Followers

Friday, January 4, 2013

SahabatSampaiSyurga..~


"Isk Isk Isk"
Tangisan seorang sahabat ditahan. Matanya merah sebaik sahaja masuk ke kelas yang bukan kelasnya.



Menangis lagi.



Hidup dengan tangisan lagi. Bukan dia tak tahu, dia punya Allah tempat meluahkan perasaan dan bergantung harapan, tapi apakan daya dia juga seorang insan. Lalu, empat bersahabat yang sebelum ini cuma sekadar kawan setingkatan mula menenangkan.

Alhamdulillah.

Ada yang peduli.

Sepikul tanggungjawab dan segunung impian untuk merangkul kejayaan membuatkan dia sering tersungkur melayan perasaan.

Di saat itu, muncul empat sahabat menumpangkan bahu berkongsi bebanan.

Alhamdulillah, Dia aturkan !

_____________________________________________________________________________



بسم الله
السلام عليكم


Post yang aku tulis ni khusus sahabatsahabatku di jalan Allah:
AthirahSahira
Minhalina
AthirahHani
Nazihah
_____________________________________________________________________________

Lagu berlagu sendu.
Hati bermelankoli sendiri

Langit yang disangka cerah hujan di tengah hari.

Aku ingat dan sentiasa terpahat di ingatan.
Memori demi memori yang kita cipta bersama
Saatnya bermula, bila aku mula join grouping study dengan korang. Lepas exam Mac aku yang teruk sangat. Dua subjek kot failed ! Walaupun addmate waktu A. Rasa seolah-olah tiada harapan lagi. Aku mencari semula kekuatan. Allah takdirkan aku jumpa korang. Setiap hari, waktu prep, aku belajar dengan korang. Korang. Athirah sanggup ajarkan aku. Satu-persatu. Aku ingat lagi saatnya kau athirah ajar Biology chapter Coordination kat dalam dorm. Ko ajar aku dengan penuh kesabaran, kasih sayang. :'( Aku terharu ! Pertama kali, aku rasa orang peduli aku soal pelajaran, walaupun lepas tu berkali-kali aku rasa :)

Lepas tu, kita berlima selalu belajar lagi sama-sama dalam kelas setiap petang. Sebelum Exam Mid Year. Kita lawan ngantok sama-sama. Bincang sama-sama. Dengar luahan perasaan sama-sama. Pujuk sapesape yang bad mood sama-sama.

Ingat tak, kita tak akan mula belajar selagi ada di antara kita tengah sedih?
Ingat tak, Naziha belanja kita ais krim sebab dia tak datang petang tuh? Pastu, dia pergi buat announcement kat bilik KP panggil nama kita berlima
Ingat tak, time aku nangis sempena peristiwa ambil gambar kelas?
Ingat tak, peristiwaperistiwa sebelum SKK?
Waktu Exam Mid Year. Kita belajar sama-sama kan? Banyak kot benda yang kita bincang masuk, maka bertambah keyakinan kita bahawa pertolongan Allah dalam jamaah seperti maksud hadis tu.

يد الله مع الجماعة

_________________________________________________________________________________

Selepas kita semua dapat tahu keputusan mid year, serius, buat pertama kalinya aku bagi orang lain tahu markah. Selama ni sepanjang aku kat KISAS, tak pernah aku buat macam tu.

Prinsip kita: Jujur dan Ikhlas!
_________________________________________________________________________________

Tak lama lepas tu. Kita bertambah-tambah akrab. Setiap hari waktu rehat aku turun 506. Ada apa-apa, aku bagitahu korang orang 1st.

Korang nak tahu sebab apa?

Sebab, korang pendengar terbaik aku !
Terima kasih weh sudi dengar apa saja dari aku.
Sudi bagi aku tumpang bbiskut.
Bagi pandangan untuk banyak perkara.

Tiba-tiba, ada pengisyhtiran program 'Buddy'.

Korang ingat tak?

Aku ingat lagi setiap kali nak keluar dorm, seharusnya Athirah tegur aku
Nak pergi belajar dengan Sha lah tu.
Aku cuma penyokong kuat program Buddy tuh. Aku rasa lain macam. Yelah, mestilah beza belajar dengan group & buddy. Tapi aku buat dek ja. Gagahkan hati. Ermm, masa tu dah nak dekat trial. Au topup rasa bersalah aku kat Athirah dengan belajar dengan dia setiap kali habis prep malam. Serius, aku bersalah !

Ingat tak korang.

Surat aku yang aku tulis
Aku yang patut...........................................................
Alaa, yang bagi kat Dewan Besar tuh?

Masa berlalu bagaikan berlari
Meninggalkan kita bersama memori

Aku pendekkan cerita.

Klimaks kepada terjadinya benda nih, waktu aku tertinggi suara sebelum pergi Dura kat korang.
Serius, bukan niat aku ! Bukan kebiasaan aku ! Bukan dari hati aku. Aku tak sengaja

Lepas tu, kesian Athirah. Lepas aku bagi dia surat yang kedua kat DUA tu.
Aku juga manusia weh.
Banyak khilaf.
Ukhwah ini teruji.
Pedih di hati dengan peristiwa malam tu aku tambah lagi dengan kata-kata aku pada secebis kertas.
Ibarat luka parah dititiskan air limau ke atasnya !

Korang telan je kan semua tu.
Korang cuba terima aku juga insan.
Yang punya terlalu banyak kekurangan.

Yang aku takut.
Korang beranggapan. Madu dibalas susu basi..

Tapi, semua ni berlaku dengan secantik-cantik aturan :)

Athirah,
Ingat tak lepas SPM, kat Berjaya Times Square, korang lambailambai aku kat atas.?  Kesian korang. Penat lambai aku. Lamaa.. Baru aku nampak. Aku rasa bahagia dengan lambaian tangan korang. Macam tiada dendam atau kenangan pahit antara kita.

Athirah,
Ingat tak malam kau call aku lepas kita check result DQ tu? Jujurnya, terlintas kat hati aku nak call kau. Tiba-tiba, ko yang call aku.
Waktu tu aku rasa bersalah aku dengan kau tak habis lagi sebenarnya.

Dan.

Hani, Min, Naziha.

Terima kasih juga untuk segalanya !
Mungkin ungkapan ini lebih layak untuk korang


جزاكم الله خير الجزاء
Moga Allah balas setiap kebaikan korang dengan sebaikbaik balasan:)

Dan satu kesimpulan untuk korang.
Akhirnya, korang tahu dan sedar yang hakikatnya,
Aku memang sangat-sangat tidak sempurna! Insan biasa yang punya seinfiniti khilaf.  


Hadis yang sangat sesuai untuk kita hayati :)
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.”  
(Hadis riwayat Muslim)
 


Tuesday, January 1, 2013

Dia Juga Manusia. Sudahlah !!


بسم الله
السلام عليكم


Syukur padaNya. Saat ini kita masih ada kesempatan masa untuk terus berhubung denganNya
Selawat dan salam ke atas junjungan kekasihNya yang mulia Muhammad SAW. 

Peringatan: Khusus untuk diri saya sebelum anda !

Pernah 'admire' sesama manusia ?!
Atau sekurangkurangnya terlalu suka kepada pembawaan identiti dia.
Bila dia mula bersuara, anda atau saya jadi terpana.
Bila dia mula berkarya, anda atau saya terbuka mata.
Bila dia melintasi anda atau saya, keruan tidak terkata.

Err. Mungkin pernah bukan?! 

Contoh:
Mak Temah seorang hard fan kepada Datuk Siti Nurhaliza. Satu hari Datuk CT bermalam di rumahnya. Oh, sungguh tak terkata perasaan Mak Temah. Dari langkah mula kaki CT ke rumah Mak Temah, gaya badan, warna baju, semua Mak Temah ambil tahu.

Dan cuba anda dan saya masukkan dalam situasi diri kita.

Contoh. Saya begitu pantang mendengar pengucapan awam yang cantik susunan bahasanya. Sungguh, saya terpana, terdiam suka seribu bahasa. Walaupun, cuma yang menyampaikan seorang manusia biasa.

Situasi ini bukan situasi luar biasa sekiranya berlaku kepada gender yang sama.
Menipu lah kan kalau kata Lee Chong Wei tak ada peminat gender sama dengan dia.
Lagi menipu kalau kata semua penyokong kipas mati Nurul Izzah Anwar, perempuanperempuan belaka.

Kalau kita 'admire' atau 'impress' atau 'adore' atau 'take a shine' atau 'take a fancy' atau 'be bond' yang maksudnya semua lebih kurang sama (sumber: klik untuk pengesahan), kita akan buat macammacam untuk tahu pasal dia. Mungkin sekerat malam kita dihabiskan masa untuk 'stalk' dia. Lepas tu, bertambahtambah lah tahap ke'adore'an kita pada dia.

Contoh:
"Fuhh. Patut lah anak genius, mak bapak, atuk, nenek, makcik dia semua genius !"

Hebat sekali anda atau saya
Habis salasilah keturunan, hobi, warna mata, jenis darah (err, melampau sebenarnya kalau sampai macam tu anda atau saya tahu) .

Pendek kata, anda atau saya boleh buat lah buku biografi pasal dia !

Tapi..
Ketika berkirakira mahu penuhkan lomponglompong hati sejak dunia-batu-kaca itu ditinggalkan.


Dunia-Batu-Kaca

Terfikir sendiri. Kata di bibir manis tertanam tebu, 
"Aku cinta Rasulullah SAW.  Sumber inspirasi aku. Katakata. Perbuatan. Pengakuan Habiburrahman jadi itu panduan hidup aku. Kalam suci al Quran tinggalan kekasih utusan ar Rahman mahu jadi bekalan."
Tapi. sekadar lafaz yang tersimpan tanpa pembuktian amalan, tak cukup Fatin !
Bak kata pengetua KISAS waktu interview 27hb Disember 2012, "kalau niat nak masuk KISAS, borang permohonan pun tak isi. Tak jadi" 

Sambung balik.
 Stalk manusia yang tiada apaapa sudah menjadi satu trend. Tidak kisah masa terbuang. Mata berair menahan fitrah manusiawi. (Err. aku tak kata aku tidak terkecuali)
Point aku:
Kalau manusia yang tak mampu beri jaminan kita apaapa, kita sanggup meredah jaringan alam maya untuk kenal sama mereka.

Err, yang mahu stalk ulama'. Silakan ! Tiada fatwa isytihar perbuatan anda atau saya itu SALAH. Jomlah kita samasama stalk peribadi manusia yang 'confirm' boleh bagi kita pertolongan, yang serius banyak kat sana nanti. Kita tak tahu bila akhir usia kita. Mungkin 'time' korang tengah baca 'entry' nih, aku yang menaip sudah tak ada lagi.

Again: Probably ! 

Ajal maut, ketentuan, jodoh. Semua tu kan di bawah kuasa Allah. Kita hakikatnya tak tahu dan takkan pernah tahu

Jom, usha kat bawah tu :)


Surah al Ahzab ayat 32

Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu 

bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,

serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)


Highlight:

Bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dab balasan baik hari akhirat.

Yang terakhir.
Selepas banyak betul stalk manusia manusia biasa. Jom stalk Rasulullah SAW.

Test skit.
Apa warna kegemaran Baginda?
Makanan kegemaran?
Nama anak-anak Rasulullah?
Siapa majikan Rasulullah SAW sebelum Baginda berkahwin dengan Siti Khadijah?



Err.
See.

Dah. Jom Jom !
Err.. Beli sekali majalah Jom edisi baru.
Contact aku kalau nak murah :)

Sekian.
Wallahua'lm