Bismillah.
Allahu| Allahumm solli a'la muhammad.
"Diberi peluang untuk menjadi seorang KISAS-ian tidak pernah menjadi satu kebetulan . Tetapi itulah takdir yang telah Allah aturkan."Catatan Perjalanan:
Bermula 7hb Februari 2011
credit |
Allahumma solli a'la muhammad.
:') |
Jujur aku katakan. Berpeluang mengenali bumi KISAS beserta penghuninya itu satu nikmat dan anugerah yang telah Allah kurniakan buatku. Alhamdulillah. :) Jika ada yang bertanya. Apakah sekolah yang terbaik padaku: Tanpa sangsi kan ku namakan Kolej Islam Alam Shah, Klang, Selangor. Bukan berniat untuk racist sekolah. Menidakkan kelebihan sekolah berasrama penuh lain atau SMKA lain atau mungkin SMK bertaraf SBT atau apa jua jenis sekolah yang ada. Kerna KISAS bukanlah segala-galanya. Bahkan. Aku tahu. Terdapat banyak sekolah yang punya fasiliti. Akademik tahap tinggi yang jauh meninggalkan KISAS. Di situ, aku mengerti jatuh bangunnya seorang yang berjati diri. Teguh dan kental semangat mereka yang mengejar hakikat redha Ilahi. Belajar menjadi abdi. Apabila semua kerja buat berpaksi pada Allahurabbi!
Namun. Satu misteri yang tak dapat kurungkai. Entah mengapa. Dalam perjuangan meneroka alam pelajaran. Tatkala murobbi (guru) mengajar. Ramai tertewas! Mata tunduk kalah. Kepala tersengguk beralah. Sedang perjalanan menuntut ilmu yang bukanlah mainan. Aku tidak tahu. Tetapi aku pasti. Tidur di waktu sesi PnP [pembelajaran dan pengajaran] bukanlah kehendak. Bahkan. Terjadi spontan. Andai guru-guruku mengerti. Aku dan kami sebenarnya cuba berjuang untuk mencelikkan mata. Namun. Oh. Tewas juga! Allahurabbi. Aku yakin dan percaya murobbi KISAS terpaksa berdepan dengan fenomena ini saban tahun. Adik usrahku juga sering mengajukan soalan sama.
Dik. Itu normal. Allah nak uji caranya kita berjuang untuk tidak tidur dalam kelas.
Jawab aku mudah. Namun susah sebenarnya bila berdepan sendiri dengan 'penyakit' itu ye.
Di bumi KISAS. Entah bagaimana aturan Allah buatku. Taklifan seorang Ketua Batch [KB]. Oh. Apakah?!! Aku bukanlah yang terbaik. Aku punya infiniti cacamarba di sini sana. Jenuh aku memikirkan kenapa ini semua berlaku. Yeah. Mungkin kerna sebelumnya aku selalu mempersoalkan. Buat semua kerana Allah itu bagaimana ya?! Aku tidak jelas tentangnya. Bila mana bergelar KB. Sememangnya, tiada jawatan tertera di mana-mana sijil. Namun. Tanggungan kepercayaan. Kebersamaan bersama sahabat seperjuangan. Mencuba untuk menjadi booster untuk kecemerlangan dalam mengejar redha Allah. Jawatan itu tarbiah Allah buat aku faham. Apa sebenarnya. Kerja buat kerana ALLAH. Alhamdulillah. Aku mulai faham. Apa sebenarnya. Penyerahan jiwa. Duduk bermuayashah [bermesra] dengan sahabat dalam menyelesaikan segala benda. Allahu. Allah.
Oh. Kenangan!! Yang paling tidak dilupa. Dalam menjadi KB. Pernah satu masa. Perjumpaan batch yang hampir-hampir menggugurkan aku dari jawatan. Perjumpaan yang berlanjutan hingga jam tiga pagi. Allahu. Allah. Aku redha. Tapi dalam keredhaan itu. Muncul sahabat-sahabat al-Banna [al Banna: nama Batch aku] yang ada di antara mereka yang tak pernah aku bertepuk tampar. Jarang sekali beramah mesra. Cuba mempertahankan aku di jawatan itu. Kalau entunna tahu. menjadi seorang KB itu bukanlah satu keseronokan. Tetapi. Bukan juga BEBANAN. Sebenarnya, Ketua Batch itu tarbiah juga. Cara kita mendapat dan dianugerahkan Allah dengan TARBIAH sebenarnya berbeza-beza.
Pengalaman jatuh bangun. Dari seorang yang biasa berada di atas dalam banyak perkara. Mengahadapi situasi menjadi manusia bawahan. Tarbiah itu membina jiwa. Aku percaya sebenarnya. Hidup ini perjuangan. Hanya yang cekal dan tabah mampu bertahan :) Aku ingat lagi. Bagaimana kasih sayang sahabat al-Banna dalam membantu aku saat sibuk tiada masa menguruskan itu dan ini. Baju sesinki dicuci tanpa aku sedari. Okeh. Sila percaya. Ini bukan bentuk pembuliaan aku pada mereka. Bukan pembulian kerna aku berjawatan. Hehe.Mereka lakukan atas dasar kerja buat semua kerna Allah semata-mata. Di saat. Aku tiada kefahaman dalam pelajaran. Dengan penuh kasih dan sayang. Mereka ajarkan. Hingga tersentuh hati ini. Jazakumullah khairal jazak. Semua itu tidak mampu aku balas. Hanya ALLAH yang mampu berikan kalian dengan sebaik-baik ganjaran. :)Tiba Masa
Kini. Sudah tiba masanya. Bertebaran jauh al-Banna. Dengan berbekalkan ilmu-ilmu ruhiyyah. Aku yakin dan sangat percaya. Dengan mehnah yang pernah dilalui. Itu kan tarbiah. Moga jati diri yang kita bina bersama-sama. Dengan kekuatan ukhwah yang dipandu IMAN. Dengan hakikat ini. Di mana kita berada. Waima di bumi tarbiah KISAS yang sama. Beijing, US, UK , Jordan, Mesir, France itu bukan ukuran. Allah tidak pernah menyatakan dalam mana-mana firman. Betapa yang berjaya itu: yang belajarnya di negara atas atau bawah angin. Yang telah merasai hakikat KEJAYAAN dalam SPM. Ma shaa Allah. Tabarakallah. Itu anugerah. Dan itu juga UJIAN untuk uji IMAN. Bagaimana manifestasi syukur kita pada Allah. Padaku, masih ramai yang berhadapan dengan KEJAYAAN TERTANGGUH. Kejayaan itu ada sebenarnya untuk kita. Tapi. Allah aturkan. SPM bukan masa untuk kita merasainya. Bila mana kita REDHA dengan apa yang ALLAH aturkan. Akan Allah berikan sesuatu yang luar jangkaan fikiran. Mungkin. Jauh lebih baik dari apa yang kita pernah hajatkan. In shaa Allah.
Akhir sekali: Doakan Minhalina Abdul Rahman agar dipermudahkan setiap urusan beliau untuk kembali ke Bumi Waqaf in shaa Allah.
Yang baik dari Allah.
Yang lemah itu perlu dimuhasabah.
Moga Allah redha,
Dah ada yang ke-6 sebenarnya: USRAH |
(:
fatiniismadi.
250613
A powerful tool to improve your build quality with
ReplyDeleteBy using a high-end titanium flask device, you have a more robust and 2019 ford edge titanium for sale ergonomic design. An elite device means that you have all titanium knife the fallout 76 black titanium tools that you need titanium 3d printing to keep
p713n7uauts660 sex toys,dog dildo,g-spot dildos,wolf dildo,wolf dildo,japanese sex dolls,wholesale sex toys,prostate massagers,horse dildo u083f5dkwrk580
ReplyDeletet156a3sjskm064 male sexy toys,glass dildos,Male Masturbators,male masturbator,cheap sex toys,Panty Vibrators,dog dildo,vibrating dildos,horse dildos v666v6dlkbj618
ReplyDelete