Allahumma solli a'la muhammad
:)
Hidup ini sentiasa mencengkam kita berada di medan juang. Perjuangan setiap manusia tidakalah sama. Yang pasti. Hakikatnya, kita menuju matlamat yang sama. Matlamat untuk beroleh REDHA. Adakalanya. Kita lemah tak berdaya pabila landasan perjuangan antara kita dan sahabat kita tak sama. Yalah. Ada yang Allah bagi kelebihan pada akademik mereka. Ada juga yang petah berbicara. Ada yang segak pada rupa. Bahkan. Ada yang punya kesemua pakej lengkap seperti yang aku nyatakan. Namun. Hakikatnya.
Kerna ALLAH tutup aib kita. Semua manusia memuji kita. Pabila dipuji melambung tinggi. Berdoalah:
"Ya Allah yang mengetahui DIRI kami melebihi apa yang kami tahu. Kami mengetahui diri kami melebihi apa yang mereka tahu. Jadikanlah kami lebih baik daripada sangkaan mereka. Ampunkanlah kami daripda apa yang mereka tidak ketahui dan jangan kerana pujiaan mereka, kami mendapat azab dariMu" [sumber: hadis sohih]Maka.
Beralama-lama lah lagi aku di bumi Malaysia tercinta. Sebelum Beijing menerima aku apa adanya. Bak halilintar membelah badai di jiwa. Pemergian aku ke sana tertangguh hingga bulan Oktober. Masa itu, masing-masing sahabat tercinta sudah jauh berlayar di medan ilmu. Ohhoi :') Aku percaya inilah keADILan.
Bismillah.
Nabi Musa AS pernah bertanya Allah.
"Apa itu keadilan"
Lalu.
Allah arahkan Baginda untuk berdiri di atas sebuah bukit.
Yang dari situ. Nabi Musa AS dapat melihat keadaan di bawahnya.
Baginda ternampak ada sebatang sungai yang mengalir.
Datang seorang lelaki berkuda untuk berwudhuk lalu solat di atas batu.
Ketika beredar. Lelaki itu tertinggal satu bungkusan di situ.
Tak lama selepas lelaki berkuda itu beredar. Datang pula SEORANG ANAK KECIL MENGAMBIL BUNGKUSAN yang lelaki berkuda itu tinggalkan.
Selepas itu. Datang pula seorang lelaki buta untuk solat di atas batu. Ketika lelaki pertama berkuda yang tertinggal bungkusannya sedar akan ketiadaan bungkusan itu. Dia berpatah balik ke sungai itu dan bertanya kepada si buta tentang bungkusan yang dia tinggalkan.
"Apakah kau mengambil bungkusanku yang terisi di dalamnya SERIBU DINAR"
Tahulah Nabi Musa AS. Di dalam bungkusan itu terisi seribu dinar.
Lelaki BUTA itu menafikannya.
Lalu. lelaki berkuda yang datang bersolat itu tadi MEMBUNUH si BUTA itu.
The End.
Di manakah keADILan yang cuba Allah tunjukkan?!
Bukan sekadar kita yang tertanya,
Bahkan Nabi Musa AS pun tertanya-tanya juga.
Allah menjelaskan.
Sebenarnya.
BUDAK LELAKI yg mengambil hak lelaki berkuda itu rupa-rupanya anak pekerja lelaki berkuda yang tidak DIBAYAR GAJI bernilai SERIBU DINAR.
LELAKI BUTA YANG DIBUNUH OLEH LELAKI BERKUDA itu sebenarnya tidak buta sebelumnya dan DIA YANG MEMBUNUH AYAH BUDAK KECIL YANG MENGAMBIL HAK LELAKI BERKUDA ITU.
Jadi.
Nampak tak keADILan Allah SWT..
Kadang-kadang kita rasa hidup ini tidak ADIL.
Ada yang dapat LEBIH.
Sedangkan kita biasa-biasa saja.
Allah telah mengaturkan keADILAN yang TERBAIK untuk kita sebenarnya.
Dan yang pasti MARA bukan segalanya.
Moga Allah redha
♥
Kepada yang dah bberada di medan juang.
Semoga setiap inci perjuangan dan perjalanan antum. Allah kira sebagai sebaik-baik ganjaran. :)
No comments:
Post a Comment