Followers

Sunday, October 31, 2010

Istikharah!! Bagaimana?? Begini.........

Assalamualaikum..

Ana ada jengah blog surang hamba Allah dan jumpa kaifiat cara untuk solat sunat istikharah..
Untuk perkongsian..
ana paparkan..
ana editkan sket supya lbih mudah dfhami n dlm mood yg santai xborink antum nak baca..

..Istikharah Demi Redha Allah Ya Rabbul Akram..


Solat ini dilakukan untuk mendapatkan petunjuk..
terutamanya bila seseorang itu dalam keraguan untuk memutuskan mana yang terbaik di antara dua perkara yang diragukan..

'Sebelum seseorang mengambil keputusan sangatlah dianjurkan untuk bwat solat istikharah dua rakaat. Setelah selesai solat..berdoa seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW:

Maksud doa nih:

"Ya ALLAH, sesungguhnya aku mohon pilihan-Mu dengan ilmu-Mu, dan aku mohon kepastian kepada-Mu dengan kekuasaan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa, Engakau Maha Tahu dan Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya ALLAH, jika Engkau mengetahui urusan ini baik bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka takdirkanlah dia bagiku dan mudahkanlah dia bagiku, kemudian berilah dia berkah bagiku. Dan apabila Engkau mengetahui pekerjaan itu buruk bagiku, untuk agamaku, untuk penghidupanku dan akhir kesudahannya kelak, maka singkirkanlah dia daripadaku dan hindarkanlah aku daripadanya. Takdirkanlah hal-hal yang baik bagiku dimana kebajikan itu berada, kemudian berilah aku menyenanginya"
Cara Solat

Sama sahaja seperti solat sunat yg lain cuma niatkan untuk solat istikharah..

Sangat sesuai dilakukan ketika qiamullail..

Solat ini sgt peribadi jdi afdhal dilakukan bersendirian

Dalam berdoa sebaiknya menyebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah s.w.t. misalnya: "Ya Allah, jika Engkau mengetahui urusan ini....(sebutkan urusan..)

Sekian..Wallahua'lam..

No comments:

Post a Comment