Followers

Monday, January 31, 2011

Kisah Pernikahan Rasullah SAW

Salamullah hi alaikum..
Dalam entry kali ini, hasil copy-paste drpd muka-buku untuk perkongsian bersama..Diharapkan ilmu ini boleh kita jadikan panduan n iktibar, sebagai saham di akhirat kelak..Insya-Allah..

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI TENTANG PERNIKAHAN RASULULLAH SAW: KERANA NAFSU ATAU KERANA KEPENTINGAN AGAMA?

1. Rasulullah SAW tidak pernah menduakan Khadijah r.ha ketika hayatnya. Malah tidak mengambil hamba ketika hidup bersama Khadijah. Khad...ijah r.ha. seorang isteri yang telah menunaikan segala kewajipannya. Beliau mampu memberikan baginda keturunan. Bersama baginda saat susah mahupun senang. Bukankah baginda menunjukkan contoh tidak menduakan isteri yang memiliki semua kualiti ini?

2. Rasulullah SAW tidak berpoligami saat anak-anak Baginda masih memerlukan perhatian dan didikan seorang ayah. Baginda berpoligami saat anak-anak Baginda sudah besar dan mampu berdikari.(Rujuk Nisaa ahlil bait, 533-534).

3. Rasulullah berpoligami setelah baginda berumur 53 tahun.

4. Rasulullah bermonogami selama 25 tahun. 

5. Rasulullah berpoligamI selama 10 tahun.

6. Rasulullah sentiasa terkenang-kenangkan zaman monogaminya dengan Khadijah sehingga Aisyah cemburu walaupun Khadijah telah lama wafat.

7. Rasulullah SAW sangat insaf pada keterbatasan manusia untuk berlaku adil sehinggakan apabila Baginda sudah berpoligami, Baginda tidak jemu-jemu merayu taubat dan mengadu pada Allah tentang keterbatasan itu. Aisyah r.ha. berkata, “Rasulullah selalu membahagi giliran sesama isterinya dengan adil. Dan baginda pernah berdoa, ‘Ya Allah! Ini bahagianku yang dapat kukerjakan. Kerana itu, janganlah Engkau mencelaku tentang apa yang Engkau kuasai sedang aku tidak menguasainya.” Kata Abu Daud, “Yang dimaksudkan dengan ‘Engkau kuasai dan aku tidak menguasainya’ ialah hati. (HR Abu Daud, Tirmizi, Nasa’ie dan Ibnu Majah). Lelaki bertakwa nyata takut mengambil mudah dalam poligami.

8. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Saudah binti Zam’ah kerana simpati kepada janda yang kematian suami akibat banyak disiksa di Makkah. Saudah dinikahi selepas wafatnya Khadijah. Saudah bukanlah wanita yang menarik. Beliau merupakan wanita yang gemuk dan uzur. Hal ini mengukuhkan lagi fakta bahawa niat murni Rasulullah SAW menikahinya kerana simpati.

9. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Aisyah merupakan perintah langsung daripada Allah SWT selepas kewafatan Khadijah. Ada riwayat yang mengatakan bahawa Rasulullah menikahi Saudah dan Hafsah pada masa yang sama cuma faktor umur Aisyah menyebabkan baginda menjemput Saudah terlebih dahulu untuk hidup bersama baginda. Pernikahan dengan Aisyah membawa hikmah yang besar apabila Aisyah muncul sebagai guru yang agung bagi umat manusia kesan mendapat didikan langsung daripada madrasah kenabian.

10. Pernikahan dengan Hafsah binti Umar atas dasar simpati kepada janda yang kematian suami kerana perang. Hafsah terpaksa menjanda dalam usia muda iaitu 18 tahun kerana suaminya yang cedera parah dalam perang Uhud meninggal di Madinah. Rasulullah pernah menceraikan Hafsah talak satu tetapi kemudiaannya baginda rujuk kembali atas perintah yang dibawa Jibril yang mengatakan bahawa Hafsah seorang wanita berpendirian teguh dan bakal menjadi bidadari untuk Rasulullah di syurga. Hafsah diberi kepercayaan memelihara dan menyimpan Al-Quran ketika pemerintahan khalifah Abu Bakar.

11. Pernikahan dengan Zainab binti Khuzaimah atas dasar simpati kepada janda yang kematian suami kerana perang. Suaminya syahid dalam peperangan dan Rasulullah datang membuat pembelaan.

12. Pernikahan dengan Ummu Salamah kerana simpati dan membela nasib janda yang kematian suami kerana perang. Suaminya Abu Salamah cedera dalam peperangan Uhud kemudian meninggal dunia. Ketika dipinang oleh Rasulullah, Ummu Salamah berkata, “Aku adalah wanita yang mudah cemburu. Aku takut rasa cemburu itu nanti akan menjadi sebab Allah murka padaku. Tambahan pula aku ini wanita yang sudah tua dan mempunyai ramai anak.” Rasulullah tetap memujuknya dan berjanji akan berdoa kepada Allah akan menghilangkan rasa cemburunya. Yakin dengan doa Rasulullah, Ummu Salamah lantas menerima baginda. Ummu Salamah membawa berkat yang besar buat umat kerana kebijaksanaannya.

13. Pernikahan dengan Ummu Habibah, Ramlah binti Abu Sufyan kerana membela derita hidup menjanda yang suaminya murtad. Ummu Habibah beriman sebelum ayahnya. Beliau pernah menderita hidup di negeri Habsyah yang asing dan jauh dari kampung halaman, kemudian menderita hidup menjanda di negeri asing itu. Pinangan Nabi menghapuskan segala penderitaannya. Raja Najasyi sendiri mewakili baginda memberikan mahar.

14. Pernikahan dengan Zainab binti Jahsyi adalah perintah Allah sebagai hikmah untuk menghapuskan hukum anak angkat. Suami Zainab yang pertama iaitu Zaid bin Haritsah adalah anak angkat Nabi dan dikenal sebagai Zaid bin Muhammad. Rasulullah sendiri meminang Zainab, si gadis bangsawan untuk Zaid, si pemuda miskin untuk menggugurkan perbezaan darjat di antara manusia. Ketika rumah tangga mereka bergolak, Rasulullah menyuruh Zaid tetap bersabar dengan Zainab. Hinggalah Allah menurunkan ketentuan-Nya agar Nabi menikahi Zainab selepas Zaid menceraikannya.

15. Pernikahan dengan Shafiyah binti Huyay, cendikiawan Yahudi Bani Nadhir sebagai strategi politik. Dengan pernikahan dengan janda yang kematian suami itu, Rasulullah membuktikan bahawa permusuhan Islam dengan Yahudi bukan kerana sentimen perkauman tetapi kerana kedengkian Yahudi terhadap Islam. Safiyah menjadi tawanan dalam perang Khaibar, kemudian dimuliakan menjadi isteri Nabi.

16. Pernikahan Rasulullah SAW dengan Juwairiyah binti Al-Harits kerana strategi politik:
a. Saat Rasulullah SAW mendapat tawanan wanita daripada Bani Mushthaliq, terdapat seorang janda bernama Juwairiyah binti al-Harith bin Abi Dhirar di tangan sepupunya. Lalu dia menemui Rasulullah SAW untuk meminta pertolongan. Aisyah berkata, “Demi Allah. Aku sangat membencinya saat aku melihatnya dari pintu rumah.” (Rujuk lebih lanjut dalam Sahih Muslim, hadis Urwah dari Aisyah). Lumrah isteri yang mencintai akan mencemburui.

b. Rasulullah SAW menawarkan untuk menikahi Juwairiyah. Juwairiyah bersetuju. Ada strategi politik yang sedang dirancang oleh Baginda demi kepentingan agama. Hasilnya, semua tawanan bani Mushthaliq menjadi kerabat Baginda dan menyebelahi perjuangan Baginda. Mereka lalu dibebaskan. Dakwah makin tersebar. Hal ini amat menguntungkan Islam. Menyedari suaminya menikahi kerana kepentingan agama bukan kerana kepentingan nafsu, Aisyah r.ha. meredai. Katanya, “Maka dibebaskan 100 orang keluarga Bani Mushthaliq kerana pernikahan Juwairiyah. Saya tidak pernah lihat ada wanita yang lebih besar berkatnya bagi kaumnya daripada dia.” (Diriwayatkan daripada Abu Daud dan Ahmad.)

17. Pernikahan Rasulullah dengan Maimunah binti Al-Harits sebagai tamparan kepada kaum musyrikin. Ke-Islaman Maimunah yang berani diisytiharkan secara terang-terangan mempengaruhi ramai penduduk Makkah yang lain. Beliau diceraikan suami kerana keimanannya. Beliau bergembira dengan kemenangan muslimin dalam Perang Khaibar. Beliau menawarkan dirinya sendiri untuk dinikahi oleh Rasulullah ketika meletusnya perjanjian Hudaibiah. Ramai gadis yang menawarkan diri kepada Nabi namun semua ditolak baginda kecuali janda ini.Ada strategi politik demi agama. Hal itu memberikan pengaruh besar apabila ramai orang musyrikin mula berani mengisytiharkan ke-Islaman mereka. Beliau adalah isteri Nabi yang terakhir. Selepas beliau, Allah melarang Nabi menambah lagi isteri.

18. Selain perkahwinan di atas, Rasulullah pernah mengahwini seorang wanita dari bangsa al-Ghifar. Ketika malam pertama, apabila wanita itu membuka baju, Rasulullah mendapatinya seorang yang berpenyakit kulit (seperti kusta). Rasulullah lalu menyuruhnya menyarungkan kembali bajunya lalu Rasulullah menceraikannya. ( Rujuk Fiqh Sunnah, Sayyid Sabiq.)

19. Rasulullah juga pernah mengahwini hambanya, Mariah al-Qibtiyah. Bekas hamba kesayangan Raja Mesir yang dihadiahkan kepada baginda. Dikurniakan seorang anak lelaki yang diberi nama Ibrahim. Namun, usia anak kecil itu tidak panjang.

Saturday, January 29, 2011

Aku Sayang Hampa Jgak!!

Salam ukhwah..
X buleh mengarang dah lepas bca..serius sedeh..


http://inidiaanismahirah.blogspot.com/2011/01/28jan2011.html

http://aniazone.blogspot.com/2011/01/kita-sahabat-selamanya.html

http://wwwiqa-iqa.blogspot.com/2011/01/jangan-lupa-iqa-ye-hampa.html

http://sayasayangandaa.blogspot.com/

Tin..
Aku seris xsangka hg nangis sebab aku nk pindah..aku bajet hg hepi + suka, aku xdak..rupa2nya, aku silap..in fact, ni lah aku rasa hg nangis sebab aku..aku pun sedih gak-sebab dalm byk2 kawan..hg lah yg pling 'lain dari yang lain'..Sorry tin..kalau2 selama nh aku bukanlah kawan yg baik..mmg pun an?hehe(gelak sedeh)..tapi aku rasa, hg xkan jumpa dah kwan yang macam aku..sbb..ak ni 'unik sgt'..Smoga hg brjya dalam SPM nnti, dunia n akhirat..Jangan lupa aku sampai bila2..kalau ingat dalam doa, lagi bgus..mmg yg tu un, aku harapkan..Lagi 1..aku serius terkering bila 'beliau' nk buat party untuk aku..terharu tuh,, Hmm..tpi xpalah..aku terima seadanya..Jgn dok gdik sgt tau tin.. 
'Jaga biah solihah!!'  Ingat surah annur ayt 30 n 31 tau..Jgn lupakan aku tau trmasuklah dalam doa..

Pqah..
Hmm..maseh tau sebab ingat tazkirah2 aku..sbnrnya, aku un banyak kelemahan tapi aku cuba untuk meminimumkan kelemahan aku dgn tazkirah tu..aku harap hg buleh amalkan ilmu2 yg penah aku bagi..Walaupun, kadang2 aku suka melawak xbertempat atau sebagainya yang xkena cara..Aku mintak maaf banyak2 tau pqah..Yg pasai 'suka tgok aku' tuh..aku tau sbagai dai'e..bila aku sampaikan kebenaran kat orang lain..mestilah, orang nak tengok aku punya cara hidup..style aku..aku cuba amal dgn apa yg aku kata..
sbb firman Allah dlm surah as-Sof ayt 2- 
Wahai Orang Beriman, jangan kamu katakan apa yang kamu tidak lakukan..
Aku harap kalau selama dok perati aku..hg nmpak kelemahan aku..hbq2 lar tau..insya-Allah aku terima seadanya..aku juga mnusia biasa..kdg2 xsempurna..jgn lupa aku tau..klau igt dlm doa pun lgi bagus..tu lah yg aku harapkan..

Hdayahh..
Aku nk mntak maaf byk kalau2 selama nih..ada yg xkena the way i treat u as friend..dah mmg style aku suka sakat hg..hmm..aku da harapan kat hg..hg hayati ayt nh..

Wanita yg kuat hanya menyerahkan hatinya kepada Allah..
Xkan dibiar hatinya terpaut pada mana2 lelaki..
Hanya pada Allah..
Atas keyakinan,yang Allah akan kirimkan seorang pemuda terbaik untuknya

Aku harap hg terus sukses selamanya dayahh..dunia dan akhirat..Ingt aku termasuk dalam doa..Jgn sedih2..Bknnya aku p xbalik dh..

Salwani..
Mula2 sekali..aku doakan supaya harapan mak n ayh hg tercapai..insya-Allah 'kalau rezeki, kna p mkn lah' suka atau tidak an? Hmm..sal, aku harap g maafkan kesalahan aku selama kita brkawan sbb aku ni an honaq..hehe..hg jadi lah benih yng baik..klau jatuh ke laut mnjadi pulau dan kalau jatuh ke daratan mnjadi gunung ok?? Kat mana un hg bljar..insya-Allah klau ada kesungguhan hg brjaya aih..hmm..pesanan yg sma..igt2 lah aku termasuk dlm doa tau.. 

P/S: Kpd sahabat2, jom arh out hari isnin nih ramai2..
Sekian, Wallahua'lam