Followers

Friday, June 10, 2011

Sebuah kisahhh...........

Salam ukhwah..
~Sebuah kisah pengajaran...
P/S: Berdasarkan kisah benar, namun watak-wataknya adalah rekaan semata-mata..

Suatu pagi di tahun 2011.
Salam
Lily, kenapa kau senyap je sekarang? Lama betul tak sms aku? Kau ade problem ke?


Sebuah sms tiba-tiba menerjah masuk ke inbox. Sesaat aku terdiam memikirkannya. Terjemahan Al-Quran yang sedang dibaca, diletakkan ke tepi. Lalu jemariku mula menekan-nekan papan kekunci handphone 3310 ku.


Salam,
Takde la. Biasa je. Sibuk dengan SPM yang dah nak dekat kut.


Ye la nk SPM pn, takkanla sampai senyap macam ni. Pelik aku tengok ko sekarang, dah tak mesra macam dulu.


Alamak, macam mana la aku nak terang kat mamat sorang ni. Ya Allah, bantulah aku menyampaikannya.


Alah, biasa je. Prasaan ko je kut. Em, ko tau aku clash kn?


Ade gak dengar. Tapi kau tak cakap apa-apa pun. Aku diam je la. Selalu kan kau cerita semua masalah kat aku. Kata kawan.

'Memang kau kawan aku. Tapi kau lelaki. Aku perempuan. Aku tak senang nak luahkan perasaan kat kau.' Kata-kata tu hanya terlintas di dalam hati.

Erm, kau tau kenapa aku clash kan..?



Tau. Kau clash sebab couple tu haram kan? Tapi takkanla sampai kawan dengan aku pun jadi haram jugak?

Alamak, nada dia ni dah lain macam.

Bukanla macam tu. Boleh je kawan. Kalau ada masalah study, leh je bincang. Nak tanya pendapat ke, leh je sms. Cuma aku takde la nak sms saje-saje. Gurau-gurau macam dulu.


Ye la. Macam tu sama je macam tak berkawan. Ape-ape la. Suka hati kau. Hilanglah seorang kawan..~~ ok..
Salam..


Munif, aku tak bermaksud macam tu.

Tiada lagi mesej yang hadir.

Aku menarik nafas dalam-dalam.



Aduh..macam mana ni. Berat betul rasa hati ni. Ya Allah, aku tidak mahu menyakiti hati hamba-hambaMu namun aku khuatir andai aku tidak mampu menjaga hatiku. Ya Allah, Engkau Maha Mengetahu bahawa kelemahanku..

“Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”
[Sahih Muslim, hadith ke 2282.]

Aku malu Ya-Allah. Apabila berbicara denganMu ketika solat, hatiku tidak berbunga seperti itu. Ketika berdoa kepadaMu, hatiku tidak sebahagia ketika aku ber'SMS' dengan kekasihku dahulu. Malah di setiap saat dan ketika aku lebih banyak mengingati kekasihku daripadaMu. Sedangkan Engkau telah berfirman :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barang siapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.
[63:9]

Ampuni aku Ya-Allah...



"Lily, kenapa kau termenung je ni?" Tanya Afiqah.


Aku memandang kepadanya. Masih terdiam.


Dia ni pengerusi Badan Dakwah dan rohani (BADAR) sekolah aku. Dulu dia ni antara orang yang aku cukup anti. Asyik-asyik ajak orang turun subuh, baca ma'thurat, tegur itu ini. Ramai juga yang tak suka dengan dia sebenarnya. Tapi sekarang dah jadi antara kawan-kawan yang selalu berbual dengan aku. Dan aku pun dah mula jadi macam dia. Tegur-tegur orang. Bagi tazkirah. Sampai kawan-kawan semua pun ramai yang pelik tengok aku. Siap yang anti aku pun dah ada. Sedangkan memberi peringatan itukan perintah Allah,

Dan tetaplah memberi peringatan, karena sesungguhnya peringatan itu bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.
[51:55]

Dan kalau aku tak mengingatkan, nanti aku akan dipertanggungjawabkan:


Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?" Mereka menjawab: "Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa".
[7:164]

Mengapa mereka sebegitu sekali memusuhiku?


Aku dah berubah. Ya. Aku memang dah banyak berubah. Sejak dengar ceramah motivasi Kem PureBase Training Center untuk program kecemerlangan SPM  2010 tu, aku memang betul-betul merasakan diri perlu berubah.



*****

Penceramah itu seorang doktor perubatan biasa, namun ceramahnya penuh dengan ayat Al-Quran dan hadith. Seolah-olah dia menghafal Al-Quran! Yang membuatkan aku amat tertarik, dia menyatakan dengan spesifik di mana ayat Al-Quran itu terletak di dalam Al-Quran. Gayanya tidak ubah seperti Dr. Zakir Naik yang amat aku kagumi.

Aku amat terkesan dengan kata-katanya,

"Sekarang ni umat Islam amat jauh daripada Al-Quran. Dan ini memang strategi orang kafir. Mereka menjauhkan umat Islam daripada Al-Quran. Tahu apa yang jadi pada orang-orang yang tidak menjadikan Al-Quran sebagai panduan? Syaitan akan menjadi teman karibnya. Ni bukan saya yang kata, Allah yang kata. Lihat dalam surah Az-Zukhruf, Surah ke-43, ayat ke-36. Hah, kamu, tolong bacakan."

Tiba-tiba dia point kat aku.


Aku pun baca lah,
Barang siapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al Qur'an), Kami adakan baginya setan (yang menyesatkan) maka setan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
[43:36]

'Ya Allah, lama aku tak jadikan Al-Quran sebagai teman. Adakah sebab tu aku banyak betul buat maksiat?'
Detik hatiku.

Doktor itu menyambung,


"Sebenarnya ramai orang yang ada sekarang ni pandai ilmu agama. Ramai yang sekolah agama. Ramai yang dah tahu halal haram. Tapi kenapa mereka masih bermaksiat? Kenapa kemungkaran masih bermaharajalela? Kerana tiada Da'i yang muncul untuk memberi peringatan. Semuanya takut untuk bersuara. Tiada yang kemudiannya bersungguh-sungguh untuk mentarbiyah ummat yang kita semakin rosak. Bila kita terus ikut hawa nafsu, dan menjadikannya tuhan, maka Allah akan membiarkan kita sesat. Cuba kita sama-sama hayati surah Aj-Jatsiah, surah ke-45, ayat ke-23."

 Aisyah yang berada di sebelahku membacakannya:

Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya, dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?
[45:23]

Entah kenapa ayat itu amat-amat menusuk ke dalam hatiku. Tiba-tiba mataku berair. Aku amat terkesima. Aku terbayang segala dosa-dosa yang aku dengan sesuka hati melakukannya. Mataku, apa yang telah aku lihat dengannya. Tanganku, untuk apa telah aku gunakan ia. Telingaku, apa yang telah aku dengar dengannya. Dan yang paling aku takuti, apakah aku akan disesatkan? Kerana bermaksiat kepadaNya dalam keadaan sedar. Sengaja memilih untuk bermaksiat? Astaghfirullah...mataku terus berair. Tanganku terus melaju mencatat ayat-ayat yang dibacakannya.

Selesai ceramahnya, aku mendekatinya.

"Doktor, tadi doktor kata, Allah akan sesatkan mereka yang menjadikan hawa nafsu sebagai tuhan. Saya dah cuba menguasai diri, tapi selalu juga melakukan maksiat.
Adakah Allah akan menyesatkan saya?"

Mataku semakin membanjir. Entah kenapa begitu lunak sekali hatiku ketika itu. Sambil memegang bahuku, dia berkata,


"Ukht, orang bertaqwa tu bukannya orang yang tidak pernah melakukan dosa, tetapi dia adalah orang yang apabila melakukan dosa, dia melihat kesalahannya dan tidak mengulanginya lagi. Lihat ayat ni:


Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
(yaitu) orang-orang yang menafkahkan (hartanya), baik di waktu lapang maupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan.
Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui.
[3:133-135]

Maksudnya, mereka ni buat dosa tak? Buat kan? Tapi bila tersedar, mereka beristighfar, minta ampun daripada Allah dan tidak mengulanginya lagi.


"Saya menyesal, tapi selalu buat lagi."


"Ukhti, kita kena berusaha meninggalkan maksiat yang kita lakukan. Setiap kali terfikir mengenainya, beristighfar, kan Allah kata dia akan menambahkan kekuatan kita apabila kita beristighfar? Tengok ayat ni:
Dan (dia berkata): "Hai kaumku, mohonlah ampun kepada Tuhanmu lalu bertobatlah kepada-Nya, niscaya Dia menurunkan hujan yang sangat deras atasmu, dan Dia akan menambahkan kekuatan kepada kekuatanmu, dan janganlah kamu berpaling dengan berbuat dosa."
[11:52]
Jadi banyak-banyak beristighfar, insya-Allah nta akan mampu meninggalkan maksiat itu."

Aku terus menangis teresak-esak. Perasaan sedih, bahagia dan terharu bercampur-baur menjadi satu.Sedih, mengenangkan dosa yang dilakukan. Bahagia, kerana terlihat sedikit sinar di hujung laluan. Terharu, kerana masih ada manusia yang seperti doktor ini. Aku terus menangis tanpa menghiraukan puluhan mata yang memandang ke arahku. Di saat itu aku berazam untuk meninggalkan segala kemaksiatan yang masih kulakukan.


*****


Mataku tiba-tiba berair. Setiap kali mengenang peristiwa bersejarah itu pasti mataku akan berair. Hati bertahmid syukur kerana Allah memberi peluang untukku menyedari kesilapan dan meninggalkan maksiat yang kulakukan.

"Lily, kenapa kau menangis? Ada masalah ke? Ceritalah kat aku." Dia kembali bertanya. Semakin pelik dengan diriku yang tiba-tiba menangis.

"Takde la. Aku tengah fikir sesuatu. Susah betul nak berubah ni kan."


"Nak cari redha Allah memang susah. Banyak benda yang kita kena tinggalkan. Kan hadith sahih yang diriwayatkan oleh  Bukhari tu jelas. '
Dihiasi syurga itu dengan perkara-perkara yang dibenci. Dan dihiasi neraka itu dengan syahwat.' Dan memang banyak benda yang manusia suka tu adalah syahwat. Dan itu memang kita kena cuba jauhi."

"Betul cakap kau Affy. Terima kasih kerana mengingatkan."


Afiqah tersenyum. Wajahnya begitu menenangkan. Agaknya inilah wajah orang yang dekat dengan Allah. Bersih, bercahaya lagi membahagiakan orang yang manatapnya.
'Ya Allah, kurniakan aku wajah yang bercahaya sepertinya.' Bisikku di dalam hati.

Fikiran tiba-tiba melayang ke peristiwa di dalam kelas tempoh hari.


*****

Aku  membuka loker buku di belakang, ada sekeping nota.

'Assalamu'alaikum. Lama betul tak dapat nota daripada awak. Kenapa, senyap je. Nota last saya awak tak reply pun?'


Aku dan Munif ketika itu masih membahasakan diri dengan 'saya-awak'. Kami tidak kelihatan lebih daripada sekadar kawan biasa. Di dalam kelas tidak pernah bertegur sapa. Namun secara 'underground', kami sangat kerap berhubung. Dia yang memulakan tradisi ini. Dia menyelitkan nota kecil di dalam lokernya. Dia memulakan langkah untuk mendekatiku kerana ingin memenangi hatiku.


= = = = = = = = =
Assalamu'alaikum, saya ni tuan loker atas awak. Nak berkawan boleh?


Itulah kali pertama Munif menghantar nota kepadaku (seorang perempuan). Jantung aku amat berdebar-debar ketika itu. Macam nak tercabut pun ada.Itu kali pertama aku menerima nota daripada seorang muslimin.

Setiap kali ke loker aku berdebar-debar membukanya semata-mata  untuk melihat nota terbaru darinya Tetapi sehari sebelum cuti pertengahan tahun,aku nekad untuk membalas..


Wa'alaikumussalam. Boleh je. Kenapa, sebelum ni kita bukan kawan ke? Sorry tak reply sebelum ni. Nanti cuti kalau ada masa hantarlah email kat saya. Ni email saya:
si_gadis_itu@yahoo.com

Awak balik naik bas ke? Balik baik-baik ye. Selamat bercuti.

- Lily
Sejak itu kami sering berbalas-balas nota.

Namun akhirnya kami hanya berakhir sebagai kawan. namun hatiku tetap berbunga-bunga setiap kali mendapat nota-nota daripadanya.


= = = = = = = = =
Nampaknya tindakkan aku mendiamkan diri tidak berjaya menyampaikan mesej yang jelas.

Wa'alaikumussalam.
Saya tak reply sebab macam rasa tak perlu pun. Tak penting pun kan? Lagipun susah nak jaga hati bila berinteraksi dengan awak. Awak pun tahu macam mana perasaan saya terhadap awak dulu kan. Sejak clash aritu saya dah banyak berubah. Maaflah, saya dah berubah. Saya bukan Lily yang dulu lagi. Kita masih kawan, tetapi takla macam dulu lagi. Nak mintak saya ajar addmath mungkin boleh la. Tapi baik awak mintak tolong Faiz. Dia lagi pandai kan? Bukan ape, saya rasa dia lagi layak ajar awak. Dia muslimin awak muslimin. Saya muslimat. Dalam Islam, lelaki dan perempuan sepatutnya tidak berinteraksi tanpa tujuan yang jelas. Sepatutnya kita yang belajar di sekolah beraliran agama  berprestasi tinggi ni amat memahami situasi ni. Jadi saya harap, kalau bukan ada apa-apa hal yang penting, tak perlulah awak hubungi saya ya. Maafkan saya andai selama ini ada tersilap kata atau tersalah bahasa.

Seorang kawan,
-Lily-

Keesokkannya dia hanya membalas dengan nota yang cukup pendek,

Ok. Saya faham. Lepas ni saya tak hubungi awak lagi. Ni nota terakhir.
Hilanglah seorang kawan...
Assalamualaikum.

-Munif-


*****


Beratnya hati menghadapi segala situasi ini. Meninggalkan sesuatu yang sudah mendarah daging di dalam jiwa merupakan sesuatu yang amat perit. Umpama hati ditoreh-toreh oleh pisau belati. Memang bahaya apabila dunia diletakkan di dalam hati. Kerana itu, biarlah ia hanya di tangan. Agar mudah kita mengurusnya.

Teringat kata-kata Al-Ghazali:
Jangan resah andai ada yang membencimu, kerana masih ramai yang mencintaimu di dunia. Tetapi resahlah andai Allah membencimu, kerana tiada lagi yang mencintaimu di akhirat.


Ya Allah, bantulah aku untuk terus berubah mencari redhaMu. Tiada yang lebih indah daripada mendapat redhaMu. Seindah apapun kenikmatan dunia, jika Engkau tidak meredhainya, tentulah ia hanyalah sia-sia. Ya Allah, biarlah seluruh dunia membenciku, tetapi Engkau mencintaiku Ya Allah..


Maafkan aku wahai kawan-kawanku...tidak pernah terniat untuk menyakiti hati kalian. Tujuanku hanya mencari redha Allah. Kalian tetap adalah kawan-kawanku yang kucintai, sebagai muslim. Semoga kalian dibimbing oleh Allah ke jalan yang benar. Mohon doakan untuk diri ini juga.
-CSN 0124-

1 comment:

  1. Fatin KB , tengs tau . aku happy sangat kau selalu support aku . saaaaayang KB =]

    ReplyDelete