Followers

Showing posts with label Biasiswa. Show all posts
Showing posts with label Biasiswa. Show all posts

Monday, October 7, 2013

Yeah. Semangat itu penting tahu??.... pfffttt.

Bismillah.
Sollallahu a'la habibi Muhammad Sollallahu Alaihi Wasallam.

Pertama sampai akhirnya.
Bersyukur pada Allah 'Azza Wajalla kerna izinNya.
KasihNya.
SayangNya Allah pada kita.
Kita masih ada peluang untuk menjadi hamba yang bahagia bersama nikmat IMAN dan ISLAM.

Ngomong-ngomong.
Kurang lebih 76 jam dari sekarang aku bakal meninggalkan Malaysia tercinta.
Bakal berkelana di bumi Beijing sana. Mohon doakan aku.
Entahlah. Aku tak tahu apa yang aku rasa. Bersyukur apa adanya. Bukan apa. Dahulunya. Aku punya bermacam cita dan harapan untuk dikota. Dulu. Aku teringin ke INTeC. KYUEM. Tak kurang Darul Quran. USIM. Hah! Bapak haloba punya cita-cita yang banyaknya tak terkira. Heh. Kata sahabat sampai sorga aku (Athirah Hani) "Itu bukan tamak atau haloba. Tapi itu tinggi cita-cita" Thanks Hani. Allahu. May Allah bless this ukhuwwah. :')
Dan akhirnya.
Allah berikan aku peluang dari kasih sayangNya untuk merasa belajar obersi (ngaji di obersi ni memang kegilaan ramai bukan? Padahal banyak je kelebihan ngaji dalam Mesia pun sebenarnya) Yeah. Maka nikmat apalagi yang mahu aku dustakan. Padahal di kisas dahulunya aku ni bukanlah pelajar harapan mana, even duduk kelas 401 n 501. Haiii. Acana laaa aku tersesat kelas tuh. K. *gali hikmah.
Mungkin tercampaknya aku ke Bumi Tanah Besar China kerna aku punya minat yang sungguh dalam terhadap bahasa. Segala jenis bahasa aku minat. :'D Errr, dan aku minat juga dekat sumthing yg brkaitan dgn China nih. K. Abaikan . Herherher. *istighfar.
Apa yang perlu aku semat dalam diri selagi nafas tak terhenti. "Allah itu dekat. Allah itu sentiasa bersama dengan kita. Dalam setiap denyut nadi dan hela nafas." [Rujukan: Surah al Ahqaf]  Berbaik sangka dengan Allah untuk setiap aturannya
Yeah.
Meh sini nak cerita kisah tragis yang mungkin ada magis untuk kita selalu sedar Allah itu DEKAT!!!.
Masa aku form 5. Aku dahulunya tercampak kelas first. K. Kena yakin Allah yang letak aku kat kelas tu. Mana tak stghessssss tahap hape je kalau dah nak trial SPM. Banyak gilaaaa benda tak catch up. Dengan biah kelas. Ramai gilaaaaaa stok-stok genius tahap kelapan belas. Dan aku biasa-biasa. Dengan nak tangkap apa cikgu ajar tercungap penat. Errr. Sebab laju mungkin (mengikut kapasiti kelajuan classmates yang lain). K. Aku pendekkan cerita. Tapi sebelum tu. Sila imagine situasi aku yang biasa-biasa duduk dengan manusia luar biasa kemampuan otak mereka.
Sehingga lah satu masa. Dekat Dewan al Muttaqin wal Muthaqqafin. Aku ingat lagi ada sesi macam luahan perasaan lah. Boleh sampaikan apa saja dalam hati kat cecikgu n pentadbir sekolah. Then, bangunlah Ketua Rumah ngadu masalah air. Cliche. Sebab tu macam tak sadis sangat kan kalau tade air. Kena jalan jejauh gi blok oraang. Usung baldi yang penuh dengan baju. Berjalan. Terkejar-kejar. Sumpah cliche. Sebab dari awal tahun sampai SPM tu je yg aku n penduduk Blok E lain buat. Btw. Terima kasih sampai infiniti Ketua Rumah Ali. Nur Ain Asilah Azmi sebab ngadu benda tu depan pengetua. Moga Allah redha. :')
Mungkin kerna usaha anda yg itu. Allah izinkan tahun ni adik-adik kita berseronok dengan air yang banyak. K. Melampau perkataan berseronok tu. (Aman pada jari)
K. Bukan cerita tu nak aku buat drama. Drama belum mula. Tetibe time tu, Aku bangun n pegang mikrofon. Nak tahu apa dialog aku.
Jeng. Jeng. Jeng.
"Assalamualaikum semua. Kat sini. Sekadar meluahkan rasa. Jujur, saya katakan saya pelajar yang tidak cemerlang mana. Selalu rasa ketinggalan dalam kelas 501. Sebenarnya kalau saya ter'black-out' tiba-tiba dalam kelas tu bukan apa. Tapi sebab saya selalu tak faham dan sangat susah untuk nak catch up apa yang cikgu ajar dalam kelas. Saya risau. SPM dan semakin dekat..............." Dan nangis.
Ekceli. Tak ingat pun dialog sebenar.
Ade sesapa ingat?

Aku tengok ada cecikgu nangis jugak time tuh.Walaweh. Itu dialog yang dah lama aku nak cakap. Tapi aku tak tahu kat siapa aku nak luahkan. Simpan dalam hati je sokmo. Sekali burst. Macam gunung berapi. Dan sahabat aku kat sebelah, sebelah dan sebelah nangis jugak. Mungkin sebab aku yang nangis dulu kot. Mungkin laaa.

Hah. Malu takyah cakap laaa.
Tapi time tu segala mak nenek rasa malu macam terbang gi mana aku tak tahu.
Hurmm. Batchmates aku yang muslimin pun ada sekali sebenarnya masa tu.

Masa berlalu pantas. Sementelah kejadian Dewan Besar haritu. Aku semakin gigih gi follow up hehari jumpa cecikgu subjek kritikal. Dan alhamdulillah trial aku 7A campur-campur (if I'm not mistaken) Dapat jadi guru muda Chemist lagi masa Perfect Score. (kes tak cukup orang. Tetibe cikgu suruh lepas tengok result trial)
Berkat doa mama ayah. Para asatizah. Sahabat-sahabat dan doa siapa yang tidak aku tahu.

SPM dirasakan terlalu tenang.
TERLALU TENANG!!
Dan ALHAMDULILLAH walaupun result aku tak segempak mana
(nak tahu sila search kat search box. kehkehkeh)
Dan HIKMAH yang terbesar result SPM aku. Aku tercampak (bakal tercampak) ke Bumi Bejing (Beijing Foreign Studies University) di bawah Program Pelajar Cemerlang Mara. Aku tak rasa kalau aku dapat result yang lebih baik daripada ini. Aku bakal pilih jurusan ini. Tapinya, bukan nak kata jurusan aku ni biasa-biasa. Terlalu luar biasa sebenarnya pada hemat aku.
Bila mana aku renung dan ambil masa untuk insaf diri.
Renung kehebatan Ilahi.
Satu benda yang aku sangat perlu untuk yakini. Aturan Allah itu sentiasa tepat mengikut apa yang hambaNya perlu. Pertolongan Allah tidak cepat dan tidak pernah terlewat. Cumanya. Pertolongan itu selalu pada masa yang tepat! :') 
Makanya.
Motif tajuk entry motif menulis ni sebenarnya cetusan idea apabila aku ditegur dek sahabat aku "Hang ni biasa memang hammasah (semangat) ja selalu.Tak jadi lagi student BFSU. Tapi aku rasa mesti semua orang ingat hang macam dah bertahun duduk sana. Dulu, sebelum hang masuk kisas pun gini kan?" -Nor Zafirah Badian- Bakal Engineer Kurus Yang Beriman-Sahabat dari form 1 Agama Arau sampai form 5 kisas
HAHA.
Maka tercetuslah tajuk seperti di atas. Herherherher.
Makanya.

Motif aku menaip panjang-panjang ni ada banyak.

  1. SPM bukanlah segalanya. Memang lah SPM itu penting. Tapi SPM itu cuma perjalanan untuk ke destinasi. Setelah kita berusaha dengan sekuatnya. Serah saja pada ALLAH A'zza Wajalla. Kalau benar kita benar-benar perlukan 11A+ insha allah. Allah msti bagi. Ada ja sahabat aku yg trial ada banyak subjek failed. Tapi SPM senyum lebar stret A kau. Ingat! Allah bagi apa yang kita perlu bukan apa yang kita mahu.
  2. Kalau rasa diri tu pencinta bahasa dan nak cuti lepas SPM lelama macam aku yang dah dekat setahun dah cuti. Mohon pilih tindikan BAHASA MANDARIN dalam borang MARA lepas keputusan SPM insha Allah. Aku yang belum sampai ni pun rasa cam sangat berbaloi.
  3. Untuk dapatkan apa-apa. Sila usaha. Tunjukkan pada Allah selain berdoa, kita bebetul nak dapat kecemerlangan tu, Kalaupun kita tak dapat direct apa yang kita hajatkan. Insha Allah ada pelangi lepas hujan. Macam cter aku. Yang nak sangat studi obersi tapi tak stret pun SPM (opssss, kantoi) Insha Allah, Allah akan buka jalan. Yakin. Yakin. Yakin pada pertolongan Allah.
  4. Letakkan matlamat kita menuju Allah dalam apa jua kita buat. In sha Allah kita akan rasa tenang sentiasa.
"Siapa sangka pelajar yang bagai tiada harapan dahulunya. Dengan pertolongan Allah, insha Allah ada sinarnya" 

K. Mohon doakan aku.
*gambar pada entry kebelakangan ni dah lama tak letak. Sebab rakaman hati itu jauh lebih bermakna.

Moga Allah redha.
=')




Sunday, July 7, 2013

Full Updated: Generasi 57 al-Banna Kolej Islam Sultan Alam Shah [Muslimat]

Bismillah.
Allahu| Allahumma solli a'la muhammad

Cerita kita mungkin BERBEZA. Tapi, kita menuju REDHA ALLAH yang SAMA :)


Alhamdulillah.
Dah lengkap update Muslimat al-Banna.
Kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pembikinan projek ini. Terima kasih sampai infiniti dan setinggi-tinggi penghargaan buat entunna kesemuanya.

Sebelum mengundur diri.
Terimalah.

" Kejayaan itu bukan terletak kepada di mana tempat belajar kita. Kejayaan itu bukan sekadar kerja bagus, suami hensem [Eh?], kaya raya, harta berjuta. Itu tidak cukup untuk mentakrifkan kejayaan yang sebenar. KEJAYAAN YANG HAKIKI adalah apabila Allah di hati, dan REDHA ALLAH dimiliki. Maka. Kita menuju kepada KEBAHAGIAAN akhirat yang kekal abadi " ^^
Untuk analisis:
Bidang perubatan menjuarai takhta al-Banna. Boleh bukak Hospital al-Banna satu hari mungkin in shaa Allah. Diikuti dengan bidang Sains, Bahasa [termasuk BA, Mandarin, Bahasa Inggeris] .
Di mana-mana kita berada.
Di kutub selatan ataupun utara.
Kita tetap HAMBA yang dipinjamkan nyawa.
Moga Allah meredhai perjalanan kita menuju kepada cintaNya.
:)

With ♥
****

501
1. Nur Alia Hazwa binti Mohd Azhar
[United Kingdom-A Level-Kolej Tuanku Jaafar] [Undang-Undang] [Bank Negara Malaysia]

2. Nur Aqilah binti Ismail
[USIM] [Pergigian] [(Juga menerima tawaran MARA IPMa dalam bidang Optometri)]

3. Nor Hazira Hishamuddin
[Ireland-A Level-Taylor College] [Perubatan] [MOE Bursary]

4. Nurul Najihah binti Mohd Fadzil
UiTM Puncak Alam Asasi Sains-(Juga menerima tawaran MARA IPMa dalam bidang Perhubungan Antarabangsa)

5. Nurul Fatihah binti Mohd Fauzi
UTP-Kejuruteraan Petroleum

6. Zirwatulamal binti Mohamad Idrus
Darul Quran-Diploma Syukbah Dakwah-(Juga menerima tawaran MARA IPMa dalam bidang perubatan Jordan)

7. Qurratul Ain Najwa binti Roosli
Ireland-IB-Kolej Mara Banting -Perubatan-MARA IPMa

8. Khairah Mahfuzah binti Rushdi
United Kingdom-IB-Kolej Mara Banting-Seni Bina-MARA IPMa

9. Fatin Fatini binti Ismadi
Beijing Foreign Studies University-Bachelor of Chinese As Second Language-MARA IPMa

10. Fatin Farhana binti Rosdi
UPM Laluan Pantas-Asasi Sains Pertanian

11. Wan Shahirah binti Wan Adnan
Ireland-A Level- Islamic International School-Perubatan-MOE Bursary

12. Nur Hanna Farahin binti Muhammad Adzhaa
UM-Asasi Sains

13. Sakinah binti Aziman
UM Asasi Sains-(Juga menerima tawaran MARA IPMa dan JPA Kejuruteraan Jepun)


502


14. Hani Wajihah binti Mohd Hanif
Jordan-Pergigian-JPA

15. Tengku Salwani binti Tengku Zarawi
USIM-Perubatan

16. Nur Aimi Najiah binti Azmi
USIM-Perubatan-MOE Bursary (Juga menerima tawaran MARA IPMa Dalam bidang Ekonomi USA)

17. Ummi Amirah binti Che Rosli
Jordan-Perubatan-Yayasan Terengganu

18. Maisarah binti Mazlizam
Jordan-UniKL Mestech-Perubatan-MARA IPMa

19. Fatimah binti Dolah
Cyberjaya University College of Medical Sciences-Farmasi-MARA IPMa

20. Eliya Fariha binti Rusli
UTP Kejuruteraan

21. Alia Natasha binti Baharudin
USA-A Level-INTEC Kejuruteraan JPA-MARA

22. Ameera Syafiqah binti Siron
UM Sains Fizikal

23. Nurul Fitri binti Mustapha
Darul Quran-UIA Pensijilan Tahfiz

24. Aina Munirah binti Razali
Kolej Matrikulasi Kedah Asasi Sains

25. Tuan Nor Hazwani binti Tuan Din
Kolej Matrikulasi Melaka-Asasi Sains

26. Nurul Humaira binti Muhamad Khalil
UNIMAS Asasi-Sains Hayat

27. Nurul Syahmi binti Khairul Anwar
UiTM Puncak Alam-Asasi Sains


503
28. Ira Nadhirah binti Aris
UiTM Shah Alam Asasi Undang-Undang

29. Nur Syahirah binti Zainal Abidin
Kolej Matrikulasi Melaka-Asasi Sains

30. Fatin Aina Safi binti Kherol Azhar
Australia-A Level- INTEC Sains JPA

31. Fatimah Insyirah Merican binti Amir Faisal Merican
Mesir Perubatan

32. Nur Kamilah Nordin
New Zealand-A Level-INTEC Sains Sosial JPA

33. Izyan Nadhirah binti Fazizi
Kolej Matrikulasi Pahang-Asasi Sains

34. Norshahira binti Ismail
Beijing Foreign Studies University Bachelor of Chinese As Second Language-MARA IPMa

35. Rabi’atul ‘Aliah binti Abdul Aziz
Darul Quran Diploma Syukbah Hadith

36. Siti Nadiah binti Badrishah
A Level-INTEC Pergigian JPA

37. Nik Zainab Aliya binti Nik Mustaffa Shapri
Jordan Ekonomi MARA IPMa

38. Nur Azwa Shaheera binti Hishamudin
Mesir Perubatan

40. Nasehah binti Akriah
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

41. Najihah Amira binti Rahman
Mesir Perubatan

42. Wan Nurul Islamiah binti Wan Ahmad
UIA Asasi Sains Bersekutu

43. Nur Amila Najwa binti Idrus Saaidy
UPM Asasi Sains Pertanian

44. Aisyah Zafirah binti Rahman Talib
UPM Asasi Sains Pertanian

45. Nurul Najian binti Ghazali
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

504


46. Husna Najihah binti Zamalolaily
KISAS STAM

47. Nur Amalina binti Abdul Razak
USA-A Level- INTEC Actuarial Science JPA

48. Khairul ‘Azza binti Zaharullai
KISAS STPM [Agama]

49. Nor A’in Amaliya binti Noramisam
Mesir Perubatan

50. Nurul Fatihah Farhana binti Sanusai
Mansoua Faculty of Medicine, Mesir Perubatan

51. Wan Nusrah binti Wan Mansor
UPM Asasi Sains Pertanian

52. Nur Aifaa Najwa binti Mnuhammad Suhaili
UiTM Asasi Undang-Undang

53. Nur Hanizah binti Mihat
Mesir Ulum Islamiyah-Pusat Zakat Selangor

54. Khadijah binti Mohd Azman
USIM Tamhidi Sains dan Teknologi

55. Farhana Athirah binti Amran
USIM Tamhidi Sains dan Teknologi

56. Nur Atiqah binti Mohd Razin
UIA Asasi Bahasa Arab

57. Nurul Asyiqin binti Sabri
IPG Bangi Teaching English As Second Language (Juga menerima tawaran MARA IPMa dalam bidang sama New Zealand)

58. Adibah Zahidah binti Achari
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

59. Nurul Farihah binti Jumat
Cyberjaya University College of Medical Sciences Perubatan      MARA IPMa

60. Nurul Farhani binti Mohd Fauzi
USIM Tamhidi Pergigian

61. Arfa binti Zainal Abidin
Kolej Matrikulasi Kelantan Kampus Perak Asasi Sains

62. Alya binti Adnan
Cyberjaya University College of Medical Sciences Perubatan MARA IPMa


505


63. Mawaddah binti Abdul Aziz
UK-A Level- Kolej MARA KETENGAH, Dungun Ekonomi MARA IPMa

64. Khaulah Nubla binti Rafdhy
Kolej Mara Kulim-Program Pra-Universiti USM Sains MARA IPMa

65. Nur Fathanah binti Shamsol Kamal
Universiti Tenaga Nasional Muadzam Shah Foundation in Business Administration

66. Wan Nur Asyihah binti Wan Ahmad Hazim
UM Asasi Sains (Juga menerima tawaran MARA IPMa dalam bidang Perubatan Ireland)

67. Nur Farhana binti Bajan
UM Asasi Pengajian Islam dan Sains

68. Nur Ain Asilah binti Azmi
UNIMAS Asasi Sains Hayat

69. Siti Aishah binti Abdul Rahman
Rusia-A Level-UniKL Kejuruteraan MARA IPMa

70. Nur Diyana binti Azmi
UniRAZAK Government and Pub lic Policy Karangkraf

71. Nur Ashikin binti Ramlan
USIM Tamhidi Pergigian

72. Nur Amirah binti Mohd Yahya
Darul Quran Diploma Syukbah Qiraat

73. Nik Rifqa Tayyibiyyah binti Nik Mohd Yusuff
Mesir Perubatan

74. Naimah binti Mustaffa
Jordan Pergigigan MARA IPMa

75. Nadhrah binti Nadzri Jordan
Pergigian MARA IPMa

76. Sayyidatul Aisyah binti Sulaiman
Rusia-A Level-UniKL Kejuruteraan MARA IPMa

77. Wan Shahirah binti W. Adnan
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

78. Nurul Iffah binti Mohammad Afandi
Jordan-Twinning Programme IKIP Syariah MARA IPMa

79. Nur Aqilah binti Yahya
USIM Tamhidi Sains dan Teknologi


506


80. Athirah Sahira binti Mohd Sofee
Jordan- Twinning Programme IKIP Syariah MARA IPMa

81. Athirah Hani binti Baharuddin
USA- A Level- INTEC Sains JPA

82. Siti Nurnazihah binti Hamka
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

83. Afiqah binti Rahmatullah Khan
Darul Quran-UIA Pensijilan Tahfiz

84. Amalina binti Ibrahim
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

85. Siti Nursyafiqah binti Razi
UIA Perubatan

86. Anis Najwa binti Khairul Azhar
UiTM Sungai Petani Asasi Undang-Undang

87. Noor Akmaliah binti Kamaludin
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

88. Fatin Shazwani binti Roslan
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

89. Nurul Syakirah binti Rahiman
Darul Quran Diploma Syukbah Syariah

90. Ummi Syahirah binti Norazami
UIA Farmasi

91. Nur Aiza Sophia binti Mohd Annis
Jordan-UniKL Mestech Perubatan MARA IPMa

92. Nurul Faeqah binti Md Ghazali
UIA-Bahasa Arab

93. Siti Ummul Haziqah binti Hussain
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

94. Siti Nur Fatimah binti Mokhtar
USIM Tamhidi Sains dan Teknologi

95. Nur ‘Aisyah binti Mohamad Kharoe
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

96. Puteri Nur Solehah binti Megat Salleh
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

97. Minhalina binti Abdul Rahman
KISAS STAM


507
98. Che Nurfatymah Maryam binti Che Zainuddin
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

99. Ermalina binti Zakaria
SMK Seri Iskandar STPM [Sains]

100. Fahimah binti Mohd Yusof
Kolej Matrikulasi Kedah Asasi Sains

101. Fira nadira binti Mohsin
UNIMAS Asasi Sains Hayat

102. Husna binti Ab Rahman
Beijing Foreign Studies University Bachelor of Chinese As Second Language MARA IPMa

103. Norzakiah binti Zainul
SMK Paduka Mahmod 1, Kelantan STPM

104. Nor Ashikin binti Ismail
UiTM Permatang Pauh Diploma

105. Nur Sofiyyah binti Dzil Razman
Universiti Teknologi Malaysia Diploma Kejuruteraan Mekanikal

106. Nur Syuhada binti Ahmad Fauzi
UPM Asasi Sains Pertanian

107. Nur Zulaila binti Zul Shukor
USIM Tahmidi Pergigian

108. Ruqayyah binti Darmawi
German-A Level-German Malaysia Institute   Kejuruteraan MARA IPMa

109. Shahidatul Auni binti Shahriman
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

110. Siti Amalina binti Shukri
UIA Asasi Kejururawatan

111. Siti Aminah binti Mohamad Yusoff
Kolej Matrikulasi Pahang Asasi Sains

112. Siti Fatimah binti Khairud-din
USA-A Level- INTEC Sains Sosial JPA

113. Shaheeniz Yasmeen binti Mohamad Sazali
UIA Asasi Seni Bina

508

114. Nurmaisarah binti Mohamed
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Perakaunan

115. Ili Imanina binti Mohamad Dahlan
USA-A Level-INTEC Sains Sosial JPA

116. Salwani binti Ahmad
UIA Asasi Sains Bersekutu

117. Nur Shahira binti Rosli
UiTM Shah Alam Asasi Undang-Undang

118. Nurul Syahira binti Zainol Badri
University of Nottingham kampus Malaysia Farmasi MARA IPMa

119. Najihah binti Mansor
UIA Ekonomi

120. Siti Mazzura binti Marzuki
UM Asasi Pengajian Islam dan Sains

121. Nur Izzaty binti Ramly
UiTM Arau Diploma Kejuruteraan Kimia

122. Nurul Syafiqah binti Noor Azmi
USA-A Level- INTEC Sains Sosial JPA

123. Sayyidatul Munirah binti Suhaime
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

124. Nur Aliah Atiqah binti Ruslan
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

125. Nik Anis Aminah binti Nik Mohd Zaid
Mesir Pergigian

126. Nur Ain Shahirin binti Abdul Aziz
Darul Quran-UIA Pensijilan Tahfiz

127. Nur Nabilah binti Ramlee
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

128. Manal binti Abdullah
UIA Bahasa Arab

129. Nur Hazwani binti Hasni
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

509

130. Mizan Izzati binti Mat Zin
Darul Quran-UIA Pensijilan Tahfiz

131. Nurul Athirah binti Mohamed Nordin
Darul Quran-UIA Pensijilan Tahfiz

132. Nurul Amylia binti Shahruzaini
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

133. Nurhani Fatihah binti Jariah
UiTM Puncak Alam Asasi Sains

134. Noor Syahirah binti Abdul Aziz United Kingdom
Seni Bina MARA IPMa

135. Nor Zafirah binti Badian
UTP    Kejuruteraan Petroleum

136. Nur Hazirah binti Sharifuddin
Darul Quran Diploma Syukbah Dakwah

137. Nur Ainaa Madihah Madihah binti Azamuddin
Darul Quran-UIA Pensijilan Tahfiz

138. Nor Azimah binti Junus
Kolej Matrikulasi Melaka Asasi Sains

139. Nur Azmina binti Azlin
UM Asasi Pengajian Islam Dan Sains

140. Nurin Husna binti Abd Rahman
UiTM, Jengka Diploma Pengurusan Perniagaan

141. Nurul Hainil Fatihah binti Mohd Fauzi
STPM SMKA Maahad Hamidiah, Kajang

142. Nurqystina Sofea binti Rozaimi
UiTM Kuantan Asasi Undang-Undang

143. Madihah binti Jamaluddin
UiTM Diploma Teknologi Makanan

144. Nurul Atiqah binti Asram
USA-A Level-INTEC Kejuruteraan MARA IPMa

145. Anis binti Azman
UPM Asasi Sains Pertanian (Juga menerima tawaran MARA IPMa
dalam kursus sains gunaan)

146. Nurul Izzaty binti Ramli
France- A Level – INTEC Kejuruteraan JPA


510


147 Nurul Eiffah binti Marzuki Darul Quran
Diploma Syukbah Muamalat

148. Nursai’dah Saffa’ binti Muhammad Saufi
Universiti Pendidikan Sultan Idris Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak

149. Puteri Nurul Hasanah binti Izhar
USIM Tamhidi Syariah dan Undang-Undang

150. Siti Lailatul Balkis binti Samsuria
UM       Asasi Pengajian Islam

151. Aida binti Tapsir
Jordan Muamalat Pusat Zakat Selangor

152. Nurul Iman binti Abdul Malek
Jordan Bahasa Arab Pusat Zakat Selangor

153. Khaleda Syazwani binti Khaidzir
IPG Kota Bharu Pendidikan Islam

154. Nur Munirah binti Rahim
UIA Asasi Bahasa Arab

155. Farah Shafiqah binti Amiruddin
UK-A Level - INTEC Perakaunan JPA

156. Syarifah Ainina binti Syed Abu Hussin
Kolej Matrikulasi Selangor Asasi Perakaunan

157. Norziyana binti Mohd Akhir
UIA Asasi Bahasa Arab

158. Nur Aini Liyana binti Sabda @ Abdullah
Kolej Matrikulasi Melaka     Asasi Perakaunan

159. Wardah al-Hamra’ binti Kamaruzaman
Jordan Ekonomi MARA IPMa

160. Siti Sarah binti Noor Alshurdin
Australia-Kolej Mara Kuala Nerang-UniKL Perakaunan MARA IPMa


511

161. Izzah Syakirah binti Mohd Sidek
IPG Bangi      Bahasa Arab

162. Nur Naielah binti Zahid
Morocco Bahasa Arab Pusat Zakat Selangor

163. Nurizyan Madihah binti Badrul Azman
UNITEN Perakaunan dan ACCA MOE Bursary

164. Nurul Nazziera binti Azhar
UIA Ilmu Pengetahuan Berasaskan Wahyu

165. Norkhairiza binti Norazmi
UIA Bahasa Arab

166. Noradlina binti Nasir
UIA Sains Kemanusiaan

167. Noor Faizreen binti Hamdan
UIA Ilmu Pengetahuan Berasaskan Wahyu

168. Nurmaizura binti Johan
IPG Kampus Kota Bharu Pendidikan Islam

169. Nurul Mas Khairunnisa binti Mohamad Azahar
UIA Bahasa Arab

170. Nurul Ikhlas binti Abdul Ghani
UIA Perakaunan

171. Najma an-Ni’maty binti Mohamad Naim
Jordan Ekonomi MARA IPMa

512

172. Fatin Nabilah binti Borhan
UK-Persediaan KPTM Kuala Lumpur CAT MARA IPMa

173. Intan Sapina binta Razali
USIM Tamhidi Perakaunan

174. Norfaizah binti Aman
UIA Perakaunan

175. Amni Aqilah binti Mohd Noor
USIM Syariah dan Undang-Undang

176. Syaqirah binti Saruji
USIM Perakaunan

177. Iffah Irdina binti Isrofeil
Autralia/New Zealand- Kolej Kuala Nerang Foundation in Business MARA IPMa

178. Nurul Liyana binti Adnan
UK-IB-Taylor College Perakaunan MOE Bursary

179. Nurul Aisyah binti Hamdan
USA-A Level-INTEC Perakaunan JPA-MARA

180. Nur Shahirah binti Abdullah
Jordan Ekonomi MARA IPMa

Tuesday, May 21, 2013

MARA Bukan Segalanya

Post aku yang mendapat sambutan di group fb SBP. Aku mengabdikan karangan pendek atau tazkirah ringkas ini di blog sendiri. Moga bermanfaat untuk ummah keseluruhannya. In shaa Allah. :)

:: MARA bukan SEGALANYA.

Bismillahi | Allahuakbar.
Allahumma solli a'la muhammad.

:)

Tergerak untuk menulis.
Bila mana.
Dalam situasi Maraisme yang melanda.

Dalam saat-saat sebegini.
Ada yang sedang bergumbira.
Ada juga yang berduka lara.
Ada yang rasa bagai dunia dia yang punya.

Ok.
Pendekkan. [takyah bersastera]

Kita ada mungkin yang terasa `sedikit muram durja.'
Bila mana rezeki masing-masing tak sama.
Kan?

Ada yang bakal fly.
Ada yang stay bumi sama.
Ada yang ke IPT. IPTS mahupun IPTA.

Hakikatnya.
Memang kita sebagai insan biasa akan berasa sesuatu dengan apa yang tidak kita dapat ..

Allah lebih tahu.
Allah ada aturkan keADILan.

Meh sini nak cerita satu kisah keADILan yang Allah aturkan untuk setiap insan.

Bismillah.

Nabi Musa AS pernah bertanya Allah.
"Apa itu keadilan"

Lalu.
Allah arahkan Baginda untuk berdiri di atas sebuah bukit.
Yang dari situ. Nabi Musa AS dapat melihat keadaan di bawahnya.

Baginda ternampak ada sebatang sungai yang mengalir.
Datang seorang lelaki berkuda untuk berwudhuk lalu solat di atas batu.
Ketika beredar. Lelaki itu tertinggal satu bungkusan di situ.

Tak lama selepas lelaki berkuda itu beredar. Datang pula SEORANG ANAK KECIL MENGAMBIL BUNGKUSAN yang lelaki berkuda itu tinggalkan.

Selepas itu. Datang pula seorang lelaki buta untuk solat di atas batu. Ketika lelaki pertama berkuda yang tertinggal bungkusannya sedar akan ketiadaan bungkusan itu. Dia berpatah balik ke sungai itu dan bertanya kepada si buta tentang bungkusan yang dia tinggalkan.

"Apakah kau mengambil bungkusanku yang terisi di dalamnya SERIBU DINAR"

Tahulah Nabi Musa AS. Di dalam bungkusan itu terisi seribu dinar.

Lelaki BUTA itu menafikannya.
Lalu. lelaki berkuda yang datang bersolat itu tadi MEMBUNUH si BUTA itu.

The End.

Di manakah keADILan yang cuba Allah tunjukkan?!

Bukan sekadar kita yang tertanya,
Bahkan Nabi Musa AS pun tertanya-tanya juga.

Allah menjelaskan.

Sebenarnya.
BUDAK LELAKI yg mengambil hak lelaki berkuda itu rupa-rupanya anak pekerja lelaki berkuda yang tidak DIBAYAR GAJI bernilai SERIBU DINAR.

LELAKI BUTA YANG DIBUNUH OLEH LELAKI BERKUDA itu sebenarnya tidak buta sebelumnya dan DIA YANG MEMBUNUH AYAH BUDAK KECIL YANG MENGAMBIL HAK LELAKI BERKUDA ITU.

Jadi.
Nampak tak keADILan Allah SWT..

Kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak ADIL.
Ada yang dapat LEBIH.
Sedangkan kita biasa-biasa saja.

Allah telah mengaturkan keADILAN yang TERBAIK untuk kita sebenarnya.
Dan yang pasti MARA bukan segalanya.

Moga Allah redha

Update 1 [2 bakal menyusul] : Helang [ al- Banna Batch 57]

Bismillah| Allahumma solli a'la muhammad.
:)

Dengan bersemangat dan riang gumbiranya. Alhamdulillah. Sangatlah semangat untuk buat post nih. Post yang paling lama dalam sejarah aku menulis blog dek keterlamaan ahli Batch yang kucinta kerana Allah untuk respons. Ada yang tunggu MARA. JPA. Ada yang mampu ke mana-mana dengan biaya sendiri. Ada yang sambung ke Tingkatan Enam STPM.
Ke mana-mana pun kita bertebaran di dunia. Waima ke dunia-batu-kaca semula. Berbaju sekolah untuk ke tingkatan enam. Bahkan ke Negara Kerajaan Bersatu [Baca: United Kingdom]. Hakikatnya, bukan ini pengakhiran kita. Masih jauh perjalanan dan perjuangan. Tiada apa yang perlu untuk kita bermuram durja atau berduka lara. Mahupun bergundah-gulana. Cuma yang perlu. Yakin pada Allah betapa rezeki kita di tangan Allah. Apa yang Allah beri itu untuk disyukuri bukan ditangisi. Sengaja. Allah aturkan laluan rezeki kita tidaklah sama. Kita mungkin rasa 'down' dengan apa yang kita ada dan dapat. Kita rasa lemah tak terdaya. Menjawab soalan-soalan orang sekeliling kita. Kerna mungkin apa yang kita dapat dan ada tidaklah segah sahabat-sahabat yang lain. Tapi ketahuilah. Untuk segala sesuatu, Allah izinkan untuk menguji kita. Sama ada menjadi syukur. Atau kufur. Apa guna pada NIKMAT YANG BANYAK, kita kufur. Dan ada yang berSYUKUR dengan nikmat yang sedikit?!
Cuba tengok dulu. Sahabat-sahabat Nabi SAW pun Allah berikan kelebihan yang heterogen [baca:pelbagai kelebihan]. Ada yang hebat menghafal wahyu. Ada yang bijak berbicara. Ada yang merdu pada suara. Ada yang hebat berniaga. Tapi mereka bertunjangkan matlamat hidup yang sama. Kerna mereka hidup untuk kehidupan yang seterusnya iaitu di akhirat yang pasti :) Memanglah, yang berkata macam aku ni mudah. Hakikat yang menghadapi itulah yang sukar. Siapa kata aku hidupnya indah-indah belaka. Zaman kejatuhan aku sama seperti anda semua. Hidup kita ibarat roda. Itu sunnatullah! Tak selamanya kita di bawah. Juga tak selamanya kita di atas.
Selesai muqaddimah.
Nah. Ini dia!.
"Ikut hati nak letak nombor fon sekali. Tapi. Lupa lak yang blog ini BLOG UMUM."
Hehe.

Bismillah.
:)

Darul Quran
Pensijilan:
1. Nur Ainaa Madihah binti Azamuddin [509]
2. Mizan Izzati binti Mat Zin [509]
3. Nur Athirah binti Nordin [509]
4. Afiqah binti Rahmatullah Khan [506]
5. Nur Ain Shahirin binti Abdul Aziz [508]
6. Nurul Fitri binti Mustapa [502]
Diploma:
1. Syakirah binti Rahiman [506]
2. Zirwatulamal binti Mohamad Idrus [501]
3. Nur Hazira binti Sharifuddin [509]
4. Nurul Eiffah binti Marzuki [510]
5. Nor Amirah binti Yahya [505]
6. Rabiatul Aliah binti Abdul Aziz [503]

BNM [Bank Negara Malaysia] Pre U Scholarship Grant
[UNITED KINGDOM]
Course: Law
1. Nur Alia Hazwa binti Mohd Azhar [501]


Program Ijazah Dalam dan Luar Negara Majlis Amanah Rakyat [MARA]
Jordan:
1. Nur Aiza Sophia binti Mohd Annis [506] Medic
2. Athirah Sahira binti Mhd Soffe [506] Shariah
3. Nik Zainab Aliya binti Nik Mustaffa Shapri [503] Ekonomi

Ireland
1. Qurratul Ain Najwa binti Roosli [501]  Medic
2. Wan Nur Asyihah binti Wan Ahmad Hazim [505] Medic
Beijing Foreign Studies University 
1. Husna binti Abdul Rahman [507] Tindikan Bahasa Mandarin
2. Norshahira binti Ismail [501] Tindikan Bahasa Mandarin
3. Fatin Fatini binti Ismadi  [503] Tindikan Bahasa Mandarin

United Kingdom
1. Khairah Mahfuzah binti Rushdi [501] Seni bina
Australia
1. Siti Sarah binti Nor Alshurdin [510] Perakaunan 

Farmasi/Medic/Dental
1. Fatimah binti Dolah [502] Farmasi/CUCMS
2. Nurul Syahirah binti Zainol Badri [508] Farmasi / Nottingham
3. Nurul Farihah binti Jumat [504] Medik/ CUCMS
4. Siti Nur Syafiqah binti Razi [506] Dental/Unikl mestech

Zakat Selangor MESIR
1. Nur Hanizah binti Mihat [504] Shariah 
Universiti Teknologi Petronas
Ambilan Januari 

1. Nor Zafirah binti Badian [509]
Petroleum Engineering Foundation
2. Nurul Atiqah binti Asram [509]
Civil Engineering Foundation
3. Nur Eliya Fariha binti Rusli [502]
ICT Foundation
Ambilan Mei
4. Nurul Fatihah binti Mohd Fauzi [501]
Civil Engineering

Universiti Putra Malaysia
Laluan Pantas Dengan Keputusan Percubaan SPM
1. Fatin Farhana binti Rosdi [501]
2. Nurul Izzaty binti Ramli [509]
3. Nur Hanna Farahin binti Muhammad Adzhaa [501]
 Asasi Sains Pertanian
1. Nur Syuhada binti Fauzi [507]
2. Nur Amila Najwa binti Idrus Saidiy [503]
3. Aisyah Zafirah binti Rahman Talib [503]


Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
Asasi Bahasa Arab
1. Norkhairiza binti Azmi [511]
2. Nurul Mas Khairunnisa binti Mohamad Azahar [511]
3. Nur Atiqah binti Mohd Razin [504]
4. Munirah binti Rahim [510]
Asasi Sains Bersekutu
1. Salwani binti Ahmad [508]
2. Wan Nurul Islamiah binti Wan Ahmad [503]
Asasi Ekonomi dan Sains Pengurusan
3. Nurul Liyana binti Adnan [512]
4. Nurul Ikhlas binti Abdul Ghani [511]
Asasi Farmasi
4. Ummi Syahirah binti Norazmi

Universiti Malaya
Asasi Sains dan Pengajian islam
1. Nur Azmina binti Azlin [509]

Universiti Sains Islam Malaysia [USIM]
Asasi Pergigian
1. Nurul Farhani binti Fauzi02
Asasi Sains dan Tenologi
1. Farhana Athirah binti Amran [504]

Universiti Malaysia Sarawak [UNIMAS]
Asasi Sains Hayat
1. Fatimah binti Azizi [507]
2. Nur Humaira binti Khalil [502]

Universiti Institut Teknologi Mara [UiTM]
Diploma Undang-Undang
1. Maisarah binti Mohamad [508]
Kampus Shah Alam
2. Nur Qystina Sofea binti Rozaimi [509]
Kampus Kuantan
3. Ira Nadhirah binti Aris  [503]
Kampus Shah Alam
Diploma / Asasi Sains
1. Nasehah binti Akriah
2. Nurul Najihah binti Mohd Fadzil
3. Nur Hazwani binti Hasni
Diploma Teknologi Makanan
1.Madihah binti Jamaluddin [509]
Diploma Pengurusan Perniagaan
1.Nurin Husna binti Abdul Rahman
Diploma Kimia dan Perindustrian
 1. Nurul Izzaty binti Ramly aka abe merangkap PKB ;) [508]


Secara kesimpulan mudah. Di mana-mana kita tercampak kemudiannya. Kita perlu berpegang kepada satu benda. Bekal untuk hidup pada kehidupan seterusnya perlu selalu ada.  Ke mana-mana kita menuntut ilmu Allah. Ke ceruk desa kembali berbaju sekolah atau ke negara atas angin sekalipun. Tiada yang dapat memutuskan ukhwah yang terjalin. Bertemu-berpisah kerana Allah. In sha Allah.
Suburkan ISLAM dalam dirimu. nescaya ISLAM subur di tempatmu. :) 

Tuesday, January 8, 2013

Biasiswa II



بسم لله الرحمن الرحيم
السلام عليكم


Pujian yang tertinggi dan palinh mulia hanya untuk Allah.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia lagi bercahaya رسول الله صلى الله عليه وسلم . Mogamoga, kita bakal memperoleh syafaat Baginda رسول الله صلى الله عليه وسلم.

Memandangkan ada uraura dari sumber yang sohih, keputusan Sijil Paling Mudah atau SPM bakal diumumkan tak lama lagi, maka sukalah aku untuk berkongsi lagi dengan korang tentang

BIASISWA, PINJAMAN, PINJAMAN BOLAH UBAH DAN DERMASISWA

Apakah perbezaan di antara biasiswa, pinjaman, pinjaman boleh ubah dan dermasiswa?

#Aku copypaste jelah daripada 'email' yang secret admire aku(sila jangan percaya! hehe ) hantar barubaru nih

CopyPaste:

Baiklah,

Di dalam email kali ini, kami akan memberikan sedikit maklumat berkaitan perbandingan antara biasiswa serta pinjaman yang mungkin tidak diketahui oleh Fatini. Informasi tentang terma ini adalah seperti di bawah:

Biasiswa :

Biasiswa merupakan satu terma yang digunakan untuk merujuk kepada bantuan penuh yang diberikan oleh sesebuah organisasi penaja kepada individu yang ditaja. Kebanyakan biasiswa memerlukan individu yang menerimanya bekerja dengan pihak penaja sejurus selepas tamat pengajian. Namun ada juga penaja biasiswa yang tidak mengadakan sebarang ikatan terhadap individu yang mereka taja selepas individu ini tamat alam pengajian.

Pinjaman Pelajaran :

Pinjaman pelajaran merupakan pinjaman yang diberikan oleh organisasi tertentu kepada individu yang memohon. Kebanyakan pinjaman di Malaysia memerlukan peminjam untuk membayar balik hutang pinjaman sejajar dengan syarat undang-undang yang ditetapkan. Terdapat juga penaja yang mengenakan kadar faedah kepada peminjam.

Jika Fatini ingin mengetahui tentang jenis penaja yang memberikan pinjaman atau biasiswa, dapatkan versi penuh Kit Biasiswa hari ini juga kerana di dalammnya terdapat banyak informasi tentang perkara ini.

Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah :

Pinjaman jenis ini merupakan pinjaman yang nampak sama dengan pinjaman pelajaran, tetapi sebenarnya berbeza dari sudut sistemnya. Pinjaman boleh ubah ini pada asalnya adalah pinjaman, namun sekiranya Fatini memperoleh keputusan yang cemerlang dalam pelajaran, pinjaman ini akan berubah menjadi biasiswa. Pinjaman ini juga hanya mengenakan pembayaran balik yang lebih kecil daripada jumlah pinjaman kerana tiada faedah dikenakan. Organisasi yang mengamalkan konsep ini ada di sebut di dalam Kit Biasiswa versi penuh.

Dermasiswa :

Dermasiswa atau dalam bahasa Inggerisnya 'Bursary' merupakan sumbangan wang yang diberikan oleh sesebuah organisasi kepada individu yang layak. Kelayakan untuk mendapat derma siswa ini selalunya tidak bergantung kepada pencapaian akademik pelajar terbabit, sebaliknya dinilai dari sudut kewangan ahli keluarganya. Selalunya, pelajar yang memperoleh dermasiswa ini datangnya daripada individu yang berlatarbelakangkan keluarga miskin.


Friday, December 14, 2012

..~Biasiswa II~.. Allah Tahu Sedang Kita Tidak Mengetahui (:

Bismillah...
Bersyukur padaNya
Dan marilah berselawat pada Muhammad Sollahu A'laihi Wasallam (:

Berminat untuk jadi anak emas Karangkraf..
Alaaa..syarikat buku paling kaya milik bumiputera MelayuIslam kat Malaysia
 #hehe, jangan teringat anak emas kat KI lak..

Ni ada cerita panjang dia..
Baca dulu :)



 SYARAT-SYARAT DAN TERMA BIASISWA KARANGKRAF


Pihak  KARANGKRAF akan membayar semua amaun yuran pengajian pelajar termasuk yuran
pendaftaran, yuran pengajian dan yuran semester seperti yang terkandung dalam struktur yuran
institusi. Bagi elaun sara hidup, buku dan penginapan tidak ditanggung oleh pihak KARANGKRAF.
Oleh itu, pelajar perlu mematuhi syarat-syarat tawaran seperti berikut :

1. Pelajar harus menjaga imej dan nama baik KARANGKRAF dan tidak melakukan sebarang
salah-laku serta mematuhi undang-undang institusi pembelajaran.

2. Pelajar  tidak boleh menukar kursus pengajian tanpa kebenaran terlebih dahulu oleh
KARANGKRAF.

3. Pelajar perlu mencapai kejayaan yang memuaskan dalam pengajian, iaitu minimum CGPA
3.2 .

4. PELAJAR akan melaporkan dengan segera kepada  Sekretariat Dana Pendidikan
KARANGKRAF segala keputusan peperiksaan penggal, semester atau tahunan institusi
pengajian yang ditetapkan sebelum kemasukan semester baru.

5. Jika salah seorang atau kedua-dua PENJAMIN meninggal dunia atau tidak bermastautin
dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dihukum seorang bankrap atau memperolehi sesuatu perintah
pentadbiran pemakan gaji , maka PELAJAR harus mendapatkan pengganti penjamin dengan
dipersetujui terlebih dahulu oleh KARANGKRAF.

6. Jika PELAJAR gagal untuk mendapatkan pengganti penjamin dalam tempoh yang ditetapkan
oleh KARANGKRAF maka KARANGKRAF boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila
masa dan dengan itu PELAJAR tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa
faedah di bawah perjanjian ini.


7. Pelajar tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau
kumpulan tanpa kelulusan terlebih dahulu dari KARANGKRAF.

8. Pelajar tidak boleh menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan yang bercorak politik tanpa kelulusan terlebih dahulu
dari KARANGKRAF.

9. Pelajar tidak boleh mengambil bahagian atau menyediakan atau mengedarkan dengan apaapa cara dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan yang memudaratkan
kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan yang ditetapkan.

10. Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap syarat-syarat di atas, KARANGKRAF boleh
menurut budi-bicara  mutlaknya, menamatkan perjanjian ini dan dengan itu, tanpa
menyentuh hak-hak KARANGKRAF di bawah perjanjian ini,  PELAJAR tidak lagi mempunyai
apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah perjanjian ini.

Ni bukti yang biasiswa ni betulbetul wujud..hehe


#Haa..mesti korang nak tahu macam mana nak buat untuk dapat kan?
Hehe
Macam biasa lepas result spm, terus google..
Settle..

Dan aku..
Masih teguh bersama KYUEM ..
Sekian..
Wallahua'lam

Biasiswa~.. MogaAllahMudahkan, Amiin

Assalamualaikum dan selamat........err, ikut waktu yang korang tengah baca..
Alhamdulillah wa SyukurLillah kerana aku masih lagi dapat hidup dan korang pun sama!!
Then, jom lah kita kenang-kenangkan perjuangan Baginda Habiburrahman Muhammad SAW
Sollahu 'alaihi wassalam..

Seperti yang korang tahu..yang tak tahu tu pun akan tahu
Aku punya cita-cita untuk jadi sebahagian pelajar pensijilan Darul Quran kecundang..
Means, aku gagal temuduga..
Takpalah ALLAH yang aturkan kan?
Chill..

:)

Dan..Aku terasa nak kongsi dengan korang yang aku sayang sebab mukmin yang bersaudara #rujuk Surah alHujurat ayat....err, baca semualah Surah tu pendek ja.tak sepanjang AlBaqarah pun.. :D

Kalau sebut biasiswa, mesti dalam kepala otak aku akan keluar JPA atau MARA..
Hakikatnya, punya lah berlambak kat MALAYSIA nih..




Kenapa?
Tak percaya?

Tengok nih!!





Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia
  1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  3. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  4. Biasiswa Petronas 
  5. Biasiswa FELDA, Malaysia 
  6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
  7. Biasiswa Yayasan TM (Telekom Malaysia)
  8. Biasiswa Yayasan Khazanah
  9. Biasiswa Yayasan UEM (Pengajian Luar Negara) ..dan seperti ramai sahabat tahu, aku memang aim sangat yang nih, gara-gara K. Diyana Amalina datang hari tu..Tapi, perlu diingatkan  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
  10. (Surah al-Baqarah ayat 216)
  11. Biasiswa Yayasan UEM (Pengajian Dalam Negara) 
  12. Biasiswa Sime Darby 
  13. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) – Pengajian Perbankan Islam - Dibuka Sepanjang Masa
  14. Biasiswa Bank Negara (Lepasan SPM 2011) 
  15. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) 
  16. Biasiswa Maybank, Malaysia
  17. Biasiswa Shell, Malaysia 
  18. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  19. Biasiswa Singapura
  20. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir 
  21. Biasiswa Taylor’s World Class 
  22. Biasiswa Astro 
  23. Biasiswa MREPC 
  24. Hong Leong Foundation Scholarship Programme 
  25. British Council IELTS Scholarship 
  26. The Titijaya Scholarship Fund – Sepanjang masa
  27. Curtin Universiti Sarawak Malaysia 
  28. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP) 
  29. The Star Education Fund - Setiap 2 mingguselepas keputusan SPM & STPM dimumkan
  30. The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund 2012 
  31. Securities Commission Malaysia Scholarship Award - Sepanjang masa
  32. Program Tajaan Khazanah Global 
  33. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) 
  34. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
  35. ASEAN Scholarships for Malaysia 
  36. United World Colleges (UWC) – Malaysia 
  37. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal (MAIWP) -Sepanjang Masa
  38. Biasiswa / Pinjaman KWSP - Sepanjang Masa
  39. Biasiswa Negeri Sabah
  40. Biasiswa Negeri Sembilan
  41. Biasiswa Negeri Pahang
  42. Biasiswa Negeri Johor
  43. Biasiswa Negeri Terengganu
  44. Biasiswa Yayasan Sarawak
  45. Biasiswa Yayasan Perak
  46. Biasiswa Yayasan Kelantan
  47. Biasiswa / Pinjaman TNB




#Oh..
Yang aku senaraikan nih bukan semua biasiswa yang ada kat Malaysia..
Sebenarnya, banyak lagi..Bila rajin nanti, Inshaa Allah aku sambung kat next entry lak..

Caranya lepas keputusan SPM 2012 diumumkan..
Korang termasuk sangat perlu untuk online dan isi ja semua borang yang boleh isi..
Pastu, doa banyakbanyak..Minta tolong mama, ayah, nenek, atuk, abang, adik, kakak, sahabat-sahabat, cikgu, jiran-jiran dan sapasapa yang korang rasa sudi sumbangkan doa untuk korang..Betulkan niat, scholarship untuk mudahkan korang belajar untuk tolong agama Allah bila dah berjaya nanti (ni khusus untuk diri aku)
Oh, korang nak tahu cerita KYUEM..klik sini!!..Doakan yang terbaik untuk korang dan aku mohon doakan sekali untuk aku dan ada malaikat yang akan mengaminkan doa korang dan malaikat tu akan doa balik "Dan ke atasnya sama seperti apa yang dia doakan buat saudaranya"
Ok..babai..
Selamat menjadi mujahid professional..
Wallahua'lam
:)