Dugaan lagi!!

Mas nak buat visa de pejabat kedutaan Cina. Pasport aku hilang kot. Maka femes arh sehari sebab contact habi semorang tak kisah KPM ke senior ke MARA ke tanyakaan passport aku kot-kot dorang terambik ke terjumpa. Memang rasa cam takde muka. Hilang habis tsiqah HAHA. Padahal. ALHAMDULILLAH, akhirnya kawan aku aka sahabat sampai syurga Sha yang pegang. Gila tak nangis masa dia cakap dia yang pegang. Boleh masuk penjara kot kalau silap haribulan takde passport. K. Nangis.
Sepanjang aku kat sini. Aku tak tahu nak cakap ape arh pasal senior BFSU. Sirius gempak gilaaaaaaaaa. Sapa tak terharu kalau makan berates-ratus yuan dorang belanja. Kalau selama ni aku asyik mengagungkan Kolej Isalam kerana ukhwah antara senior n junior. Bila mana aku kat sini, masha Allah. Indahnya kalau berkasih saying kerna Allah. Sapa tak terharu sampai nangis berhingus hidung kalau kau puasa, senior masakkan bagai. Senior bawak gi jalan. Bayarkan teksi. Semua senior. Arghhhh. Asal dorang baik sangat hah? Tapinya, dia macam setandan buah ada yang segar, sedap, masak n ranum. Tapi jangan lah expect keseluruhan tandan tu segar sama je. If you get what I mean. Herher.

Bila mana duduk di perantauan. Rasa sunyi. Rasa sepi . Aku suka jalan sendiri. Boleh rasa bertuhan bila kita rasa ita takde sapa nak kongsi perasaan. Kita ada Allah untuk meluahkan :’)

Mulai mengenali Beijing.
Mulai jatuh cinta pada indahnya Islam di Bumi asing pabila budaya senyum Kolej Islam yang aku cedok n aplikasi buatkan ramaaaaai Orang Cina kat sini suka bertanya “Kenapa awak pakai tudung” Dan aku perlu berusaha sekerasnya mendalami ilmu sastera Cina. Doanya, semoga aku bisa terangkan pada mereka dengan penerangan wahyu. Supaya warga Tanah Beruntung Beijing ini kenal hakikat Islam.
Mulai sedar. Allah tidak campakkan aku ke sini percuma. Allah sedang mengajarkan aku satu perkara. Beijing ramai manusia. Kenapa tidak aku menggunakannya keramaian manusia yang ada itu untuk kembali padaNya. Aku perlu piker cara. Mutabaah amal sedang sakit dengan cacamarba. Aku perlu betulkan semua.
Hoyeahhh.

Dugaan terbesar. Bila mana. Perangai ting tong tak boleh tengok muka bermata sepet sudah tak mampu dikawal. Jalan pandang bawah. Hah. Tengok rijal Cina terinngat manusia di bumi seberang sana. Yeah, hati perlu taff. Taff dengan iman..
Firman Allah.
                “Semua yang bakal terjadi ada di Lauh Mahfuz”
Ar  Ra’du: 39
Belajar mengurus hati sendiri.
Belajar menerima rumet (rakan sebilik) seadanya
Belajar untuk terima hakikat yang hidup ni perjuangan.
Setiap inci dalam hidup kita ialah UJIAN.
Hanya yang beriman bisa jadi mereka yang Berjaya menempuh rintangan.
Teringat ayah bonda di perantauan.
Tapi aku tahu. Dalam setiap detik nadi dan hela nafas. Allah ada bersamaku.

Sekian





Monday, October 7, 2013

Yeah. Semangat itu penting tahu??.... pfffttt.

Bismillah.
Sollallahu a'la habibi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam.

Pertama sampai akhirnya.
Bersyukur pada Allah 'Azza Wajalla kerna izinNya.
KasihNya.
SayangNya Allah pada kita.
Kita masih ada peluang untuk menjadi hamba yang bahagia bersama nikmat IMAN dan ISLAM.

Ngomong-ngomong.
Kurang lebih 76 jam dari sekarang aku bakal meninggalkan Malaysia tercinta.
Bakal berkelana di bumi Beijing sana. Mohon doakan aku.
Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Bersyukur apa adanya. Bukan apa. Dahulunya. Aku punya bermacam cita dan harapan untuk dikota. Dulu. Aku teringin ke INTeC. KYUEM. Tak kurang Darul Quran. USIM. Hah! Bapak haloba punya cita-cita yang banyaknya tak terkira. Heh. Kata sahabat sampai sorga aku (Athirah Hani) "Itu bukan tamak atau haloba. Tapi itu tinggi cita-cita" Thanks Hani. Allahu. May Allah bless this ukhuwwah. :')
Dan akhirnya.
Allah berikan aku peluang dari kasih sayangNya untuk merasa belajar obersi (ngaji di obersi ni memang kegilaan ramai bukan? Padahal banyak je kelebihan ngaji dalam Mesia pun sebenarnya) Yeah. Maka nikmat apalagi yang mahu aku dustakan. Padahal di kisas dahulunya aku ni bukanlah pelajar harapan mana, even duduk kelas 401 n 501. Haiii. Acana laaa aku tersesat kelas tuh. K. *gali hikmah.
Mungkin tercampaknya aku ke Bumi Tanah Besar China kerna aku punya minat yang sungguh dalam terhadap bahasa. Segala jenis bahasa aku minat. :'D Errr, dan aku minat juga dekat sumthing yg brkaitan dgn China nih. K. Abaikan . Herherher. *istighfar.
Apa yang perlu aku semat dalam diri selagi nafas tak terhenti. "Allah itu dekat. Allah itu sentiasa bersama dengan kita. Dalam setiap denyut nadi dan hela nafas." [Rujukan: Surah al Ahqaf]  Berbaik sangka dengan Allah untuk setiap aturannya
Yeah.
Meh sini nak cerita kisah tragis yang mungkin ada magis untuk kita selalu sedar Allah itu DEKAT!!!.
Masa aku form 5. Aku dahulunya tercampak kelas first. K. Kena yakin Allah yang letak aku kat kelas tu. Mana tak stghessssss tahap hape je kalau dah nak trial SPM. Banyak gilaaaa benda tak catch up. Dengan biah kelas. Ramai gilaaaaaa stok-stok genius tahap kelapan belas. Dan aku biasa-biasa. Dengan nak tangkap apa cikgu ajar tercungap penat. Errr. Sebab laju mungkin (mengikut kapasiti kelajuan classmates yang lain). K. Aku pendekkan cerita. Tapi sebelum tu. Sila imagine situasi aku yang biasa-biasa duduk dengan manusia luar biasa kemampuan otak mereka.
Sehingga lah satu masa. Dekat Dewan al Muttaqin wal Muthaqqafin. Aku ingat lagi ada sesi macam luahan perasaan lah. Boleh sampaikan apa saja dalam hati kat cecikgu n pentadbir sekolah. Then, bangunlah Ketua Rumah ngadu masalah air. Cliche. Sebab tu macam tak sadis sangat kan kalau tade air. Kena jalan jejauh gi blok oraang. Usung baldi yang penuh dengan baju. Berjalan. Terkejar-kejar. Sumpah cliche. Sebab dari awal tahun sampai SPM tu je yg aku n penduduk Blok E lain buat. Btw. Terima kasih sampai infiniti Ketua Rumah Ali. Nur Ain Asilah Azmi sebab ngadu benda tu depan pengetua. Moga Allah redha. :')
Mungkin kerna usaha anda yg itu. Allah izinkan tahun ni adik-adik kita berseronok dengan air yang banyak. K. Melampau perkataan berseronok tu. (Aman pada jari)
K. Bukan cerita tu nak aku buat drama. Drama belum mula. Tetibe time tu, Aku bangun n pegang mikrofon. Nak tahu apa dialog aku.
Jeng. Jeng. Jeng.
"Assalamualaikum semua. Kat sini. Sekadar meluahkan rasa. Jujur, saya katakan saya pelajar yang tidak cemerlang mana. Selalu rasa ketinggalan dalam kelas 501. Sebenarnya kalau saya ter'black-out' tiba-tiba dalam kelas tu bukan apa. Tapi sebab saya selalu tak faham dan sangat susah untuk nak catch up apa yang cikgu ajar dalam kelas. Saya risau. SPM dan semakin dekat..............." Dan nangis.
Ekceli. Tak ingat pun dialog sebenar.
Ade sesapa ingat?

Aku tengok ada cecikgu nangis jugak time tuh.Walaweh. Itu dialog yang dah lama aku nak cakap. Tapi aku tak tahu kat siapa aku nak luahkan. Simpan dalam hati je sokmo. Sekali burst. Macam gunung berapi. Dan sahabat aku kat sebelah, sebelah dan sebelah nangis jugak. Mungkin sebab aku yang nangis dulu kot. Mungkin laaa.

Hah. Malu takyah cakap laaa.
Tapi time tu segala mak nenek rasa malu macam terbang gi mana aku tak tahu.
Hurmm. Batchmates aku yang muslimin pun ada sekali sebenarnya masa tu.

Masa berlalu pantas. Sementelah kejadian Dewan Besar haritu. Aku semakin gigih gi follow up hehari jumpa cecikgu subjek kritikal. Dan alhamdulillah trial aku 7A campur-campur (if I'm not mistaken) Dapat jadi guru muda Chemist lagi masa Perfect Score. (kes tak cukup orang. Tetibe cikgu suruh lepas tengok result trial)
Berkat doa mama ayah. Para asatizah. Sahabat-sahabat dan doa siapa yang tidak aku tahu.

SPM dirasakan terlalu tenang.
TERLALU TENANG!!
Dan ALHAMDULILLAH walaupun result aku tak segempak mana
(nak tahu sila search kat search box. kehkehkeh)
Dan HIKMAH yang terbesar result SPM aku. Aku tercampak (bakal tercampak) ke Bumi Bejing (Beijing Foreign Studies University) di bawah Program Pelajar Cemerlang Mara. Aku tak rasa kalau aku dapat result yang lebih baik daripada ini. Aku bakal pilih jurusan ini. Tapinya, bukan nak kata jurusan aku ni biasa-biasa. Terlalu luar biasa sebenarnya pada hemat aku.
Bila mana aku renung dan ambil masa untuk insaf diri.
Renung kehebatan Ilahi.
Satu benda yang aku sangat perlu untuk yakini. Aturan Allah itu sentiasa tepat mengikut apa yang hambaNya perlu. Pertolongan Allah tidak cepat dan tidak pernah terlewat. Cumanya. Pertolongan itu selalu pada masa yang tepat! :') 
Makanya.
Motif tajuk entry motif menulis ni sebenarnya cetusan idea apabila aku ditegur dek sahabat aku "Hang ni biasa memang hammasah (semangat) ja selalu.Tak jadi lagi student BFSU. Tapi aku rasa mesti semua orang ingat hang macam dah bertahun duduk sana. Dulu, sebelum hang masuk kisas pun gini kan?" -Nor Zafirah Badian- Bakal Engineer Kurus Yang Beriman-Sahabat dari form 1 Agama Arau sampai form 5 kisas
HAHA.
Maka tercetuslah tajuk seperti di atas. Herherherher.
Makanya.

Motif aku menaip panjang-panjang ni ada banyak.

  1. SPM bukanlah segalanya. Memang lah SPM itu penting. Tapi SPM itu cuma perjalanan untuk ke destinasi. Setelah kita berusaha dengan sekuatnya. Serah saja pada ALLAH A'zza Wajalla. Kalau benar kita benar-benar perlukan 11A+ insha allah. Allah msti bagi. Ada ja sahabat aku yg trial ada banyak subjek failed. Tapi SPM senyum lebar stret A kau. Ingat! Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
  2. Kalau rasa diri tu pencinta bahasa dan nak cuti lepas SPM lelama macam aku yang dah dekat setahun dah cuti. Mohon pilih tindikan BAHASA MANDARIN dalam borang MARA lepas keputusan SPM insha Allah. Aku yang belum sampai ni pun rasa cam sangat berbaloi.
  3. Untuk dapatkan apa-apa. Sila usaha. Tunjukkan pada Allah selain berdoa, kita bebetul nak dapat kecemerlangan tu, Kalaupun kita tak dapat direct apa yang kita hajatkan. Insha Allah ada pelangi lepas hujan. Macam cter aku. Yang nak sangat studi obersi tapi tak stret pun SPM (opssss, kantoi) Insha Allah, Allah akan buka jalan. Yakin. Yakin. Yakin pada pertolongan Allah.
  4. Letakkan matlamat kita menuju Allah dalam apa jua kita buat. In sha Allah kita akan rasa tenang sentiasa.
"Siapa sangka pelajar yang bagai tiada harapan dahulunya. Dengan pertolongan Allah, insha Allah ada sinarnya" 

K. Mohon doakan aku.
*gambar pada entry kebelakangan ni dah lama tak letak. Sebab rakaman hati itu jauh lebih bermakna.

Moga Allah redha.
=')




Monday, July 1, 2013

Musafir Seorang BFSU-ian :)

Bismillah.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad.

Ok.
Well.

credit :)

Aku berhajat untuk merakamkan dari awal kisah perjalanan aku menjadi sebahagian daripada BFSU-ians [Beijing Foreign Studies University] in shaa Allah. Aku mulakan dari permulaan cerita SPM serba sedikit. *Isi borang online. *Sesi temuduga  [Tahun 2013 for SPM 2012 Candidates, there is no more interview . Just psycho-metric test] 
Diikuti dengan *penerimaan surat tawaran via  mara's website. *Saat-saat mencabar isi borang, surat perjanjian, dokumen-dokumen yang sangat menguji iman [Allahu. Allah.] Bersambung lagi dengan *pendaftran di HQ MARA. *Medical checkup. Dan semua urusan hingga aku terbang ke Beijing in shaa Allah.
Niat aku: "Moga-moga generasi selepas aku. Ada sumber untuk rujukan. Ada inspirasi untuk berada dalam landasan perjuangan menuntut ilmu Allah. Dan pastinya aku mengharapkan REDHA Allah in shaa Allah."

prang prang *double slapped


****

Okai.
Aku mulakan dengan kisah latar belakang macam mana aku boleh memilih untuk pilih Chinese As Second Language. Atau nanti kepada generasi SPM selepas ni. :) Adik-adik, akan tengok dekat senarai bidang yang MARA tawarkan
[Tindikan Bahasa Mandarin]


Sepanjang 2012. Aku menaruh harapan dan cita-cita untuk sambung pengajian dalam bidang psikologi. Oh. Dengan tajaan mara lagi. Hah. Bercita-cita nak pegi UK segala. Ok. Bila keputusan SPM keluar, Alhamdulillah. Dengan result yang Allah bagi. Ternyata. Aku takda harapan untuk pilih Psikologi, UK atau Australia. Lepas berbincang dengan sorang sahabat-sampai-syurga [Husna Rahman]  sejurus selepas terima slip SPM. Pada 20 Mac 2012 di Meru, Klang yakni di rumah bakal pakar inspirasi HUSNA NAJIHAH [Yeah. Aku doakan]. Aku dengan rasa senang hati dan menyerahkan urusan kepada Allah. Aku pilih Tindikan Bahasa Mandarin, Beijing sebagai pilihan 1 dan Pengurusan Logistik, Australia sebagai Pilihan 2. Dan Husna Rahman  pilih yang sama seperti aku untuk Pilihan1 tapi Psikologi untuk Pilihan 2. Masha Allah . Tabarakallah. Memang isi sama-sama. Dapat keputusan pun tempat temuduga sama-sama. Dan nombor ID MARA kitorang pun hampir sama. :) Alhamdulillah. Yeah, aku tak pernah sangka sepanjang aku hidup yang aku akan terperosok dalam bidang ni. Namun, berpegang pada kepercayaan iman betapa tiada yang kebetulan melainkan Allah yang rancangkan untuk kita. Alhamdulillah. Dan seorang lagi sahabat-sampai-syurga aku [Shahira Ismail] juga turut sama tercampak ke dalam bidang ini. Alhamdulillah. Err. Shahira Ismail sebenarnya memang partner aka buddy aku in academic field sejak di KISAS lagi. Berpanjangan lagi jodoh kami. Alhamdulillah. Dan sebenarnya, Aku. Husna Rahman dan Shahira Ismail. 
Kitorang sama-sama terima tawaran UPU---> Universiti Islam Antarabangsa. Aku dan Shahira: Bahasa Arab. Sementara, Husna Rahman: Kejuteraan Komputer [course bapak gempak.haha].
Err. Ini yang 'legend' mana tah aku ambik. Ehheh. 


****
Keputusan Temuduga 
Tak lama selepas isi borang atas talian. Keputusan temuduga diumumkan di laman web MARA.  Alhamdulillah. Ketika sedang berkira-kira dalam fasa istikharah untuk mohon petunjuk dari Allah 'Azza Wajalla. Memohon untuk Allah berikan aku petunjuk yang paling benar dan tepat dalam memilih. Kitorang bertiga. Alhamdulillah. Layak untuk ke peringkat seterusnya: Temuduga yang bertukar menjadi psycho-metric test :) Antara soalan test yang aku ingat sampai sekarang: Bapa mary ade tiga orng anak. Anak pertama, Nana. Kedua, Nini Apakah nama anak ketiga? 
HAHA. Soalan memang menguji kepantasan minda. Ada 100 soalan dan satu karangan pendek [Bagaimana kita melihat diri kita dalam masa LIMA TAHUN] untuk diselesaikan dalam masa SATU JAM!! Alhamdulillah. AKu jawab sepenuh hati . Dan meletakkan pengharapan sepenuhnya kepada Allah 'Azza Wajalla. Masa sesi psycho-metric test: MAcam-macam ragam insan yang boleh dilihat. Siap ada yang tidur kot!! Beragak lah weh. :P Tahu laa legend pun! ;pp
Dan sebenarnya, setiap tahun. MARA menggunakan mekanisme yang berbeza untuk memilih pelajar. Jadi, kalau nak jadikan pengalaman ni sebagai tunjuk arah. Rasanya jangan terlalu berharap yang tahun korang. MARA akan guna pendekatan yang sama laa kan. Ehheh. :PP

****
Dan memandangkan. Post ini ditulis. For sure lah kan. Aku lulus psycho-test dan bermulalah the next stage. Alhamdulillah. Course Tindikan Bahasa Mandarin menjadi course yang paling awal keluar surat tawaran. Sedang pelajar lain ternanti-nanti surat tawaran mereka. Kitorang dah pun selesai dengan sesi pendaftaran. Alhamdulillah :)

Cabaran langkah pertama bermula :) 


Mengisi segala dokumen perjanjian MARA, Surat penjamin, Sijil Sokongan Luar Negara dan segala dokumen-dokumen yang diperlukan itu bukanlah mudah sebenarnya. Semuanya memerlukan kesabaran dan kebergantungan kepada Allah semata-mata. Dalam kepayahan. Segala dokumen itu aku uruskan sendirian berhad. Memandangkan tak mahu menyusahkan kedua-dua ibu bapa aku. Pergi mahkamah cari pesuruhjaya sumpah sendiri naik moto kot. Dahlaa, hujan. Ditambah kena marah ngan pakcik pesuruhjaya sumpah sebab tak bawa penjamin sekali. Eh? Mana la aku nak tahu prosedur tu semua. Dah kata noob. :'( 
Hai husnarahman ;)


Langkah pertama isi mana-mana dokumen MARA 
Sila rujuk Buku Panduan dan BACA segala panduan yang diberikan. Tak perlu call MARA kalau tak paham. Bayangkan. MARA menaja lebih 60 jenis course dan bukan kita sorang saja yang perlu MARA beri perhatian. Bukan apa. Kalau call jugak. Korang akan mengalami masalah call-tak-diangkat. Dan sebagainya. Sila rujuk mana-mana senior yang pernah ditaja MARA. Haa. Macam mana nak cari google je. In shaa Allah, korang akan jumpa. Dan tanya lah kat senior. Diorang akan bagi kerjasama yang sumpah superb. Nak tanya aku pun boleh saja. In shaa Allah. :)
Sesi Pendaftaran di HQ MARA
20hb Jun 2012. Tarikh keramat. Sah menjadi pelajar tajaan MARA di bawah program IPMa. Yeah. Aku bertolak dari Perlis [rumah aku] seperti biasa sendirian berhad. Dengan trip Keretapi Tanah Melayu dari bandar Aarau [rumah aku] yang seterusnya ke Bukit Mertajam dan Kuala Kangsar. Aku, Husna dan Sha. Trio yang sama-sama gerak ke HQ MARA. Dengan mehnah dan tribulasi yang sangat menguji. Aku tersalah tarikh beli tiket untuk Husna. Allahu. Allah. Alhamdulillah. Dengan izin Allah. Akhirnya, Husna dapat juga bersama-sama sampai ke HQ MARA. Oh. Sebenar-benarnya. Ketika sesi pendaftaran dan taklimat hari itu. Para pelajar tajaan MARA untuk Tindikan Bahasa Mandarin perlu mendaftar tanpa diirnigi ibu bapa. :)

Medical check up 
Perlu diingatkan untuk mana-mana pelajar yang akan ke BFSU. Hanya medical check-up di Tung Shin Hospital yang valid untuk ke BFSU. Ok. Aku ulang HANYA TUNGSHIN HOSPITAL, KL yang valid. Maksudnya. kalau buat kat tempat lain. Kena buat semula kot. Bagi yang datang sendirian berhad cam aku. Sila sediakan sekurang-kurangnya RM550 untuk medical check-up sahaja. Sebabnya: Ada certain kes yang memerlukan caj tambahan untuk mereka yang perlu ambil vaksin. Jelas tak? Maksud aku. Kiranya, Macam RM 550 tu maksimum lah. Then. Sila buat DUA SALINAN UNTUK MARA. DUA SALINAN lagi untuk urusan VISA dan University. Semua sekali EMPAT SALINAN. Harap faham di situ :) 
Untuk bercerita tentang cabaran di TungShin Hospital. Dengan jalan kaki yang tak dekat untuk sampai. Ditambah pula kena ulang alik by foot pegi tangkap gambar [Sila bawak 6 keping gambar passport untuk urusan medical check-up] Ditambah dengan karenah birokrasi. Walaweh. Sungguh ujian itu aku percaya untuk upgrade IMAN. Di saat. Cemburu buta tengok pelajar lain bertemankan ibu bapa yang menguruskan urusan. [Astaghfirullah] Sedang kami semuanya sendirian berhad. Air mata jatuh bercucuran. Merungkaikan kegusaran apakah ujian ini kami terima kerna kaffarah dosa lalu? :'( Dan aku pada hari itu. Selesai urusan medical check-up tepat jam tujuh petang weh!! Bayangkan dari jam 12.00 tengah hari. Ohhoi!! :') Allah uji sesuai dengan kemampuan. Yeah. Aku percaya itu.


LAIN-LAIN Urusan 


  • Pihak Majlis Amanah Rakyat akan memaklumkan melalui emel. Jadinya, sila rajinkan diri untuk buka emel. :)
Sehingga-Berjumpa-Lagi
:)

Tiadalah apa yang aku harapkan. Melainkan REDHA Allah 'Azza Wajalla.

Buat renungan:

Kita Menuju ke Destinasi Yang Kekal Abadi :)
Moga pengakhiran kita. Berakhirnya dengan husnul khatimah. Allahumma amin
Untuk setiap urusan.

Berlapang dada dengan setiap perkara.
Walau terlalu payah untuk diterima.

Kerna.
Setiap satu yang berlaku itu.
Adalah daripada Allah 'Azza Wajalla.

Berbaik sangkalah untuk setiap perkara.
Tidak ada kebetulan dalam setiap saat hidup kita.
Melainkan Allah yang aturkan untuk kita.

Sebab tu.
Habiburrahman SAW pernah bersabda:
"Sungguh ajaib urusan mukmin. Mendapat nikmat dia syukur. Mendapat musibah dia BERSABAR. Maka. Jadilah musibah itu kebaikan buatnya" [Hadis sohih]

Teruskan dengan senyuman.
Kerna itu sumber ketenangan,

#Alhamdulillah.



^^

[fatiniismadi.]
hanyahamba
1Julai2013
21:55

[...]