Followers

Sunday, December 30, 2012

Eh, Rilek Sudah



بسم الله
السلام عليكم

Alhamdulillah.
Masih bernyawa.
Selawat dan salam ke atas Baginda Habiburrahman Muhammad SAW kerana Baginda anda dan saya seorang muslim mukmin.

WahWahWah!
Cemburu Buta ?!
Pernahkah cemburu punya mata ?!

Tapi, bagi aku cemburu ialah satu perasaan yang tidak senang hati dan emosi serta fikiran bercelaru terhadap apa yang ada pada yang lain (orang lah kan?!) Takkan beruang pulak kan. 
#Err, ok aku perlu serius.
Cemburu juga boleh mendorong kita untuk rendah diri. Runsing. Terfikirfikir.
Definisi ini muncul daripada pengalaman dan kata hati sahaja lah.
Takpayah percaya !
Sebab: Tiada dalil yang menyokongnya (:


Again: Rezeki ulat di dalam batu pun sudah Allah tentukan. Inikan pula makhluk ciptaanNya yang paling mulia. Yakinlah pada Dia. Bukan masanya anda mahu cemburubuta. Headshot. :'(

Surah AtTin 4 hingga 6.



4. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. (QS. 95:4)

5. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), (QS. 95:5)
6. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. (QS. 95:6
Sungguh.
Begitu ujian beliau, selepas satu. satu
Mashaa Allah.
Terlalu banyak pilihan UTP-UPMlaluanpantas-DQ

Kalau kita pandang sebagai tawarantawaran itu dari satu sisi.
Sumpah.
Jeles ! (aku lah ni yang jeles)

Pastu. Macam mana ar?

.
.
.
.













Healing in progress












.
.
.
.

Oh, aku teringat Ustazah Zubaidah waktu mengajar PQS ada kata,
"Sebenarnya nikmat kesenangan, harta, pangkat juga ujian untuk uji hambaNya"
Oh.
Beliau dengan ujian begitu.
Dan anda dan saya. Ujiannya bila jeles/cemburu(pilih yang nak) dengan apa yang mereka ada !

Dahlah tu.
Banyakkan bersabar.
Anda dan saya terutamanya.
Yakinlah.

FatinFatinFatin!

Offer best yang bukan milik anda itu, tak bermakna awak tak boleh masuk syurga.
Tengok tuh

“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka. Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”(Surah At-Thalaaq: 2 -3)

Ayat ini boleh diamal dengan membaca, menghafal dan memahami pengertian yang tersirat disebaliknya. Gantungkan harapan kita kepada Allah. 
Dibaca bila jiwa resah, buntu, kesempitan, kegelapan, bila rasa takut ada gangguan ghaib, mengharap penyelesaian buat semua permasalahan duniawi….pasrahkan diri kepadaNya.
Hanya dia yang dapat membuka jalan keluar untuk kita.
Credit to: Salwani :)


Sekian.
Yang Berkata Lebih Dekat Dgn Ujian Drpd Perkataannya
Wallahua'lam

Thursday, December 27, 2012

Lepasan SPM Edisi: Kerana Dia Lepasan Kolej Tarbiyah


Di luar Dewan Al Muttaqin Wal Muthaqqafin:


"Dah habis SPM ! Bapak lah, rasa macam tak percaya. Masa paper first pun rasa tak percaya. Sedar tak sedar, selesai sudah perjuangan kita kat sini"
 Merdeka !!

Maka banyaklah peristiwa selepas itu:


  •  Majlis Kemuncak Apresiasi Mulimat Batch 57 (MAKAM). Ramai komplen apehal lah ko letak nama MAKAM ?! Punya lah banyak nama. Kata aku di dalam hati "Biarlah nama itu diingati suke hati aku lah..hehe..Gurau !

Blog aku bukannya private pun. Risau untuk memperjudikan gambar jelas sahabatsahabat Batch 57 ..Peace :)

Guru-guru yang hadir  dan err, mama DM:)

Kenderaan pergi: Kenangan lah pandai, letak gambar nih !

Apa lagi, Aminkanlah :)

Lokasi MAKAM :)


Ade bran?!! Bagus betul makcik tokei kedai nh :)


Secebis daripada 150 menu ! :)



Tetamu undangan saatsaat akhir :)
Ayahanda pengetua tercinta yang sangat berpuas hati dengan MAKAM katanya. Alhamdulillah


#Batch58 sila rancang anda punya pula awalawal. ! Err, cadangan, takyah campur muslimin, lagi best. Sekadar cadangan :)


  • Outing last dengan sahabatsahabat kat Berjaya Times Square. Aku nasihatkan tak payah pergi tempat cenggitu. Baik pergi BookFair ke Edu Fair ke Konvensyen Fiqh. LAGI BAGUS!!. Oh lupa, sarapan nasi lemak. Ingat RM145 ye jumlah harga. Aku bagitahu sebab haritu ramai tanya aku tak nak bagitahu. Bukan aku belanja. Itu duit lebihan MAKAM selepas bas tak kena bayar. Means? Free lah pandai ! 



Eh blog kau ni dah lari dari tujuan asal, semua kau nak cerita !
Fuhh. Lek luh kawan.

بسم الله
رب العالمين
السلام عليكم

Segala puji bagi Allah pentadbir sekalian alam.
Selawat dan salam atas junjungan yang mulia HabiburRahman Muhammad SAW kerana hari ini, walau pelajar sekolah mana pun anda, nikmat yang terbesar Iman dan Islam milik anda ! الحمد لله 

Perjalanan saya dan anda sebagai hamba masih terlalu jauh.
Tahniah buat bakal UTPians
Muslimat: Fatihah Fauzi 501, Alia Hazwa501, Wan Nurul Islamiah503 Alia Natasha 502 dan nanti lah update lagi :)

Juga selamat berjuang menjadi bakal ahli syurga buat bakal DQians tetapi tak bermakna anda dan anda dan saya yang tak ke sana tiada peluang rebut tiket ke syurga Allah. Sebelum terlupa tahniah buat anda ! :)
Muslimat: FitriMustapa502, AtiqahAsram509, AinaaMadihah509, Athirah Nordin509, dan MizanIzzati509. Err, tahniah yang tidak langsung buat warga 509. Ramai benor bakal huffaz :) Dah rezeki Allah pada mereka.

Yang bakal menjadi orang pantas bekerja kerana diterima di laluan pantas UPMians juga, Tahniah ! Rezeki anda di sana. Moga anda helang yang hebat. :)

Muslimat: AizaSophia506, AliaHazwa501, Wan Nur Asyihah505, FatinFarhana501, Nur Aqilah Ismail 501 dan... er, nantilah update lagi:)


Mereka berjaya ke situ kerana rezeki mereka memang dah Allah takdirkan di situ.

Tidak bermakna anda dan saya yang tidak ke manamana (buat masa ini) tiada rezeki di dunia ini. Sedangkan ulat di dalam batu pun, sudah lama Allah tentukan rezeki yang terbaik untuk mereka apatah lagi kita yang tercipta sebagai sebaikbaik ciptaan
Dush! headshot, kepala sendiri

_________________________________________________________________________________

Dan sekarang anda bekas lepasan bumi tarbiah. (khusus, khusus sekhususnya !)

Dulu anda lah pejuang tarbiyah katanya.
Jam tiga, anda sudah bangun dengan wudhuk yang sempurna, terbongkokbongkok merapati Yang Maha Esa

Dulu, anda juga pencinta majlismajlis taman syurga. Duduk rapatrapat. Ikut sunnah katanya. Alhamdulillah.

Dulu, anda juga seorang yang lembut hatinya. Suka mengikut peraturan walaupun naluri remaja memberontak tidak suka

Dulu, anda juga seorang seorang pencinta tegar saf hadapan.
dan

Mungkin,

 Dulu anda seorang pencinta ilmu. Pantang ada kelas tambah yang percuma anjuran guru. Andalah orang pertama !

Err, mungkin senarai di atas bukan semuanya diri anda. Tapi, saya yakin dan percaya, siswazah lepasan kolej tarbiyah mungkin punya satu ciri daripadanya.
Dan sekarang fasa dunia-batu-kaca anda sudah pun tamat. Lainlah, anda punya citacita mahu jadi calon setam (fahamkan STAM) . Kini, anda tidak lagi punya PUISI BUAT TEMAN untuk mengingatkan anda.

Sekarang tibalah masanya, pipit kanakkanak menginjak umur puberty sebelum menjadi helang berkuasa.
_________________________________________________________________________________

Siapa anda dan apa yang jadi pada anda sekarang?

Mungkin..

Tibatiba, fon anda yang sepi selama dua tahun, dihujani dengan pelbagai nombor baru yang tidak anda tahu apa jantinanya.

Tibatiba lagi, inbox anda di mukabuku penuh dengan warkahwarkah penghuni bumi sama. Oh, tiba-tiba ! Err, teringat pada nyanyian Alyah ketika di Tingkatan Dua "Tak Mungkin Kerana Sayang"Anda tidak tahu? Bagus ! Memang tu lagu lagha yang pernah saya suka
Tibatiba, banyak pula cerita Korea yang memang dah lama anda berpuasa untuknya menyapa anda. mohon untuk dimainkan di komputer riba. #Dah maju lah, IPad pun boleh:P

Tibatiba, banyak pula drama cinta yang anda suka
Oh, tibatiba..hilang pula balutan (baca sarung) lengan dan kaki ketika anda berjalan di kota raya

Tibatiba
Setelah begitu banyak anda berubah selepas merdeka dari pagar besi (jangan baca penjara) Bumi Tarbiah Nan Indah, anda kata anda rindu bumi itu.
_________________________________________________________________________________

Siapalah saya untuk tembak katakata ini pada siapasiapa. Post ini juga untuk diri saya yang banyak juga khilaf.

Sebenarnya, inilah masanya kita benarbenar tahu sapa kita sebenarnya. Di manakah KPI (baca Key Performance Index) Tarbiyah yang berjaya terserap jadi akhlak kita.

Dulu di Bumi Tarbiyah kita diibaratkan seperti:

Satu
Seorang anak kecil yang sentiasa dipimpin oleh ibu muda cantik bergaya yang penyayang.

Dua (buat Dura)
Seperti perbincangan Dura yang boleh anda tanya macammacam, dijawab pula dalam jamaah yang penuh kasih sayang.

Tiga (kelas Syuruk)
Seorang muslimat yang boleh meminta diterangkan pelbagai perkara dan yang menjawabnya.

Empat (kelas AddMate)
Pelajar lemah yang boleh bertanya soalan bentuk berulangkali sehingga faham tanpa dimarahi walau sedikit pun.

Lima
Pelajar kelas memandu yang masih L, yang dibimbing oleh jurulatih

Kini, fasa itu telah berlalu pergi.
Anda dan saya tiada punya semua itu lagi dan sekarang masanya anda dan saya bertebaran entah ke manamana.

Dan jangan pernah menyesali semua ini

kerana

  Dia Lepasan Kolej Tarbiyah
Maka, selamat menjadi helang :)


Dan saya punya kerja idaman selepas Sijil Pelajaran Malaysia
Pembantu Kedai Buku !!maka banyaklah buku edisi baru yang saya boleh baca. Syukur padaNya. Alhamdulillah.
Itu bermakna saya tidak punya masa ke Konvensyen Fiqh . Saya sedih tetapi gembira.



:) Terimakasih buat yang memerah idea mereka gambar nh. Sumpah, saya suka !









Sekian.
Yang Berkata Sudah Tentu Diuji
Wallahua'lam






Tuesday, December 25, 2012

Batch 58: Kolej Islam Sultan Alam Shah Sekolah Bertabiyah Tinggi :)


بسم الله
Alhamdulillah
Wasallahua'la Muhammad Wa'Ala Ali Muhammad

Inshaa Allah.. :)
Post kali ini khusus aku tujukan buat penyambung tarbiyah dan bakal helang Batch 58 yang serius aku sayang kerana Allah ..


Kak Ummu Khair punya gambar :)




Tajuk:  Bersediakah adikadik jadi Fivers?
Description: LekLek lah. Inshaa Allah, Allah mudahkan (:
Bumi Tarbiyah.. Syukurilah dan Hargailah detikdetik di situ :)


Seperti biasa, aku apabila menulis..suka berkongsi pengalaman..
Jadi ikut pengalaman errr, akak yang biasabiasa nih..

#Moge BERGUNA..

Let's begin our journey of the story with..

بسم الله
Bahagian Satu:
Hari pertama ---> Ujian Mac

Beginilah, apa yang harus adikadik buat ialah sebaik sahaja keluar je pintu rumah menuju Bumi Tarbiyah, ambil mood untuk mulakan belajar,belajar dan belajar. Kebiasaanya (cerita benar !) ramai yang pada 31 Disember 2012 nanti, akan merungut-rungut soal cuti. Tak puas. Tak best dan banyak lah lagi. Semestinya, terlalu banyak cerita yang nak dikongsi bukan? Alolololoor..tanak ngaku lak? Akak makan garam DM tu lagi banyak daripada korang. Waktu hari first ni lah yang DM akan jadi super duper bising tahap kesepuluh. Maka jenuhlah, Pra Ketua Pelajar yang akan menenangkan adikadik.. Support ar kawankawan err, sahabat-sahabat (kat Kolej Islam, takde lagi istilah kawan, semuanya SAHABAT: Kedudukan tinggi dalam berteman aka berukhwah) yang ada jawatan. Ya Rabbi, diorang tuh nampak je bajet tough, tapi diorang manusia gak yang Allah anugerahkan perasaan..

Pointnya: Support sahabatsahabt korang yang berjawatan.. Jangan lah dok buat tak puas hati ke ape. Samasama sumbang untuk kekalkan biah solihah.. AdikAdik kan nak sambung legasi tarbiyah untuk Form 4 baru kan? :)
Sambung..
Belajar tu kena sentiasa ingat, even adikadik buat count down SPM..Rase cam lama lagi, tapi ikut pengalaman akak, xde nye lama sangat pun. Serius, SEKEJAP SANGAT. Bila tak faham, terus tanya cikgu. Lagi best, kalau adikadik pergi ramairamai tanya cikgu. Tunjukkan semangat nak belajar tuh dari awal tahun.

Yang penting: Fahamkan konsep. Takyah belajar kalau tak paham konsep setiap subjek terutama silibus Form 4.Waktu adikadik Form 5, serius nih, kalau tak paham yang Form *bagi subjek kritikal seperti Bio, Chemist, Physics n AddMate. BUANG MASA !! Serius, TAK TIPU. Yang utama, clearkan KONSEP, BELAJAR KERANA ALLAH. NAK JULANG NAMA ISLAM SETINGGINYA (:

Hmmm..
Awal-awal tahun ni biasanya yang berjawatan akan sibuk dengan tugasan mereka. Jadi, sebagai sahabat yang kurang sibuk tu, tolongtolong lah basuh baju sahabat, even dengan mesin pun jadi lah, ceriakan mereka. Frankly speaking, yang berjawatan bagaibagai tuh *terusterang: KP, Exco, Perkisas err, yang nih yang biasa super extreme busy, sangat memerlukan support adikadik..

Simptom diorang memang perlu di'support' (ikut pengalaman): Mereka *skema lak. akan lebih suka menyendiri dan buat kerja sorangsorang sebaik selesai buat tugasan sebagai KP, Exco dsbgnya. Entertain lah diorang dengan tunjukkan betapa care nya adikadik kat mereka *sekali lagi skema..:) 
Selain tu, boleh juga adikadik, praktikkan amalan belajar berjamaah dengan sahabatsahabat yang adik selesa. Bapak lah gempak kalau mulemule sekolah pun dah mula buat usrah akademik..Salute akak kat adikadik.. Err, ni cabaran nih! Sambutlah !


Selesai.

Bahagian Dua:
Selepas ujian Mac ---> Peperiksaan Pertengahan Tahun PPT


Mahu tahu rahsia?
Akak bocorkan lah ye..

Ada dua rahsia.

Pertama: Result PPT dah boleh gune untuk apply scholar IPTS macam Taylor College, Sunway College dsbgnya. Syarat minimum 6A campurcampur (A+.A.A-). Pastu ada yang kena buat essay untuk apply scholar diorang. Jadi, yang terer BI tu advanced ar untuk adikadik. But, it does not mean, yang rase tak terer tu tak leh apply. Main redah je lah, adikadik oii. Then, put your tawakkal after efforts at the highest position. Inshaa Allah. May Allah ease :)

Kedua: Soalan untuk PPT ni, biasenye cikgucikgu kita yang super duper dedikasi yang cipta sendiri. Means? No bocorbocor like SBP punye soalan lah kan? Ececececee..tanak ngaku lak. Ingat akak tak tahu. Kan dah kata akak punya garam DM tu lagi banyak akak makan compared dengan adikadik. Tapi, akak paham. bocor pun, belum tentu boleh jawab kan? haha..basic lah tuh..peace !!
Rahsianya untuk diberitahu, soalansoalan tuh biasanya cikgu guna soalan past years sebab itu soalan standard.

Pointnya: Jadi, jangan dah habis trial baru  nak usha soalan SPM past years. Mula dari hari pertama sekolah lagi, mula buat. Sejak akak Ting 4 lagi, cikgucikgu untuk hampir semua subjek buat macam tu,
Bahagian Tiga:

Selepas PPT ---> Trial SBP



Tahun 2012, tiada soalan percubaan SPM untuk negeri Selangor. Means, tahun kitorang trial cuma sekali yakni SBP punya trial. Kalau tahuntahun before nih, senior kita ambil trial for twice.. Ada dua peluang lah kan? Tapi, tidak untuk Batch 57..

Yang perlu adikadik tahu, lepas je PPT, kalau boleh gandagandakan usaha untuk sentiasa segar dalam kelas. Serius, nanti terlalu banyak program akademik untuk adikadik. Time tuh, memang stress ! Mana nak jaga adikadik form 4 yang belum tahu attitude diorang macam mana. Mana nak kejar akademik. Yang terbaik, BANYAKKAN MENGADU PADA ALLAH ! Sesibuk mana pun adikadik, macam biasa tak perlu diberitahu, spend time for Him. Instead of call parents adikadik, Call Him ! Tak perlu wayar pun kan?  Free lagi :) Yang biasa akak tengok: Dhuha sumber kekuatan KISASians #muslim sebenarnya! .. Qiam.. Hujung minggu tuh, take time after Zuhur n Asar untuk mengadu #berdoa.. Lagi, tolong bersihkan toilet n kawasankawasan lain dengan niat Allah juga akan bersihkan hati kita daripada sifat mazmumah. dan errr, adikadik boleh buat apa saja amal soleh yang istiqamah yang adik rasa mampu istiqamah dengannya. Biar sedikit asal istiqamah.. Contoh: adikadik tak pernah tak senyum n bagi salam bile jumpe sume orang. Dapat?

Seperi biasa: Manfaatkan time adikadik untuk seimbang ruh dan jasad. Tipu lah kalau kata takda yang nak rebel *memberontak tapi chills lah. Normal lah tuh. Jalani hidup macam biasa.

Pointnya: Kita kalau nak dekat dengan exam maka fenomena seperti yang K. Husna Najihah katakan ini 
"Musim exam, pukul 3.00 dorm dah bercahaya, ramai dah bangun qiam , musolla pun dah terang , ramai dah start study . Lepas maghrib, ramai yg masih sujud dalamdalam . doa penuh khusyuk, zikir panjangpanjang .semoga kita semua tak buat buat lupa, allah kita sekarang adalah allah yang sama macam waktu kita tengah exam .
Pointnya: Jangan tetapkan musim memintaminta kerana nikmat Allah kita dapat setiap masa :'(
Selesai.

Bahagian Empat:

Selepas Trial---> Habis SPM

Inilah saatsaat genting di Bumi Tarbiyah itu.
Memang saat tuh, macammacam akan terjadi. Apa? Wallahua'lam
Ujian ikut kemampuan..
Jangan risau.
Just follow the flow je.

Pengalaman akak dan kebanyakan sahabat : Waktu ni lah, ukhwah teruji dengan benda yang bagaibagai. Tapi, yang ni lah mematangkan kita. Contoh: Errr..ade rezeki adikadik akan dapat rasa.....:)

Waktu ni juga, banyak interview akan berlaku. Contoh: Khazanah, Sime Darby, Nasional, Darul Quran.
Yamg pasang anganangan tu, adikadik..cuma perlu letakkan keyakinan dengan usaha lah kan. Keyakinan yang ALLAH LAH SEBAIKBAIK PERANCANG..

Firman Allah dalam Surah al Hadid ayat 22-23

Tiada sesuatu kesusahan ditimpakan di bumi dan yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (Luf Mahfuz) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. [57:22]




(Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. [57:23]


Dan lagi..
Yang hampir habis: Adikadik akan hadapi SPM maka hadapilah dengan tenang dan jangan lupa buat kerjakerja amal soleh membantu agama Allah SWT seperti solat tepat pada waktu, turun tazkirah, join aktiviti sekolah dengan ikhlas. Macam mana pula 'relation' nya dengan tolong agama Allah. Dah kata solat awal waktu. Means, kita berusaha meletakkan syariat Allah setingginya, Yelah bila dah kita utamakan syariat Allah *solat melebihi benda lain seperti study dsbgnya. Itu dikira menolong agama Allah. Begitu juga dengan benda lain. Dapat? Tak dapat, tanyalah yang A'lim *berilmu...

SPM itu cukup mudah apabila Allah mengkehedaki mudah bagi kita..
Maka berusaha, berdoa sambil berlari kepada Allah.

Kakak Husna Najihah !! saya ambil gambar awak :)


Berdoalah kepada Allah, walau apa jua bentuk soalan yang kita jawab, MUDAH untuk kita selesaikan :)
MUDAH untuk kita hadapi :)
MUDAH untuk kita jadi orang yang sentiasa bersyukur :)

Tamat..!!

MogaMoga perkongsian ini boleh dijadikan guide yang sedikit membantu. Tembaklah doamu untukku dari jauh kerana ketahuilah aku juga menyintaimu kerana Allah..

With Love..

Contoh belajar berjemaah dengan kasih sayang + gumbira !! :)

Doa Rabithah pengikat ukhwah di jalan Allah :)
Ustaz Ismail kata hidup mudah apabila kita sentiasa mudah dalam tindakan namun tiada istilah ambil mudah untuk pelajaran

#Pengumuman: Ustaz Ismail PK Akademik turut bersama kami Batch 57 meninggalkan Bumi Waqafan. Beliau kini di SMS Lahad Datu dan Inshaa Allah akan kembali ke KISAS sebagai PENGETUA, inshaa Allah setelah Tuan Haji Abdullah Jusoh bersara ..

:)
Sekian, Wallahua'lam






Friday, December 21, 2012

Kolej Islam Alam Shah






1) Give 5 simple words about kisas



  1. Rindu
  2. Tarbiyyah
  3. Ukhwah
  4. Jamaah
  5. Duraluminors :) 


2) Korang rase korang meletop kt skul…

Lawak ar soalan nih.. ! TakNak jawab boleh?! :P


3) Ape perasaan mse hari pendaftaran. sape org 1st korang tego..korang redha dgn warna file yg diberi?


Blurr ! Apakah benar aku di bumi ini..
Kak Ainul Mardhiah Zuber. Akak KP dorm yang hot ! Dah kat KYUEM sekarang dan itulah tempat yang aku impikan 4 my A-Level..Amiiin :) 
File warne merah. Arghh. dah lah alergik merah. Redha dan terima saja lah walaupun hati memberontak taknak ..huhu
4) Ape yg korg bangga kat skul?

Setiap kali berkumpul, ada je jemaah mulekan zikir, doa dhuha n qasidah. Paling suka..bile muslimin sambut zikir muslimat. Rasa indahnya, biah solihah.. Lepas tu, suasana SENYAP kalau nak di'compare'kan dengan sekolah lame aku. Walaupun, ramai kata, KI semakin bising, tapi bagi aku KI tetap Bumi Tarbiyah


5) Tempat paling korang suke kt skul..



Sume tempat yang The Duraluminors buat perjumpaan. Paling best, padang ragbi, 404, 407, pentas DM.. Senang cter kat mana saje ade perjumpaan Dura, sume aku suke ! :)

6) What is ur nickname in skul..

Fatin ! : ramai panggil aku nama nih tpi ramai lagi muslimat yang panggil aku KB..err, waktuwaktu last nak habis sekolah, aku taksuka diorang panggil aku KB lagi. sebelum tu, oke ja.. :)
Fatini: certain je panggil aku nama nih..tapi ini lah nama yang aku suka 
Muslimat: muslimin panggil. tapi aku rasa tak sampai 10X pun diorang panggil aku..

7) Berape kali korg attend gotong- royong? .. pernah escape prep?bpe kali?kat mana n buat apa..??

Tak pernah skip gotong-royong. Aku menade bilik BADAR ke bilik KP ke nak escape. Hamba sebagai rakyat biasa perlu patuh dengan apa sahaja. Cheeewah, ayat pasrah. Pernah teringin nak escape, tapi rasa bersalah yang amat..
Prep pun tak penah melainkan SAKIT.. Kat KISAS lah rasa demam yang teruk, pengsan n bagaibagai. Sebelum nih, serius tak pernah rasa !.. 

8) Bile 1st time korg break da rules? N how bout da last time?



Outing xde buku tu langgar peraturan kan? Bermakna, since form 4..Bukan sengaje..HILANG buku tuh.
Last sekali, aku on fon hari last spm. Dikira sebagai langgar peraturan kah? Weh, nak uruskan MAKAM lah pandai !

9) Berape kali korg singgah kantin sehari?


Poket aku selalu kering, so ikut tahap kekembungan poket aku. Sekali atau mungkin dua atau langsung tak.

10) Sume org de kng manis.. so korgnye kngn pahit?
Apsal lah aku pergi marah Batch time perjumpaan sebelum SPM. Takde niat pun. Tapi, lepas tuh, aku yang nangis sampai bengkak mata sebab rase bersalah
11) Andai korg dtaklifkn sbgai KU or TKU… bygkn… n cerita pe yg bkal terjadi..
Tak terbayang dan memang xtahu ape jadi sebab aku memang bukan TKU. Lagipun, aku tidaklah layak untuk memegang jawatan itu..:)

12) Ingat lagi msjid sultan sulaiman… pe korg wat kt sne?

Paling ingat yang program Qiamullail kat situ. Serius, keTENANGan yang sukar diungkap dengan katakata

13)Ape yang terjadi kat dewan kuliah?-ulul albab-


BelajarBelajarBelajar. Aku tak ngantok kat situ..hehe


14) Korang tetibe kena jadi presiden badar or hawa? Amacam… layakkah anda? Pe yg bakal berlaku…

Tak terbayang dan memang tak nak bayang pun. Saya tidak setabah dan se'cool' K.Ain Zuhaili untuk itu :)

15) Berape kali korang outing dalam sebulan…dengan sape.. or solo? Tempat paling jauh korang pernah pergi?



Tak pernah tak outing walaupun cuma Petronas. so, kire sendiri lah kan. Dengan sapasapa je lah.. Paling ingat dengan Duraluminors, Wardah, Athirah Sahira.. Yang lain tu, ingat tapi.....Err, dah kata paling..hehe

16) Soalan plg simple…. Pernah fly?


Kalau kata outing tanpa buku tu fly maka banyaklah kalinya..Tapi, ade kebenaran warden atau Us Mus lah. Eh, pernahpernah..Tapi, Cikgu Norasiah Che Ibrahim, kaunselor yang bawak..Khairul 'Azza, Ainaa Madihah, Syakirah Rahiman n Azmina..Ramai kot KP..Siap ade S/U n BiDip lagi..Hahahaa..Yang tu, paling best ! Alhamdulillah..dapat makan steamboat free lagi..(sehari sebelum MAKAM, siap lepak umah cikgu lagi)


17) Pebenda yg korg harap akn jadi.. tp ianya tak tercapai akal.. n confirm xkn jdnye!


Kantin akan jadi murah.murah dan murah serta makanan yang mencukupi.
Sistem Rumah dihazafkan
Blok E ada AIR yang SAMA LAJU cam Blok F
Aku takjadi Ketua Batch !
Mama n ayah lawat aku setiap minggu

18) Kalau diberi peluang balik mse form4/form5 apa yg korang nak buat..?
Tak belajar PQS ape?!! Mana boleh guna 'kalau'..tu tandanya tak redha..
Tapi, jawapan aku : Aku nak belajar betulbetul untuk semua subjek dan aku nak catat semua tazkirah yang aku dengar elok-elok dalam buku 


19) Kalau korang tak masuk KISAS agak2 kat sekolah lama apa cerita korang ek..??


Masalahnya, aku memang tak nak stay sekolah lama ! Ermm, kat sana, mungkin aku tak rasa biah camni dan mungkin The Duraluminors wujud tanpa aku di KI..haha
20) Soalan last:decribe perasaan korang {sebelom:semasa:selepas} jadi warga KISAS..
Sebelum: Memang Nak Jadi KISASian
Semasa: Tak semudah yang disangka rupanya
Selepas: ALHAMDULILLAH ! 


إن البغاث بأرضنا يستنثر



sesungguhnya pipit di bumi ini akan menjadi helang. 


Sekian, dari aku..
Assalamualaikum.

Sijil Khas Kolej (SKK)

"Assalamualaikum ustazah, saya rasa saya nak drop SKK."
Ustazah Norizah Bohari, memandang pelajar yang baru dikenalinya dengan penuh makna.

" Eh, kenapa pula. Awak dah bayar. Ustazah yakin awak boleh bawa SKK. Lagipun, akademik awak bukan faktor penghalang"

Tap. Tap. Tap..
Air mata berderai jatuh dengan lajunya.
Ditahan.
Tak mampu.
Jatuh lagu butir-butir jernih itu.

"Ustazah, saya ada masalah ustazah. Saya memang tak boleh nak bawa SKK. Exam lepas cuti nih"
 Jawapan pelajar tersebut tidak memuaskan hati ustazah

"Apa masalah awak. Hmm, siapa nama awak. Awak pelajar 501 kan?"

Teresak-esak lagi,

" Saya tak ada buku Fiqh dengan Tauhid. Selam nih, saya yang uruskan buku-buku untuk muslimat kelas sains. Dah lama settle. Tapi, 3 hari lepas, ada yang datang tuntut buku dengan saya. Terpaksalah saya bagi buku saya ustazah. Macam mana pun, saya memang kena drop SKK ni ustazah.

Guru muda tersebut terus menarik tangan pelajarnya ke Bilik Setiausaha SKK aka Bilik Ustazah Hayati

"Nah, ambil lah buku-buku ni. Ini buku baru. Cuti ni, guna masa elok-elok. Kalau kamu cemerlang, Alhamdulillah..Pastikan, niat kamu betul. Ustazah doakan yang terbaik untuk kamu"
Berjalan pantas dengan deraian air mata pelajar itu kembali ke pangkuan sahabat-sahabatnya yang support dia untuk tak drop SKK..


_________________________________________________________________________________

بسم الله
Assalamualaikum..
Kat atas tu memang cerita aku..



Cuma nak kongsi pengalaman SKK aku.
Err, ok kot kalau guna 'aku' pun, walaupun aku tahu, pengalaman ni lebih kepada junior KISASians kan?
Whatever lah.
Ambil lah ibrah dari cerita aku. Yang baik jadi inspirasi, yang rasa tak perlu tolak tepi.. Ok?

Mungkin, ada di antara korang yang cuak untuk ambil SKK kan?
Kalau budak akaun, cuak tak cuak..kena ambil juga kan?
Yang budak sains tu, terserah kat korang kan..

Jadi..
Nasihat akak..Err, dah rasa janggal guna aku..hehe

Kalau ikut pangalaman..
Dari Tingkatan Empat, akak buat istikharah untuk SKK nih, nak ambil ke tidak..
Tak rasa apaapa pun. Gerak hati pun tak ada apaapa hint, mimpi memang taklah..Nyenyak kot tidur kat KI.. :)

Setiap kali ada kelas SKK, akak join ja..tapi hati tak pernah muktamad untuk ambil SKK..
Even sampai dah bayar duit pendaftaran RM60 pun akak tak yakin nak ambil.
Tapi, buatbuat cam cool je..Ahhaa..

Frankly speaking:
Setiap kali kelas, akak jeles kot dengan Kak Sarah Alshurdin TKU II..Dia mudah ja tangkap apa yang ustazah ajar..Akak? bukan setakat tak dapat tangkap. Sepatah pun tak paham!! Laju kot!! Memang lah, bukan salah ustazah, salah akak juga. Background Arab akak pun biasabiasa ja. Akak tak pernah belajar SMA ke Selangor  SMU ke Kelantan atau apa saja subjek Arab tambahan melainkan untuk PMR.

Kendatipun begitu..
Dalam setiap doa:
Ya Allah aku nak mumtaz SKK. Bantulah aku, sahabatsahabat aku. Mudahkan urusan kami

Masa berlari laju..
Meninggalkan semua yang setia menunggu..

SKK tinggal 2 minggu sahaja lagi..

Di rumah(cuti):
"Mama, akak minta sangat yang cuti dua minggu ni akak tak nak pergi mana-mana tuisyen Fizik, Bio, Chemist, Add mate"
"Larhh awat pulak, kakak dah oke ka subjeksubjek tuh?"
"Dak lar mama, buka sekolah ni, kakak ada exam SKK yang semua dalam arab tu mama"
"Ikut kakak lah, yang penting SPM nuh"
"Mama, kakak janji SPM nanti kakak inshaa Allah boleh buat punya. Mama doa lah kakak mama naa"

Pointnya kat sini..
2 minggu cuti tu lah, akak cover balik 8 subjek SKK. Tak tengok buku lain pun..pagi, petang, malam, subuh mengadap  buku-buku SKK ja..

*Al Quran
*Tauhid
*Fiqh
*Balaghah

Empat ja sempat cover sepanjang dua minggu cuti..

*Tarikh Islami aka sejarah dalam bahasa Arab. X sentuh pun ! Plus, aku memang tak minat sejarah ! Alhamdulillah, tu sejarah Islam..boleh lah timbulkan minat..hehe

_________________________________________________________________________________

Sekolah dibuka:
Calon-calon SKK diberi pelepasan daripada PnP subjek SPM untuk Program Sifar Rasib gagal SKK

Serius:
Otak bercelaru..
Kawankawan dalam kelas belajar. Yang aku duduk bergelumang dengan SKK. Budakbudak akaun takpala, diorang WAJIB ambil SKK. Semua tak masuk PnP.
Dahlah, aku ni antara yang lambat pick up dalam kelas 501 sapa suruh ko duduk kelas 1st?

FatinFatinFatinFatinFatin !!
Ikhlaskan niat.. Belajar kerana Allah
Minhalina, Athirah Sahira, Naziha n Athirah Hani support aku time tuh
Aku belajar SKK, diorang teman..
Min siap bagi aku highligter lagi untuk study SKK..ada lagi walaupun dah bercerai badanbadannya..hehe

Malam itu:

KetuaPelajar bertugas buat announcement
Subhanallah, perhatian kepada semua pelajar aliran Sains, anda ada kelas Biology di DUA
Bapak arh !
Nak pergi yang mana?!
Esok, exam Tarikh Islamiy kot..
Sepatah pun tak hafal lagi..

FatinFatinFatinFatinFatin !!

Tenang. Cool..
Pergi je lah 
Gerak hati bersuara..
Aku main redah je..
Pergi dan belajar

Tapi, Biology pun tersekatsekat..Banyak kot tak paham..
Balik dorm..
Mula hafal dengan Sarah Tarikh Islami..

Esok tu exam..
Semua yang aku ingat..aku taram + tawakal je..
Apaapa pun, redha ja lah..

Masa terus berlalu..
SKK dah habis dan hari demi hari (lama lah juga) dipendekkan cerita result diannouced


17 Oktober, 7:15 pagi kat Centre of Excellence:

Dari sudut hati yang paling dalam..
Waktu pengumuman, aku aim lah juga nak MUMTAZ.
Kena pulak waktu tuh, Ustazah Norhayati cakap ada 15 orang kot MUMTAZ..

Walaupun, aku tahu dan sedar tahap aku..tapi, aku harap ada miracle berlaku..
Dalam hati aku di sudut yang paling dalam, aku tahu tahap aku mungkin sekadar MAQBUL (pangkat C kalau SPM) je..
Ye lah, aku mana lah terer BA and so on..

Kat DUA,
17 Oktober, 10:30 pagi:

Semua calon SKK berkumpul.
Cuak weh !
Ustazah cakap RASIB ada 5 orang..
Akukah salah seorang daripadanya..
TIDAKTIDAKTIDAKKKKKKKKKKKKKKKKKK

Tapi..
Lepas tu ustazah sebut
الطلاب
Lega aku!

Waktu ustazah panggil nama sorangsorang ikut kelas, aku tengok lah kertas keputusan aku..
Jayyid Jiddan!! (kalau ikut pangkat SPM macam dapat 11 A bukan 11 A+ lah)
Alhamdulillah!! SegalaPujianYangBaikdanTerbaikHanyaUntuk Allah

:)

Meskipun, aku target MUMTAZ,
Berpijak lah atas bumi yang nyata, fatin !
Ustazah ajar xpaham.
lambat pick up,
study dua minggu ja,
hang nak mumtaz..MAQBUL pun belum tentu boleh kalau ikut sunnatullah..

Betul lah, Allah bagi ikut keperluan bukan kemampuan..
Jadi, adikadik Batch 58, ramairamai ambil lah SKK !
Serius, tak rugi..

Err, lagi 1..pecahkan rekod Batch 57..15 orang MUMTAZ..
Ustazah kata RAMAI dan cipta SEJARAH..

Tak tercabar ke?
Nah, ni ada teks balaghah







Sekian..
Yang Baik Dari Allah
Yang Kurang Sempurna Dari Aku Dgn Izin Allah Sebagai Tanda Aku Hamba Yang Lemah..
Wallahua'lam




Saturday, December 15, 2012

..~Oh, Mulia Sungguh Hatinya~..Palestin

Dengan Nama Allah Yang Menciptakan dan Menyempurnakan Segala Penciptaan..

Baru-baru ni, seorang sahabat bertanyakan aku pendapat apakah perlu abangnya ke Palestin..
Dan, aku pun memberikan pendapat seadanya..

Pokoknya, ada cerita yang lebih menarik tentang itu..


Ini rupanya anak muda yang jual motorsikal untuk ke Gaza.

--

Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nipis walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya. 

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina". 

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.

Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.

Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.

900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini.

Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.

Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini. 

3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan. 

Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".

Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada." 

Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya.
Ini rupanya anak muda yang jual motorsikal untuk ke Gaza.
--
Nama anak muda ini Muhibbudin. Sepanjang di Ghaza dia hanya berbaju lengan panjang kain kapas nip
is walaupun kami yg lain berbaju tebal menahan sejuk membeku. Adik ini ada cerita sebenarnya.

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".

Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.

Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.

Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.

900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini.

Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.

Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini.

3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan.

Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".

Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada."

Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya

Bermula dgn mimpi mempertahankan Palestin. Keesokan pagi, sewaktu membuka fb adik ini terus melihat jemputan Misi Solidariti Aman Palestin. Tanpa memikir panjang dia mengambil keputusan ke Ghaza. Ketika itu katanya "Nilai saya zero. Tiada satu sen pun di dlm tangan. Yang ada hanya sebuah motosikal & buku-buku senibina".
Pelajar senibinaan USM ini terus mengumumkan di Fb Aman Palestin utk melelong motosikal kesayangannya. Inilah kenderaan yg membantunya berulang alik ke kuliah dan pulang kerumah. Harga motornya rm10 ribu. Sudah selesai dibayar. Yg diharap dari pembida sekurang kurangnya rm5 ribu. Namun sangkaannya meleset. Tiada yg berminat. Akhirnya dia menjual motosikalnya di kedai motor terpakai pada kadar 3ribu ringgit (he found out that his bike was later sold at rm7k). Muhibbuddin redha.
Dia terus bertekad mencari rm4500 selebihnya. Satu-satu harta yang tinggal hanyalah buku-bukunya. Nasib baik ada rakan yg memahami. Semua menghulur apa yg ada untuk membantu Muhibbuddin mencapai impiannya ke bumi ambiya.
Sepanjang waktu ini, Muhibbuddin masih merahsiakan keinginannya dpd ibu tercinta. Dia tahu ibunya pasti bimbang. Manakan tidak. Palestin masih bergolak. Segala galanya hanya dicurahkan kpd si kakak. Kakak Muhibbuddin adalah seorang wanita & insan yg begitu mulia. Dijual segala barangan kemasnya utk membantu adik tersayang. Allahuakbar. Moga-moga pengorbanan anda Allah limpahkan dengan emas permata di Jannah kelak.
900 ringgit yg diberi ibu untuk kegunaan sesi pembelajaran ditambah untuk mencukupkan simpanan. Itulah simpanan terakhirnya. Dipejamkan mata. Segalanya utk berjihad, kata anak muda berjiwa kental ini.
Akhirnya dia berjaya mengumpul rm7600. 7500 untuk misi & Rm100 untuk wang saku.
Sebab itu Muhibbuddin tidak berjaket tebal seperti rakan-rakan lain sepanjang berada di sini.
3 hari sebelum berangkat Muhibbudin mencurahkan segala yg dipendam kepada ibunya. Hanya ibu yg memahami si anak. Tanpa bertanya, si ibu meredhakan.
Anak muda ini berkata kepada saya "Masa tu saya betul-betul menangis. Saya tak sangka mak saya merelakan saya pergi. Saya betul-betul terharu".
Sebelum kami berpisah saya bertanya "macam mana adik nak study nanti? Buku semua dah tak ada."
Dia menjawab "Jangan risau kak Farrah, semuanya Allah simpan di sini" sambil menyentuh kepalanya

Friday, December 14, 2012

..~Biasiswa II~.. Allah Tahu Sedang Kita Tidak Mengetahui (:

Bismillah...
Bersyukur padaNya
Dan marilah berselawat pada Muhammad Sollahu A'laihi Wasallam (:

Berminat untuk jadi anak emas Karangkraf..
Alaaa..syarikat buku paling kaya milik bumiputera MelayuIslam kat Malaysia
 #hehe, jangan teringat anak emas kat KI lak..

Ni ada cerita panjang dia..
Baca dulu :)



 SYARAT-SYARAT DAN TERMA BIASISWA KARANGKRAF


Pihak  KARANGKRAF akan membayar semua amaun yuran pengajian pelajar termasuk yuran
pendaftaran, yuran pengajian dan yuran semester seperti yang terkandung dalam struktur yuran
institusi. Bagi elaun sara hidup, buku dan penginapan tidak ditanggung oleh pihak KARANGKRAF.
Oleh itu, pelajar perlu mematuhi syarat-syarat tawaran seperti berikut :

1. Pelajar harus menjaga imej dan nama baik KARANGKRAF dan tidak melakukan sebarang
salah-laku serta mematuhi undang-undang institusi pembelajaran.

2. Pelajar  tidak boleh menukar kursus pengajian tanpa kebenaran terlebih dahulu oleh
KARANGKRAF.

3. Pelajar perlu mencapai kejayaan yang memuaskan dalam pengajian, iaitu minimum CGPA
3.2 .

4. PELAJAR akan melaporkan dengan segera kepada  Sekretariat Dana Pendidikan
KARANGKRAF segala keputusan peperiksaan penggal, semester atau tahunan institusi
pengajian yang ditetapkan sebelum kemasukan semester baru.

5. Jika salah seorang atau kedua-dua PENJAMIN meninggal dunia atau tidak bermastautin
dalam Malaysia atau berada di luar Malaysia selama lebih daripada dua belas (12) bulan
berturut-turut atau dihukum seorang bankrap atau memperolehi sesuatu perintah
pentadbiran pemakan gaji , maka PELAJAR harus mendapatkan pengganti penjamin dengan
dipersetujui terlebih dahulu oleh KARANGKRAF.

6. Jika PELAJAR gagal untuk mendapatkan pengganti penjamin dalam tempoh yang ditetapkan
oleh KARANGKRAF maka KARANGKRAF boleh menamatkan perjanjian ini pada bila-bila
masa dan dengan itu PELAJAR tidak akan mempunyai apa-apa tuntutan ke atas apa-apa
faedah di bawah perjanjian ini.


7. Pelajar tidak boleh memegang apa-apa jawatan di dalam apa-apa pertubuhan, badan atau
kumpulan tanpa kelulusan terlebih dahulu dari KARANGKRAF.

8. Pelajar tidak boleh menjadi ahli atau mengambil bahagian dalam kegiatan apa-apa
pertubuhan, badan atau kumpulan yang bercorak politik tanpa kelulusan terlebih dahulu
dari KARANGKRAF.

9. Pelajar tidak boleh mengambil bahagian atau menyediakan atau mengedarkan dengan apaapa cara dalam sesuatu penghasutan atau tunjuk perasaan yang memudaratkan
kepentingan Malaysia atau institusi pendidikan yang ditetapkan.

10. Jika PELAJAR melakukan pelanggaran terhadap syarat-syarat di atas, KARANGKRAF boleh
menurut budi-bicara  mutlaknya, menamatkan perjanjian ini dan dengan itu, tanpa
menyentuh hak-hak KARANGKRAF di bawah perjanjian ini,  PELAJAR tidak lagi mempunyai
apa-apa tuntutan ke atas apa-apa faedah perjanjian ini.

Ni bukti yang biasiswa ni betulbetul wujud..hehe


#Haa..mesti korang nak tahu macam mana nak buat untuk dapat kan?
Hehe
Macam biasa lepas result spm, terus google..
Settle..

Dan aku..
Masih teguh bersama KYUEM ..
Sekian..
Wallahua'lam

Biasiswa~.. MogaAllahMudahkan, Amiin

Assalamualaikum dan selamat........err, ikut waktu yang korang tengah baca..
Alhamdulillah wa SyukurLillah kerana aku masih lagi dapat hidup dan korang pun sama!!
Then, jom lah kita kenang-kenangkan perjuangan Baginda Habiburrahman Muhammad SAW
Sollahu 'alaihi wassalam..

Seperti yang korang tahu..yang tak tahu tu pun akan tahu
Aku punya cita-cita untuk jadi sebahagian pelajar pensijilan Darul Quran kecundang..
Means, aku gagal temuduga..
Takpalah ALLAH yang aturkan kan?
Chill..

:)

Dan..Aku terasa nak kongsi dengan korang yang aku sayang sebab mukmin yang bersaudara #rujuk Surah alHujurat ayat....err, baca semualah Surah tu pendek ja.tak sepanjang AlBaqarah pun.. :D

Kalau sebut biasiswa, mesti dalam kepala otak aku akan keluar JPA atau MARA..
Hakikatnya, punya lah berlambak kat MALAYSIA nih..




Kenapa?
Tak percaya?

Tengok nih!!





Senarai Biasiswa 2012 Di Malaysia
  1. Biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) 
  2. Biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA)
  3. Biasiswa Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
  4. Biasiswa Petronas 
  5. Biasiswa FELDA, Malaysia 
  6. Biasiswa Yayasan TNB, Malaysia
  7. Biasiswa Yayasan TM (Telekom Malaysia)
  8. Biasiswa Yayasan Khazanah
  9. Biasiswa Yayasan UEM (Pengajian Luar Negara) ..dan seperti ramai sahabat tahu, aku memang aim sangat yang nih, gara-gara K. Diyana Amalina datang hari tu..Tapi, perlu diingatkan  "Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu.Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui"
  10. (Surah al-Baqarah ayat 216)
  11. Biasiswa Yayasan UEM (Pengajian Dalam Negara) 
  12. Biasiswa Sime Darby 
  13. Biasiswa Bank Negara Malaysia (BNM) – Pengajian Perbankan Islam - Dibuka Sepanjang Masa
  14. Biasiswa Bank Negara (Lepasan SPM 2011) 
  15. Biasiswa Permodalan Nasional Berhad (PNB) 
  16. Biasiswa Maybank, Malaysia
  17. Biasiswa Shell, Malaysia 
  18. Biasiswa Tunku Abdul Rahman
  19. Biasiswa Singapura
  20. Biasiswa UPM-ELS Tun Dr. Mahathir 
  21. Biasiswa Taylor’s World Class 
  22. Biasiswa Astro 
  23. Biasiswa MREPC 
  24. Hong Leong Foundation Scholarship Programme 
  25. British Council IELTS Scholarship 
  26. The Titijaya Scholarship Fund – Sepanjang masa
  27. Curtin Universiti Sarawak Malaysia 
  28. Program Tajaan Pendidik Malaysia Airports (ESP) 
  29. The Star Education Fund - Setiap 2 mingguselepas keputusan SPM & STPM dimumkan
  30. The Sun – MAPCU Higher Education Scholarship Fund 2012 
  31. Securities Commission Malaysia Scholarship Award - Sepanjang masa
  32. Program Tajaan Khazanah Global 
  33. Japanese Government (Monbukagakusho: MEXT) 
  34. Biasiswa Endownmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) 
  35. ASEAN Scholarships for Malaysia 
  36. United World Colleges (UWC) – Malaysia 
  37. Biasiswa/Dermasiswa Baitulmal (MAIWP) -Sepanjang Masa
  38. Biasiswa / Pinjaman KWSP - Sepanjang Masa
  39. Biasiswa Negeri Sabah
  40. Biasiswa Negeri Sembilan
  41. Biasiswa Negeri Pahang
  42. Biasiswa Negeri Johor
  43. Biasiswa Negeri Terengganu
  44. Biasiswa Yayasan Sarawak
  45. Biasiswa Yayasan Perak
  46. Biasiswa Yayasan Kelantan
  47. Biasiswa / Pinjaman TNB




#Oh..
Yang aku senaraikan nih bukan semua biasiswa yang ada kat Malaysia..
Sebenarnya, banyak lagi..Bila rajin nanti, Inshaa Allah aku sambung kat next entry lak..

Caranya lepas keputusan SPM 2012 diumumkan..
Korang termasuk sangat perlu untuk online dan isi ja semua borang yang boleh isi..
Pastu, doa banyakbanyak..Minta tolong mama, ayah, nenek, atuk, abang, adik, kakak, sahabat-sahabat, cikgu, jiran-jiran dan sapasapa yang korang rasa sudi sumbangkan doa untuk korang..Betulkan niat, scholarship untuk mudahkan korang belajar untuk tolong agama Allah bila dah berjaya nanti (ni khusus untuk diri aku)
Oh, korang nak tahu cerita KYUEM..klik sini!!..Doakan yang terbaik untuk korang dan aku mohon doakan sekali untuk aku dan ada malaikat yang akan mengaminkan doa korang dan malaikat tu akan doa balik "Dan ke atasnya sama seperti apa yang dia doakan buat saudaranya"
Ok..babai..
Selamat menjadi mujahid professional..
Wallahua'lam
:)