Followers

Friday, December 21, 2012

Sijil Khas Kolej (SKK)

"Assalamualaikum ustazah, saya rasa saya nak drop SKK."
Ustazah Norizah Bohari, memandang pelajar yang baru dikenalinya dengan penuh makna.

" Eh, kenapa pula. Awak dah bayar. Ustazah yakin awak boleh bawa SKK. Lagipun, akademik awak bukan faktor penghalang"

Tap. Tap. Tap..
Air mata berderai jatuh dengan lajunya.
Ditahan.
Tak mampu.
Jatuh lagu butir-butir jernih itu.

"Ustazah, saya ada masalah ustazah. Saya memang tak boleh nak bawa SKK. Exam lepas cuti nih"
 Jawapan pelajar tersebut tidak memuaskan hati ustazah

"Apa masalah awak. Hmm, siapa nama awak. Awak pelajar 501 kan?"

Teresak-esak lagi,

" Saya tak ada buku Fiqh dengan Tauhid. Selam nih, saya yang uruskan buku-buku untuk muslimat kelas sains. Dah lama settle. Tapi, 3 hari lepas, ada yang datang tuntut buku dengan saya. Terpaksalah saya bagi buku saya ustazah. Macam mana pun, saya memang kena drop SKK ni ustazah.

Guru muda tersebut terus menarik tangan pelajarnya ke Bilik Setiausaha SKK aka Bilik Ustazah Hayati

"Nah, ambil lah buku-buku ni. Ini buku baru. Cuti ni, guna masa elok-elok. Kalau kamu cemerlang, Alhamdulillah..Pastikan, niat kamu betul. Ustazah doakan yang terbaik untuk kamu"
Berjalan pantas dengan deraian air mata pelajar itu kembali ke pangkuan sahabat-sahabatnya yang support dia untuk tak drop SKK..


_________________________________________________________________________________

بسم الله
Assalamualaikum..
Kat atas tu memang cerita aku..



Cuma nak kongsi pengalaman SKK aku.
Err, ok kot kalau guna 'aku' pun, walaupun aku tahu, pengalaman ni lebih kepada junior KISASians kan?
Whatever lah.
Ambil lah ibrah dari cerita aku. Yang baik jadi inspirasi, yang rasa tak perlu tolak tepi.. Ok?

Mungkin, ada di antara korang yang cuak untuk ambil SKK kan?
Kalau budak akaun, cuak tak cuak..kena ambil juga kan?
Yang budak sains tu, terserah kat korang kan..

Jadi..
Nasihat akak..Err, dah rasa janggal guna aku..hehe

Kalau ikut pangalaman..
Dari Tingkatan Empat, akak buat istikharah untuk SKK nih, nak ambil ke tidak..
Tak rasa apaapa pun. Gerak hati pun tak ada apaapa hint, mimpi memang taklah..Nyenyak kot tidur kat KI.. :)

Setiap kali ada kelas SKK, akak join ja..tapi hati tak pernah muktamad untuk ambil SKK..
Even sampai dah bayar duit pendaftaran RM60 pun akak tak yakin nak ambil.
Tapi, buatbuat cam cool je..Ahhaa..

Frankly speaking:
Setiap kali kelas, akak jeles kot dengan Kak Sarah Alshurdin TKU II..Dia mudah ja tangkap apa yang ustazah ajar..Akak? bukan setakat tak dapat tangkap. Sepatah pun tak paham!! Laju kot!! Memang lah, bukan salah ustazah, salah akak juga. Background Arab akak pun biasabiasa ja. Akak tak pernah belajar SMA ke Selangor  SMU ke Kelantan atau apa saja subjek Arab tambahan melainkan untuk PMR.

Kendatipun begitu..
Dalam setiap doa:
Ya Allah aku nak mumtaz SKK. Bantulah aku, sahabatsahabat aku. Mudahkan urusan kami

Masa berlari laju..
Meninggalkan semua yang setia menunggu..

SKK tinggal 2 minggu sahaja lagi..

Di rumah(cuti):
"Mama, akak minta sangat yang cuti dua minggu ni akak tak nak pergi mana-mana tuisyen Fizik, Bio, Chemist, Add mate"
"Larhh awat pulak, kakak dah oke ka subjeksubjek tuh?"
"Dak lar mama, buka sekolah ni, kakak ada exam SKK yang semua dalam arab tu mama"
"Ikut kakak lah, yang penting SPM nuh"
"Mama, kakak janji SPM nanti kakak inshaa Allah boleh buat punya. Mama doa lah kakak mama naa"

Pointnya kat sini..
2 minggu cuti tu lah, akak cover balik 8 subjek SKK. Tak tengok buku lain pun..pagi, petang, malam, subuh mengadap  buku-buku SKK ja..

*Al Quran
*Tauhid
*Fiqh
*Balaghah

Empat ja sempat cover sepanjang dua minggu cuti..

*Tarikh Islami aka sejarah dalam bahasa Arab. X sentuh pun ! Plus, aku memang tak minat sejarah ! Alhamdulillah, tu sejarah Islam..boleh lah timbulkan minat..hehe

_________________________________________________________________________________

Sekolah dibuka:
Calon-calon SKK diberi pelepasan daripada PnP subjek SPM untuk Program Sifar Rasib gagal SKK

Serius:
Otak bercelaru..
Kawankawan dalam kelas belajar. Yang aku duduk bergelumang dengan SKK. Budakbudak akaun takpala, diorang WAJIB ambil SKK. Semua tak masuk PnP.
Dahlah, aku ni antara yang lambat pick up dalam kelas 501 sapa suruh ko duduk kelas 1st?

FatinFatinFatinFatinFatin !!
Ikhlaskan niat.. Belajar kerana Allah
Minhalina, Athirah Sahira, Naziha n Athirah Hani support aku time tuh
Aku belajar SKK, diorang teman..
Min siap bagi aku highligter lagi untuk study SKK..ada lagi walaupun dah bercerai badanbadannya..hehe

Malam itu:

KetuaPelajar bertugas buat announcement
Subhanallah, perhatian kepada semua pelajar aliran Sains, anda ada kelas Biology di DUA
Bapak arh !
Nak pergi yang mana?!
Esok, exam Tarikh Islamiy kot..
Sepatah pun tak hafal lagi..

FatinFatinFatinFatinFatin !!

Tenang. Cool..
Pergi je lah 
Gerak hati bersuara..
Aku main redah je..
Pergi dan belajar

Tapi, Biology pun tersekatsekat..Banyak kot tak paham..
Balik dorm..
Mula hafal dengan Sarah Tarikh Islami..

Esok tu exam..
Semua yang aku ingat..aku taram + tawakal je..
Apaapa pun, redha ja lah..

Masa terus berlalu..
SKK dah habis dan hari demi hari (lama lah juga) dipendekkan cerita result diannouced


17 Oktober, 7:15 pagi kat Centre of Excellence:

Dari sudut hati yang paling dalam..
Waktu pengumuman, aku aim lah juga nak MUMTAZ.
Kena pulak waktu tuh, Ustazah Norhayati cakap ada 15 orang kot MUMTAZ..

Walaupun, aku tahu dan sedar tahap aku..tapi, aku harap ada miracle berlaku..
Dalam hati aku di sudut yang paling dalam, aku tahu tahap aku mungkin sekadar MAQBUL (pangkat C kalau SPM) je..
Ye lah, aku mana lah terer BA and so on..

Kat DUA,
17 Oktober, 10:30 pagi:

Semua calon SKK berkumpul.
Cuak weh !
Ustazah cakap RASIB ada 5 orang..
Akukah salah seorang daripadanya..
TIDAKTIDAKTIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Tapi..
Lepas tu ustazah sebut
الطلاب
Lega aku!

Waktu ustazah panggil nama sorangsorang ikut kelas, aku tengok lah kertas keputusan aku..
Jayyid Jiddan!! (kalau ikut pangkat SPM macam dapat 11 A bukan 11 A+ lah)
Alhamdulillah!! SegalaPujianYangBaikdanTerbaikHanyaUntuk Allah

:)

Meskipun, aku target MUMTAZ,
Berpijak lah atas bumi yang nyata, fatin !
Ustazah ajar xpaham.
lambat pick up,
study dua minggu ja,
hang nak mumtaz..MAQBUL pun belum tentu boleh kalau ikut sunnatullah..

Betul lah, Allah bagi ikut keperluan bukan kemampuan..
Jadi, adikadik Batch 58, ramairamai ambil lah SKK !
Serius, tak rugi..

Err, lagi 1..pecahkan rekod Batch 57..15 orang MUMTAZ..
Ustazah kata RAMAI dan cipta SEJARAH..

Tak tercabar ke?
Nah, ni ada teks balaghah







Sekian..
Yang Baik Dari Allah
Yang Kurang Sempurna Dari Aku Dgn Izin Allah Sebagai Tanda Aku Hamba Yang Lemah..
Wallahua'lam




3 comments:

  1. nak nanges bace . T.T

    tahniah fatin .
    semoga semakin cemerlang utk ummah .

    #fatin, tak yah la buat captcha kat komen . susah kte nk komen . huhu . suggestion je ^^

    ReplyDelete
  2. kak fatini,perghh deep maksudnya.
    kita ni amek SKK 2014,lepas cuti semester pertamani,terus periksa T-T

    ReplyDelete
  3. Kami skk minggu ni...Doakan batch kami iaitu generasi ke 64 mendapat keputusan yang terbaik dan mumtaz sofi

    ReplyDelete