Followers

Saturday, May 4, 2013

Dalam fasa-fasa istikharah.

Bismillahi| Allahuakbar
Allahumma solli a'la muhammad.

Bismillah.

Ohhoi.
Tak tahu lagi .
Untuk letak di status mukabuku. Dah tak tahu macam mana nak pusing ayat supaya jadi muhasabah dan tazkirah buat semua. Sejujurnya, setiap status aku di sana. Sebenarnya, mewakili peristiwa yang cuba aku pandang dari sudut positif yang boleh menjadikan aku matang dan memahami hikmah yang tersimpan darinya.
Kata Saidina Umar al Khattab daripada Rasulullah SAW: "Hikmah itu barang mukmin yang tercicir"
Dan. Betul lah. Secara tidak langsung apa yang aku cuba kongsi di status aku. Sedikit-sebanyak merencana pemikiran aku untuk memandang sesuatu dari sudut yang sangat positif.
Ohhoi.
Bukan itu yang sebenarnya.

Begini.
# Aku tak tahu lagi. Aku mohon yang membaca entry ini sudilah kiranya memanjatkan doa yang terbaik untuk aku. :)

Bismillah.

Dalam fasa-fasa istikharah.
Fuhh. Mulakan dengan tawaran untuk ditemuduga. Bahasa Mandarin ke Beijing, China oleh MARA. Hari tu, aku kat satu program untuk lepasan SPM. Kebetulan, sehari penuh, diorang tayangkan video Tomato 1.0, 2.0 dan beberapa video pasal situasi di negara tembok besar China. Sekali, waktu break. HusnaRahman call aku. Aku diberitahu yang semakan untuk interview MARA dah boleh check. Masha Allah, balik bilik penginapan. Aku terus check. Dan aku layak! Alhamdulillah. Time aku isi borang MARA. My hope is not too high ok. :) Beberapa hari lepas tu, balik rumah. Ayah cakap yang ayah diajak pergi ziarah Negara Tembok Besar, China. Melawat anak sahabat baik ayah katanya. Ok. Apakah ini semua. Then, aku bagitahu. Ayah. "Kakak lepas untuk pergi interview BM, Mara". Dan ayah kata: "Memang ayah nak pergi lawat anak kawan ayah yang kat Beijing Foreign Studies University". Walaweh.
Lepas tu. Dapat tahu yang aku tak lepas temuduga Diploma DQ. Ok. Memang dah expect camtu. Dalam masa-masa tu. Ramai senior Batch 56 mengharapkan aku stay. Err. Aku diam membisu. Sayang aku kat KISAS sangatlah menebal. Sampai aku terpikir-pikir gak semua tuh. Ohhoi. Dahtu, tak lama lepas tu. Dapat tahu aku layak pergi Kolej Matrikulasi Melaka. Bagi aku, dari pergi Melaka. Better stay KISAS. :)
Dalam masa yang sama. Aku juga tunggu keputusan UPU. Ok. Ikutkan plan asal. Bila Allah izin. UPU lepas untuk Medik. Maka, aku akan teruskan dalam bidang Sains. Ohhoi! Sampai terbawa dalam mimpi, yang berkaitan dengan USIM kot. Ok. Aku semakin keliru. Aku tak tahu nak bawa berbincang dengan siapa untuk semua nih. Persekitaran aku saat ini bukanlah yang tepat untuk diajak berbincang :(
Pernah terjadi satu masa. Yang aku merasakan kembali ke KISAS itu pilihan yang sangat TEPAT dan BIJAK. Entah. Doa siapa untuk aku yang Allah makbulkan. Sampaikan waktu graduasi hari tu. Ada junior yang tanya: "Eh, Betul ke kak fatin stay". Aku tak tahu apa jadinya selepas ini.
Ikutkan cita-cita.
Mahu jadi entrepreneur. [Macam gempak bila translate BI]. :)
Bercita-cita ke negara Tembok Besar pun. Kerna aku ingin menguasai bahasa mereka di samping memahami selok-belok mereka berniaga. Mereka kuasa dunia kot dalam berniaga. Mahu jadi entrepreneur bukan cuma menjaja getah-getah mahupun intan permata. Membuka firma guaman juga satu bentuk perniagaan ok?! Itu cuma contoh. Suara untuk boost semangat manusia juga satu bentuk aktiviti niaga. Tahu? :)

Ohhoi.

Tak tahu lagi.
Sudah pasti!
Dalam fasa-fasa istikharah ini. Banyak mehnah dan tribulasi perlu diharungi. Menanti sebuah jawapan. Mohon juga doa dari teman dan sahabat seperjuangan.

Oh lupa.
Blog ini blog umum.
Khusus entry ini untuk difahami oleh penghuni Bumi itu. Juga dari semua :)
Mohon doa dari jauh.

Gaya penulisan.
Perkara yang diluahkan.
Menjadi manifestasi tahap kematangan seseorang.
Aku tidak tahu di mana kematangan aku.
Meski bumi itu telah mengajarkan aku menjadi manusia berjiwa hamba.

Ok.

Moga untuk setiap amal kita. Allah redha :)
In sha Allah.


 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment