Followers

Thursday, June 2, 2011

..~Indahnya Saat di KI.. Episod 2~

Dgn menyebut nama Allah yg Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang..

Ya Allah..jadikanlah bait-bait kata yg akan aku tulis di sini terhindar daripada unsur-unsur syirik khofiy..riyak..ta'ajub..takabbur..sum'ah..
Ya Rahman..
Jadikanlah ilmu yg ada di entry ilmu yg bermanfaat untuk diriku, insan yg menulis dan saudara-saudara seagama dgnku-insan yg mmbaca..
Ya Rahim..
Jadikanlah kami hambaMu yg sntiasa sedar tanggungjwb kami di bumiMu ya Allah..

Salam ukhwah..
Bertemu lagi di arena bicara tnpa suara..

P/S: Maaf kpd readers n fanatic follewers ana yg tak jemu mmbaca n mngikuti prkembngn blog nh..
adakalanya xde entry baru..ada masanya..entry ditulis secara berat dan perlu pemamahaman yg dlm untuk mmhami bait2 kata..nmun, ana ingin diri ana dan semua kita dpt manfaat dripada tarian jemari ana nh..
....klau antum nak jenguk blog yg ringan sedikit penyampaiannya..silalah ke sini (blog milik exco khas badar kisas..insya-Allah ada ilmu yg antum akn dpt)

Kembali ke agenda asal
[..~Indahnya Saat di KI.. Episod 2~]

Kisahnya............
Setelah beberapa mggu..ana n pelajar Form 4 yg lain berada di bumi Waqafan..bumi barokah..bumi penuh dgn ketenangan..

Pada suatu hari..
KP announce 
 " Subhanallah..perhatian kpd Pljr T4..anda dikehendaki bkumpul di musolla al-Muqarrabin selepas prep"

Di dalam hati:
"Adess ape lagi KP..hmm, ikut jelah Fatin oii..ko baru je kat sini..ikut jelah ape yg dh dttpkan"

Kat musollah..kitorang liqa' al mulk sblum agenda sbnr dmulakan..

P/S: buat yg xtahu..liqa' al mulk tu, amalan wajib kat KI..dimulakan dgn bcaan al mulk, 4 ayt las surah al-hasyr dan 3 kul..diakhiri dgn tazkirah..bgi ana, tujuannya..untuk tjdid IMAN smua bdak2 KI..kbiasaannya..kitorang buat kt dorm je..


Tbe2..
(lpas je liqa' ana igtkan dah bleh balik dorm..ye lah, mata kuyu kot time tuh..tggal nak tutup je)

Exco khas BADAR (tugas exco khas bagi ana sbgai murobbi adik2 form 4 kat KI..tugas exco khas BADAR sgtlah bz..tpi, insya-Allah ada rahmah Allah di sebalik kesibukan tuh..)

Mjlis seterusnye dibukak
dan..
"insya-Allah..mlm ni kita akan pilih salah seorang daripada antunna, untuk jadi pemimpin adik-adik..Ketua Batch 57"

(Dalam hatiku berkata)
Ya Allah, beratnya t/jwb KB..aku cuma Ketua Dorm ja.. tpi xterpikul bebannya..
Xlayak rasanya diri ini nak jadi KB..sapalah aku kat sini..

..ana x ingat apa yg ana doakan waktu tu..tpi ana yakin mlm tuh..ana doakan semoga KB muslimat adalah yg terbaik n mmpu pegang amanah..

.....
Sorang bangun n cadangkan nama calon KB..then, bgun lagi sorang..cadang lagi..n ana plak xkenal sgt org yg dicadangkan tuh..sbb waktu tu baru je kitorang kat KI..

Mata ana semakon kuyu..

Bangun sorang budak dorm sebelah ana..namanye Mina..Full name: Nur Azmina bt Azlin..
Segroup waktu Minggu Jalinan Kasih aka M. Orientasi lahh..'beliau' cadangkan Fatin Fatini....

Dushhh!!

Saper F.Fatini tuh..aku kah?
Menggeletar kaki tangan ble btul orang yg dicadangkan tu ana.......
Then, kene bangun n pegi dpan taaruf n buat sket ala2 kempen larhh..

Ana orang second yg kena ckp kat depan tuh..ada 5 orang calon..serius..ana tkut sgt waktu tuh..xtahu lah knapa..sdgkan kalau kt sekolah lama..xpenah rase apa2 pegang jwtn..tpi waktu tuh...................(SUBHANALLAH..xtergambar perasaan kot)..

Lpas tuh, semua orang kena pjam mata..istighfar..mintak doa supaya Allah yg tunjukkan sapa yg selayaknya jadi pemimpin..Indahnya saat di KI..nak plih pemimpin smpai mcm tu sekali..
Subhanallah..
............................................
Sesi undian bermulaaa..

Ana n calon2 lain kena mengadap ke arah masjid kat luar sekolah..

Lidah rasa kelu + bisu..
Cuma mmpu beristighfar ddlm hati..
Xtahu apkah ini ujian Pencipta buat ana??

Dpendekkan kisah..
Ana dplih jdi pemimpin hari tuh..

YA Allah..
Apakah ini ujian untuk Kau uji keimananku?

Ana kena berucap sebelum bersurai..
Ana xtahu apa yg perku dikatakan..

Teringat surah as-Sof ayt 2: "wahai orang beriman..jgn kamu katakan apa yg tidak kamu kerjakan"
Ayt tu menggetarkan hati ini..trima t/jwb nh..

tpi syukur ALHAMDULILLAH:
Lpas je mjlis bersurai..
Ade sorang akak nh ckp kat ana..

"sbnrnye tadi tuh, bkan shbat2 nti yg plih nti..tpi mereka cuma wasilah yg Allah untuk plih nti..jwtn ni berat..tpi yakinlah, Allah akan tolong nti"

Bergetar hati dgr bait2 kata akak exco khas tuh..tpi terubat jua kegundahan di hati..

Btul!!
Lpas hari tuh..
byk peristiwa berlaku..
antaranya,(byk..) ana dh penah cter kat sini..............

Dpt x point yg ana nak smpaikan?

Kat bawah nih..ada sdikit mksud n huraian hadis pasal jawatan n kempimpinan nh....
Kalau rasa nak ilmu Allah..jom baca sama2.. :)

Daripada Abdul Rahman Ibn Samurah, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda kepadaku: “Wahai Abd Rahman Ibn Samurah janganlah engkau memohon sesuatu jawatan pemimpin (kepimpinan). Sesungguhnya jika diberikannya (jawatan pemimpin) dengan permintaan engkau (disebabkan cita-citamu), maka engkau akan diserahkannya tanpa ditolong (menanggung seluruh bebannya). Tetapi jika engkau diberika kepimpinan tanpa meminta (ditugaskan tanpa cita-citamu), maka engkau akan ditolong (untuk mengatasinya).” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Di dalam hadis diatas disebut, Janganlah kamu meminta-minta sebarang jawatan pemimpin dan kepimpinan. Tegahan tersebut juga meliputi sesiapa yang bericta-cita atau berhasrat untuk meminta dan memohon apa jenis jawatan sebagai pemimpin. Kerana amir itu boleh membawa erti yang luas yang meliputi, Ketua, Sultan, Raja, Hakim, Kadi, Khalifah, Menteri dan sebagainya yang bertindak sebagai pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kemaslahatan masyarakat.

Di dalam hadis diatas juga ada menyebut jika seseorang itu memohon dan meminta jawatan dengan cita-citanya maka jawatan kepimpinan itu akan diserahkan dan diberikan dengan menanggung bebanan sepenuhnya. Ia juga membawa maksud jawatan kepimpinan yang diberikan atas dasar permintaan seseorang itu, ia akan diserahkan tanpa mendapat pertolongan dari Allah S.W.T dan masyarakat untuk menyelesaikan masalah atau apa sahaja yang berkaitan dengan kepimpinan. Dia seorang yang akan bersendirian menanggung segala bebanannya.

Dalam hadis tersebut difahami bahawa Nabi s.a.w tidak menggalakkan atau Nabi s.a.w menegah memohon jawatan penguasa atau pemimpin itu kerana jawatan atau tanggungjawabnya yang besar dan semua itu akan dipersoalkan atau ditanya oleh Allah S.W.T. Sekiranya tidak dapat berlaku adil akan membawa kecelakaan pada hari kiamat nanti. Sebagaimana hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim:

“Kamu semua adalah pemimpin dan bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Seorang suami sebagai pemimpin dalam keluarganya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggungjawab atas penggunaan harta suaminya dan dia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya. Dan khadam atau pelayan itu bertanggungjawab terhadap harta majikannya dan bertanggungjawab atas kepimpinannya. Seseorang anak bertanggungjawab terhadap penggunaan harta milik ibubapanya dan ia bertanggungjawab terhadap kepimpinannya.”

Dalam hadis tersebut diatas, Nabi s.a.w menjelaskan bahawa kepimpinan itu tidak digalakkan diminta dan sesiapa yang meminta sebarang jawatan kepimpinan yang mana ia tidak berkemampuan adalah dibenci dalam Islam. Ini adalah kerana seseorang yang tidak berkemampuan akan menyebabkan tanggungjawab yang dipikulnya itu tidak sempurna dan sudah tentu akan menyebabkan kecelakaan terhadap dirinya pada hari kiamat nanti. Hal ini dapat dijelaskan melalui hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari, daripada Abu Hurairah:
“Sesungguhnya kamu akan berminat atau berhasrat (bercita-cita) terhadap jawatan kepimpinan dan ia nanti akan membawa penyesalan pada hari akhirat.”

Islam tidak menggalakkan umatnya meminta sebarang jawatan kepimpinan khususnya bagi sesiapa yang tidak dapat memastikan dirinya dapat menunaikan tanggungjawab tersebut dengan adil dalam erti kata sebenarnya. Disebabkan untuk menunaikan keadilan perkara yang sukar, maka sebab itulah sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar dan Umar tidak meminta jawatan tersebut malahan dalam kes mereka dilantik sekalipun mereka akan cuba memindahkan tanggungjawab tersebut kepada orang lain yang dirasakan orang lain lebih berhak dan lebih layak untuk berlaku adil berbanding dirinya.

Begitu juga Abu Bakar yang dilantik sebagai pemerintah masih dirasakan dirinya perlu dibantu dan tanggungjawab tersebut adalah berat sebagaimana ucapan beliau di hadapan kaum muslimin sewaktu perlantikannya sebagai khalifah:
“Wahai kaum muslimin semua, kamu telah melantik aku sebagai pemimpin kamu sedangkan aku merasakan aku bukan orang yang terbaik di kalangan kamu. Begitu pula kiranya aku berlaku benar dan adil, bantulah aku dan sekiranya aku menyeleweng perbetulkanlah”

Jawatan kepimpinan merupakan tanggungjawab besar dan orang yang tidak mampu menunaikan tanggungjawab tersebut akan menyebabkan bebanan kepada dirinya dan penderitaan sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani:

“Jawatan kepimpinan itu pada permulaannya merupakan penyesalan, pada pertengahannya kesengsaraan dan pada akhirnya azab pada hari kiamat”

Daripada penjelasan tersebut diatas dapat mengukuhkan kita bahawa sesuatu jawatan kepimpinan itu merupakan tanggungjawab yang besar dan tidak seharusnya diberikan kepada sebarangan orang. Hal itu dapat dibuktikan dengan tindakan Nabi s.a.w tidak memberikan kepimpinan kepada orang yang memintanya atau orang yang berhasrat untuk memegang jawatan tersebut. Dalam konteks lain, Nabi s.a.w berbuat demikian supaya umatnya berhati-hati dengan jawatan yang besar itu kerana kebiasaannya manusia menilai sesuatu itu baik untuk dirinya tanpa mengkaji tanggungjawab yang besar yang akan dipikul olehnya. Untuk itu, orang yang mengetahui hakikat tersebut sahaja tidak berminat memegang jawatan kepimpinan.
Hadis tersebut diatas juga menarik perhatian seluruh manusia supaya tidak menjadikan jawatan kepimpinan itu sebagai satu jawatan untuk mencari pengaruh dan publisiti atau material atau untuk kepentingan peribadi.

Sekian..
Doakan ana dpt jadi pemimpin yg benar2 memikul amanah ana..
Terima kasih krn mmbaca..
Jumpe lagi..
Wallahua'lam

No comments:

Post a Comment